Anda di halaman 1dari 3

Faktor Mempengaruhi Kebolehpercayaan

Pelbagai faktor mempengaruhi kebolehpercayaan skor ujian antara yang penting ialah:
Tempoh ujian:
Pada amnya semakin panjang tempoh ujian semakin tinggi kebolehpercayaannya. Ini
kerana tempoh ujian dapat memberikan persampelan yang lebih dari segi tingkah laku yang
ingin diukur, malah skor kurang diganggu oleh tekanan.
Ralat rawak:
Prestasi seseorang itu berubah-ubah mengikut keadaan sekelilingnya. Sebarang perubahan
yang berlaku di sekeliling menyebabkan prestasi berubah. Misalnya semasa ujian tiba-tiba
bunyi bising di sekeliling calon. Ini akan menyebabkan perubahan konsentrasi calon dan
varians skor ralat akan masuk ke dalam varians skor dicerap. Lain-lain contoh ralat rawak
adalah seperti sakit, penat, ketegangan emosi risau dan lain-lain. Pihak pentadbir yang
mengendalikan ujian hendaklah menyediakan keadaan persekitaran tempat yang sesuai
dan peraturan pentadbiran ujian yang sempurna.
Persampelan Item:
Item-item yang digunakan dalam sesuatu ujian adalah untuk menguji sebahagian trait yang
menjadi petunjuk kepada kebolehan seseorang. Oleh itu item tersebut adalah semata-mata
sampel bagi mewakili keseluruhan trait mengenai kebolehan seseorang. Jika pemilihan itu
tidak tepat, ia menyumbangkan kepada varians ralat pengukuran. Akibatnya ujian itu tidak
boleh dipercayai.
Kehomogenan item:
Item ujian homogen ialah item-item yang mempunyai kesamaan dari segi prestasi atau
peluang untuk dipilih. Bagi ujian berbentuk aneka pilihan, pilihan jawapan mestilah
homogen. Ini bermakna tiap-tiap opsyen mestilah berkaitan antara satu sama lain dan ada
daya tarikan untuk dipilih oleh pelajar. Jawapan atau Distraktor seharusnya tidak "bias"
sehingga pelajar yang diuji terlalu mudah mengenal pasti jawapan atau bukan jawapan.
Ketidakhomogen
opsyen
boleh
menjejaskan
kebolehpercayaan
ujian.

Penjaminan Kualiti dan Isu Kebolehpercayaan dan Kesahan


Setiap individu yang melibatkan diri dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem
pentaksiran adalah bertanggungjawab dalam memastikan pentaksiran yang dijalankan
adalah terjamin kualiti dan mutu.
Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama ketika membina sistem pentaksiran; memilih atau
membina prosedur pentaksiran; mentadbir prosedur pentaksiran; dan ketika memberi skor,
membuat pelaporan dan mengunakan keputusan.
Pentaksiran yang berkualiti rendah adalah rendah tahap pengunaannya. Informasi yang
dihasilkan tidak akan menunjukkan keadaan sebenar tahap pembelajaran pelajar dan ini
membantu atau memberi maklumat yang mencukupi untuk pembuat dan penentu dasar
melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan sistem pendidikan dan pembelajaran.
Masa dan sumber yang diperuntukkan untuk perancangan dan pentadbiran sistem akan
terbuang dan menjadi sia-sia. Indikator atau petunjuk utama bagi jaminan kualiti adalah
kesahan, kebolehpercayaan dan keadilan.
Lima faktor utama yang perlu dan penting bagi menjamin kualiti pentaksiran adalah
disenaraikan,
Tiga faktor pertama iaitu kesahan (validity), kebolehpercayaan (reliability) dan keadilan
(fairness) sering digunakan disekolah dan juga diperingkat nasional bagi tujuan
menumpukan perancangan pembangunan.
Dua lagi faktor seperti pentadbiran pentaksiran dan penyelarasan (alignment) juga
merupakan faktor kritikal dalam memastikan kejayaan bagi proses peningkatan pentaksiran
Kesahan (validity) adalah keadaan dimana pentaksiran mengukur apa yang diperlukan bagi
tujuan tertentu dan keputusan seperti yang diterjemahkan dan digunakan, adalah bermakna
dan mewakili pengetahuan atau kemahiran spesifik.
Kebolehpercayaan (reliability) adalah nilai ketekalan, kestabilan keputusan atau hasilan
pentaksiran. Definisi kebiasaan bagi kebolehpercayaan adalah darjah atau tahap dimanan
pentaksiran adalah bebas dari ralat pengukuran.
Keadilan (fairness) bermaksud prosedur pentaksiran yang tidak mendiskriminasikan
kumpulan pelajar tertentu (sebagai contoh, pelajar dari pelbagai kaum, etknik, kumpulan
gender atau pelajar yang kurang upaya).
Ketiga-tiga faktor ini mewakili elemen-elemen sebuah sistem pentaksiran yang baik.
Prosedur atau hasilan pentaksiran yang menunjukkan nilai kesahan yang tinggi tetapi nilai
kebolehpercayaan yang rendah sebenarnya menunjukkan kesahan yang rendah dan tidak
boleh digunakan secara terus kerana perbezaan skor pelajar dan masa berkemungkinan
disebabkan oleh ralat rawak dan bukan disebabkan perbezaan sebenar pencapaian
mereka.
Pentaksiran yang mempunyai bilangan kebolehpercayaan yang tinggi tetapi nilai kesahan
yang rendah menunjukkan dengan tepat pengukuran sesuatu yang bukan dihajati dan
keputusannya adalah tidak bermakna jika dikaitkan dengan tujuan yang dikehendaki. Oleh

kerana ianya hanya mewakili pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya diukur, ianya
menjadi tidak perlu.
Pentaksiran yang dianggap mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi tetapi
mendiskriminasikan kumpulan pelajar tertentu hendaklah tidak digunakan kerana ianya
didapati tidak adil dan seterunya tidak sah. Sungguhpun ketiga-tiga indikator tersebut adalah
menjadi keperluan, kesahan merupakan faktor yang terpenting. Namun begitu, pendidik
atau guru banyak memberi tumpuan dan mencari bukti mengenai kebolehpercayaan dan
tidak menitikberatkan hal kesahan.

Anda mungkin juga menyukai