Anda di halaman 1dari 2

DOSA-DOSA DAN BALASAN ORANG YANG MENINGGALKAN

SEMBAHYANG
Orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu dengan
sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan
azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang
bermaksud : "Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka
Saqar? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".
Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan
hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu
sama nilaian dengan dosa seperti berikut:
Sembahyang Subuh
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang subuh , nescaya Allah
akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.
Sembahyang Zohor
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang zohor dengan sengaja
dosanya sama dengan membunuh 1000 orang slam
Sembahyang Asar
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Asar dengan sengaja ,
dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)
Sembahyang Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang Maghrib dosanya sama
seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang
lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang
perempuan.
Sembahyang Isya'
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang sya' nescaya Allah tidak
akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala
nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam
keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.
Di antara hadis yang menyebut mengenai dosa orang yang
meninggalkan sembahyang ialah :
Sabda Nabi s.a.w. : "Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang
mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang
meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara .

Enam perkara seksaan di atas dunia
Dihilangkan berkat sedikit demi sedikit yang ada pada umurnya
Dikurangkan rezeki di dalam usahanya
Tiada dipelihara baginya agama slam
Dikurangkan pengaruh-pengaruh baik pada dirinya
Segala amal kebajikan yang diamalkan dalam dunia ini tiada diberi
pahala oleh Allah akan dia.
Tiada diangkat oleh malaikat ke langit akan segala amalnya
Tiga perkara sewaktu hendak mati
1. Dimatikan dalam kehinaan
2. Dimatikan dalam keadaan sangat lapar
3. Dimatikan dalam keadaan sangat kehausan walaupun dituangkan
air kekerongkongnya sebanyakmanapun
Tiga perkara sewaktu daIam kubur
1. Dihimpit tanah dalam kuburnya sehingga keadaan tulang
selangkanya remuk sama sekali dan Tuhan memerintahkan
malaikat Munkar dan Nankir menyiksanya sehingga hari kiamat.
2. Didatangkan Allah seekor ular besar bernama SHWAUN-RAK
yang keadaannya sangat dasyat, matanya seperti guruh dilangit
menggigit dan membenamkan kukunya kepada mangsanya hingga
hari kiamat.
3. Didatangkan malaikat yang bertongkat besi, sambil berkata
dengan suara yang ganas dan kuat seperti guruh di langit seraya
berkata: "Aku diperintahkan oleh Allah memalu (memukul) engkau
daripada subuh hingga zuhur, dan zuhur hingga subuh"
Tiap-tiap kali pukul atau paluan itu tertanam tubuh kita hingga 70
hasta ke dalam tanah, maka dikeluarkan pula kukunya yang mana
keadaan memakan masa selama sehari semalam dalam
perjalanan.

Anda mungkin juga menyukai