Anda di halaman 1dari 33

Pendidikan Moral di Malaysia

HMS 3013

1.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan banyak menekankan nilai moral, huraikan nilainilai yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut.
Nilai-nilai moral yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah terdiri
daripada 16 nilai kesemuanya. 16 nilai ini telah diselaraskan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang telah dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun 1995. Tujuan nilai ini
dibentuk selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mleahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan.
Nilai yang pertama ialah nilai baik hati. Nilai ini merupakan nilai yang penting kepada
semua manusia bagi membolehkan seorang manusia itu menjadi manusia yang berbudi
perkerti mulia dan mempunyai sifat sayangkan diri dan orang lain. Apabila nilai ini ada pada
diri setiap manusia maka akan wujudnya generasi manusia yang sejahtera dan bahagia.
Kandungan yang terkandung dalam nilai baik hati ini mendorong seseorang menjadi seorang
yang berbelas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, saling faham memahami dan saling
bermaafan. Melalui penerapan nilai ini , aspek jasmani, rohani, emosi dan jasmani dapat
dibentuk dengan baik dan seterusnya mendorong seseorang untuk bertindak secara tidak
membuta tuli dengan memikirkan kesan yang terjadi terhadap tindakan yang dibuat sama ada
meninggalkan kesan yang baik ataupun kesan yang negatif.
Nilai yang kedua ialah berdikari. Berdikari boleh didefinasikan sebagai kebolehan dan
kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Melalui penerapan nilai
ini generasi manusia yang dibentuk akan boleh berdiri di kaki sendiri tanpa mengharapkan
bantuan dari orang lain. Segala tindakan yang mereka lakukan juga akan menjurus kepada
aspek perkembangan diri mereka iaitu yakin pada diri sendiri dan berupaya bertindak sendiri.
1

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

Hal ini membolehkan mereka berkembang secara sejahtera dan dapat berfungsi dengan baik
dengan berdikari sendiri dalam membuat keputusan yang terbaik untuk hidup mereka.
Nilai yang ketiga ialah hemah tinggi. Hemah tinggi ini boleh didefinisikan sebagai
beradab sopan dan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. Apabila seseorang
manusia itu mempunyai nilai hemah tinggi dalam kehidupannya maka mereka akan
melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka dengan baik dan penuh dedikasi
serta bertanggungjawab terhadap keputusan yang dipilih. Aspek nilai hemah tinggi ini
menekankan nilai kesopanan, mengakui kesalahan diri dan sikap ramah mesra terhadap orang
lain.
Nilai yang keempat ialah nilai hormat. Hormat boleh didefinisikan sebagai mempunyai
pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberi layanan yang penuh sopan,
khidmat dan takzim. Penerapan nilai ini amat penting kepada seseorang inidividu bagi
melahirkan masyarakat yang berakhlah mulia serta berbudi perkerti terhadap persekitaran
mereka yang memainkan peranan yang penting dalam mendidik mereka kearah generasi yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Aspek penerapan nilai ini dilaksanakan bertujuan untuk
membolehkan seseorang individu itu hormat dan taat kepada ibu bapa atau penjaga, hormat
kepada ahli keluarga, orang lebih tua, guru, rakan, jiran tertangga, dan pemimpin, hormat
kepada institusi kerajaan dan negara, hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai
keturunan, patuh kepada undang-undang dan patuh kepada ketepatan masa. Melalui
penerapan nilai ini, masyarakat yang dilahirkan adalah terdiri daripada masyarakat yang
harmoni dan sejahtera bukan sahaja dari segi intelek malah dari segi aspek jasmani, rohani
dan emosi yang seimbang.
Nilai yang kelima ialah nilai kasih sayang. Kasih sayang boleh didefiisikan sebagai
kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang
2

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

ikhlas. Penerapan nilai ini diterapkan kepada diri manusia adalah untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang sayangkan diri dan orang lain, sayangkan alam sekeliling dan cintakan negara.
Melalui penerapan nilai ini, masyarakat akan sedar akan kepentingan menjaga kesihatan diri,
menjaga kebersihan alam dan mempunyai semangat patriotik kepada negara. Hal ini
seterusnya menyumbang kepada pemuliharaan dan pemeliharaan alam yang kian terancam,
dapat melahirkan semangat sayang dan sanggup berjuang terhadap negara serta membantu
diri menjadi insan yang sihat dari segi jasmani dan rohani dengan mengelakkan diri daripada
penyalahgunaan dadah atau bahan-bahan terlarang.
Nilai yang keenam ialah keadilan. Keadilan boleh didefinisikan sebagai tindakan dan
keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. Penerapan nilai ini dapat membentuk
masyarakat yang adil yang tidak mengamalkan jenayah kolar putih serta membentuk
masyarakat malaysia yang bertanggungjawab. Nilai ini diterapkan kepada para pelajar supaya
mereka dapat membuat keputusan dengan adil dan saksama dalam sesuatu tindakan yang
diambil. Jika wujudnya keadilan dalam diri setiap insan maka akan lahirlah masyarakat yang
menjamin

kesejahteraan

bersama,

membentuk

budaya

disesuatu

tempat

sebagai

tanggungjawab bersama dan menerima hukuman dan ganjaran setimpal dengan apa yang
dilakukan olehnya. Hal ini seterusnya dapat menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran
negara.
Nilai yang ketujuh ialah kebebasan. Menurut Yasene Shpherd (2007), mendefinisikan
kebebasan sebagai kemampuan individu untuk diakui tentang diri mereka di mana individu
tidak akan bebas sehingga individu itu mula membebaskan pemikiran dan kehidupan dari
perkara negatif di sekeliling pemikirannya. Jadi apa yang dapat ditakrifkan sebagai kebebasan
bukannya mengenai hak asasi rights tetapi sama ada betul atau tidak right. Antara hak dan
kebebasan, manusia dilahirkan bebas, namun, di mana-mana pun dia dirantai (Jane Rousseau).

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

Dalam kata lain, Rousseau menyebut kebebasan adalah satu peluang kepada kita untuk
membentuk diri tetapi dengan kekangan tertentu. Seseorang mempunyai kuasa untuk memilih
dan melakukan apa yang mereka fikirkan. Tetapi, kebebasan perlu diseimbangkan dengan
moral dan aturan. Penerapan nilai ini diterapkan di dalam diri pelajar adalah untuk memberi
kesedaran berkenaan kebebasan di sisi undang-undang. Kebebasan di sisi undang-undang
ialah terdiri daripada kebebasan bersuara dan kebebasan beragama. Kebebasan beragama
adalah merupakan kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya
seperti yang diperuntukan dalam perlembagaan malaysia. Bagi kebebasan bersuara pula, ia
didefinisikan sebagai kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu
bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman. Nilai ini diajar dalam pendidikan moral adalah
untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada pelajar bahawa walaupun mereka
mempunyai kebebasan dalam melakukan sesuatu perkara namun batasan tersebut mempunyai
sempadan yang mereka perlu patuhi demi menjaga keamanan dan keharmonian negara
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Nilai yang kelapan ialah keberanian. Keberanian dapat didefinisikan sebagai
kemampuan untuk menaklukan rasa takut, menjinakan rasa takut, menyederhanakan rasa
takut. Tindakan dan perasaan konkruen yang berani menjadi bukti bahwa seseorang telah
lepas dari rasa takut terhadap suatu hal. Melalui penerapan nilai ini dalam diri pelajar maka
palajar akan sedar bahawa perlunya berani dalam mengambil tindakan dalam sesuatu perkara
agar mereka tidak takut untuk membuat keputusan dan takut untuk berhadapan dengan
cabaran dan pancaroba yang mereka perlu tempuhi apabila mereka dewasa nanti. Keberanian
adalah suatu anugerah ilahi dan ia diajar kapada pelajar supaya pelajar berani untuk mencuba
dan berani kerana benar. Sifat ini membentuk diri seseorang itu untuk lebih
bertanggungjawab, menjadi seorang yang kreatif serta dapat menonjolkan kelebihan dan
keistimewaan dalam diri yang selama ini tidak diketahui.
4

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

Nilai yang kesembilan ialah kebersihan fizikal dan mental. Kebersihan fizikal dan
mental boleh didefinisikan sebagai kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran yang sihat
dan positif dalam setiap perlakuan. Ini bermaksud seseorang yang sihat bukan sahaja mereka
mampu menjaga diri mereka dengan baik malah mereka juga mampu mendorong diri mereka
untuk berfikir secara positif dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Penerapan
nilai ini ditekankan melalui aspek kebersihan diri, kebersihan persekitaran dan kebersihan
mental. Hal ini kerana aspek ini mempunyai kaitan antara satu sama lain. Apabila seseorang
itu mengamalkan konsep menjaga kebersihan diri maka mereka mempunyai jiwa yang sihat
dan akal yang cerdas untuk berfikir dengan baik dan hal ini secara tidak lansung ttelah
mempengaruhi aspek persekitaran yang berada berhampiran dengan dirinya.
Nilai yang kesepuluh ialah kejujuran. Kejujuran didefinisikan sebagai kewajipan
bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan. Aspek kejujuran ini
diterapkan dalam diri setiap pelajar adalah untuk melahirkan masyarakat yang sentiasa jujur
dalam melakukan sesuatu tindakan dan dapat melaksanakan sesuatu tugasan yang
dpertanggungjawabkan kepadanya dengan sepenuh hati dan bertungkus lumus bagi
mendapatkan hasil kerja yang baik dari tugasan yang dilakukan olehnya. Melalui cara ini, ia
dapat membantu negara dalam meningkatkan produktiviti negara yang bermutu tinggi dan
dapat melahirkan masyarakat cemerlang dari segi sahsiah dirinya kerana mempunyai sikap
amanah dalam kehidupannya.
Nilai yang kesebelas ialah kerajinan. Kerajinan dapat didefinisikan sebagai usaha yang
berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekapan, kegigihan, dedikasi, dan
berdaya maju dalam sesuatu perkara. Nilai ini telah ditekankan dalam pendidikan moral
kerana ingin membentuk sikap pelajar yang tidak mudah mengenal erti putus asa dalam
melakukan sesuatu perkara. Apabila mereka telah memilih melaksanakan tindakan tersebut

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

mereka laksanakan keputusan itu bukan seperti melepaskan batuk ditangga tetapi
melakukannya dengan bersungguh-sungguh bagi mendapatkan hasil kerja yang baik dan
bermutu tinggi. Kandungan akademik yang ditekankan dalam pendidikan moral ini adalah
untuk memupuk semangat pelajar supaya sentiasa rajin kerana ia merupakan tangga kejayaan
bukan sahaja kepada diri malah kepada keluarga dan sekolah.
Nilai yang kedua belas ialah kerjasama. Kerjasama didefinisikan sebagai suatu kerja
yang dilakukan secara bersama antara individu dengan individu yang lain bagi mencapai
tujuan umum untuk memperolehi hasil yang mempunyai ketinggian kualitinya. Aspek
kerjasama ini sangat diperlukan terutama dalam masyarakat Malaysia bagi melahirkan
masyarakat yang bersatu padu dan saling bertoleransi antara satu sama lain. Melalui
kerjasama yang diberikan sesuatu kerja itu akan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan
cepat, dapat mendidik masyarakat untuk bersikap bertolak ansur, sabar dan mengawal diri
bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan
hidup.
Nilai yang ketiga belas ialah kesederhanaan. Kesederhanaan didefinisikan sebagai
bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran , pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
Aspek kesederhanaan ini dapat diterapkan dalam diri pelajar dengan melengkapkan senarai
semak kendiri tentang nilai kesederhanaan hubungan dengan orang lain. Kandungan
akademik yang ditekankan adalah untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar bahawa
hidup sederhana adalah asas kesejahteraan bersama dimana individu itu perlulah mempunyai
sikap sederhana dalam hubungannya dengan keupayaan mengimbangi kepentingan diri dan
orang lain, pergaulan dan membantu mengikut kemampuan diri mereka. Hasil daripada nilai

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

yang ditekankan dalam diri pelajar ini adalah untuk menyedarkan pelajar supaya mengambil
sesuatu tindakan itu dengan mengambil kira kepentingan diri dan orang lain.
Nilai yang keempat belas ialah kesyukuran. Kesyukuran dapat didefinisikan sebagai
satu tanda berterima kasih dan menghargai kebijaksanaan, pengalaman dan jasa atas nikmat
yang dikurniakan oleh Allah kepada umatnya. Berterima kasih merupakan perasaan dan
perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa,
sumbangan atau pemberian. Melalui nilai bersyukur ini, ia dapat mengajar manusia untuk
menghargai pemberian orang lain dan sentiasa redho dengan segala pemberian yang diberikan
olehnya. Hal ini dapat mengajar manusia akan erti hidup sebenar dan dapat mengajar manusia
untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka perolehi kerana ramai orang lagi yang lebih
hidup susah jika dibandingkan dengan dirinya.
Nilai yang kelima belas ialah rasional. Rasional dapat didefinisikan sebagai boleh
berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan
pertimbangan yang wajar. Kandungan akademik yang ditekankan dalam pengajaran dan
pembelajaran ini ialah sikap rasional membentuk pemikiran yang matang dan pemikiran yang
terbuka menjamin keputusan yang bijak. Aspek ini dapat dicapai dengan membangunkan
pelbagai pilihan berdasarkan beberapa faktor sebelum membuat keputusan dan mencari bukti
yang kukuh berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang pernah dilalui. Melalui aspek
pembelajaran ini, pelajar akan memperolehi cara membuat keputusan yang betul dan mereka
perlulah membuat keputusan tersebut dengan menimbangkan pelbagai faktor yang akan
mempengaruhi keputusan yang mereka akan laksanakan tersebut.
Nilai yang keenam belas ialah semangat bermasyarakat. Semangat bermasyarakat ini boleh
didefinisikan sebagai kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk
kepentingan bersama demi keharmonian hidup bermasyarakat. Nilai ini diterapkan dalam diri
7

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

pelajar supaya mereka akan hidup bersama secara aman dan saling membantu dan
berkerjasama jika terdapat pelbagai masalah yang mereka perlu lalui. Hal ini seterusnya
dapat membantu dalam menjaga keamanan dan menjaga keharmonian masyarakat dalam
negara.

2.0 Lakarkan dalam bentuk peta minda sejarah perkembangan pendidikan moral di
Malaysia, tuliskan tarikh penting serta peristiwa yang berlaku.

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

Sejarah perkembangan moral bermula dari tahun 1960 apabila jawatan kuasa penyamak
pelajaran menyedari bahawa tiada pendidikan nilai yang wujud di kalangan pelajar bukan
islam dari sudut pengisian mata pelajaran pendidikan nilai. Jawatan kuasa ini telah
mencadangkan supaya pelajar bukan islam ini ditawarkan mata pelajaran sivik sebagai
sebahagian daripada kurikulum. Hal ini telah memberikan kesan apabila mata plajaran sivik
ini telah ditawarkan kepada semua pelajar diperingkat sekolah menengah dan rendah dengan
9

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

subjek ini mula diajarkan kepada darjah 4 hingga tingkatan 5. Manakala bagi darjah 1 hingga
3 unsur-unsur sivik ini telah dimasukkan di dalam mata pelajaran kajian tempatan.
Seterusnya pada tahun 1969 berlakukan satu peritiwa yang mendatangkan kesan yang
amat mendalam kepada rakyat Malaysia iaitu peristiwa 13 mei yang menyebabkan terjadi
rusuhan kaum antara penduduk cin, melayu dan india. Peristiwa ini telah menyebabkan
kerajaaan mula menilai kembali semua struktur, institusi, perancangan, dan pelan bertindak
yang dilaksanakan selama ini. Hal ini telah mendatangkan implikasi kepada terhasilnya rukun
negara yng di anggap sebagai ideologi negara bagi menyatupadukan rakyat pada ketika itu.
Setelah itu, pada tahun 1976 berlakulah penggubalan sukatan pendidikan moral
apabila satu jawatan kuasa pemdidikan moral ditubuhkan yang telah diketuai oleh ketua
jemaah nazir sekolah-sekolah persekutuan. Pada 20 oktober 1976, jawatan kuasa pusat
kurikulum telah bermesyuarat dan telah mengambil keputusan untuk memperkenalkan mata
pelajaran pendidikan moral sebagai satu mata pelajaran dalam kurikulum sekolah bermula
dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5. Satu laporan yang memuatkan satu taarif bagi pendidikan
moral dalam konteks Malaysia telah disiapkan untuk dijadikan rujukan. Seterusnya terdapat
beberapa jawatan kuasa yang ditubuhkan untuk mengkaji nilai-nilai moral yang terdapat
dalam pelbagai agama, adat resam, norma hidup dan sistem budaya yang terdapat di
Malaysia. Perkara ini seterusnya mendorong kepada penyediaan satu draf sukatan pelajaran
pendidikan moral bagi sekolah-sekolah di Malaysia dengan menyusun nilai-nilai yang dipilih
kepada enam belas nilai yang utama.
Kemudian pada tahuan 1979, laporan jawatan kuasa kabinet

telah menyatakan

bahawa terdapat tiga mata pelajaran sahaja yang dianggap sebagai asas kepada pendidikan
nilai. Tiga mata pelajaran ini adalah terdiri daripada pendidikan agama islam, pendidikan
moral dan sivik. Bagi pelajar islam mereka diwajibkan untuk mempelajari pendidikan agama
10

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

islam di mana mereka wajib menduduki peeriksaan manaka bagi pelajar bukan islam pula
mereka diwajibkan mempelajari pendidikan moral dan wajib menduduki peperiksanan. Bagi
pendidikan sivik, ia memainkan dua peranan secara serentak. Peranan pertama adalah untuk
pengembangan sahsiah diri dalam masyarakat manakala peranan kedua pula adalah menjadi
warganegara yang baik.
Pada tahun 1982 pendidikan moral mula diperkenalan sebagai satu mata pelajaran
rasmi di peringkat darjah satu hingga darjah enam di sekolah rendah selaras dengan
pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Seterusnya, bagi peringkat
menengah pula pendidikan moral ini dilaksanakan secara terhad pada tahun 1988 setelah
melalui bebrapa penggubalan, program pendidikan moral Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) ini telah diperkenalkan secara menyuluruh bermula dengan tingkatan 1
hingga kepada tingkatan 5.

3.0 Berdasarkan pengurusan grafik, kaitkan konsep dimensi moral dengan individu
bermoral.
Graf Garis : Perkaitan Dimensi Moral Dengan Individu Yang Bermoral

Kemoralan
Seseorang
Individu

30

( + ) = tidak
seimbang

20

11
10

Penaakulan
Moral

Emosi Moral

( X ) = seimbang
Tingkah
Dimensi
laku Moral
Moral

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

12

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

Konsep dimensi moral mempunyai perkaitannya dengan individu bermoral. Hal ini kerana
jika penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral tidak bergerak secara selari maka
individu tersebut dikatakan bergerak kearah ketidakseimbangan yang membawa kepada
individu yang tidak bermoral. Individu perlulah bertindak secara meyeluruh dari aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek barulah individu itu dikatakan sebagai seorang yang
bermoral dan dapat berkembang dengan baik, sempurna dan sejahtera.
Individu yang bermoral merupakan individu yang dapat mengerakkan aspek kognitif,
emosi dan tingkah lakunya secara seiring. Apa yang individu ini fikirkankan akan
menghasilkan sebuah emosi yang akan mempengaruhi individu itu membuat keputusan dan
seterusnya membentuk tingkah laku seseorang individu yang bermoral.
Individu yang mempunyai potensi yang baik mereka akan berfikir secara positif
seperti membantu orang yang dalam kesusahan di mana pemikiran ini seterusnya akan
membentuk perasaan yang seronok dan gembira untuk membantu orang lain yang seterusnya
menghasilkan tingkahlaku menderma dan membantu mereka dengan memperbaiki rumahnya
yang dalam keadaan yang teruk. Hal ini menunjukkan bahawa apabila sesuatu tindakan itu
selari dengan apa yang difikir dan dirasa maka individu tersebut dikatakan bermoral dan
wujud dalam dunianya secara meyeluruh. Berdasarkan graf ini dapat dilihat bahawa
kemoralan seseorang individu itu dikatakan seimbang apabila dimensi moral dapat bergerak
secara seiringan.
Bagi graf yang tidak seimbang graf ini akan bergerak sama ada menurun atau menaik.
Ini menunjukkan tingkah laku individu itu tidak seimbang yang seterusnya menyebabkan
kepada pelakuan yang tidak bermoral. Apabila manusia tidak dapat berada secara selari
dengan pemikiran, perasaan dan tingkah laku, manusia tersebut dikatakan bermasalah.

13

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

Mereka seterusnya akan bergerak kepada tingkah laku yang tidak bermoral dan
membahayakan diri.
Sebagai contoh pemikiran manusia menakul bahawa membantu orang lain merupakan
satu cara yang bagus dalam meningkatkan nama baik dirinya, perasaan yang terhasil ialah
seronok, bangga dan tidak ikhlas melaksanakan bantuan yang diberikan. Tingkah laku yang
mereka tunjukkan pula ialah dengan menderma dalam kuantiti yang banyak ketika berada
dikhalayak ramai. Ini menunjukkan tingkah laku yang mereka tunjukkan tidak sempadan
dengan apa yang mereka fikirkan. Mereka bertindak melakukan dermaan itu untuk
mendapatkan pujian sahaja. Apabila mereka berada di situasi sebenar, keadaan mereka
berubah dan mereka menjadi seorang yang suka bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk serta
bersikap pentingkan diri semdiri daripada orang lain. Tindakan yang tidak selari dengan aspek
kognitif menyebabkan perasaan yang terhasil tidak seimbang dan menyebabkan tingkah laku
yang terhasil bukan melambangkan dirinya sebagai individu yang bermoral tetapi
melambangkan dirinya sebagai individu yang tidak bermoral.
Penakulan moral merupakan suatu dimensi yang penting kerana penaakulan inilah
yang menggerakkan perasaan dan tingkah laku yang terhasil. Ia merupakan suatu proses
seseorang individu memperkembang kebolehan membuat pertimbangan atau keputusan moral
yang matang dan tersendiri tanpa dipengaruhi oleh perasaannya dan pandangan orang lain
dalam sesuatu situasi moral. Dalam proses penaakulan moral ini , pelajar perlu memahami
sesuatu situasi moral dan mengenal pasti pelbagai pilihan serta kesan setiap pilihan itu
sebelum membuat keputusan secara tekal dan konsisten. Ini bermaksud keputusan moral yang
dicapai hendaklah konsisten, objektif dan sejagat bagi sesuatu situasi yang serupa serta
diterima secara umum atau sejagat oleh masyarakat supaya dapt menjamin kestabilan sosial
masyarakat dan dunia secara amnya. Ini mempunyai kaitannya dengan individu bermoral

14

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

kerana jika seseorang memilih membuat keputusan yang tidak patut maka individu itu akan
berfungsi secara tidak bermoral dan sebaliknya.
Emosi moral juga mempunyai perkaitannya dengan individu yang bermoral kerana ia
bukan sahaja memberi rangsangan kepada seseorang untuk bertindak secara bermoral dengan
yakin tetapi juga merupakan sesuatu yang tidak dapat diketepikan dalam sesuatu keputusan
dan tindakan moral. Emosi ini, hanya merujuk kepada perasaan yang betul yang melibatkan
kerasionalan dalam sesuatu situasi yang dihadapi. Jika seseorang mempunyai emosi yang
tidak betul maka kaputusannya hanyalah berdasarkan kepada perasaan yangbtidak rasional
dan bukan emosi moral.
Tingkah laku moral pula mempunyai perkaitannya dengan individu yang bermoral
apabila segala tindakan yang dilakukan olehnya berkait dengan peraturan moral. Tingkah laku
moral ini memerlukan seseorang itu mengikuti peraturan moral secara konsisten dan dengan
penuh iltizam. Sebagai contoh jika berada di bank siti beratur untuk menunggu giliran di
dalam situasi lain seperti menaiki bus juga siti akan beratur apabila hendak menaiki bus.
Kelakuan yang terhasil ini dikatakan bermoral dan berlaku secara konsisten. Kesimpulannya
demensi moral amat mempengaruhi diri individu itu sama ada bertindak secara bermoral
ataupun tidak.

4.0 Huraikan sifat-sifat insan bermoral berdasarkan prinsip individu bermoral.


Prinsip-prinsip individu yang bermoral ialah individu yang menggunakan prinsip keadilan
untuk merujuk kepada peraturan dan undang-undang dalam sesebuah masyarakat. Sesuatu
tindakan dianggap adil sekiranyan ia berlandaskan peraturan moral yang diterima umum oleh
masyarakat seperti menghormati kepercayaan, kebudayaan dan agama diantara satu sama
15

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

lain. Sifat-sifat insan yang bermoral menurut prinsip individu bermoral ini ialah insan yang
menghormati autoriti iaitu orang yang lebih berkuasa seperti ibu bapa, guru, pemimpin negara
atau negara yang menunjukkan contoh dan teladan serta amalan yang diterima sebagai
bermoral. Menghormati agama dan kepercayaan orang lain, bersopan santun dan sayangkan
nyawa adalah sebahagian daripada peraturan moral masyarakat yang patut diamalkan oleh
seseorang autoriti dan perlu dicontohi oleh individu yang bermoral. Namun tindakan ini hanya
akan dianggap sebagai adil apabila satu tindakan yang adil iailah sesuatu tindak balas
seseorang berdasarkan pada kedudukannya sama ada berupa ganjaran atau hukuman. Disini
individu tersebut perlulah bertindak mengikut kerasionalan fikirannya supaya tindakan yang
diambil itu dianggap sebagai adil. Di mana individu yang bermoral ini akan membuat
keputusan moral secara autonomous dan setelah menimbangkan segala fakta , alternatif serta
kesannya.
Prinsip yang kedua ialah pertimbangan mengenai kepentingan orang lain . prinsip ini
digunakan apabila peraturan dan amalan sosial adalah bertentangan dan prinsip ini dapat
dilihat sebagai sebahagian besarnya dapat dilihat berdasarkan peranan sosial dan
tanggungjawab individu sebagai anggota masyarakat. Prinsip ini seterusnya dapat membentuk
sifat-sifat insan yang bermoral apabila seseorang individu itu mempunyai emosi atau motivasi
moral untuk melakukan seuatu yang benar selepas keputusan moral diambil. Contohnya,
seseorang ketua perlulah peka terhadap penderitaan atau masalah anggota-anggotanya
sebelum memutuskan tindakan yang di ambil dengan menghulurkan tangan untuk membantu
sesiapa sahaja yang memerlukannya jika dia mempunyai motivasi dan perasaan simpati atau
empati terhadap mereka yang kurang bernasib baik serta mempunyai iltizam yang kukuh dan
konsisten berdasarkan prinsip-prinsip moral dan peraturan moral yang asa.

16

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

Prinsip yang ketiga ialah kebebasan. Prinsip ini bermakna bahawa manusia haruslah
diberi kebenaran membuat apa sahaja yang mereka ingini atau memberi sebab-sebab tertentu
jika seseorang itu dihalang dari melakukan apa yang dirasakannya baik. Melalui prinsip ini
sifat manusia yang dapat dibentuk ialah melakukan sesuatu secara bebas tanpa sebarang
penekanan, namun kelakuan itu perlulah berdasarkan sebab yang munasabah serta motif dan
tujuan yang rasional. Dimana inidividu yang berpendidikan moral akan menimbang secara
objektif segala fakta yang berkaitan dengan isu yang dipersoal sebelum membuat sesuatu
keputusan secara bebas seperti seseorang individu dibenarkan memiliki harta tetapi tidak
dibenarkan merampas harat orang lain tanpa persetujuan orang tersebut.
Prinsip yang keempat ialah menghormati setiap ahli masyarakat. Prinsip ini
menekankan individu supaya menghormati masyarakat dengan melayani orang sebagai
matlamat dan buka sebagai caranya. Cara melayani seseorang sebagai matlamat menunjukkan
penghormatan terhadapnya sebagai manusia yang mempunyai objektif tersendiri yang merasa
bangga dengan kejayaannya, dan mempunyai pandangan yang tersendiri dengan dunia ini.
Prinsip ini tidak bermaksud kita perlu menerima pandangan orang lain tetapai kita akan
menilai jika ia kelihatan logik. Berdasarkan penggunaan prinsip ini, sufat-sifat yang terhasil
adalah berkenaan pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain serta dapat
menilai pandangan orang lain terhadap situasi. Kepekaan terhadap perasaan dan kepentingan
orang lain hendaklah dipertimbangkan dalam sesuatu keputusan moral. Contoh seseorang
individu tidak akan menyusahkan orang lain kerana setiap individu mempunyai hak dan
kepentingannya untuk hidup dengan bahagia.

17

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

5.0 Jelaskan kedudukan subjek pendidikan moral di IPTA dan IPTS dari segi
pelaksanaan dan kepentingannya.
Kedudukan pendidikan moral di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) telahpun
dilaksanakan dengan terbentuknya akta 1996 IPTS. Akta ini menyatakan bahawa semua IPTS
hendaklah mengajar mata pelajaran yang terdiri daripada pengajian Malaysia, Pengajian yang
berhubungan dengan pengajaran agama islam bagi pelajar yang menganut agama islam dan
pendidikan moral bagi pelajar yang bukan islam. Mata pelajaran yang disebut ini hendaklah
diajar sebagai tambahan kepada mata pelajaran atau kursus pengajian lain yang diajarkan di
IPTS. Bagi mereka yang bukan merupakan warga negara Malaysia kelulusan dalam mata
pelajaran yang dinyatakan iaitu 3 matapelajaran tadi hendaklah menjadi pra syarat bagi
penganugerahan sijil, diploma dan ijazah IPTS. Kedudukan subjek pendidikan moral id IPTA
juga sama seperti kedudukan pendidikan moral di IPTS.
Kepentingan pendidkan moral ini dilaksanakan di IPTA dan IPTS ialah bagi
memupuk nilai-nilai moral terhadap remaja pada zaman sekarang agar mereka dapat membuat
keputusan yang wajar sama ada patut atau tidak patut, betul atau tidak betul dan salah atau
benar terhadap keputusan yang mereka ambil berdasarkan pertimbangan moral yang
dilakukan melibatkan dimensi akal, emosi dan tingkah laku. Hal ini kerana, jika dilihat
kepada situasi masyarakat pada zaman sekarang kebanyakan mereka mengalami aspek
keruntuhan moral dan akhlak yang seterunya menyebabkan berlakunya banyak masalah sosial
yang melibatkan isu moral seperti penyalahgunaan dadah, pengguguran bayi, lesbian dan
homoseksual dan lain-lain lagi. Oleh kerana kurangnya keilmuan dalam bidang keagamaan
dan moral maka mereka tidak dapat membezakan keputusan yang mereka ambil ini sama ada
bermoral atau tidak. Aspek moral dan akhlak ini diajar di IPTA dan IPTS adalah bagi
meningkat kesedaran mereka terhdap nilai moral dan sentiasa melakukan penaakulan moral,

18

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

perasaan moral dan tingkah laku moral dalam membuat sesuatu keputusan. Melalui cara ini
masalah sosial yang berlaku melibatkan pelajar IPTA dan IPTS dapat dikurangkan sedikit
demi sedikit.
Kepentingan lain pendidikan moral ini dilaksanakan di IPTA ialah dapat mewujudkan
keharmonian dan keamanan dalam masyarakat. Hal ini kerana, apabila pendidikan moral
diperkembangkan di peringkat IPTA dan IPTS maka nilai hormat, keadilan, kebebasan dan
nilai kerjasama diterapkan dalam diri setiap palajar. Di sini pelajar akan sedar bahawa mereka
bukan sahaja mempunyai tanggungjawab terhadap diri sahaja, mereka juga turt mempunyai
tanggungjawab terhadap masyarakat, alam sekitar, keluarga, masyarakat dan negara. Segala
tindakan mereka sama ada baik atau buruk akan mempengaruhi perkembangan dalam caorak
sosialiti masyarakat dan negara. Jika para ramaja mengamalkan nilai bertoleransi, saling
hormat menghormati, menggunakan kebebasan bersuara dengan sebaiknya, maka akan
wujudlah masyarakat yang sihat dan hidup secara harmoni dan bersatu padu.
Kepentingan lain pendidikan moral ini dilaksanakan di IPTA ialah ia dapat membantu
dalam membentuk masyarakat yang cintakan negara dan sanggup berjuang untuk negara yang
tercinta. Melalui penekanan nilai berkenaan aspek kenegaraan , nilai demokrasi, nilai
kebebasan serta penglibatan diri dalam pembangunan negara maka ia dapat melhirkan
masyarakat Malaysia yang setia kepada raja dan negara, mengamalkan kebebasan bersuara
dan beragama dengan sebaiknya, mengamalkan sikap kertebukaan terhadap budaya dan adat
resam bangsa lain serta dapat melahirkan masyarakat yang petuh kepada peraturan dan
undang-undang yang telah ditetapkan.
Kepentingan akhir ialah mendorong para remaja untuk sayangkan fauna dan flora yang
ada di muka bumi ini dan memliharanya dengan baik. sebagai mana yang diketahui bahawa,
banyak fenomena melibatkan bencana alam sering berlaku pada masa sekarang. Fenomena ini
19

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

berlaku semakin hari semakin teruk dan telah banyak mendatang kerugian kepada manusia
dan mengorbankan nyawa manusia. Masalah ini terjadi adalah disebabkan oleh kerakusan
manusia yang suka mengejar kemewahan tanpa memikirkan kesan yang mereka hasilkan
daripada tindakan yang mereka lakukan seperti penyahhutanan, pencemaran air, pencemaran
bunyi, dan pencemaran udara. Melalui penekanan kepada pendidikan moral ini para remaja
didedahkan kepada nilai menghargai dan menyayangi alam sekitar dengan melakukan aktiviti
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem
seperti penanaman semula pokok selepas aktiviti penyahutanan dilakukan. Manusia perlulah
mempunyai kesedaran untuk menyayangi alam sekitar kerana manusia dan alam adalah saling
berhubungan antara satu sama lain. Jika manusia menjaga alam dengan baik maka manusia
dapat hidup secara sihat dan harmoni.

6.0 Apakah kepentingan buku teks dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan moral dan huraikan kesesuaiannya dengan pendidikan masa kini.
Kepentingan buku teks dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat membantu
pelajar dalam meningkatkan pencapaian akademiknya dalam peperiksaan yang dijalankan.
Menurut Ishak Harun (1977), dalam kajiannya menyatakan bahawa terdapat hubungan yang
agak tinggi di antara pencapaian akademik pelajar di dalam peperiksaan dengan buku teks
yang digunakan. Hal ini kerana sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dalam buku teks
mempunyai maklumat yang lengkap dan telah melalui kawalan mutu yang rapi oleh Bahagian
Buku Teks (BBT). Apabila para pelajar menggunakan buku teks ini mereka akan
memperolehi maklumat yang selengkapnya beserta dengan huraian yang banyak bagi
membolehkan seseorang individu ini faham dengan isi yang terkandung dalam buku teks.

20

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

Sekaligus dapat membantu seseorang individu itu memperolehi keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan yang mereka ambil.
Selain itu, buku teks juga penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan moral. Hal ini kerana buku teks memainkan peranan yang penting sebagai alat
pembantu utama kepada guru di mana pengetahuan asas yang disampaikan oleh guru pada
keseluruhannya adalah berpandu dan berpunca daripada fakta, bahan dan maklumat yang
dirujukkan daripada buku teks. Hal ini kerana buku teks mempunyai maklumat yang pelbagai.
Maklumat-maklumat ini telah ditapis dan telah melalu proses kawalan kualiti sebelum
dikeluarkan. Berdasarkan maklumat yang lengkap ini, guru dapat memberikan isi-isi penting
berkenaan tajuk yang dibincangkan dan guru dapat menyampaikan pengajarannya dengan
baik.
Bukan itu sahaja, penggunaan buku teks ini juga amat penting kepada pelajar untuk
dijadikan sebagai sumber rujukan dalam mempelajari sesuatu topik yang baru. Kebiasaannya,
setiap sekolah akan menjadikan buku teks ini sebagai sumber rujukan yang utama keran
sumber ini adalah sahih dan mempunyai mutu yang tinggi. Hal ini kerana di dalam buku teks
ini para pelajar bukan sahaja diajar untuk memahami konsep topik yang diajarkan, para
pelajar juga didedahkan berkenaan dengan isu-isu semasa yang terjadi untuk membolehkan
mereka memahami dengan baik topik tersebut. Di sini juga terdapat contoh-contoh gambar
yang dikemukan bagi menarik minat membaca pelajar dan membolehkan pelajar menghayati
dan memahami topik tersebut dengan lebih baik lagi
Di samping itu, buku teks ini juga penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kerana ia dapat menggalakkan pelajar untuk mengaplikasikan konsep kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif dalam masalah yang diwujudkan. Selain itu, buku teks ini juga dapat
membantu dan mengajak seseorang individu itu untuk berfikir dengan menggunakan pelbagai
21

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

aras pemikiran, menyelesaikan masalah dan mencipta idea baru. Hal ini kerana di dalam buku
teks, para pelajar diajak untuk menjawab soalan yang dikemukakan dan memberikan
pendapat berkenaan isu yang timbul. Perkara ini dapat membantu pelajar dalam meningkatkan
tahap kendirinya dan dapat membantu pelajar secara menyeluruh iaitu merangkumi aspek
jasmani, emosi, rohani, dan intelek.
Buku teks ini amat sesuai dengan pendidikan masa kini kerana sukatan pembelajaran
yang telah ditetapkan dalam buku teks mengikut aras umur pelajar untuk berfikir dan
menyelesaikan masalah yang timbul. Bukan itu sahaja kandungan atau maklumat yang
terdapat dalam buku ini sahih dan mempunyai sumber rujukan yang lengkap untuk
dipercayaai kesahihannya. Di samping itu, buku teks ini juga susuai untuk dilaksanakan
dengan sistem pendidikan masa kini adalah kerana buku teks ini sesuai untuk diaplikasikan
pada setiap peringkat dan buku teks ini akan sentiasa di perbaiki isi kandungan dari semasa ke
semasa sesuai dengan peredaan zaman. Walaupun terdapatnya pelbagai teknologi canggih
yang boleh digunakan bagi membantu guru dalam menyampaikan bahan pengajaran kepada
pelajar namun bahan rujukan yang paling baik adalah dari buku teks itu sendiri. Hal ini kerana
terdapat banyak ilmu dan kemahiran yang telah diajar dalam buku teks ini dan ia sesuai
dengan setiap peringkat umur pelajar.

7.0 Apakah kepentingan dilaksanakan pengajaran pendidikan moral di Malaysia.


Pengajaran pendidikan moral penting untuk dilaksanakan di Malaysia kerana berlakunya
keruntuhan institusi sosial dalam kalangan masyarakat. Menurut Mc Gregor (1977), salah satu
sebab mengapa pentingnya pendidikan moral di Malaysia ialah dakwaan bahawa anak-anak
muda kini kurang bermoral dan pihak sekolah telah dipersalahkan kerana wujudnya situasi

22

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

ini. Sehubungan dengan itu, pendidikan moral ini penting untuk dilaksanakan bagi menjadi
pemulih kepada situasi keruntuhan institusi sosial ini. Melalui pengajaran dan pembelajaran
pendidikan moral ini para pelajar dapat mengetahui sama ada tindakan yang mereka lakukan
bermoral atau tidak. Selain itu mereka juga dapat memperbaiki sikap mereka dengan
mengamalkan nilai-nilai moral yang baik dalam kehidupan dan dapat memngetahui bahawa
dalam kehidupan ini terdapat peratura moral yang perlu masyarakat patuhi dan ikuti untuk
menjadi seorang yang bermoral dan beretika dalam hidup.
Bukan itu sahaja, pengajaran pendidikan moral ini juga penting dilaksanakan di
Malaysia bagi membantu para pelajar menangani dilema yang berlaku apabila mereka ingin
membuat keputusan. Dilema moral atau konflik moral boleh berlaku apabila seseorang itu
menghadapi beberapa pilihan dalam membuat keputusan. Proses menangani dilema ini dapat
diatasi oleh pelajar dengan membuat pertimbangan moral berdasarkan kriteria yangdapat
meningkan kesan yang positif yang banyak dan baik kepada diri dengan membuat penaakulan
moral, emosi moral dan tingkah laku moral. Melalui proses ini pelajar dapat membantu
dirinya menyelesaikan konflik moral yang berlaku dalam dirinya dengan baik tanpa
mendatangkan kemudaratan kepada diri.
Selain itu, pengajaran pendidikan moral di Malaysia juga penting untuk dilaksanakan
kerana kemajuan dan perkembangan besar dalam sains dan teknologi, perubahan-perubahan
sosial, ekonomi dan politik yang pesar dan murid-murid mempunyai isu baru yang
mempunyai implikasi dan membangkitkan pertanyaan moral, umpamanya soal perkauman,
kawalan penduduk dan pengguguran anak, kemoralan seks, euthanasia, kegitan kesatuan
buruh, pertahanan, dan perlumbaan membuat senjata, keselamatan negara, dan hak untuk
menjaga privacy dan pemuliharaan alam sekitar. Ringkasnya, sekolah tidak boleh
menganggap nilai-nilai tradisional dalam masyarakat boleh diharapkan dalam mencari

23

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

jawapan kepada semua masalah moral. Pendidikan moral yang meluas dan berkesan
diperlukan bagi menangani pelbagai isu yang mencabar ini.
Di samping itu juga, pengajaran pendidikan moral di malaysia turut penting untuk
dilaksanakan kerana situasi-situasi di sekolah adalah pengalaman yang penuh dengan soalsoal nilai. Menurut Hersg et al (1979), suatu dimensi moral itu adalah sebati dengan proses
dan kandungan sekolah. Sehubungan dengan itu adalah tidak profesional jika autoriti-autoriti
sekolah dan guru mengabaikan soal pendidikan moral ini.
Seterusnya, pendidikan moral ini semakin penting di Malaysia apabila sistem
persekolahan di negara wujud dalam konteks masyarakat yang majmuk yang terdiri daripada
pelbagai kaum, budaya, adat, norma, kepercayaan dan agama yang berbeza. Melalui
pengajaran pendidikan moral di sekolah ia dapat membantu dalam merapatkan jurang
kesefahaman antara kaum, mewujudkan nilai bertoleransi sesama kaum, bekerjasama dan
saling bantu membantu antara satu sama lain bagi menjamin keamanan dan keharmonian
hidup.
Kepentingan yang terakhir pelaksanaan pendidikan moral ini di Malaysia ialah dapat
mengurangkan kesan negatif yang terhasil daripada perindustrian dan pembandaran. Tham
(1980), menyatakan pengalamannya berdasarkan pengalaman beberapa buah negara maju
perindustrian bahawa walaupun manusia telah dibebaskan dari kekurangan material namun
aspek ini telah gagal apabila pengukuhan kehidupan moral dan rohani tidak dapat dikekalkan.
Perindustrian tidak menentang nilai-nilai kemanusiaan dan agama tetapi jika tersalah arah dan
tersalah penggunaannya, perindustrian patut dicurigai keran ia boleh mengancam nilai-nilai
tersebut. Oleh itu pendidikan moral boleh dianggap memainkan peranan yang positif dalam
mengharmonikan

nilai-nilai

tradisional

dengan

perindustrian.
24

nilai-nilai

yang

dikaitkan

dengan

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

8.0 Bagaimanakah pendapat anda, pengajaran pendidikan moral cukup diberikan


kepada pelajar bukan beragama islam. Jelaskan alasan.
Pada pendapat saya pengajaran pendidikan moral cukup diberikan kepada pelajar bukan
beragam islam kerana nilai yang diajar sudah mencukupi merangkumi pelbagai aspek bidang
pembelajaran yang diajar. Hal ini kerana dalam pendidikan moral terdapat 7 bidang
pembelajaran yang diajar kepada individu yang bukan beragama islam iaitu merangkumi
aspek perkembangan diri, kekeluargaan, alam sekitar, patriotisme, hak asasi manusia,
demokrasi dan keamanan dan keharmonian hidup. Setiap bidang pembelajaran ini mempunyai
nilai-nilai yang tersendiri yang merangkumi segala aspek kehidupan yang boleh membentuk
akhlah yang baik dan tingkah laku yang terpuji.
Perkara ini kerana melalui nilai-nilai yang diajar manusia akan mempunyai kesedaran
dan pengetahuan berkenaan tindakan yang mereka lakukan ini tingkah laku yang bermoral
atau tidak. Mereka juga akan mengetahui cara membuat keputusan yang betul dengan
melakukan pertimbangan moral terhadap konflik nilai yang dihadapi. Di sini indiviidu akan
mempunyai aliran pemikiran moral untuk mendapatkan jawapan terhadap konflik yang
mereka lalui samada melalui pemikiran naturalisme yang lebih menekankan kepada aspek
yang rasional, pemikiran intuisionisme yang lebih menekankan kepada naluri dan gerak hati
dan emotivisme yang menekankan kepada aspek emosi dan perasaan.

Melalui aspek

pemikiran ini, manusia akan dapat mengetahui berkenaan segala tindakan yang dilakukannya
selama ini adalah patut atau tidak patut, betul atau salah, baik atau tidak baik.
Di samping itu, pengajaran pendidikan moral ini sudah mencukupi kepada mereka
yang bukan islam kerana nilai yang diajar dalam pendidikan moral ini dapat membantu dalam
perkembangan diri pelajar bukan sahaja dari aspek jasmani malah dari aspek intelek, emosi,
rohani dan sosial. Hal ini kerana dalam pendidikan moral yang diajar, pelajar telah
25

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

ditekankankan kepada prinsip-prinsip moral iaitu bertangungjawab pada diri, keluarga dan
orang lain, berpegang teguh pada ajaran agama, prihatin kepada alam sekitar, mengekalkan
keamanan dan keharmonian hidup, bersemangat patriotik, menghormatu hak asasi manusia
dan mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan. Prinsip yang dibentuk ini dilakukan
untuk merealisasikan semangat dan hasrat yang bterkandung dalam rukun negara, wawasan
2020 dan falsafah kebangsaaan.
Bagi mereka yang beragama islam pula pendidikan islam yang diajar kepada mereka
yang beragama islam, saya rasakan sudah mencukupi dengan penerapan akhlak yang terpuji
dalam diri setiap pelajar islam. Hal ini kerana, islam adalah agama yang syumul yang
merangkumi segala aspek kehidupan. Melalui pengajaran dan pembelajaran mengenai agama
islam ini pelajar akan diajar berkenaan perkara yang halal dan perkara yang haram , sifat-sifat
mazmumah dan sifat-sifat mahmudah, amanah, tabligh, fatonah, dan lain-lain lagi.
Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran mengenai akhlak dalam islah ini manusia dapat
mengetahui yang mana satu haram dan halal da nyang yang mana satu mengikut syarak dalam
islam dann yang mana satu bertentangan dengan agama islam.
Bukan itu sahaja, saya rasa pendidikan islam juga sudah cukup dalam menekankan
nilai-nilai moral dalam kehidupan manusia kerana ajaran agama islam bersifat universal dan
boleh digunakan dalam setiap perkara samaada dalam aspek diri, keluarga, masyarakat,
negara, ekonomi dan pendidikan. Islam mengajar umatnya supaya menjadikan al-quran dan
hadis sebagai pedoman hidup dan ikutan yang perlu diikuti oleh umatnya. Apabila seseorang
ini menjadikan al-quran ini sebagai pegangan hidupnya maka jalan yang individu ini lalui ini
adalah jalan yang benar yang mendorong kepada akhlah yang terpuji iaitu al akhlak
mahmudah.

26

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

Kesimpulannyan pengajaran pendidikan moral dikatakan sebagai sudah mencukupi


untuk dilaksanakan kepada mereka yang bukan beragama islam kerana niali yang diajar
memncakupi segenap kehidupan dan memabntu diri seseorang individu untuk membuat
pertimbangan yang betul yang melibatkan dilema moral yang dihadapi.

9.0 Huraikan perkembangan moral individu dalam ketiga domain (kognitif, afektif dan
psikomotor) serta kaitkan dengan matlamat dan objektif pendidikan moral di Malaysia.
Domain

kognitif

ialah

domain

yang

menekankan

aspek

intelektual

seperti

pengetahuan,pengertian,keterampilan berfikir dan lain-lain lagi. Domain ini diasaskan oleh


Bloom dan dibahagikan kepada enam peringkat iaitu pengetahuan, pemahaman, aplikasi,
analisis, sintesisdan penilaian.Domain ini juga dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
bahagian pertama ialah pengetahuan iaitu peringkat pertama (pengetahuan) dan bahagian
kedua iaitu pengetahuan dan keterampilan intelektual iaitu peringkat kedua hingga enam
(pemahaman hingga penilaian).
Perkembangan

moral

individu

dalam

domain

kognitif

ini

ialah

dapat

memperkembangkan potensi murid dari segi intelek yang merangkumi aspek-aspek seperti
menerima pengetahuan yang berguna, memperkembangkan lagi daya pemikiran seseorang,
kemahiran mengira, kemampuan menyelesaikan masalah dan menaakul serta berkomunikasi
dan berinteraksi. Melalui pengaaplikasin unsur intelek ini dalam pembelajaran, seseorang
individu itu akan mempunyai kemahiran asas 3 M ( membaca, menulis dan mengira.), dapat
meningkatkan dan menyebarkan ilmu yang diperolehi dengan baik, dapat berfikiran secara
krits dan kreatif serta dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi untuk diri dan orang lain.
Perkara ini seterusnya mendorong kepada tercapainya matlamat yang telah ditetapkan dalam

27

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

pendidikan moral seperti dapat melahirkan masyarakat yang berbudaya ilmu dan
menggunakan ilmu itu ke arah yang betul, memahami peraturan alam yang dijadikan Allah
dan berupaya untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan kehidupan harian
serta
Domain afektif merupakan domain yang disusun oleh Bloom bersama rakannya David
Krathwol yang menekankan aspek perasaan dan emosi pelajar seperti minat, sikap, apresiasi
dan penyesuaian diri. Terdapat pelajar yang beranggapan bahawa sesetengah matapelajaran
adalah susah dan sukar. Hal ini menyebabkan motivasi dan keinginan mereka untuk belajar
menurun. Oleh itu, domain afektif berperanan untuk mewujudkan sesi pembelajaran yang
menarik dan mudah seterusnya dapat menarik minar pelajar untuk belajar. Domain afektif ini
mempunyai lima peringkat di antaranya ialah menerima, memberi maklum balas, menilai,
mengorganisasi dan menghayati nilai.
Perkembangan moral individu dalam domain afektif ialah perkembangan potensi
murid dari segi emosi atau perasaan yang merangkumi aspek-aspek seperti memahami
perasaan diri dan orang lain, memperkembangkan lagi kebolehan merekacipta dan menjadi
lebih kreatif. Bukan itu sahaja, ia juga dapat membantu dalam perkembangan individu
daripada aspek mengasuh pemikiran yang positif dan memupuk semangat kewarganegaraan.
Perkaran ini seterunya dapat membentuk individu yang tenang dan tinkah lakunya terkawal,
memupuk perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaan dan perpaduandan menghargai
serta menilai keindahandan keseniaan. Jika domain ini diamalkan kepada para pelajar maka
para pelajar akan dapat mencapai objektif dalam pendidikan moral di Malaysia iaitu membina
kefahaman diri iaitu berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan dan mampu memberikan
sumbangan yang berguna kepada masyarakat dan negara

28

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

Domain psikomotor melibatkan pergerakan tubuh atau apa sahaja pergerakan aktiviti
dalam bentuk tingkah laku. Menurut Selmes (1987), latihan dalam mengaplikasikan aktiviti
belajar adalah perlu. Pembelajaran yang melibatkan pergerakan dan aktiviti akan
menimbulkan keseronokan seterusnya meningkatkan keupayaan untuk mengingatsesuatu
maklumat.Pendekatan belajar yang melibatkan perbincangan dengan rakan, melibatkan
aktiviti, menyelesai masalah dan seumpamanya melibatkan domain psikomotor. Simpson
(1972) mengemukakan tujuh aras dalam domain psikomotor iaitu persepsi, set, respon
berpandu, mekanisme, respon ketara kompleks, adaptasi ( penyesuaian) dan lakuan tulen.
Perkembangan moral individu dalam domain psikomotor ialah perkembangan potensi
murid dari segi jasmani yang merangkumi aspek seperti memperkembangkan lagi dan
memelihara kecergasan fizikal dan kesihatan diri, bersedia dan berupaya menjalankan kerja
praktik, berupaya menggunakan masa lapang secara berfaedah dan memperolehi kemahiran
asas praktik dalam kehidupan seharian. Hal ini seterusnya dapat membantu dalam mencapai
matlamat pendidikan moral yang telah ditetapkan iaitu mampu memberi sumbangan yang
berguna kepada masyarakat dan negara serta dapat menggunakan pengetahuan yang
diperolehi disekolah dan dapat kaitkannya dengan cara hidup di luar persekitaran sekolah.

10.0 Buat suatu tinjauan ringkas pelaksanaan pendidikan moral di IPT dan ulas tentang
kepentingan dan rasionalnya bagi melahirkan masyarakat yang berintegriti.
Pelaksanaan pendidikan moral di Institut Pengajian Tinggi dapat dilaksanakan secara
menyeluruh iaitu dapat dilaksanakan kepada pelajar bukan islam dengan sebaiknya. Hal ini
kerana subjek ini telah dijadikan sebagai satu mata pelajaran yang wajib di ambil oleh pelajar
selain mata pelajaran bahasa melayu ataupun agama. Apabila ia sudah menjadi satu kewajipan

29

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

untuk dilaksanakan oleh para pelajar maka mahu atau tidak mahu mereka perlu mengambil
subjek tersebut untuk memperolehi sijil dalam diploma, ataupun ijazah. Selain daripada
pendidikan moral yang diwajibkan kepada setiap pelajar bukan beragama islam, nilai-nilai
moral juga turut diselitkan dalam mata pelajaran lain seperti kenegaraan, pendidikan sivik,
pendidikan islam dan mata pelajaran lain lagi. Hal ini menunjukkan walaupun hanya pelajar
bukan islam sahaja yang wajib mengambil subjek pendidikan moral namun pelajar-pelajar
lain turut belajar mengenai nilai moral ini di dalam subjek lain yang mereka pelajari. Perkara
ini secara tidak lansung membolehkan pelajar sedikit sebanyak tahu berkenaan apa itu moral,
nilai-nilai moral, cara melakukan pertimbangan moral, peraturan moral, dan sebagainya.
Kepentingan yang boleh diperolehi hasil daripada pelaksanaan pendidikan moral di
IPT ini ialah membentuk masyarakat yang cintakan negara dan memantapkan perpaduan
dalam integrasi nasional. Hal ini kerana dengan pengajaran pendidikan moral ini di IPT
pelajar akan didedahkan berkenaan nilai semangat cintakan negara dan nilai hidup yang
harmoni dan sejahtera. Nilai-nilai seperti ntegrasi, kewarganegaraan, patriotisme, dan
demokrasi dapat dipupuk sedikit demi sedikit dalam jiwa masyarakat bukan islam dan islam
untuk cintakan negara dan sanggup berkorban demi negara yang tercinta.
Nilai integrasi dipupuk dalam diri pelajar adalah untuk mewujudkan satu identiti
nasional antara kumpulan-kumpulan daripada segi sosial, wilayah, ekonomi, kebudayaan,
pendidikan dan politik. Manakala nilai kewarganegaraan dipupuk dalam diri pelajar pula
adalah bertujuan untuk membentuk identiti rakyat dalam negara. Semangat bersatu padu dan
rasa kesepunyaan dalam budaya, pendidikan, bahasa, ekonomi dan politik boleh
menyatupadukan rakyat. Bagi nilai patriotisme, nilai ini diajarkan kepada pelajar adalah untuk
mewujudkan perasaan cintakan tanah air yang mendalam berasaskan kesedaran seseorang
terhadap kewarganegaraannya dan kesetiaan teragung sehingga sanggup berkorban nyawa

30

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

untuk tanah airnya. Menerusi patriotisme, bangsa akan menjadi kuat, berani, mempunyai
ketahanan mental, emosi dan fizikal dalam membentuk ketahanan nasional dan menghadapi
cabaran mendatang.. Akhir sekali ialah nilai demokrasi. Nilai ini diajar kepada pelajar bagi
membolehkan pelajar membuat keputusan secara bebas tanpa disekat dan merupakan
pemberian hak kepada semua warganegara dalam memilih pemerintahan negara. Ia
merupakan alat mewujudkan keutuhan pentadbiran. Negara Bangsa wujud apabila terdapat
kefahaman mendalam tentang demokrasi yang memberikan peluang dan ruang kepada rakyat
terlibat dalam pentadbiran negara. Sehubungan dengan iti dapatlah disimpulkan di sini
bahawa, perpaduan merupakan aspek penting dalam pembangunan negara. Kemajuan yang
dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan erat antara pelbagai kaum di negara ini.
Oleh itu, dengan adanya pendidikan moral yang diterapkan diperingkat IPT maka usaha-usaha
memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat dapat ditingkatkan.
Usaha-usaha perpaduan boleh dicapai melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan.
Kepentingan lain yang boleh diperolehi hasil daripada pelaksanaan pendidikan moral
di IPT ialah dapat mengurangkan masalah keruntuhan akhlak yang berlaku serta dapat
mengurangkan masalah sosial yang banyak melibatkan golongan remaja. Hal ini kerana
dengan penekanan nilai-nilai moral pelajar akan disedarkan bahawa tindakan yang mereka
lakukan itu adalah salah. Di sini para pelajar di ajar berkenaan cara membuat pertimbangan
moral yang betul terutama jika masalah itu melibatkan dilema moral yang memerlukan pelajar
membuat pilihan yang mana satu terbaik untuk dirinya. Melalui cara pertimbangan moral ini,
pelajar dapat memilih satu tindakan alternatif yang terbaik untuk membantu dirinya dan
tidaklah membuat keputusan secara membuat tuli tanpa melibatkan pertimbangan akal, afektif
dan tingkah laku. Apabila pelajar dapat membuat keputusan dengan betul, maka secara tidak
lansung akan lahirlah masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang dapat
membantu dalam pembangunan negara. Kesimpulan yang dapat disimpulakan di sini ialah,
31

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

pendidikan moral banyak mendatangkan faedah dan kebaikan untuk diamalkan di peringkat
IPT di mana dapat membentuk tingkah laku yang baik serta melahirkan masyarakat yang
cintakan negara.

32

Pendidikan Moral di Malaysia


HMS 3013

Bibliografi.
Abdul Rahman Md. Aroff & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Longman Malaysia
Sdn Bhd, Selangor.
Ee Ah Meng (1996). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Fajar Bakti Sdn
Bhd, Selangor
Hena Mukherjee, Judy Ellis, Chang Lee Hoon & Rajendaran N.S. (1992). Strategi
Pengajaran Pendidikan Moral KBSM. Fajar Bakti Sdn Bhd, Selangor.
Hormat.

Diperoleh

November

20,

2011

daripada

http://dict.rewaz.org/search/browse/hormat.re
Hak

atau

Kebebasan.

Diperoleh

November

20,

2011

daripada

http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/hak-asasi-manusia/334hak-atau-kebebasan
Mohd Faisal bin Ahmad (2010). Pengajaran Pendidikan Islam Dalam Pembentukan Akhlak
Dan Sikap Pelajar IPT : Kajian Di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik
Merlimau Melaka. Politeknik Merlimau, Melaka.
Nazirmuddin Ahmad, Mohd Taib Ariffin, Marinah Awang & Azita Yonus (2005). Pengantar
Etika Edisi Ketiga. Pustaka Alam Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Rancangan Malaysia ke 9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 2010 (2006).
Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya.

33

Anda mungkin juga menyukai