Anda di halaman 1dari 19

PENTAKSIRAN DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH

SJHK3263

DR HASHIMA SULAIMAN
JABATAN SEJARAH

IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM SUNGAI PETANI KEDAH


Ciri dan Prinsip Pentaksiran
Ciri dan Prinsip Pentaksiran
yang Baik
Kesahan
Kebolehpercayaan
Keobjektifan
Kemudahtafsiran
Kemudahtadbiran
Kesahan
 Kesahan ialah kesesuaian, ketepatan,
interpretasi dan kegunaan keputusan
pentaksiran sesuatu prosedur pentaksiran untuk
sekumpulan individu, bukan prosedur semata-
mata (Miller, Linn & Gronlund, 2009).

 Dalam perkataan lain, kesahan merujuk takat


sesuatu pentaksiran itu mengukur secara tepat
apa-apa yang ingin diukur.

 Kesahan terdiri daripada kesahan kandungan,


kesahan konstruk, kriteria dan ramalan.
Kesahan Kandungan
 Kesahan kandungan merujuk proses untuk menentukan
tahap sesuatu ujian dapat menyediakan sampel yang
relevan dan mewakili domain kandungan yang diajarkan
dan takat interpretasi skor ujian dibuat.

 Ujian yang disediakan perlu mengandungi topik-topik yang


telah diajar dan jumlah soalan setiap topik akan bergantung
kepada kewajaran masa mengajar setiap topik tersebut
dalam kurikulum.

 Kesahan interpretasi skor ujian ditentukan oleh betapa


tepatnya item-item diwakili dalam domain tugasan untuk
murid tersebut.

 Satu spesifikasi ujian yang teliti perlu disediakan sebelum


penggubalan item dalam ujian dilaksanakan.
Kesahan Konstruk
 Kesahan konstruk merujuk suatu ujian yang boleh menguji
kesemua atribut yang ingin diukur.

 Konstruk: satu kualiti psikologikal yang menerangkan


beberapa aspek tingkah laku seperti kreativiti, kecerdasan,
motivasi, kejujuran, kebolehan menaakul, kefahaman
membaca dan sebagainya.

 Dua persoalan utama dalam kesahan konstruk:


 Sama ada pentaksiran dapat mewakili konstruk yang
diingini dengan secukupnya ataupun tidak
 Sama ada prestasi dipengaruhi oleh faktor-faktor yang
tidak relevan kepada konstruk tersebut
Kesahan Konstruk (samb)
 Sesuatu ujian yang cuba mengukur daya kreatif
dikatakan sah dari segi konstruk jika ia dapat
membezakan antara mereka yang mempunyai daya
imaginasi dengan yang tidak.

 Jika ujian tidak menggambarkan konstruk yang ingin


diukur, maka ujian/instrumen itu tidak sah.

 Sesuatu ujian yang digubal untuk mengukur


motivasi intrinsik dalam kalangan murid tidak sah
jika item dalam ujian itu juga boleh mengukur
motivasi ekstrinsik.
Kesahan Ramalan
 Kesahan ramalan bermaksud ketepatan sesuatu
ujian meramal kebolehan sebenar seseorang calon
untuk menjalankan sesuatu tugas dalam situasi lain
pada masa hadapan.
 Contohnya, ujian percubaan yang dilaksanakan
sebelum peperiksaan awam.
 Berdasarkan ujian percubaan, guru dapat meramal
prestasi murid pada ujian yang sebenarnya.
 Ujian dikatakan sah dari segi ramalan jika ia dapat
meramal watak atau perubahan seseorang pada
masa hadapan.
Faktor yang Mempengaruhi Kesahan
 Faktor ujian itu sendiri:
 Arahan kurang jelas
 Perbendaharaan kata dan struktur ayat yang
mengelirukan
 Pernyataan dalam tugasan yang kabur
 Tempoh masa yang tidak mencukupi
 Item ujian tidak sesuai dengan hasil pembelajaran
yang ingin diukur
 Item ujian yang tidak digubal dengan baik
 Ujian yang terlalu pendek
 Susun atur item dalam ujian yang kurang kemas
Faktor yang Mempengaruhi Kesahan
(sambung…)
 Faktor pentadbiran dan penskoran:
 Masa yang tidak mencukupi untuk menyelesaikan ujian
 Ketidakadilan (memberikan bantuan kepada calon tertentu)
 Penipuan semasa peperiksaan
 Ujian terlalu sukar/panjang dengan tempoh masa yang tidak
berpadanan
 Arahan tidak jelas atau tempoh masa tidak dipatuhi
 Pemarkahan yang tidak boleh dipercayai
 Faktor respons murid:
 Gangguan emosi daripada luaran atau dalaman yang
menjejaskan prestasi murid
Kebolehpercayaan
 Kebolehpercayaan merujuk ketekalan sesuatu
pengukuran.
 Suatu keputusan yang boleh dipercayai merupakan
suatu yang menunjukkan pencapaian yang sama pada
masa yang berlainan.
 Contoh: Calon memperoleh 80 markah dalam satu ujian
dan mendapat skor yang hampir sama apabila ujian
tersebut dilaksanakan pada minggu berikutnya. Maka
ujian itu dikatakan sebagai mempunyai sifat
kebolehpercayaan yang tinggi.
Kebolehpercayaan (sambung…)
 Kebolehpercayaan perlu dirujuk kepada
keputusan ujian, bukan ujian itu sendiri.
 Anggaran kebolehpercayaan sentiasa dirujuk
kepada jenis ketekalan tertentu.
 Kebolehpercayaan adalah perlu tetapi bukan
syarat untuk kesahan.
 Kebolehpercayaan berkait secara langsung
dengan ralat dan skor diperhatikan bersamaan
skor sebenar + ralat.
Punca Ralat Pentaksiran
Faktor yang Mempengaruhi
Kebolehpercayaan
 Bilangan tugasan pentaksiran/item
 Semakin banyak bilangan tugasan dalam suatu
pentaksiran, maka semakin tinggi kebolehpercayaannya.
 Serakan skor
 Semakin besar serakan skor, semakin tinggi
kebolehpercayaan.
 Objektiviti ujian
 Semakin objektif cara penskoran, semakin tinggi
kebolehpercayaan.
Cara untuk Mengganggarkan
Kebolehpercayaan
 Uji-ulang uji (test-retest reliability)
 Ujian bentuk setara (equivalent forms)
 Ujian bahagi dua (split-half reliability)
 Koefisien alpha
 Konsistensi antara pemeriksa (inter-rater)
Keobjektifan
 Keobjektifan ujian merujuk tahap instrumen itu bebas
daripada ralat personal, iaitu subjektiviti pemeriksa.
 Keobjektifan penskoran bermaksud seorang atau
banyak pemeriksa yang berlainan akan mencapai
keputusan yang sama untuk skrip ujian pada bila-bila
masa tanpa ada ralat peluang.
 Keobjektifan item bermaksud item yang dikemukakan
akan mempunyai satu jawapan yang tetap.
Kemudahtadbiran
 Kemudahtadbiran merujuk pentadbiran ujian secara baik
dan berjalan lancer dari segi penyediaan ujian sebelum,
semasa dan selepas ujian.
 Hal ini merangkumi:
 Penyediaan dewan peperiksaan, pemberian kertas
ujian, pengawasan dan pengumpulan skrip jawapan
secara sistematik dan cekap
 Arahan yang jelas dan mudah difahami
 Format ujian
 Tempoh masa yang sesuai
Kemudahtafsiran
 Keputusan ujian yang mudah ditafsir untuk
penambahbaikan dan diambil tindakan secara berguna
merupakan satu aspek dalam kemudahtafsiran.
 Di dalam bilik darjah, keputusan ujian harus boleh ditafsir
dengan memberikan gambaran umum kepada murid
tentang pencapaian individu berbanding dengan
kumpulan murid; kekuatan dan kelemahan murid serta
punca kelemahan dan kesilapan yang dilakukan.
 Tafsiran akan lebih mudah jika guru merancang sebelum
pentaksiran dan cara untuk menggunakan keputusan.
Rumusan
 Kesahan merupakan pencapaian takat sesuatu pentaksiran
itu mengukur secara tepat apa-apa yang ingin diukur.
 Kebolehpercayaan merujuk tahap ketekalan yakni beberapa
item mengukur tret yang sama serta stabil merentasi masa.
Ia digunakan untuk menganggarkan ralat dalam pentaksiran.
 Kebolehpercayaan boleh ditambah baik dengan
meningkatkan serakan skor, bilangan item, jumlah dan
heterogeniti murid serta taburan item yang sukar dan mudah.
 Kemudahtadbiran dan kemudahtafsiran sesuatu ujian dapat
memastikan kebolehlaksanaan dan kecekapan pentaksiran.

Anda mungkin juga menyukai