Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Di Malaysia, bimbingan dan nasihat telah lama diamalkan dalam masyarakat Melayu. Hal ini adalah disebabkan oleh kebudayaan masyarakat Melayu yang saling

tolong-menolong. Bimbingan dan kaunseling memainkan peranannya sejak Tanah Melayu bergelar Malaya lagi. Pada tahun 1910, Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak telah didirikan. Hospital ini merupakan hospital sakit jiwa yang dibina oleh pakar psikiatri yang bernama Dr. W.F. Samuels atas arahan daripada kerajaan British. Pada tahun 1938, seorang pegawai kanan pendidikan, pentadbiran colonial Britain yang bernama H.R.Cheeseman telah membentangkan laporan tentang keperluan bimbingan di sekolah. Setahun selepas itu, Jabatan Pendidikan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk A guide to careers in Malaya for parents, teachers, and pupils. Penerbitan buku ini bertujuan untuk memuatkan analisis pekerjaan yang terdapat dalam perkhimatan kerajaan pada ketika itu. Profesion kaunseling berkembang dan tersebar luas selepas tercetusnya Perang Dunia ke-2 sehingga tahun 1959. Seperti di Amerika Syarikat, aktiviti bimbingan dan kaunseling makin berkembang selepas mencapai kemerdekaan. Sosiolisasi, politik dan ekonomi Malaysia sentiasa berubah dengan pesat. Proses urbanisasi dari desa ke kota dan dari perlombongan, perladangan mahupun pertanian bertukar menjadi industri. Perubahan yang drastik ini melahirkan pelbagai cabaran dalam bimbingan dan kaunseling. Walaupun pada zaman kini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sudah lama dijalankan di Malaysia. Menurut Nordin Kardi dan Mohamed Fadzil Che Din (2000) antara isu-isu kaunseling yang terbangkit semasa pelaksanaan kaunseling di tempat kerja atau organisasi adalah seperti berikut: 1. Kecekapan dan latihan berkaitan kaunseling 2. Kod etika 3. Kaunseling silang budaya 4. Penyeliaan dan konsultansi

2.0 KONSEP-KONSEP PENTING ISU-ISU KAUNSELING

1. Kecekapan dan latihan berkaitan kaunseling Di Malaysia, isu profesionalisme yang hangat dibincangkan adalah berkaitan dengan kelayakan seseorang kaunselor. Dato Dr. Nordin b Kardin, K.B., P.A(MAL) menyatakan bahawa kaunselor yang profesional perlu memenuhi tiga kriteria iaitu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Kaunselor, berdaftar sebagai seorang Kaunselor Berdaftar(KB) dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab berdasarkan Kod Etika Kaunselor. Di Malaysia, seorang bakal Kaunselor Berdaftar(KB) dan penerima Perakuan Amalan(PA) juga disyaratkan sekurang-kurangnya perlu mempunyai kelayakan diploma dalam bidang kaunseling dan diselia serta dinilai dalam masa tidak kurang daripada 1000 jam. Golongan yang sering dipertikaikan di sini adalah golongan guru yang dilantik sebagai kaunselor di sekolah. Boleh dikatakan kebanyakan daripada guru kaunseling di sekolah tidak berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia serta tiada Perakuan Amalan(PA). Guru kaunseling di sekolah biasanya hanya dilatih dengan cara menghadiri seminar atau bengkel sehari dua, Kursus Dalam Perkhidmatan selama 14 minggu atau setahun dan sebagainya. Selain daripada golongan guru, sebarang pertubuhan juga boleh memberikan kenyataan bahawa mereka menawarkan perkhidmatan kaunseling atas pendaftarannya dalam lesen perniagaan ataupun permit pertubuhan. Hal ini boleh dibuktikan dengan keadaan di mana tokong, kuil, gereja dan badan-badan tertentu yang bangga dalam perkhidmatan kaunseling yang diberi oleh mereka. Golongan kaunselor yang tidak diiktiraf yang menjadi penyebab kepada dilema perkhimatan kaunseling profesional. Masyarakat kini sering terpedaya dengan perkhidmatan kaunseling yang tidak sah atau tidak diiktiraf oleh Lembaga Kaunselor Malaysia. Kekaburan orang awam terhadap profesionalisme kaunseling ini telah menimbulkan pelbagai isu seperti kerahsiaan, penipuan, jenayah, keganasan, gangguan seks dan lain-lain. Tanpa permit pengakuan yang dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia, maka profesionalisme dan etika seseorang yang memberikan perkhidmatan kaunseling kepada orang awam adalah dicuriga serta tidak sah. Organisasi seperti ini harus diambil tindakan undang-undang dengan segera supaya orang awam tidak lagi menjadi mangsa. Organisasi yang berkenaan juga harus sedar bahawa mereka sedang mengamalkan kerja-kerja kebajikan dan sosial serta menggunakan teknik perbincangan dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan bukannya seperti mana yang diamalkan oleh seorang kaunselor K.B, P.A. Akan tetapi tidak dapat dinafikan juga terdapat golongan yang tidak berdaftar dengan Lembaga Kaunseling Malaysia dan tidak memiliki Perakuan Amalan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam usaha mengamalkan amalan kaunseling. Isu ini timbul disebabkan pelaksanaan Akta Kaunselor 1998 pada baru-baru ini. Menurut Ibrahim Ahmad(2001), 2

perkhidmatan bimbingan mula diperkenalkan dalam sistem persekolahan negara sekitar tahun 1960-an. Pada masa itu, masyarakat mula menyedari tentang kepentingan perkhidmatan kaunseling dan mula menubuhkan pelbagai badan yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling. Golongan veteran ini sebenarnya menjadi mangsa kepada Akta Kaunselor 1998 di mana pengiktirafan mereka tidak dapat dibukti atas perkhidmatan yang telah diberi. Akta Kaunselor 1998 sangat mementingkan kelayakan akademik dalam bidang kaunseling yang selalu menjadi pintu penghalang bagi golongan yang mengamalkan amalan kaunseling. Tanpa saluran kedua untuk mengiktirafkan golongan ini, maka timbullah isu kaunselor tidak berdaftar tetapi mempunyai kemahiran kaunseling. Senarai kelayakan akademik yang boleh didaftarkan sebagai seorang kaunselor K.B, P.A dalam Akta Kaunselor 1998 begitu menghampakan golongan yang memiliki kelayakan akademik tetapi bukan dari senarai kelayakan institusi yang layak daftar seperti ijazah bidang kaunseling dari negara Taiwan, China dan lain-lain. Dalam sesi temu ramah dengan En. Lee Chee Xiang K.B.,P.A.(Mal) beliau menyatakan bahawa sehingga kini hanya terdapat kira-kira 492 orang yang berdaftar sebagai kaunselor berdaftar di Lembaga Kaunselor Malaysia dan bilangan pemegang Perakuan Amalan dalam golongan ini masih kurang memuaskan. Kebanyakan kaunselor pemegang K.B.,P.A. sekarang berkhidmat dalam agensi kerajaaan seperti Kementerian Pendidikan, Kesihatan, Kebajikan dan lain-lain. Dengan pemegang K.B.,P.A. yang begitu sedikit berbanding dengan permintaan orang awam yang tinggi, maka tidak hairan isu ini diambil kesempatan oleh segelintir golongan yang tiada K.B.,P.A. dalam usaha mendapatkan sesuatu yang mereka perlu.

2. Kod Etika Kod Etika bertujuan menyediakan garis panduan kepada kaunselor dan juga menjadi asas dalam menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada standard perlakuan kaunselor. Kod Etika juga menggariskan standard perlakuan kaunselor dalam menjalin perhubungan profesional dengan klien, rakan-rakan kaunselor, majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. la juga merangkumi etika perlakuan yang standard mengenai tatalaku yang sesuai dengan kedudukan dan identiti sebagai seorang kaunselor. Dalam menjalankan tanggungjawab kepada semua pihak, kaunselor sentiasa

berhadapan dengan isu-isu kritikal. Satu isu yang sering dibicarakan ialah isu kerahsiaan. Peranan utama kaunselor sekolah ialah memberi kaunseling kepada kanak-kanak dan remaja. Pada masa yang sama, kaunselor juga mempunyai tanggungjawab kepada ibubapa, dan pentadbiran sekolah. Dalam hal ini, seringkali kaunselor tersepit antara ketiga-tiga pihak apabila terdapat isu-isu yang perlu dirahsiakan. Garis panduan etika kaunseling 3

menyatakan dalam semua hal, kaunselor perlulah menghormati kliennya dengan menyimpan rahsia, kecuali dalam keadaan berikut: i. ii. iii. tindakan klien boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri tindakan klien boleh mendatang bahaya pada orang lain dan masyarakat apabila diminta membuat keterangan oleh mahkamah.

Klien remaja boleh datang dengan membawa isu kehidupan peribadi mereka yang mungkin berkaitan dengan undang-undang dan memerlukan tindakan pihak berkuasa. Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (1997) berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh pihak polis Bukit Aman Kuala Lumpur, jumlah tangkapan kes juvana mengikut pecahan umur 10 tahun hingga 18 tahun dari tahun 1993 hingga 1995 amat membimbangkan. Dalam tahun 1995, bilangan pelajar yang ditanggap kerana kes juvana dari umur 10 tahun hingga 18 tahun adalah seramai 4,192 orang. Kepayahan yang perlu ditanggung oleh kaunselor

dalam keadaan ini di mana kaunselor ingin memberi khidmat kaunseling tetapi tidak dapat berjanji untuk menyimpan rahsia dengan kliennya. Dalam hal ini, kaunselor perlu mempraktikkan persetujuan informed consent ataupun persetujuan bermaklumat. Ini bermaksud, klien perlu menandatangani borang persetujuan untuk mengambil bahagian dalam kaunseling dan bersetuju dengan tindakan beretika yang akan diambil oleh kaunselor, termasuklah melepaskan tanggungjawab merahsiakan jika laporan perlu dibuat kepada pihak berwajib. Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling. Masalah lebih berat menimpa kaunselor apabila pentadbir sekolah sewenang-wenangnya mencanangkan semua perkara termasuklah perkara sulit seperti kes mengandung luar nikah, rogol, kes dadah dan lain-lain sehingga diketahui oleh orang yang tidak berkenaan seperti guru-guru lain, pelajar, malah masyarakat setempat. Keadaan ini memberi imej buruk dalam kalangan pelajar bahawa kaunselor tidak pandai menyimpan rahsia. Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan sebagai instrumen untuk menyekat peluang dan kebebasan kaunselor dalam mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk mengenakan tindakan disiplin kepada kaunselor tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksimum. Kod Etika ini berperanan sebagai panduan kepada Majlis Kaunseling Kebangsaan untuk membuat keputusan dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan etika. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa tiada sesiapa pun di dunia dapat menafikan kegunaan dan kepentingan wang ringgit dalam tujuan memenuhi keperluan seseorang serta nikmat seks yang begitu segan dibahaskan, keadaan ini selalu menyebabkan berlaku pelbagai kes pecah amanah pada para pemegang K.B.,P.A..Isu seperti menggunakan kemahiran yang ada bagi tujuan membina hubungan untuk mendapatkan hubungan seks 4

dengan klien, memujuk klien dalam kerja direct sales, menggalakkan klien menyertai sesuatu course dan asyik merujuk klien kepada psikiatri dalam usaha mendapat komisen. Isu penyelidikan seperti menggunakan kes klien dalam penyelidikan dan menerbit buku tanpa persetujuan dari klien dan lain-lain. Kesemua isu ini menjadikan profesion kaunselor mengalami dilema yang begitu teruk sekali. Pelbagai usaha telah diambil oleh Lembaga Kaunselor Malaysia seperti menubuhkan jawatankuasa penyeliaan, pemantauan,

perundangan dan lain-lain bagi tujuan kawalan mutu perkhidmatan serta menyekat gejala negatif di antara ahlinya.

3. Kaunseling silang budaya Matsumoto(1996) mendefinisikan budaya sebagai sikap, nilai, kepercayaan dan tingkah laku yang dimiliki oleh sekelompok orang. Setiap negara mempunyai pelbagai etnik dan dari sinilah lahirnya silang budaya. Silang budaya wujud di mana-mana tempat atau situasi disebabkan individu yang datang dari latar belakang budaya yang berbeza. Hal ini akan timbul masalah kepada individu yang berbeza budaya jika tiada kaedah atau usaha yang diambil untuk menenangkan keadaan sekitarnya. Malaysia adalah satu negara yang terdiri daripada berbilang kaum. Maka kaunselor memainkan peranan yang penting untuk memahami silang budaya agar isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan harmoni. Sebagai kaunselor yang menjalankan sesi silang budaya, adalah penting bagi kaunselor memahami asal-usul klien. Perkara seperti agama, etnik, dan pantang larang yang berlegar di sekeliling perlu disedari supaya tidak menjejaskan sesi yang dijalankan. Selain itu, kaunselor perlu menyedari nilai budaya yang dipegangnya, bagaimana dia sendiri melihat sesuatu budaya itu daripada sudut pandangannya. Selepas itu, barulah memahami budaya kliennya. Hal ini penting kerana jika kaunselor sendiri gagal menyedari wujudnya perbezaan dan persamaan budaya dia dengan kliennya, pasti ada halangan dalam menjalankan sesi. Oleh itu, apapun perbezaan yang timbul dari aspek budaya kaunselor harus bijak menyelesakan dirinya semasa menjalankan sesi. Salah satu prinsip kaunseling adalah percaya yang setiap manusia itu unik dan berpontensi untuk berkembang. Jadi apa pun budaya yang diamal oleh klien dia harus menerima tanpa syarat tetapi tidak perlulah memaksa diri jika rasa tidak pasti yang anda mampu mengendalikan sesi silang budaya. Kegagalan kaunselor untuk menghadapi kepelbagaian budaya dalam sesi silang budaya disebabkan kaunselor terperangkap dalam kepompong budaya. Kaunselor patut mengelak stereotaip dengan melihat kliennya berdasarkan dari mana kelompok asal kliennya. Ini perlu dielakkan dan untuk memastikan ini tidak berlaku nilai keterbukaan dan kejujuran perlu diamalkan oleh seseorang kaunselor itu. Kaunselor perlu bersikap terbuka 5

dengan apa yang dikongsikan kliennya mengenai budaya atau apa saja. Kaunselor juga perlu jujur dan bersikap telus dengan apa yang difikirkan. Oleh itu, dengan cara ini kaunselor dapat mengelak silang budaya yang membawa kesan negatif kepada perhubungan terapeutik antara klien dengan kaunselor. 4. Penyeliaan dan konsultansi Dalam konteks perkhidmatan kaunseling, amalan penyeliaan merupakan komponen yang penting kerana ianya bertujuan untuk melindungi dan menjaga kebajikan klien. Hal ini sejajar dengan pandangan Bernard dan Goodyear (2004) yang menyatakan bahawa melalui proses penyeliaan ahli-ahli dalam profesion menolong memantau kebajikan klien, menentukan standard profesional dan bertindak sebagai penjaga pintu kepada profesion. Penyeliaan kaunseling dapat dibahagi kepada tiga bahagian iaitu penyeliaan pentadbiran, penyeliaan program dan penyeliaan klinikal. Penyeliaan pentadbiran merangkumi penyediaan jadual kerja, sistem penyimpanan rekod dan dokumentasi serta sistem sokongan yang diwujudkan oleh pihak pentadbiran. Penyeliaan program memberi fokus kepada pembangunan program atau aktiviti, membantu mencapai tahap

perkembangan profesional, membantu kaunselor pelatih memupuk kesedaran tentang isu-isu etika dan perundangan yang berkaitan dengan kaunseling yang bakal dijalankan. Penyeliaan klinikal adalah untuk melihat tahap kemahiran klinikal profesional yang boleh digunakan oleh seorang kaunselor dalam sesi kaunseling. Seseorang kaunselor pelatih perlu menerima penyeliaan bagi ketiga-tiga aspek di atas bagi membolehkan mereka masuk dalam profesion kaunseling. Menurut Othman (2008), bidang penyeliaan kaunseling adalah satu domain tumpuan akademik yang masih baru dan tidak banyak kajian empirikal dilaksanakan khususnya yang melibatkan interaksi penyelia dan kaunselor pelatih secara langsung. Walaubagaimanapun, kajian tentang perkara ini agak banyak di negara-negara barat namun amat kurang di Malaysia. Maka, walaupun terdapat beberapa model yang dihasilkan oleh penyelidik Barat, namun model-model tersebut kurang mencerminkan penyeliaan konteks praktikum di Malaysia khususnya di sekolah rendah Malaysia.

3.0 MATLAMAT KAUNSELING

Biasanya seorang kaunselor yang profesional mempunyai matlamat tertentu dalam memberikan bantuan kepada kliennya. Kaunselor yang profesional selalunya mestilah merancang sesuatu matlamat yang paling sesuai dengan keadaan dan kehendak kliennya sendiri. Lazimnya, matlamat kaunseling mestilah mengikut kemahuan klien dan bukan kehendak kaunselor semata-mata. Walau bagaimanapun, kehendak-kehendak itu mestilah dipersetujui bersama antara kaunselor dengan klien.

Gibson dan Mitchell (2003) membahagikan matlamat kaunseling kepada beberapa bahagian iaitu: Matlamat perkembangan Matlamat pencegahan Matlamat peningkatan Matlamat pemulihan Matlamat penerokaan Matlamat pengukuhan Matlamat kognitif Matlamat fisiologi Matlamat psikologikal

Lewis dan Patterson (1994) menjelaskan matlamat kaunseling perlu mengarah kepada perubahan kepada klien. Perubahan yang berlaku oleh bersifat overt atau dramatik. Perubahan dalam kaunseling boleh berlaku dalam beberapa bentuk seperti perubahan tinglah laku, modifikasi kepercayaan atau nilai, peningkatan dalam membuat keputusan atau kemahiran berdaya tindak dan pengurangan dalam tahap emosi yang membimbangkan.

Zainal Abidin Ahmad dan Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2004) menjelaskan lima matlamat kaunseling iaitu: 1) 2) 3) 4) 5) Memudahkan perubahan tingkah laku Meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan perhubungan Membantu keberkesanan klien mengurus diri Menggalakkan proses membuat keputusan Membantu perkembangan dan pencapaian potensi diri

1)

Memudahkan Perubahan Tingkah Laku Matlamat kaunseling adalah untuk membantu klien membuat perubahan tingkah laku

yang membolehkan klien menjalani kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan. Apa yang diinginkan ialah selepas klien menjalani sesi kaunseling, klien akan dapat memahami dan mengkaji cara-cara untuk berinteraksi dengan orang lain dengan lebih baik dan memuaskan. Ada kalanya, tingkah laku yang sedia ada menjejaskan perjalanan hidup klien. Tingkah laku perlu disesuaikan dengan siapa klien berinteraksi, bila, tujuan dan situasi di mana klien berada. Faktor yang lebih penting ialah klien dapat mengurus dan mengawal perubahan yang berlaku serta berkekalan. Contoh: Hanani merupakan seorang guru yang selalu memberikan respon negatif kepada pelajar yang lemah di dalam kelas. Ini menyebabkan pelajarnya enggan berinteraksi dengannya semasa di dalam kelas. Hal ini menimbulkan masalah dan mengganggu kebekersanan pengajaran. Semasa dalam sesi kaunseling, Hanani dapat mengenal pasti masalah sebenar dan kaunselor boleh membantunya mengubah tingkah laku iaitu Hanani perlu memberi sokongan kepada pelajar yang berinteraksi dengannya dan membimbing mereka walaupun jawapan diberi adalah salah. 2) Meningkatkan keupayaan Klien Untuk Memulakan dan Meneruskan Perhubungan Ramai di kalangan klien yang menghadapi masalah semasa berinteraksi dengan orang lain. Hal ini berlaku kerana klien kurang mempunyai kemahiran komunikasi dan mempunyai imej kendiri yang negatif. Matlamat kaunselor adalah membantu klien untuk meningkatkan kualiti hidup klien dengan memperbaiki cara klien berinteraksi dengan orang lain. Contoh: Razak seorang kerani yang ditegur oleh majikannya kerana kerjanya yang tidak memuaskan. Razak marah dan enggan mendengar apa yang dikatakan oleh majikannya menyebabkan terputusnya aliran komunikasi antara keduanya. Razak menganggap teguran itu adalah kritikan. Kaunselor akan membantu Razak untuk berhubung dengan lebih baik dengan pengurusnya. 3) Membantu Keberkesanan Klien Mengurus Diri Matlamat kaunseling juga adalah untuk membantu klien mengurus diri dengan efektif apabila klien berada dalam kesulitan. Pola tingkah laku yang dipelajari oleh seseorang semasa kecil biasanya akan menimbulkan masalah padanya di tempat kerja. Dalam keadaan sedemikian, kaunselor akan melatih kliennya mengurus diri dengan lebih berkesan terutama dalam situasi baru dan tuntutan baru. Contoh: Azam sering dikritik oleh ibu dan bapa apabila gagal dalam mata pelajaran. Akhirnya, Azam menjadi malas dan selalu ponteng kelas. Perangai itu terbawa sehingga 8

ke alam pekerjaan. Azam sering datang lambat dan tidak mahu mencuba sesuatu yang baru. Kaunselor akan membantu Azam menguruskan dirinya dengan lebih berkesan dan meningkatkan imej kendirinya. 4) Menggalakkan Proses Membuat Keputusan Klien sering mengelakkan diri daripada membuat keputusan. Matlamat kaunseling bagi klien sebegini ialah membantunya membuat keputusan penting dalam hidupnya. Menurut Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (1995). Klien sering mengelakkan diri daripada membuat keputusan kerana membuat keputusan bukan

perkara yang menyeronokkan. Kaunselor membimbing klien melalui proses membuat keputusan dan klien akan menimbang sendiri beberapa perkara yang akan

memudahkannya membuat keputusan. Keputusan yang matang memerlukan klien mengambil kira pengorbanan peribadi, mesra tenaga, wang ringgit dan sebagainya (George&Cristiani, 1981). Contoh: Yeoh berasa tidak puas hati dengan pekerjaannya. Dia takut untuk membuat sebarang perubahan. Kaunselor dapat membantu Yeoh mencari punca tidak puas hatinya dan mencungkil nilai hidupnya. Kaunselor juga dapat membantu Yeoh mencari pelbagai alternatif seperti menukar jabatan, berbincang dengan majikannya atau menukar kerja.

5)

Membantu Perkembangan dan Pencapaian Potensi Diri Dalam kaunseling, tugas membantu mengembangkan potensi klien adalah penting.

Matlamat ini bermaksud memberi peluang kepada klien mempelajari cara-cara menggunakan kebolehan dan minat ke tahap yang maksimum. Matlamat ini juga bererti klien diajar supaya dapat meningkatkan keberkesanan peribadinya. Contoh: Munira mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pensyarah. Namun begitu, Munira berasa tertekan apabila dia asyik gementar ketika berdiri di hadapan khalayak ramai semasa menyampaikan sesuatu. Ini membantutkan cita-citanya. Kaunselor boleh membantu Munira berasa selesa apabila berdiri di depan khalayak ramai dan secara tidak langsung mencapai cita-citanya.

4.0 PROSES TERAPEUTIK

Persediaan bagi kaunselor untuk peringkat ini bergantung kepada situasi di mana khidmat kaunseling itu diberikan dan sama ada klien itu dirujuk atau datang sendiri. Pada peringkat ini, kaunselor perlu menyediakan diri dengan mengetahui serba sedikit tentang profil klien menurut Abdul Ghani Sulaiman (2003). Ini boleh dilakukan dengan meminta klien mengisi borang biodata yang berkaitan tentang peribadi, peralatan fizikal dan maklumat atau rekod-rekod mengenai klien. Kaunselor mestilah membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Selain itu, kaunselor perlu membina hubungan yang baik

dengan klien bagi menggalakkan klien bercerita atau meluahkan perasan secara tidak langsung tanpa dipaksa. Hubungan yang baik dapat membantu kaunselor memahami masalah klien dengan lebih mendalam lagi. Menurut Mizan Adiliah, Halimatun Haliliah (2002), kemahiran membina hubungan bertujuan memberi perangsang kepada klien supaya sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan membentuk kemesraan. Menurutnya lagi, antara tingkah laku yang ditonjolkan oleh kaunselor adalah seperti menunjukkan tingkah laku lisan yang mesra, menunjukkan keinginan untuk menolong serta mendengar apa yang diperkatakan oleh klien.
Terdapat beberapa faktor yang perlu diberi perhatian semasa membina hubungan seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, jarak berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka dan pandangan atau kontak mata. Proses terapeutik amat perlu apabila terdapat beberapa isu yang timbul semasa sesi kaunseling berlangsung. Suasana terapeutik yang aman dan tenang tanpa sebarang gangguan membolehkan serta memudahkan perbincangan, penghayatan perasaan dan penglahiran idea tanpa rasa terancam. Ini dikatakan suasana terapeutik dan memudahkan berlakunya perubahan. Apabila proses terapeutik ini dapat dibina, kaunselor dapat mengatasi segala isu yang timbul antara kaunselor dan klien dengan lebih mudah kerana telah wujud hubungan baik antara keduanya. Proses terapeutik ini akan mencorakkan hala tuju dan kualiti pertemuan antara kaunselor dan klien.

Konklusinya, kemahiran membina hubungan perlu diaplikasikan sepanjang sesi bagi mewujudkan kejelekitan dan suasana yang terapeutik antara kaunseling dan klien. Suasana terapeutik ini bukan sahaja antara kaunselor dan klien tetapi perlu memerhatikan suasana fizikal yang kondusif dan jarak antara kedua-duanya.

10

BIBLIOGRAFI

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Halimatun Halaliah Mokhtar . 2005. Kaunseling Individu : Apa dan Bagaimana. Edisi Kedua. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. ___________. 2011. Hala Tuju Bidang Kaunseling di Malaysia. Penerbit Universiti Putra Malaysia. ___________. 2000. Latihan Kaunseling di Malaysia. Jurnal Perkama 8. http://chegu-man.blogspot.com/2012/01/langkah-langkah-dalam-proses-kaunseling.html http://faqing.org/forum/viewtopic.php?t=3095 http://psikotube.blogspot.com/2011/05/ciri-ciri-kaunselor-silang-budaya-cross.html http://psikotube.blogspot.com/ Sapora Sipon, Hapshah Md Yusof dan AB Aziz Mohd Yatim. 2006. Kaunseling Individu. Edisi Ketiga. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

11

Anda mungkin juga menyukai