Anda di halaman 1dari 17

1.

0 Pengenalan
Isu sosio-budaya dan profesionalisme merupakan isu yang akan timbul dalam perkhidmatan
kaunseling sekolah. Hal ini kerana, rakyat Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai kaum,
budaya, adat resam dan agama yang berbeza. Menurut Pedersen (1994), budaya boleh
dibahagikan kepada 3 angkubah iaitu demografi, status dan etnografi. Demografi ialah
berkenaan dengan umur, jantina, dan tempat tinggal manakala status pula adalah berkenaan
sosial, pendidikan, ekonomi, dan ahli bersekutu. Seterusnya etnografi, adalah berkenaan
bangsa, etnik, bahasa dan agama.
Ketiga-tiga angkubah ini mempengaruhi kehidupan individu dari segi unsur budaya
dan identiti budaya seseorang individu bertingkah laku. Pendapat ini juga ada dinyatakan oleh
Gordon (1964), menerangkan bahawa proses kewujudan budaya sebagai keseluruhan
pembelajaran dan penyerapan perlakuan sosial sesuatu kumpulan yang terhasil dari interaksi
interpersonal dalam kalangan ahlinya yang mencakupi cara perlakuan dan cara membuat
sesuatu yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Oleh kerana wujudnya
pelbagai budaya dalam kehidupan manusia maka kesukaran memahami kepelbagaian budaya
adalah salah satu cabaran dalam profesion kaunseling yang perlu ditangani oleh kaunselor
sekolah.
Masalah ini terjadi disebabkan oleh budaya klien dan budaya kaunselor mempunyai
perbezaan yang sangat ketara dari segi sikap, nilai, anggapan mengenai budaya dan tingkah
laku ke dalam perhubungan kaunseling. Jika kaunselor menafikan dan tidak menitikberatkan
soal sosio-budaya ini maka ia menjadi satu kesalahan terhadap kaunselor. APA (1993), telah
membangunkan set Guidelines for Providers of Pshychological Services to Ethnic,
Linguistic, and Culturally Diverse Populations yang menerangkan bahawa penyedia
perkhidmatan diingatkan supaya sedar mengenai budaya mereka, pengalaman hidup, sikap,
nilai, dan pengaruh bias. Perkara ini penting bagi membina kepercayaan dan keyakinan klien
terhadap kaunselor.
Bukan itu sahaja, Kod Etika Kaunselor Persatuan Kaunseling Malaysia (2008), juga
ada menyatakan bahawa pengetahuan pelbagai budaya merupakan satu tanggungjawab
kaunselor terhadap kliennya. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar
belakang sosio-budaya klien. Kaunselor perlu menyedari perbezaan nilai dan kepercayaan

dengan klien pelbagai budaya supaya dapat bertindak adil dan bersikap terbuka dalam sesi
kaunseling.
Bagi mengelak dari terjadinya isu sosio-budaya dalam perkhidmatan yang dijalankan
maka kaunselor amat perlu menjadi seorang yang profesional dalam bidang yang telah
dipertanggungjawabkan. Profesionalisme boleh didefinisikan sebagai pekerjaan yang
menuntut kelulusan dan latihan ikhtisas di mana ciri profesion adalah berbentuk sesuatu
pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan
ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, berdedikasi, bertanggungjawab, bermoral tinggi
dan mempunyai automasi bertugas serta mematuhi kod etika yang telah ditetapkan.
Tujuan profesionalisme dapat dibahagikan kepada lapan perkara. Antara lapan perkara
tersebut ialah memberi perkhidmatan bermutu tinggi dan boleh dipercayai, meningkatkan
imej profesion, dapat membezakan satu profesion dengan yang lain, menghuraikan tugas dan
tanggungjawab, mengasingkan kerja profesional dengan yang lain, melarang orang yang
bukan profesional menjalankan tugas orang yang profesional, mengawal kualiti profesion
dengan kenaikan syarat seperti latihan ikhtisas dan meningkatkan hasil produktiviti pekerjaan.
Sehubungan dengan itu, kaunselor perlu menyesuaikan dirinya dalam pelbagai dugaan
dan sentiasa cuba untuk memperbaiki dirinya. Hal ini penting kerana kauselor merupakan
contoh individu yang akan menjadi role model untuk dicontohi pelajar. Oleh hal yang
dimikian, maka kaunselor perlu menjadi seorang yang profesional dalam profesion yang
dijalankan

bagi

mengelakkan

timbulnya

isu

profesionalisme

semasa

memberikan

perkhidmatan kaunseling terhadap klien. Kebiasaannya, isu-isu yang akan timbul hasil
daripada kurangnya pengetahuan sosio-budaya dan profesionalisme dalam diri kaunselor
adalah berkenaan kompetensi kaunselor, isu-isu perlesenan kaunselor, tekanan politik,
keberkesanan perkhidmatan dan bantuan kewangan perkhidmatan. Isu-isu ini akan dikupas
oleh kumpulan kami dalam topik yang berikutnya dengan lebih terperinci.

2.0 Kompetensi Kaunselor


Kompotensi kaunselor boleh juga dikenali sebagai kecekapan kaunselor dalam menjalankan
perkhidmatan kaunseling. Menurut Kod Etika Kaunselor Persatuan Kaunseling Malaysia
(PERKAMA)(2008), menyatakan kecekapan profesionalisme merupakan satu tanggungjawab
kaunselor

terhadap

profesionnya.

Ini

bermaksud

kaunselor

perlu

memenuhi

tanggungjawabnya sebagai kaunselor dengan memberi perkhidmatan kaunseling mengikut


bidang kepakaran dengan tidak melangkaui sempadan kepakaran berasaskan kepada
pendidikan, latihan dan pengalaman yang diselia. Kaunselor sama sekali tidak boleh
menjalankan kaunseling, konsultasi, dan menyampaikan maklumat di luar kepakarannya.
Isu sosio-budaya dan profesionalisme boleh timbul apabila kaunselor kurang
kefahaman terhadap tanggungjawab profesionnya dalam membantu klien mencapai
kesejahteraan kendiri. Sebagai contoh kaunselor tidak dapat membezakan isu yang diutarakan
oleh klien sama ada isu itu adalah isu dikategorikan sebagai isu yang normal, neurosis atau
psikosis. Hal ini menyebabkan kaunselor keliru dan tidak dapat memberikan yang terbaik
dalam membantu klien mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Seorang
kaunselor mempunyai batasannya dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling dimana
kaunselor hanya boleh menjalankan perkhidmatan kaunseling kepada individu yang normal
dan neurosis sahaja. Bagi individu yang mengalami psikosis, ia berada diluar kepakaran
kaunselor dan jika terdapat kes yang melibatkan individu yang mengalami psikosis ini mka
individu tersebut perlu dirujuk kepada pakar psikiatis bagi mendapat rawatan yang
sepatutnya.
Bukan itu sahaja, kaunselor juga perlu meningkatkan kecekapannya bagi
membolehkan perkhidmatan yang diberikan dapat dijalankan dengan berkesan. Kod Etika
Kaunselor PERKAMA (2008), juga ada menyatakan bahawa kaunselor hendaklah sentiasa
berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang
profesionnya. Kaunselor perlu mengemaskini kecekapan dan kemahiran tersebut dengan
latihan yang berterusan. Kebiasaannya kaunselor yang menghadapi masalah dalam membantu
kliennya untuk mencapai perkembangan kendiri ialah kaunselor tidak dapat menguasai
kemahiran dan pengetahuan yang diberikan dengan baik. Bagi menangani pemasalahan ini
kaunselor perlu sentiasa berfikiran positif dan sentiasa memperbaiki diri untuk membolehkan
kaunselor menjadi individu yang cekap dalam mengahadapi sebarang masalah yang timbul.

Di samping itu, kaunselor juga perlu mampunyai pengetahuan tentang etika dimana
kaunselor bertanggungjawab memahami dan mematuhi Kod Etika Kaunselor Perkama serta
menggunakannya sebagai panduan dalam memberi perkhidmatan kaunseling. Kaunselor
hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawai dan identiti sebagai seorang
kaunselor dan keutuhan profesion kaunseling. Jika kaunselor sudah menunjukkan identiti
yang tidak baik terhadap kliennya maka suudah tentu klien hilang rasa kepercayaan dan
keyakinan terhadap kaunselor dalam membantu dirinya. Sebagai contoh kaunselor yang
melanggar etika kerahsiaan yang telah terbina antara kaunselor dengan klien. Melalui
pelanggaran etika ini, klien akan rasa berdendam dan tidak percaya terhadap kaunselor lagi.
Sebagai seorang kaunselor, mereka perlulah bijak dalam membuat keputusan sama ada kes
yang diutarakan oleh klien itu perlu dirahsiakan atau tidak. Kaunselor tidak boleh sewenangwenangnya menceritakan pemasalahan pelajar yang diceritakan di dalam sesi tanpa meminta
kebenaran atau memaklumkannya terhadap klien.
Selain itu, menurut Kod Etika Kaunselor PERKAMA (2008), dari aspek penyelian,
kaunselor hendaklah melalui proses penilaian dan penyeliaan serta dinilai tugas
kaunselingnya oleh penyelia profesional secara berterusan. Ini bermaksud dalam
mengamalkan kepakaran baru kaunselor perlu mendapat pendidikan, latihan dan penyeliaan
yang diiktiraf sebelum mengamalkan kepakaran tersebut. Jika kaunselor tidak melalui proses
ini maka kemahiran kaunselor dan pengetahuan kaunselor tidak dapat diperkembangkan.
Biasanya isu akan timbul apabila terdapatnya percampuran peranan antara supervisor dan
kaunselor. Ini bermaksud supervisor perlu sedar bahawa mereka tidak boleh menjalankan
terapi peribadi kepada kaunselor pelatih bagi mengelakkan daripada bias dalam pemberian
markah terhadap pelatih. Oleh itu penyelia lapangan yang betul-betul berkelayakan diperlukan
bagi membimbing kaunselor pelatih bagi meningkatkan keupaayaan bagi memberikan yang
terbaik kepada kaunselor.
Seterusnya, kaunselor juga perlu mempunyai pengetahuan terhadap pelbagai budaya
bagi meningkatkan kecekapan klien dalam menangani isu-isu yang membabitkan nilai dan
budaya klien yang ditanganinya. Sue-Sue (1990), telah menggariskan 3 demensi umum
kompetensi. Dimensi pertama ialah berkenaan kesedaran bahawa setiap individu mempunyai
nilai, bias, kepercayaan dan tanggapan mengenai manusia. Dimensi kedua ialah memahami
tanpa dipengaruhi sifat negatif terhadap world view dan pandangan klien dari berbagai
budaya. Dimensi yang terakhir ialah berkemahiran menggunakan dan memperkembangkan
4

intervensi yang sesuai dengan klien berbagai budaya. Masalah akan wujud apabila 3 dimensi
ini tidak dikuasai oleh kaunselor dengan baik. Di mana kaunselor akan bersikap bias terhadap
klien, streotaip dan dikriminasi dalam sesi kaunseling dan tidak sensitif kepada
keindividualan klien. Hal ini seterusnya akan menyebabkan klien menarik diri atau resisten
dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling dengan kaunselor.
Sehubungan dengan itu, ilmu pengetahuan yang luas perlu ditimba untuk menjadikan
kaunselor seorang yang berilmu, sentiasa belajar, proaktif, berfikiran positif, kreatif,
berwawasan jauh ke hadapan, berkebolehan sosial, mempunyai jati diri yang tinggi, sentiasa
bermotivasi dan senyum selalu bagi mengatasi isu-isu yang timbul dengan berfikiran terbuka
dan

menyesuaikan

diri

kepada

perubahan

budaya,

ekonomi,

dan

santifik

serta

mengaplikasikan prosedur kaunseling secara meluas.

3.0 Isu-Isu Pelesenan Kaunselor.


Merujuk kepada perkhidmatan kaunseling di Malaysia, beberapa persoalan timbul yang boleh
dikaitkan dengan isu perlesenan dan kaunseling sebagai satu profesion. Jelas dalam usia
muda, prkhidmatan kaunseling di Malaysia masih belum memenuhi banyak lagi tuntutantuntutan ke arah keprofesionalisme dan perlesenan. Abdul Halim Othman (1993),
menjelaskan salah satu perkara utama yang perlu dilakukan sekiranya perkhidmatan
kaunseling ingin dilaksanakan dengan jayanya ialah dengan sentiasa membuat penilaian dan
penyelidikan terhadap program-program penyediaan kaunselor. Isu-isu semasa yang berkaitan
dengan kaunselor dan pendidikan kaunselor perlu dibincangkan
Jika dilihat kepada isu masa kini, kebanyakan kaunselor yang terlatih adalah mereka
yang terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai lesen semasa menjalankan perkhidmatan
kaunseling semasa berada di sekolah. Namun begitu mereka tetap masih boleh mengamalkan
dan menjalankan perkhidmatan kaunseling di sekolah dengan mudah. Sedangkan berdasarkan
Kod Etika Kaunselor PERKAMA (2008), berkenaan pendaftaran dan sijil amalan ada
menyatakan bahawa semua kaunselor yang menjalankan sesi kaunseling mesti mendaftarkan
diri serta memperolehi sijil amalan dengan Lembaga Kaunselor Malaysia seperti mana yang
dikehendaki di bawah seksyen 26 dan 28 Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

Bukan itu sahaja, berdasarkan seksyen 22 Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) turut ada
menyatakan bahawa jika kaunselor itu tidak berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia,
maka tidak seorangpun boleh menggunakan gelaran kaunselor berdaftar atau apa-apa gelaran
dalam apa-apa bahasa yang mungkin semunasabahnya ditafsirkan

sebagai menunjukkan

bahawa dia seorang kaunselor berdaftar dan tiada seorangpun boleh atau mempamerkan apaapa tanda papan, kad atau reka bentuk lain yang menggambarkan atau menunjukkan bahawa
dia merupakan kaunselor berdaftar.
Namun begitu, akta ini bagaikan dianggap remeh oleh sesetengah kaunselor di sekolah
yang mengamalkan bidang perkhidmatan kaunseling. Hasil daripada tindakan ini maka
kaunselor yang sepatutnya tidak layak untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling boleh
menjalankan perkhidmatan kaunseling. Sehubungan dengan itu maka banyaklah isu-isu yang
timbul yang telah mencemarkan maruah profesion kaunseling sebagai satu bidang yang suci
dan ikhlas dalam membantu menusia mencapai kemandirian kendiri untuk berkembang
dengan baik. Hal ini kerana mereka tiada pemahaman dan tiada kemahiran yang bersesuaian
untuk membantu para pelajar yang menghadapi masalah.
Negara amat memerlukan perkhidmatan kaunselor di sekolah bagi membantu
mendidik, mengawal dan membantu warga pentadbir dalam mendidik palajar menjadi seorang
insan yang bukan sahaja cemerlang dari segi aspek mental, fizikal, jasmani, dan emosi malah
turut cemerlang dari aspek rohani dan intelektual. Beberapa isu telah ditimbulkan hasil
daripada tindakan ini. Isu-isu tersebut ialah laporan yang mengatakan guru kaunseling yang
sering berkongsi masalah pelajar dengan orang lain dan melanggar kod etika kerahsiaan klien
(Berita Harian, 1997, 29 Mac), isu berkenaan guru agama yang mengaku kaunselor dan
merogol anak muridnya di Tampin (Berita Haria, 1997, Julai 10) dan kaunselor sekolah yang
dilantik tidak mempunyai kelayakan yang sewajarnya.
Perkara ini jelas menunjukkan bahawa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling masih
jauh perjalanannya dan amat memerlukan kejersama semua pihak untuk merialisasikan hasrat
Kementerian Pendidikan dalam mempertingkatkan perkhidmatan ini semaksima mungkin.
Oleh hal yang demikian maka isu perlesenan kaunselor perlu diatangani dengan baik oleh
kaunselor dan setiap kaunselor perlulah mendaftarkan dirinya sebagai seorang kaunselor
berdaftar dan mengiktiraf dirinya sebagai seorang kaunselor yang profesional yang mampu
menjalankan tanggungjawab yang diamanakannya dengan baik dan jujur.

4.0 Tekanan Politik


Dalam memberikan perkhidmatannya, seorang kaunselor tidak terlepas berhadapan dengan
pelbagai tekanan dalam memberikan perkhidmatannya. Antara tekanan yang mungkin
dihadapi adalah tekanan politik yang mungkin datang dari pelbagai aspek sama ada pihak
atasan atau pengurusan, rakan sekerja , para pelajar mahupun individu luar.
Terdapat pelbagai kekangan dan batasan yang terpaksa dihadapi oleh kaunselor dalam
memberikan atau mengaplikasikan perkhidmatan kaunseling. Kaunselor yang berkhidmat di
setting persekolahan misalnya sering berhadapan dengan tekanan daripada pihak atasan dalam
melaksanakan tugas-tugas seperti menjalankan sesi kaunseling dan membuat program.
Terdapat segelintir pihak pentadbiran sekolah yang tidak memahami tugas kaunselor dan
sering menyangka kaunselor tidak membuat kerja. Untuk membetulkan keadaan ini, pihak
pentadbir biasanya akan menyerahkan tugas-tugas pentadbiran seperti menjadi setiausaha,
membuat laporan, mengisi rekod dan pelbagai lagi. Secara tidak langsung, kaunselor telah
dibebankan dengan tugas-tugas yang luar daripada bidangnya atas arahan pihak atasan. Hal
ini akan menyebabkan tugas kaunselor bertambah dua kali ganda, senarai tugas yang telah
ditetapkan kepada kaunselor dan juga kerja-kerja pentadbiran.
Selain dibebankan dengan tugas-tugas luar bidang, kaunselor juga kadangkala turut
menerima tekanan daripada pihak pentadbiran dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling.
Terdapat segelintir pihak pentadbiran sekolah yang tidak memberikan sokongan ketika
kaunselor ingin membuat program walaupun ternyata ianya memberikan faedah kepada para
pelajar. Alasan yang sering diberikan adalah sumber kewangan sekolah tidak mencukupi,
takwim sekolah telah penuh dengan aktiviti yang dirancang, program yang dijalankan tidak
semestinya berkesan dan pelbagai lagi. Keadaan ini telah menghalang kaunselor untuk
melaksanakan tugas hakikinya iaitu membantu pelajar di sekolah sama ada dari aspek
akademik ataupun pembangunan diri. Tanpa disedari, kurangnya bimbingan kepada pelajar
boleh memberi kesan terhadap prestasi akademik mereka dan meningkatnya masalah disiplin
di sekolah.
Tekanan juga datang daripada rakan sekerja yang tidak memberikan sokongan
terhadap tugas kaunselor. Di setting persekolahan, situasi yang sering terjadi adalah guru
biasa selalu memandang serong tugas seorang kaunselor. Hal ini tercetus disebabkan guru
biasa tidak mengetahui tugas-tugas kaunselor dan tidak memahami cara kaunselor bekerja dan
7

kesan yang timbul kaunselor sering dituduh tidak buat kerja berbanding mereka. Persepsi ini
merenggangkan hubungan antara kaunselor dan juga rakan guru lain. Banyak aspek akan
terjejas terutamanya ketika memerlukan kerjasama dari guru lain untuk menjalankan program,
mereka mungkin enggan menghulurkan kerjasama dan akhirnya program tidak dapat
dijalankan.
Tambahan

lagi,

selain

kekangan

dalam

menjalankan

program,

guru-curu

matapelajaran juga dilihat kurang memberikan kerjasama dalam membenarkan pelajar


menjalani sesi kaunseling. Terdapat sesetengah sekolah yang hanya mempunyai satu sesi dan
pelajar enggan pulang lewat atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, masa yang
sesuai untuk menjalankan sesi kaunseling adalah ketika pengajaran berlangsung. Guru mata
pelajaran kebiasaannya melarang pelajar mendapatkan khidmat kaunseling dan hal ini
menjadi kekangan kepada kaunselor dalam mengaplikasikan perkhidmatan kaunseling.
Selain berhadapan dengan tekanan dari guru mata pelajaran, rakan sesama profesion
juga kadang kala tidak bersefahaman. Perkara ini akan menimbulkan suasana kurang selesa
dalam bekerja. Secara tidak langsung, perbalahan mungkin berlaku dalam melaksanakan
perkhidmatan kerana percanggahan pendapat. Sikap tidak dapat menerima pandangan dan
pemikiran rakan sekerja kan memburukkan lagi situasi dan akhirnya perkhidmatan kaunseling
tidak dapat diaplikasikan. Fenomena ini tidak hanya berlaku dalam setting persekolahan
malah turut terjadi kepada kaunselor yang berkhidmat di setting lain. Proses menolong klien
tidak akan berjalan dengan lancar bila masalah ini timbul. Terdapat pelbagai faktor yang
mencetuskan situasi seperti ini antaranya adalah sikap kaunselor itu sendiri yang kurang
berfikiran terbuka, berlainan fahaman politik dan pelbagai lagi yang ternyata memberikan
kesan buruk kepada profesion kaunseling.
Dalam berhadapan dengan masyarakat pula, tekanan yang dihadapi oleh kaunselor
berkemungkinan berunsurkan politik. Situasi yang berlaku misalnya jika pihak atasan
kaunselor itu mempunyai fahaman politik tertentu, tidak mustahil arahan akan dikeluarkan
agar tidak berurusan dengan mereka yang berfahaman politik lain kepada orang bawahannya.
Sebagai seorang kaunselor, ternyata hal ini bercanggah dengan prinsip kaunseling sendiri
yang berkonsepkan membantu individu tanpa mengira status dan menerima klien tanpa syarat.
Hal ini akan menyebabkan kaunselor berasa tertekan kerana tidak dapat memberikan
perkhidmatan kepada anggota masyarakat yang memerlukan bantuan. Secara tidak langsung,

kebebasan kaunselor untuk menjalankan tugas telah disekat atas satu alasan yang tidak
bertepatan dengan konsep kaunseling.
Tekanan-tekanan berunsurkan politik yang diterima oleh kaunselor dilihat lebih
banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Jika dilihat dalam setting
persekolahan, para pelajar yang akan menerima keburukannya. Pelajar yang bermasalah tidak
dapat dibantu dengan sewajarnya atas sebab-sebab yang kurang relevan. Manakala apabila
dilihat dalam konteks masyarakat pula, banyak golongan tidak mendapat faedah dari
perkhidmatan kaunseling hanya kerana mengikut kepentingan peribadi pihak tertentu sahaja.
Seharusnya setiap individu dari pelbagai lapisan masyarakat haruslah mempunyai fikiran
yang terbuka dalam segala aspek bagi mengelakkan terdapatnya golongan yang tertindas
dalam era serba maju kini.

5.0 Keberkesanan Perkhidmatan Kaunseling


Umum mengetahui atau pernah mendengar istilah kaunseling, tetapi hanya segelintir sahaja
yang benar-benar memahami apa itu kaunseling dan fungsi kaunseling itu. Masyarkat sering
menganggap perkhidmatan kaunseling ini adalah hanya untuk orang yang mempunyai
masalah berat, mendapat tunjuk ajar berkaitan perkara yang perlu dilakukan, menyelesaikan
masalah orang lain, tempat untuk bertanya masalah dan pelbagai lagi. Persepsi segelintir
masyarakat ini adalah kurang tepat kerana kaunseling bukanlah tempat untuk meluahkan
masalah dan mengharap kaunselor memberitahu perkara yang boleh dilakukan. Secara
keseluruhannya, kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik
berasaskan prinsip kaunseling yang dilakukan oleh kaunselor terlatih bagi menghasilkan
perubahan perasaan, pemikiran dan tingkah laku yang positif untuk perkembangan dan
penyesuaian peribadi klien, berlandaskan moral etika kaunseling.
Dalam melaksanakan proses menolong ini, terdapat pelbagai perkhidmatan kaunseling
yang ditawarkan oleh kaunselor kepada mereka yang memerlukan. Antaranya ialah
kaunseling individu dan kelompok, bimbingan dan penasihatan serta program-program yang
meliputi bidang-bidang seperti akademik, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental,
keibu bapaan, pembangunan diri, dan juga pendidikan pencegahan dadah. Melihat kepada
bidang-bidang yang meliputi segala aspek termasuklah pembanguna diri individu dan
9

masyarakat, khidmat kaunseling ternyata penting dan memberi kebaikan kepada segenap
lapisan masyarakat. Walaupun begitu, kaunselor haruslah memastikan perkhidmatan
kaunseling yang diberikan benar-benar berkesan dan mendatangkan faedah bukan sahaja
kepada klien malah kepada kaunselor sendiri.
Bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan itu berkesan, terdapat banyak aspek
yang perlu diambil kira oleh kaunselor. Antara aspek yang perlu diambil berat ialah
persediaan kaunselor itu sendiri dalam menawarkan sesuatu perkhidmatan kaunseling.
Persediaan kaunselor ini merujuk kepada latihan yang diterimanya untuk menjadi kaunselor
terlatih. Merujuk kepada Lembaga Kaunselor (2003), jumlah kredit yang perlu diambil bagi
mereka yang ingin menjadi kaunselor berdaftar ialah 120 jam bagi Ijazah Sarjana Muda, 48
jam bagi Diploma Pasca Ijazah dan 48 jam juga bagi Sarjana. Jumlah jam ini meliputi kursus
teras, praktikum, internship dan juga kursus elektif. Jumlah kredit yang telah ditetapkan ini
meliputi pelbagai aspek latihan kemahiran dalam kaunseling antaranya kemahiran
menjalankan sesi kaunseling individu dan kelompok, melaksanakan program, membuat atau
mengintepretasikan pengukuran dan penilaian alat-alat ujian psikologi dan lain-lain lagi.
Kaunselor yang dapat menguasai segala kemahiran ini dengan baik pasti akan dapat
memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada klien.
Keberkesanan perkhidmatan kaunseling ini agak sukar diukur kerana ianya bersifat
subjektif. Namun begitu, ianya bukanlah tidak dapat dilihat langsung keberkesanannya.
Dalam menjalankan sesi kaunseling, keberkesanan perkhidmatan kaunseling dapat dilihat
apabila klien mendapat celik akal berkaitan isu yang dihadapi dan mampu mencari jalan
penyelesaian dengan sendirinya. Hal ini disertakan dengan perubahan tingkah laku klien
daripada negatif kepada positif. Apabila hal ini berlaku, dapat dikatakan bahawa
perkhidmatan kaunseling yang diberikan benar-benar berkesan kerana memberikan kebaikan
kepada klien.
Selain kemahiran menjalankan sesi kaunseling, membuat program dan lain-lain lagi,
terdapat aspek lain yang perlu diambil kira iaitu etika sebagai seorang kaunselor. Etika ini
adalah kewajipan kaunselor untuk menjaga kerahsiaan klien, iaitu segala perkara yang
dikongsikan oleh klien, kaunselor tidak boleh memberitahu pihak lain sewenang-wenangnya
melainkan dalam keadaan yang dikecualikan. Etika ini dapat memupuk kepercayaan klien
kepada kaunselor dan dapat melancarkan lagi proses kaunseling dan perkhidmatan yang
berkesan dapat diberikan.
10

6.0 Personal Bimbingan dan Kunseling


Semua guru yang yang mengambil bahagian atau terlibat sama melaksanakan program dan
aktiviti khidmat bimbingan dan kaunseling dianggap sebagai sumber. Personal terdiri daripada
guru bimbingan dan guru kaunseling, guru-guru yang menjadi jurulatih ataupun penasihat
aktiviti kokurikulum bimbingan dan kaunseling, penolong kanan hal-ehwal murid, penolong
kanak kokurikulum, guru-guru yang membantu menjayakan program dan aktiviti bimbingan
dan kaunseling dan mana-mana guru yang terlibat sama menyumbang tenaga dan idea bagi
menjayakan program atau aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Guru bimbingan dan kaunseling adalah personal utama yang menjadi sumber bagi
menggerakkan setiap program dan unit. Personal utama ini bertanggugjawab untuk mengurus,
merancang, melaksana, dan membuat penilaian pada perkhidmatan. Meraka adalah nadi
penggerak kewujudan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Penampatan bagi guru
bimbingan dan kaunseling adalah berdasarkan norma perjawatan dan sebaliknya bagi guru
kaunseling. Bagaimanapun kouta penempatan personal adalah mengikut retan jumlah
keseluruhan pelajar semasa de sesebuah sekolah.

6.1 Sumber Kewangan


Perlaksanaan program B&K tergendala kerana sumber kewangan yang terhad.
Kaunselor sering menghadapi masalah dimana banyak aktiviti-aktiviti yang tidak
dapat dilaksankan kerana masalah kewangan. Masalah lain yang timbul ialah
kaunselor juga kadangkala terpaksa menggunakan wang sendiri untuk programprogram yang dijalankan.
Bantuan per kapita sekolah (Per Capita Grant)
Kebanyakkan program dan aktiviti yang dijalankan oleh perkhidmatan bimbingan dan
kunseling memerlukan peruntukkan yang ditetapkan. Bagaimanapun, beberapa aktiviti
boleh dikendalikan sendiri oleh guru bimbingan dan kaunseling tanpa biaya atau
menggunakan perbelanjaan seperti melaksanakan khidmat bimbingan atau intervensi
kaunseling samada secara individu atau kelompok. Beberapa aktiviti rutin seperti
mebuat out-reach, menyediakan atau mengumpul bahan maklumat hanya memerlukan
peruntukkan perbelanjaan atau kos yang kecil sahaja.
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui pusat tanggugjawab samada melalui
Jabatan Pelajaran Negarai ataupun jabatan-jabatan di kementerian pelajaran yang
11

menyalurkan bantuan Per Kapita (PCG) pada sekolah bagi menggerakkan aktiviti
sekolah yang memerlukan peruntukan kewangan ataupun bagi tujuan perolehan
ataupun pembelian harta modal.

Jenis Bantuan

100 murid dan

101-500 murid

501-1000

1001 murid

Bimbingan dan

kebawah
RM 500

RM500 +

murid
RM 2300 +

dank e atas
RM 4300 +

RM4.50

4.00 sorang

RM 3.50

seorang murid

murid

seorang murid

Kaunseling

Bantuan Per Kapita Bimbingan dan Kunseling Sekolah Rendah

Jenis Bantuan

100 murid dan

101-500 murid

501-1000

1001 murid

Bimbingan dan

kebawah
RM 600

RM 600 +

murid
RM 2800 +

dank e atas
RM 5300 +

RM5.50

RM 5.00

RM4.50

seorang murid

seorang murid

seorang murid

Kunseling

Bantuan Per Kapita Bimbingan dan Kunseling Sekolah Menegah


Wang Peruntukan Kerajaan
Setiap tahun Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan sejumlah wang yang
tidak ditetapkan jumlahnya bagi diperuntukkan untuk pusat tanggugjawab.
Kemudiannya ia akan dipeuntukkan ke sekolah rendah dan sekolah menengah
dibawah pusat tanggungjawab masing-masing bagi membant pihak pengurusan
sekolah menjalankan aktiviti berkaitan kokurikulum, motivasi dan sukan. Bagi
sesetengah Jabatan Pelajaran Negeri peruntukan itu biasanya diagihkan mengikut
kadar:
Kokurikulum
Motivasi Pelajar
Sukan

30 peratus
30 peratus
40 peratus

Peruntukan bagi menjalankan aktiviti berkaitan motivasi pelajar lazimnya diserahkan


pada unit bimbingan dan kaunseling . Peruntukan digunakan bagi menampung
pelbagai kos atau pembiayaan yang melibatkan sewa tempat penginapan,
pengangkutan, makan dan minum peserta, bahan dan peralatan serta saguhati atau
bayaran khidmat penceramah.
12

Sumber Kewangan Lain


Kadang kala terdapat banyak keperluan yang mendesak menyebabkan program atau
aktiviti bimbingan dna kaunseling perlu ditambah secara ad hoc bagi menampung
keperluan itu. Sekiranya keadaan demikian berlaku, peruntukan sedia ada yang
mungkin tidak dapat menampung tambahan pada perbelanjaan mengurus. Guru
kaunseling, guru bimbingan, pengetua atau guru besar perlu mengambil inisiatif bagi
mendapatkan sumbangan atau bantuan kewangan dari sumber wang SUWA (apabila
dibenarkan) atau sumbangan dari pihak yang lain. Bantuan pihak lain biasanya diberi
dalam bentuk derma atau penajaan. Pembiaya atau penyumbang mungkin terdiri
daripada Persatuan Ibu bapa dan Guru, persatuan bekas pelajar, wakil rakyat, badanbadan bukan kerajaan atau orang perseorangan. Guru bimbingan dan kunseling
sekolah diminta oleh pihak pengurusan sekolah bagi menyediakan laporan aktiviti dan
laporan perbelanjaan bagi ditunjukkan kepada penderma atau pembiaya sekiranya
diminta oleh mereka.
Sumber Sokongan
Di luar kawasan sekolah terdapat pelbagai sumber yang boleh diperoleh bagi
membantu menjayakan aktiviti bimbingan dan kaunseling. Ia mungkin terdiri daripada
agensi kerajaan, agensi swasta, badan-badan siasah atau politik, badan-badan sukarela
dan bukan kerajaan. Agensi pendidikan awam dan swasta seperti institusi latihan
iktisas, yayasan atau badan perundingan yang ditetapkan boleh juga memberi
sumbangan dari aspek maklumat ataupun kewangan.

Kerjasama mereka ini

diperlukan terutama bagi menyediakan maklumat terkini dalam bentuk bahan bercetak
seperti pamphlet, risalah, buletin dan sebagainya atau dijemput ke sekolah
menyampaikan penerangan melalui taklimat atau ceramah

7.0 Refleksi
Secara amnya, refleksi daripada tugasan ini adalah bahawa perkhidmatan kaunseling yang
dijalankan mestilah berdasarkan prinsip-prinsip yang betul dan memerlukan kemahirankemahiran tertentu sebagai proses yang dilaksanakan dalam setiap sesinya. Langkah-langkah
yang bijak dan sistematik peril dipertimbangkan secara professional dalam mengendalikan
sesuatau kes yang dibawa oleh klien demi menjamin keberkesanannya. Untuk menjadi
seorang kaunselor yang berjaya bukannya mudah kerana ia memerlukan kemahiran13

kemahiran yang tertentu. Kunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan
tahu mengaplikikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai. Sekiranya
kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan, maka ia mempengaruhi proses
kaunseling menyukarkan menyelesaikan masalah dank lien kehilangan keyakinan dan
kepercayaan terhadap kaunselor.
Selain itu, seorang kaunselor yang berjaya juga harus mempunyai personality dan
penampilan diri yang baik. Hal ini kerana perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan
daripada cirri-ciri personality kaunselor. Contoh personality kaunselor yang baik ialah mesra,
jujur, menerima tanpa syarat dan berempati. Sifat mesra dan jujur kaunselor akan dirasakan
oleh klien apabila berinteraksi dengan klien. Kaunselor juga harus berpandagan terbuka atau
mengelakkan diri daripada berpandangan yang negative atau serong terhadap klien. Kaunselor
harus berkebolehan memasuki ruang rujuk klien atau dunia klien dan membenarkan dirinya
mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan
menghayati permasalahan klien. Jika kaunselor merasakan tidak berupaya megendalikan
sesuatu kes, kaunselor hendaklah menyatakan secara jujur dan bersedia untuk merujuk klien
kepada pihak lain.
Kaunselor perlu mengingati bahawa matlamat klien adalah lebih penting. Dalam
proses bantuan yang diberikan, kaunselor haruslah mempamerkan air muka, bahasa badan
yang betul agar klien benar-benar yakin dengan kaunselor tersebut yang kaunselor benarbenar ingin mendengar dan membantunya menyelesaikan masalah. Sekiranya pekara ini
wujud, ia akan memudahkan kaunselor untuk megendalikan bantuan. Di samping itu,
kemahiran lisan dan bukan lisan juga harus digunakan mengikut situasi agar keadaan
terapeutik terbentuk. Kaunselor juga harus pandai mengawal keadaan. Kaunselor harus pandai
megawal proses bantuan agar tidak terkeluar dari tajuk perbincangan dan kaunselor faham
dengan jelas masalah yang ingin dikongsi oleh klien.
Jesteru, dalam menangani isu-isu sosio-budaya dan profesionalsisme, kaunselor harus
mematuhi etika-etika yang telah ditetapkan selain mempraktikkan kemahiran-kemahiran yang
perlu diikuti dalam sesi. Hal ini karana, etika kerahsiaan amat penting dalam sesi kaunseling
kerana ia melibatkan maruah dan perjanjian dengan klien. Kaunselor harus jujur dan amanah
dengan tanggugjawab yang dipikul sebagai pemegang amanah. Oleh itu, untuk menjadi
kaunselor yang benar-benar mantap, kesungguhan, disiplin diri dan minat adalah penjana ke
arahnya. Jesteru, tidak ada yang mustahil dalam hidup ini sekiranya kemahuan itu diiringi
14

dengan usaha dan kecekalan. Maka, kaunselor harus sentiasa mempraktikkan kemahiran dan
teori yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

8.0 Rumusan
Halangan-halangan yang wujud dalam kaunseling adalah suatu cabaran bagi bidang
kaunseling dan juga diri kaunselor untuk menghadapinya. Pelbagai kaedah boleh digunakan
bagi mengatasi fenomena yang wujud dalam kaunseling ini. Sebagai kaunselor yang
professional, peranan dan tanggungjawab diri yang perlu dipikul supaya dapat meningkatkan
mutu dan kualiti profesion kaunselor. Memang sukar hendak menangani kesemuanya masalah
pada satu masa yang sama, tetapi kaunselor perlu sentiasa bersedia menghadapinya dengan
sebaik mungkin.
Dalam dunia globalisasi ini, perkhidmatan kaunseling semakin penting dan mencabar,
manusia tentu sekali akan berhadapan dengan pelbagai permasalahan. Maka, permasalahan
klien adalah cabaran buat kaunselor kerana setiap individu akan berhadapan dengan masalah
yang berlainan. Oleh yang demikian, profesion kaunseling menjadi semakin penting dan harus
diutamakan bagi membantu individu yang menghadapi permasalahan dan tekanan dalam
kehidupan seharian. Manusia memerlukan bantuan orang lain kerana manusia merupakan
makhluk social.
Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya
sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam
masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup
di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa setiap klien dan kaunselor
mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus yang ingin dicapai dalam masa
yang singkat.
Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi
yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa,
supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih
realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga merupakan suatu proses
yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan
ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi
15

dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana
tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik
terhadap hidup. Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah
tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan
seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar.
Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman
dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi
kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai pemandu yang pada mulanya
diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya, memahami diri
dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi
dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai
klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri
tanpa bantuan daripada kaunselor lagi.

Bibliografi
Abdul Halim Mohd Hussein et al. (2008). Kod Etika Kaunselor Persatuan kaunseling
Malaysia. SPADA Universiti Sains Islam Malaysia, Kuala lumpur.
Abdul Halim Othman & Sharifah Bee Aboo Bakar (1993). Guidance, Counseling and
Counselor: Education Supervision. 54-59.
American Counseling Association (2005). ACA code of Ethics. http://www.counseling.org.
American Psychological Association (2010). Ethical Principles of Psychologists and Code of
Conduct.
16

American Scholl Counselor Association(2010). Ethical Standards for School Counselor.


Berita Harian 1997, 29 Mac.
Berita Harian 1997, 10 Julai.
Lembaga Penyelidikan Undang-undang (2009). Akta Kaunselor 1998 (Akta 580) dan
peraturan-peraturan & Counselor Act 1998 (Act 580) and Regulations. International
Law Book Services, Petaling Jaya.
Malek Muhamat Said. 2007. Mengurus Khidmat Bimbingan & Kunseling Sekolah. Kuala
Lumpur.
Pederson. P & Carey. J. C (1993). Multicultural Counseling in Schools: A Practical
Handbook. Pacific Grove CA, Boston.
Sue. D.W & Sue. D (1999). Counseling the Culturally Different: Theory and Practise. 3rd
edition. John Wiley & Son Inc, New York.

17

Anda mungkin juga menyukai