Anda di halaman 1dari 4

Suami SoIeh Suami Idaman

suami adalah tempat pergantungan hidup seorang isteri...suami adalah teman, sahabat, kawan,
ayah, abang, pemimpin, peneraju, motivator, ustaz, pelindung, pendidik kepada isteri dan anak-
anak dalam sesebuah institusi kekeluargaan, sumai adalah contoh dan role model terbaik buat
isteri dan anak-anak, agar lahir sebuah keluarga yang harmoni dan diredhai Allah Taala...Dalam
mencari haluan untuk membentuk diri menjadi insan yang bergelar suami soleh suami idaman,
mari sama-sama kita hayati petikan-petikan berikutnya.....
CR-CR SUAM SOLEH SUAM DAMAN (SSS)
O Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat
pula membimbing isterinya .
O Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
O Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam
melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
O Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran
tetangga atau sebagainya.
O Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan
kesihatannya.
O Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna
mengikut kemampuannya
O Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu
masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
O Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan
keutuhan rumah tangga mereka.
O Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap
isterinya.
O Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
O Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
O Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi,
berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
O Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya.
Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
O Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau
perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
O Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
O Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang
lain yang berkaitan dengan isterinya.
O Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh
amanah serta bertanggungjawab
TNDAKAN SUAM SOLEH
1. Mentaati Allah s.w.t dan RasulNya dengan mengerjakan segala perintahNya
2. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah swt
3. Melayani serta menasihati isteri dengan sebaik mungkin
4. Menjaga hati dan perasaan isteri
5. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu di luar kemampuan isteri
6. Bersabar dan menjauhkan diri daripada memukul isteri dan memudarat dirinya
7. Hendaklah menjauhkan diri dari mengeji atau memburukkan isteri di hadapan orang lain dan
tidak memuji wanita lain di hadapannya
8. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka kerana segala sesuatu
yang dijadikan Allah swt mempunyai rahmat disebaliknya
9. Mengelakkan diri dari terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia menjejaskan imej dan
prestasi suami sebagai pemimpin keluarga
10. Memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak mengikut kemampuannya
11. Menyediakan tempat tinggal dan keperluan yang selesa untuk isteri dan anak-anak
12. Bertanggungjawab mendidik akhlak isteri dan anak-anak berlandaskan slam
13. Sentiasa mengambil berat keselamatan isteri dan anak-anak.
14. Memberi kasih sayang dan sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan bersama
Petua Suami deal Suami Soleh :
Berikut adalah petua ke arah mengubah diri menjadi lelaki dikagumi dan juga suami misali.
Cubalah lihat ke dalam diri dan nilai sama ada anda memiliki sifat ini.
1. Pasang niat dan berdoa menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin
jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri
anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan bagi anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami misali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.
Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat
berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan
anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke
tempat kerja atau ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di
dalam kenderaan.
7. Telefon isteri ataupun hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sekadar menyatakan yang anda
sayang ataupun rindu pada isteri. steri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila
mendapat panggilan atau mesej itu.
8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap
gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat-menasihati semasa makan.
Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elak berbual perkara
melalaikan semasa makan.
10. Ajak isteri mandi bersama sekali-sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah
sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. ni adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri,
mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat
Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13. Pastikan penampilan anda tampan, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami
inginkan isteri yang mengancam tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan
amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tidak serupa bikin.1
5. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai
suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. ni
menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada
emosi dan situasi isteri. steri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan pastikan keluarga juga patuh kepada
Tuhan.
18. Suami misali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja atau tidak
sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. ni wajib dihentikan.
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara
keluarganya dengan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. steri amat
suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap
malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. steri merajuk bukan sebab ditegur
tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan
memberontak.
23. Gunakan Nabi Muhammad saw sebagai contoh. Hidupkan amalan sunah dalam rumah
tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. ni adalah tertib memberi khidmat. Ramai
suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini.
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi
mengingatkan sembahyang. ngatkan isteri lakukan sembahyang fardu dan sunat.
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan,
memberi tenaga, tidak pernah sengsara dan berteras iman serta takwa.
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dahulu.
Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan
gemilang.
28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan
keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat
membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isteri.Saya berharap kita semua dapat
mengambil iktibar dan pengajaran daripada apa yang tertulis diatas ini...semoga kita semua
dapat menjadi suami soleh dan mithali dan juga dapat menjaga isteri dengan baik seterusnya
yang paling penting adalah mendapat keredhaan dari Allah s.w.t... nsyaallah.. Amin..

Anda mungkin juga menyukai