Anda di halaman 1dari 8

MEMBINA SOALAN MENGIKUT TAKSONOMI BLOOM Aras:Pengetahuan Ciri Soalan:Memerlukan calon mengingat semula.Jawapan calon menggunakan bahasa asal.

Contoh Kata Kerja: Labelkan, Senaraikan, Nyatakan, Manakah, Apakah,Berikan, dll.Soalan beraraskan Pengetahuan 1. The word dignity in the poem signifies A.power B.wealth C.honour D.independence 2. Apakah maksud perkataan culas A.rajin B.malas C.lalai D.cergas Aras:Kefahaman Ciri Soalan:Memerlukan calon memahami fakta dan menghuraikannya,memberi contoh atau illutrasi dalam bahasanya sendiri. Contoh Kata Kerja: Terangkan, Jelaskan, Huraikan, Tukarkan,Mengapakah, dll.Soalan berasaskan kefahaman Kuala Lumpur menjadi tumpuan orang ramai mencari pekerjaan 1. Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan di bawah A. Ada ubi ada batas B. Ada gula ada semut C.Ada udang disebalik batu D.Banyak udang banyak ragam 2. They wanted to reach Kuantan by 11.00 p.m. because A.Puan Ainon had to go to school. B.Encik Roslan had a meeting that night. C.Puan Ainon wanted to have enough rest.

D.Encik Roslan was afraid of another puncture.

Aras:Aplikasi Ciri Soalan:Memerlukan calon menyelesaikan masalah non-routineatau masalah baru. Ciri soalan adalah problem-solving. Masalahdiselesaikan dengan cara tersendiri menggunakan gabungan teori,pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyaiunsur persamaan. Contoh Kata Kerja: Selesaikan, Binakan, Carikan,Tunjukkan, Kirakan,Demostrasikan, dll.Soalan berasaskan aplikasi

1. To congratulate A.Really, Nelson. B.Well done, Nelson. C.Thank you, Nelson. D.I believe you, Nelson. 2. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. i.Radio ini ada kelasnya yang tersendiri, kata Adib. ii.Jangan makan di dalam kelas! kata pengawas itu. iii.Mereka masyarakat kelas menengah. iv.Kulitnya kelas kerana terkena api. A.I, ii dan iv sahaja B.Ii, iii dan iv sahaja C.I,ii dan iii sahaja D.I ,ii ,iii dan iv sahaja Aras:Analisis Ciri Soalan: Memerlukan calon menganalisis, memecah/mencerakinkanfakta untuk mengkaji unsursurnya secara mendalam termasuk membanding,membeza,mengupas dan membukti. Contoh Kata Kerja: Bandingkan, Bezakan, Buktikan, Beri sebab, Buatanalisis, Cerakinkan, Tafsirkan,

dll.Soalan berasaskan analisis. 1. How long did the fireman take to put out the fire? A.1 hour. B.40 minutes. C.45 minutes. D.half an hour.

2. Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan di bawah.Tiba-tiba aku tersedar Lamunan yang merugikan terlepas kiniSejarah hempedu pahit ku lupakanKini, ku semaikan benih-benih harapanBersama jutaan impianAku kan tempuh segala cabaran Soalan 4: Ku semai benih-benih harapan bermaksudA.Pemuisi menanamkan cita-cita untuk berjayaB.Pemuisi belajar dengan bersungguh-sungguhC.Pemuisi menanam benihbenih baru di ladangnyaD.Pemuisi mengharapkan dirinya tidak dilupakan

Aras: Sintesis Ciri Soalan:Memerlukan calon merancang, mereka/mencipta danmenghasilkan sesuatu hasil yang kreatif hasil dari penggabungan pelbagaiunsur. Ini termasuk penghasilan sesuatu rancangan, rumusan, kaedah/prosedur, atau cadangan. Contoh Kata Kerja: Rancangkan, Rumuskan, Sediakan, Cadangkan,Karangkan, Gubahkan, dll.Soalan berasaskan sintesis

1. Sabrina was born in 2000. In what year did she take her UPSR? A.1997 B.1998 C.1999 D.20002. Arahan: Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi pantun yang lengkap.

Suruh mengaji dia tak tahu, Sorong papan tarik papan, Suruh makan dia makan Buah keranji dalam perahu

Aras:Penilaian Ciri Soalan:Memerlukan calon menilai, membuat pertimbangan atau justifikasi untuk mencapai atau mendapatkan sesuatukesimpulan. Calon perlu melihat fakta dari aspek pro dancons semasa membuat penilaian. Contoh Kata Kerja: Bincangkan, Nilaikan, Beri pendapat, Beri justifikasi,Pertimbangkan, dll.Soalan berasaskan penilaian 1. Why do you think interested members should submit their names early? A.They will receive prizes. B.To show that they are really interested. C.The secretary will not be free after first of April. D.Only the first 80 names received will be accepted. 2. Pencerobohan tentera Amerika dan Britain terhadap Iraq merupakan satutindakan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan. Rakyat Iraq sanggupmempertahankan segenap inci tanah tumpah darah mereka. Mereka sanggupberputih tulang daripada berputih mata. Soalan. Apakah yang anda faham mengenai ungkapan Biar berputih tulang jangan berputihmata

TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOL Taksonomi Bloom (domain kognitif) -Penilaian berdasarkan pemikiran (kognitif)

-Menekankan domain kognitif Aspek pengetahuan:Fakta, Teori, Hukum Tujuan:Membina kebolehan, pemikiran dan pemahaman Contoh soalan: Beri pendapat....../ menjawab soalan berdasarkan petikan yang telah diberi. 6 peringkat dalam Taksonomi Bloom: 1.Pengetahuan 2.Kefahaman 3.Aplikasi 4.Analisa 5.Sintesis 6.Penilaian Perhatian: Peringkat-peringkat dalam Taksonomi Bloom tidak semestinya diaplikasikan/diterjemahkan dalam bentuk soalan secara kesemuanya sekaligus tidak kira untuk mana-mana tahap. PERINGKAT 1.PENGETAHUAN Tujuan:mengingat semula perkara yang sudah dipelajari tanpa berlaku sebarang perubahan. Objektif am: mengetahui Objektif khusus/spesifik: melabelkan, menyatakan, menuliskan, menamakan Aras pengetahuan:Apa, siapa, bilakah, nyatakan, terangkan Perhatian: soalan berbentuk negatif (mengandungi perkataan kecuali) tidak boleh melebihi 20% dalam pembinaan soalan. 2.KEFAHAMAN -Kebolehan memberi penjelasan/ makna sesuatu perkara -Aras tinggi sedikit daripada peringkat pengetahuan. Aras:

1.Menterjemahkan isi kepada huraian 2.Memberi tafsiran/ makan sesuatu maklumat. 3.Aras ektrapolasi (tafsiran yang dibuat lebih panjang daripada aras memberi tafsiran) 4.Tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan. Tujuan: 1.Memahami sesuatu 2.Menjelaskan/ menjangka kemungkinan Objektif am:-Memahami, menjelaskan, menterjemahkan, menelaah Objektif khusus/spesifik:-Menjelaskan, menerangkan, membezakan, merumuskan, menulis, meringkaskan, Jenis:Jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakanContoh: meringkaskan cerita karangan/ perkataan berlawan atau perkataan seerti. *Apabila kita faham, kita boleh jelaskan contoh soalan membezakan: kebaikan tinggal di kampung daripada di bandar.. 3.APLIKASI -Penggunaan maklumat Tujuan: 1. Untuk pengetahuan mujarat (abstrak) 2.Untuk menyelesaikan masalah/ situasi yang abstrak kepada konkrit(maujud) Objektif am:-Menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan. Objektif khusus/spesifik:-Menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan, mengendalikan. Jenis: Bagaimana../Berikan.. Aras aplikasi juga menekankan kaedah, prinsip, hukum dan teori. Contoh soalan: Bagaimanakah pemburu selamat daripada dimakan harimau? Perbincangan mengenai perkaitan di antara pengujian, pentaksiran, dan penilaian dengan Taksonomi Bloom serta Domain Krahtwol.....

-membantu bagaimana untuk mendapatkan tahap/kemajuan mengikut p&p yang dirancang. -membina soalan berdasarkan panduan mengikut aras yang telah ditetapkan. 4.ANALISA/ANALISIS -kebolehan menceritakan dan meyusun perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian. Tujuan: -menaakul sebab -meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian. Contoh soalan= Berikan sebab atau faktor....... Objektif am -menjelaskan, menilai kerelevenan data, mencerakinkan, menaakul.. Objektif spesifik -mencerakinkan,mengasingkan, membahagikan, menjelaskan struktur dan organisasi Contoh soalan= yang manakah tidak menggunakan kata kerja dengan betul Kosa kata popular -Bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan, bahagikan, klasifikasikan -sebab,mengapa, huraikan -menaakul -mencerakinkan 5.SINTESIS -mencantumkan. menghubungkan,mengintegrasikan fakta-fakta atau idea yang berkaitan. Tujuan -membentuk sesuatu yang baharu Objektif am -menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan,menghasilkan karya Objektif spesifik -menggabungkan, mengubah, mereka cipta, merancangkan, menulis, mencipta

Contoh= diberi perkataan "inisiatif"..maka pelajar hendaklah membuat ayat berdasarkan perkatan tersebut. Kosa kata popular -gabungkan, mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan, karangkan Contoh -Senaraikan beberapa cara kamu untuk mengatasi masalah itu... -Huraikan satu perancangan yang boleh membuktikan... 6.PENILAIAN -menguji kebolehan calon -membuktikan, menilai, mengesahkan, memberi pendapat sesuatu penyataan dll.. Tujuan -membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria tertentu. Objektif am -menimbang nilai, ketekalan dan kecukupan data. Objektif spesifik -menilai, membuat pertimbangan. Jenis -sejauh mana, nilaikan, apa pendapat kamu. Contoh= Berikan pendapat... Kosa kata popular -nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikan Contoh soalan -Pada pendapat kamu... -Berbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program .Bincangkan.