Anda di halaman 1dari 12

PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAn

TUJUAN 1. Sebagai penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. 2. Sebagai alat mencari punca kelemahan murid. 3. Bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan pengajaran guru. 4. Menilai prestasi dan kemajuan pelajar. 5. Mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar. 6. Membolehkan murid mendapatkan sijil setelah lulus peperiksaan. 7. Membuat ramalan tentang kemungkinan murid tersebut berjaya atau tidak dalam peperiksaan besar. 8. Bagi membuat klasifikasi / pembahagian murid. 9. Memudahkan pihak berkuasa membuat pemilihan ke sekolah-sekolah terbaik. 10. Membuat sebarang penyelidikan berkaitan pendidikan. KEPENTINGAN 1. Membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajari setiap konsep dan kemahiran. 2. Membekalkan murid dan ibu bapanya dengan laporan kemajuan yang boleh digunakan untuk bimbingan proses pembelajaran. 3. megesahkan suatu paras pencapaian pelajar. 4. Membekalkan rekod dan laporan yang boleh membantu ahli profesional lain untuk membimbing pelajar secara individu. 5. Menentukan cara pengajaran kumpulan efisien dan efektif. CIRI-CIRI UTAMA UJIAN 1. Kesahan 2. Kebolehpercayaan 3. Keobjektifan 4. Kebolehtadbiran

5. Kebolehtafsiran >> Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. ia terbahagi kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak. Kesahan isi merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa yang sepatutnya diuji. Contohnya, ujian kebolehan berbahasa perlu mengandungi soalan tentang bacaan petikan dan soalan kefahaman petikan itu. Kesahan ramalan merujuk kepada takat ujian meramal kebolehan seseorang calon menjalankan sesuatu tugas dalam situasi yang lain ataupun pada masa hadapan. Contohnya, hasil ujian penulisan mungkin dapat meramal sejauh mana murid dapat membuat karangan dalam sesebuah bengkel. Sekiranya markah calon itu tinggi dan selalu dapat membuat karangan yang baik semasa bengkel dijalankan, maka kesahan ramalan ujian penulisan adalah tinggi. Kesahan gagasan merujuk kepada takat sesuatu trait hipotetikal dibayangkan dalam pencapaian ujian. Contohnya, markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan, kebolehan menaakul, dan sebagainya. Kesahan serentak bertujuan menentukan tarap seseorang murid. Contohnya, dalam pengajaran Bahasa Melayu, satu objektif penting adalah untuk membolehkan murid menulis dengan baik berdasarkan peraturan-peraturan tatabahasa. Para pelajar yang memperoleh markah yang tinggi dalam ujian pencapaian (Bahasa Melayu) seharusnya boleh menulis dan bertutur dengan baik jika kesahan serentak ujian itu tinggi. >> Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu, maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan. >> Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir memeberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan adalah paling tinggi bagi ujian objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif dan pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin. >> Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan mereka. Arahanarahan ujian seharusya jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan haruslah mencukupi. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang ditetapkan, maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas. Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah diperiksa berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda.

Pengujian

* Pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu. * Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar memberi satu set tindak balas / respon. * Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah matematik, melukis satu gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu perkataan dan sebagainya. * Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar (dalam bentuk markah) sahaja. Tujuan pengujian adalah seperti berikut: 1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai. 2. Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain. 3. Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pelajar sebelum pengajaran. 4. Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan. Pentaksiran * Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kuantiti atau takat pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru. * Alat pengukuran yang digunakan guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori, atau sesuatu skala. * Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan. Fungsi-fungsi pentaksiran adalah seperti berikut: 1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah diperoleh. 2. Mengesan jenis kemahiran yang diperoleh. 3. Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain. 4. Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.

Penilaian * Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. Tiga langkah penilaian: 1. Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur. 2. Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran. 3. Membuat sesuatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran. * Dari segi konsep, penilaian merupakan yang paling luas. *Ia adalah proses menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat taksiran dan keputusan. * Data kualiti diperoleh daripada rekod peristiwa dan rekod pemerhatian tingkah laku seseorang individu. * Contoh data kualiti adalah seperti, " Amir adalah seorang pelajar yang cerdas dan berinisiatif". * Data kualitatif meliputi nilai berangka atau markah seperti "Ahmad mempunyai darjah kecerdasan 120". * Ringkasnya, penilaian melibatkan penggunaan maklumat untuk membuat sesuatu keputusan. * Penilaian merupakan satu aspek proses pembelajaran yang penting sekiranya ia menggalakkan pelajar membaiki pencapaiannya, membantu guru membuat taksiran tentang kesan pengajaran mereka.

Rajah 1: Perhubungan antara pengujian, pentaksiran, dan penilaian

Jenis Kesahan

an (Predictive Validity -related Validity)

Kesahan Kandungan (content validity) Item ujian merangkumi kandungan ujian yang hendak diukur Kesahan Kandungan (content validity) -bahan pengajaran yang ditentukan atau kepada bidang pengajaran yang dikhususkan. Ciri-ciri Kesahan Kandungan

tentu Ciri-ciri Kesahan Kandungan Kesahan Semasa/Serentak (Concurrent Validity )

Kesahan Ramalan ahan Ramalan dapat ditentukan dengan membuat penilaian setepat mana ramalan yang dibuat (menggunakan instrumen untuk mengumpul data) masa kini dapat disahkan daripada maklumat yang dikumpulkan pada masa hadapan. Kesahan Ramalan Contoh:-

ul melalui ujian/kriteria/ tingkahlaku dan tunggu sehingga tingkah laku yang hendak diukur oleh ujian berlaku

mengambil ujian tersebut. Kesahan Berkaitan Kriteria (Criterian-related Validity )

mentadbir ujian:h masa beberapa bulan (predictive) Kepetingan Kesahan Muka KEBOLEHPERCAYAAN -skor ujian yang senantiasa tetap dengan tidak adanya ralat pengukuran (Test Style Manual, ETS, New Jersey, USA). lkan keputusan baik

o Pengaruh faktor luaran (set soalan, masa, pemeriksaan kertas) yang menjejaskan sesuatu ujian dikenali sebagai skor ralat/ralat pengukuran (error measurement). o Kebolehpercayaan ujian bergantung kepada ketekalan skor yang dihasilkannya walaupun diulang uji beberapa kali. o Ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi bagi sesuatu kumpulan itu tidak semestinya mempunyai kebolehpercyaan yang tinggi bagi kumpulan yang lain p ujian yang sama akibat pengaruh faktor-faktor luaran (yang tidak berkaitan dengan tujuan pengkukuran), ujian tersebut tidak mempunyai kebolehpercayaan.

ujian g jelas, mudah difahami dan penyusunan mengikut kesukaran item boleh memberi kesan kepada kebolehpercayaan ujian

ingkat dengan meningkatnya bilangan pilihan jawapan bagi setiap item -Salah atau dua pilihan jawapan pada item adalah paling kurang kebolehpercayaannya kepada kebolehpercayaan yang rendah rusnya mendiskriminasi antara pelajar yang pandai dengan lemah -ayat yang mengelirukan atau masalah-masalah teknikal Mengelakkan Ralat Pengukuran (Keboleh-percayaan Rendah ) daripada kelajuan dijadikan sebagai satu faktor pengujian

sama Elemen Yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan

eka jawapan sewenang-wenangnya, skor mereka tidak akan tekal dari satu ujian kepada ujian yang lain. ada skor ujian, malah lain-lain jenis maklumat terhadap pelajar. Misalnya rekomen guru terhadap seseorang pelajarnya. Adakah guru yang berlainan dapat memberikan testimoni yang sama apabila mereka menilai pelajarnya

Faktor Mempengaruhi Kesahan


Pelbagai faktor mempengaruhi kesahan skor ujian, kelemahan membina butiran ujian/soalan/item iaitu dalam situasi seperti berikut;

Pembina tidak mengawal aras kesukaran ujian dengan baik (terlalu susah atau senang). Ini menyebabkan skor calon tidak tersebar meluas di sepanjang senarai skor daripada rendah hingga ke tinggi. Ini bermakna butiran ujian/soalan/item tidak dapat mendiskriminasikan calon. Penulisan ayat yang kabur sama ada dalam arahan atau soalan. Apakah perlu ditulis dengan jelas, iaitu bagaimana calon perlu memberikan respon pada tugasan. Penggunaan perbendaharaan kata yang tidak sesuai dengan aras umur pelajar. Terdapat petunjuk dalam soalan yang memudahkan calon memberikan respon. Kesalahan dalam mengenalpasti objektif pentaksiran dalam butiran ujian yang dibekalkan. Contohnya seorang pembina yang ingin menguji kemahiran menganalisis tetapi membekalkan soalan yang berada pada tahap kefahaman. Ketidaksesuaian antara hasrat dengan item. Dari segi struktur ujian, jika boleh ujian di bilik darjah jangan terlalu pendek atau panjang. Ini akan menjejaskan kesahan. Ini adalah kerana struktur ujian merupakan

sampel daripada sekumpulan soalan yang mungkin disoal. Sekiranya ujian terlalu pendek sukar untuk membekalkan cakupan yang mewakili prestasi yang diharapkan. Struktur ujian biasanya dimulakan dahulu soalan yang senang diikuti dengan soalan sukar. Dari segi pentadbiran ujian banyak bentuk kelemahan yang biasa berlaku dan menjejaskan kesahan ujian. Contohnya masa yang tidak mencukupi diperuntukan bagi menjawab soalan, pertolongan yang tidak adil yang diberikan oleh pengawas peperiksaan dan penipuan semasa ujian dijalankan. Dari segi pemarkahan pula ujian esei mungkin tidak mempunyai skema penskoran yang terperinci. Ini akan menurunkan kesahan ujian

Kebolehpercayaan Satu lagi ciri yang penting sesuatu ujian ialah kebolehpercayaan ujian. Kebolehpercayaan ujian merujuk kepada ketepatan dan kejituan ujian itu dalam membuat ukuran. Persoalan di sini ialah Adakah ujian yang sama jika diberikan semula kepada pelajar yang sama akan menghasilkan keputusan yang sama? Kebolehpercayaan sesuatu ujian dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti: 1. 2. 3. 4. bilangan soalan panjang soalan kesukaran soalan kejelasan soalan

Bilangan Soalan Pada umumnya, sekiranya faktor-faktor yang lain tidak berubah, ujian yang lebih panjang mempunyai tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Ini bermakna ujian yang mempunyai lebih banyak soalan adalah lebih boleh dipercayai Panjang Soalan Sekiranya masa ujian tetap, ujian yang mengandungi sebilangan besar soalan pendek akan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Kesukaran Soalan Pada umumnya, ujian yang mengandungi soalan yang kesukarannya sederhana akan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Kejelasan Soalan Soalan yang tidak jelas tugasannya akan mengurangkan tahap kebolehpercayaan ujian. Prosedur menganggar kebolehpercayaan skor ujian. Terdapat dua prosedur yang sering digunakan dalam menganggarkan kebolehpercayaan skor ujian.

1. Pentadbiran dua ujian. (a) Kaedah uji dan uji sekali lagi (Test Retest Method)

(b) Kaedah ujian bentuk setara (Parallel Form Method) atau kaedah bentuk selang-seli (Alternate Form Method) Merupakan kaedah terbaik dalam membuat anggaran kebolehpercayaan pengukuran akademik. Kebolehpercayaan bentuk setara juga disebut sebagai teknik selang seli atau bentuk selari Kaedah ini digunakan untuk mengelakkan calon dari mengingat item yagn diuji Skor kedua-dua ujian yang ditadbirkan kepada calon yang sama

Sekiranya kedua-dua ujian itu ditadbirkan secara bergilir, maka pekali kebolehpercayaan dipanggil sebagai pekali penyetaraan Pekali ini menggambarkan variasi prestasi calon antara ujian pertama dengan ujian kedua. Sekiranya calon diuji dengan bentuk 1 pada satu ketika dan bentuk 2 pada ketika yang lain, keduadua bentuk ini adalah setara berikut: Skornya dikorelasikan, maka kita akan dapat pekali kestabilan dan penyetaraaan Ujian bentuk setara ini dibina secara berasingan dan mestilah memenuhi spesifikasi

sama bilangan sama bentuk sama arahan sama tempoh ujian sama format sama kandungan sama julat sama aras kesukaran soalan berbeza

2. Pentadbiran satu ujian. Kaedah belah dua (Split half method) (a) Kaedah Belah Dua.

Pembina memberikan satu bentuk ujian kepada satu kumpulan calon. Untuk menskorkan ujian, pembina membahagikan item kepada dua sub-ujian. Setiap ujian mengandungi daripada bilangan item yang asal.

Tujuan membahagikan kepada dua sub-ujian ialah untuk mendapatkan dua ujian yang selari mungkin. rtt = 2 r 1 + r Empat kaedah yang biasa digunakan termasuklah: a. Umpukkan item bernombor ganjil kepada kumpulan A dan bernombor genap kepada kumpulan B. b. Susun item mengikut aras kesukaran (nilai-p) kemudian umpukkan item yang bernombor ganjil kepada kumpulan A dan bernombor genap kepada kumpulan B. c. Umpukkan item secara rawak kepada kumpulan A dan kumpulan B.

d. Umpukkan item kepada kumpulan A dan kumpulan B berdasarkan kandungan/ kemahiran/tugasan ujian yang sepadan. Kedua-dua bentuk ujian ini kemudiannya diskorkan secara berasingan dan pekali korelasi antara kedua ujian ini dihitung. Secara konsepnya, pekali korelasi bagi kedua-dua ujian ini ialah pekali persamaan (kesetaraan) bagi kedua-dua ujian berkenaan. Cronbach - Alpha Cronbach alpha adalah pekali alpha, , yang kerapkali digunakan dalam menganggarkah kebolehpercayaan ketekalan-dalaman. = k k1 Digunakan untuk item yang diskor secara dikotomi (betul-salah) atau politomi ( 1 - i2) T2

Formula Kudder Richardson. Formula Kudder Richardson 20 dan 21 dibuat berdasarkan penskoran yang dibuat secara diskrit atau dikotomi. Digunakan untuk item yang diskor secara dikotomi (betul-salah) seperti dalam ujian objektif perlbagai pilihan

KR20

k k1

( 1 - pq) T2

KR21 =

k k1

( 1 - m(k-m)) ks2

Meramal Statistik Ujian daripada Statistik Soalan Daripada nilai statistik setiap soalan itulah dianggarkan statistik ujian akhir yang terbentuk itu. Kaedah menganggar statistik ujian adalah seperti berikut. Sediakan jadual seperti berikut.

No Soalan 1 2 3 . . k

q=1 - p

pq

pq

rpq

Hitung (i) (ii) (iii) Min ujian, Mt = p Sisihan piawai ujian, st = rpq Kebolehpercayaan ujian

(KR 20), rtt = k___ [ 1 __pq__ ] k 1 (iv) Ralat piawai pengukuran ujian, st2

se = st 1 rtt di mana, p = indeks kesukaran soalan

q=1p k = bilangan soalan

Anda mungkin juga menyukai