Anda di halaman 1dari 13

7 Tips Mendidik 

 Anak - Anak Gembira dan


Tenang

    Dr Atiyah Azmi (MBBS)


7 Tips Mendidik Anak - Anak Gembira dan Tenang

7 Tips Mendidik Anak-anak yang Gembira


dan Luarbiasa
1. Matlamat dan Niat yang Jelas
Setiap perbuatan yang kita lakukan dalam kehidupan ini, haruslah bermula
dengan niat yang betul. Maka akan timbul persoalan apakah niat yang
betul sebagai ibubapa? Allah tidak menganugerahkan kita anak-anak
sewenang-wenangnya. Seperti kita semua, setiap insan diciptakan dengan
tujuan menjadi Khalifah dan Hamba Allah. Tujuan kita mendidik anak-anak
adalah untuk membentuk generasi yang beriman dan menjalankan tugas di
muka bumi ini mengajak sesama lain kepada jalan Allah dan mematuhi
perintahNya. Anak-anak juga perlu dididik dalam rangkuman ajaran Islam
mengikut etika dan adabnya.

Sedarkah kita bahawa perjalanan hidup ini pendek dan sekejap sahaja.
Anak-anak juga begitu. Tujuan kita harus jelas, untuk mendidik anak-anak
menjadi insan yang beriman, mengenali Allah Maha Pencipta, Umat
Rasulullah SAW dan khalifah yang bermanfaat. Anak-anak harus dididik
untuk mentauhidkan Allah yang satu.

#hopefulandmoderateparenting #ibubapapenuhharapan
#ibubapatidakekstrem
7 Tips Mendidik Anak - Anak Gembira dan Tenang

"Sifat penyayang ibubapa terhadap anak-anak


adalah resipi utama dalam mendidik anak..."
Apabila kita jelas dengan matlamat, maka tindakan kita akan terdorong ke
arah mencapai matlamat kita. Apa yang bahaya adalah apabila matlamat
kita salah dan tidak jelas, umpama kita memandu ke arah destinasi yang
kita juga tidak pasti hendak ke mana. Sudah pasti kita akan sesat dan
terkontang-kanting mencari Hala tuju.

Ibu dan ayah, untuk mendidik anak menjadi gembira dan luarbiasa
fokuslah pada menyedarkan dan membangkitkan jiwa mereka agar
sedar tentang erti ciptaan manusia dan kehidupan ini.

Niat kita mendidik anak-anak, haruslah ikhlas kerana ingin mencapai redha
Ilahi. Usahalah ke arah memperbaharui niat apabila berinteraksi dan
mendidik anak, agar niat kita untuk mencapai redha Allah.

Jom kita renungkan bersama, dan ambil masa untuk tulis sebentar apakah
matlamat dan niat kita mendidik anak-anak?

#hopefulandmoderateparenting #ibubapapenuhharapan
#ibubapatidakekstrem
7 Tips Mendidik Anak - Anak Gembira dan Tenang

2. Penyayang
Sifat penyayang ibubapa terhadap anak-anak adalah resipi utama dalam
mendidik anak. Bayangkan jika Allah tidak lahirkan sifat penyayang dalam
diri dalam mendidik anak, sudah pastilah kita tidak dapat menjaga anak-
anak dengan baik malahan mungkin lebih kepada hanya menyiapkan
tugasan semata-mata.

Menyayangi anak-anak tanpa syarat


bermakna kita tidak menetapkan syarat
untuk menjadi kriteria agar menyayangi
anak-anak. Kita menerima anak-anak
mereka secara menyeluruh dan tidak
memilih-milih. Anak-anak tidak kira umur
harus diberi kasih sayang. Perasaan kasih
sayang itu lahir daripada hati. 

Sebagai Ibu, saya pernah di peringkat


awal bertanyakan diri apakah itu rasa sayang pada anak, namun ternyata
apabila anak yang dikandung itu lahir perasaan sayang dan kasih itu
dianugerahkan oleh Allah ke dalam hati dan jiwa. 

"biasakan meluahkan kata kasih sayang kepada


anak-anak..."

#hopefulandmoderateparenting #ibubapapenuhharapan
#ibubapatidakekstrem
7 Tips Mendidik Anak - Anak Gembira dan Tenang

Wujudkan suasana penuh kasih sayang dalam rumah, biasakan meluahkan


kata kasih sayang kepada anak-anak.  Tahukan anda, menurut Dr Gary
Chapman yang merupakan seorang Pakar Kaunseling keluarga dari Amerika
Syarikat dan merupakan penulis buku "The 5 Love Languages"   mendapati
terdapat 5 bahasa kasih sayang. Bahasa kasih sayang adalah unik kepada
seseorang individu dan apabila bahasa kasih sayang pasangan atau anak
kita diberikan, insyaAllah individu tersebut akan merasa puas dan
disayangi. 

Lima bahasa kasih sayang tersebut adalah:


1. Kata-kata yang menunjukkan sayang seperti
mengucapkan rasa sayang, memuji, menghargai.
2. Sentuhan fizikal seperti pelukan, usapan, ciuman dan
menyentuh apabila bercakap.
3. Masa berkualiti iaitu dengan meluangkan masa tidak kira
kuantiti tetapi memberikan peluang bersama yang
berkualiti.
4. Perkhidmatan atau menolong, dengan cara melakukan
sesuatu kepada individu ini. Contohnya bantu anak
menyiapkan projek sekolah, tolong isteri mengemas
rumah dan sebagainya.
5. Hadiah sebagai tanda kasih sayang.

#hopefulandmoderateparenting #ibubapapenuhharapan
#ibubapatidakekstrem
7 Tips Mendidik Anak - Anak Gembira dan Tenang

"memberi kesan yang positif kepada anak-anak


apabila mereka melihat kesungguhan ibubapa
mereka mencari ilmu..."
Kajian beliau boleh digunakan sebagai panduan umum kepada kita, dan
agar kita sedar bahawa terdapat pelbagai cara seseorang itu merasai
dihargai dan disayangi. Walaubagaimanapun, sebaik mungkin sebagai ibu
dan ayah latih diri untuk memberikan kasih sayang dan menunjukkannya
dalam pelbagai cara. 

3. Berilmu
Selain daripada sifat penyayang dan mempunyai matlamat yang jelas,
ibubapa harus mewujudkan budaya mencari dan memperbaharui ilmu.
Kadang-kadang, ada perkara yang kita harus ‘unlearn’ iaitu belajar semula
dan tidak mengikuti ilmu lama yang belajar. Sebagai contoh, dalam
mendidik anak-anak mungkin kita terikut dengan cara pendekatan yang
relevan buat keluarga kita maka kita haruslah memperbaharui ilmu.

Budaya mencari ilmu ini bukan sahaja untuk kebaikan kita sebagai
ibubapa, namun ianya akan memberi kesan yang positif kepada anak-anak
apabila mereka melihat kesungguhan ibubapa mereka mencari ilmu.

#hopefulandmoderateparenting #ibubapapenuhharapan
#ibubapatidakekstrem
7 Tips Mendidik Anak - Anak Gembira dan Tenang

Terdapat banyak jenis ilmu yang ibubapa boleh pelajari dalam melayari
perjalanan sebagai ibubapa antaranya, ilmu mendidik anak-anak, ilmu
perkembangan anak-anak, ilmu pendekatan atau pedagogi pendidikan,
ilmu kesihatan dan yang paling penting adalah ilmu agama. Kita tidak
boleh tunduk dan patuh dengan keadaan diri yang kekurangan ilmu dan
menjadikan ia sebagai alasan untuk tidak mendidik anak dengan baik.

Antara sumber ilmu adalah:


1. Buku
2. Kuliah atau kursus pendek
3. Kursus atas talian
4. Berguru secara depan
5. Mengikuti individu yang berkongsi ilmu dan isi
bermanfaat di media sosial

#hopefulandmoderateparenting #ibubapapenuhharapan
#ibubapatidakekstrem
7 Tips Mendidik Anak - Anak Gembira dan Tenang

4. Kreatif dan Inovatif

Inovatif adalah pendekatan yang sentiasa menambahbaik sesuatu


yang ada dan juga mencipta sesuatu yang baru bagi memberi solusi
kepada sesuatu masalah.

Ibubapa yang kreatif akan menghasilkan suasana yang menggembirakan


kerana sentiasa berfikirkan solusi yang baik. Contohnya, kisah benar
seorang ibu yang tinggal di pedalamn membina buaian daripada tayar
disangkut pada Pokok untuk anaknya yang berpuasa agar tidak berfikirkan
tentang kelaparan, SubhanAllah walaupun saya mengenali ibu ini yang
tidak memiliki wang dan harta namun beliau begitu kreatif!

Jom kita renungkan, suasana apabila ibubapa itu kreatif dan inovatif maka
persekitaran di dalam rumah dan keluarga sentiasa ditambah baik.

Jadi Marilah, kita mengambil pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif
dalam mendidik anak-anak dari pelbagai aspek.

#hopefulandmoderateparenting #ibubapapenuhharapan
#ibubapatidakekstrem
7 Tips Mendidik Anak - Anak Gembira dan Tenang

5. Bijak mengurus emosi dan diri


Setiap Hari, kita bersaing dengan diri sendiri untuk menguruskan emosi,
nafsu, masa, tindakan dan juga keluarga kita. Maka, ambillah tindakan
bijak mengurus emosi dan keadaan diri. Kita dianugerahkan satu-satunya
Tubuh badan yang dimiliki, aqal kita, emosi kita dan hanya kita yang boleh
melakukan perubahan.

Apabila ibubapa bijak mengurus emosi diri dan boleh menangkap diri
sebelum terjun ke emosi yang negatif seperti sedih , marah, kecewa,
bersalah dan sebagainya insyaAllah diri akan menjadi tenang. Apakah hasil
daripada emosi ibubapa yang tenang? Sudah tentunya anak-anak juga akan
menjadi tenang.

Tips Mengurus Emosi Tips Mengurus Diri


1. Ketahui apakah yang menyebabkan 1. Kenali diri, kekuatan diri,
kita menjadi marah, sedih atau kelemahan diri.

kecewa? 2. Latih diri menulis jurnal atau diari


2. Apa yang boleh dilakukan agar diri bagi merancang masa dan juga
kita tidak perlu berada dalam zon relfeksi diri (muhasabah).

emosi negatif itu. Sebagai contoh: 3. Mengambil langkah sedikit demi


Istighfar, duduk, Menarik nafas sedikit, yang penting istiqamah.
dan tarik dengan perlahan, 4. Bersyukur atas perubahan yang

mengasingkan diri dahulu. berlaku biarpun kecil.


3. Kawal diri daripada bertindak 5. Doa agar Allah bantu memberikan
dalam emosi negatif itu. ilham dan bantuan agar kita Dapat

4. Banyakkan berdoa agar Allah mengurus diri sendiri dan jadual.


bantu kita melakukan perubahan
dan mengawal emosi.

#hopefulandmoderateparenting #ibubapapenuhharapan
#ibubapatidakekstrem
7 Tips Mendidik Anak - Anak Gembira dan Tenang

6. Bertenaga
Ada pepatah yang mengatakan “Jiwa yang sihat, berada dalam
badan yang sihat”. Anak-anak memerlukan ibubapa bertenaga,
kerana secara fitrahnya mereka aktif dan suka kepada pergerakan
fizikal. Ibubapa boleh berusaha ke arah menjadi bertenaga dan
sihat.

Saya sendiri merasakan apabila menjaga anak istimewa pada masa yang
sama, anak-anak lain masih kecil dan memerlukan perhatian dan
pergerakan bersama saya. Situasi itu sangat memandu saya agar bertenaga
dan aktif bersama anak-anak. Kehendak diri kita yang ingin bersama anak-
anak akan mendorong kita agar mengambil tindakan dan menjadi aktif.

Contoh mudah adalah berjalan kaki dengan anak-anak pada waktu pagi,
atau main bersama di taman atau halaman rumah.

#hopefulandmoderateparenting #ibubapapenuhharapan
#ibubapatidakekstrem
7 Tips Mendidik Anak - Anak Gembira dan Tenang

7. Efisyen (Mengurus waktu)


Didiklah diri kita menjadi orang yang menjaga masa, kerana satu-satunya
anugerah yang kita ada sangat berharga adalah masa. Sebagai ibubapa
lagi-lagilah dengan anak yang kian membesar dengan cepat. Masa dan
peluang yang ada harus direbut untuk mendidik anak dengan baik,

Didiklah diri kita menjadi orang yang menjaga masa, kerana satu-satunya
anugerah yang kita ada sangat berharga adalah masa. Sebagai ibubapa
lagi-lagilah dengan anak yang kian membesar dengan cepat. Masa dan
peluang yang ada harus direbut untuk mendidik anak dengan baik,

Apabila kita efisyen dalam melakukan aktiviti, insyaAllah kita akan rasa
puas dan lebih tenang.

Petikan daripada buku The Productive Muslim:

Produktiviti = Fokus x Tenaga x Masa

Dari formula ini, kita Dapat lihat bahawa untuk menjadi produktif atau
menghasilkan sesuatu yang baik haruslah ada fokus, tenaga dan masa.

"satu-satunya anugerah yang kita ada sangat


berharga adalah masa.."

#hopefulandmoderateparenting #ibubapapenuhharapan
#ibubapatidakekstrem
7 Tips Mendidik Anak - Anak Gembira dan Tenang

Kesimpulannya, saya dapat secara ringkas berkongsikan 7 langkah ini agar


kita dapat mengambil tanggungjawab sebagai Ibu dan Ayah dalam
mendidik anak-anak. Apabila kita fokus kepada apa yang kita boleh buat,
insyaAllah perubahan mudah berlaku.

Akhir kata, ketahuilah bahawa anda ibubapa yang hebat dan


penyayang dan semoga langkah yang diambil ini untuk menjadi
ibubapa yang baik mendapat redha Allah.

Terima kasih, 

Salam Kasih Sayang 


Dr Atiyah Azmi, MBBS NLP Practitioner Student of Montessori Education

RUJUKAN
The Productive Muslim, Mohammed Faris.
The 5 Love Languages, Dr Gary Chapman
Successful Family Upbringing Series Book 01 - 06, Prof Dr
Abdul Karim Bakkar

#hopefulandmoderateparenting #ibubapapenuhharapan
#ibubapatidakekstrem
TERIMA KASIH

Tekan sini untuk


dapatkan eJurnal
Memandang Anak-
Anak Dengan Kasih
Sayang

Anda mungkin juga menyukai