Anda di halaman 1dari 2

kesan elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan nilai 1.

0 Pendahuluan

murni.

Usaha untuk membina tamadun manusia memerlukan satu pendekatan yang holistik dan sepadu. Tamadun manusia tidak boleh hanya dibina di atas kecemerlangan tamadun kebendaan semata-mata tetapi metilah diiringi dengan kemajuan spiritual dan akhlak. Menurut Arnold Toynbee: agama adalah nadi dan inti kehidupan. Ia adalah cahaya penerang jiwa dan manusia tidak lepas dari agama. Idealogi-idealogi tidak mampu menjadi alternatif kepada agama, kerana idealogi memberi sifat finatiksime dan kebencian. Sedangkan agama memberi kita rasa cinta dan kerja sama.Bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang telah mencapai kehalusan tatasusila dan mempunyai kebudayaan yang luhur bagi seluruh anggota masyarakatnya. Justeru untuk membina tamadun manusia mestilah dalam seluruh program pembangunannya tidak

mengabaikan nilai akhlak. Jester itu, elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan nilai murni perlu diketahui agar dapat disediakan langkah-langkah pencegahan bagi memastikan nilai dan akhlak remaja kita berada pada tahap yang sepatutnya dan boleh dibanggakan pada masa akan datang. Daripada pelbagai elemen-elemen yang mencabar penghayatan dan amalan nilai murni, saya memilih untuk mengupas elemen kebendaan, elemen sikap tidak bertanggungjawab, elemen media massa, elemen pembangunan daripada aspek sosio-ekonomi dan elemen keruntuhan institutsi kekeluargaan. Kedua adalah daripada aspek sikap yang tidak bertanggungjawab.Dr. Gustave Le Bon menyatakan sebab-sebab kerosakan suatu bangsa apabila berlakunya dekadensi atau kerosakan moral yang berpunca daripada sikap tidak

bertanggungjawab membudaya pada bangsa itu (Muqdad Yaljan, 1986). Aspek tidak bertanggungjawab ini boleh dipecahkan kepada 2 iaitu, tanggungjawab terhadap diri dan orang lain dan tanggungjawab terhadap harta benda. Sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap orang lain seringkali dikaitkan dengan sikap mementingkan diri sendiri. Sebagai contoh, seorang guru mengabaikan sesi pengajarannya semata-mata kerana mahu minum di kedai yang terletak di luar

sekolah. Guru ini telah meninggalkan tanggungjawabnya mendidik anak bangsa dengan ilmu pengetahuan yang amat dinanti-nantikan oleh murid-muridnya. Daripada aspek guru pelatih pula, guru pelatih tidak menyiapkan kerja yang diberikan oleh pensyarah dan asyik berdolak-dalik apabila ditanya bila mahu menghantar tugasan. Ini menunjukkan bahawa guru pelatih tersebut tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri kerana hanya mahu berseronok dan lupa bahawa sebagai guru pelatih, tanggungjawab yang utama ialah belajar dan menyiapkan tugasan. Sikap yang tidak bertanggungjawab terhadap harta benda pula berkait rapat dengan merosakkan harta benda awam dan harta benda di sekolah. Gejala-gejala seperti menconteng kerusi dan meja, membuang sampah merata-rata, merosakkan telefon awam dan merosakkan apa sahaja yang berada di depan mata mereka sudah menjadi lumrah dalam masalah-masalah moral remaja sekolah. Kesan sikap tidak bertanggungjawab ini terhadap penghayatan nilai murni dan amalan nilai moral adalah daripada segi individu itu sendiri. Individu yang tidak bertanggungjawab akan terus terjerumus ke dalam kancah masalah sosial jika tidak dibentuk dengan betul. Sikap tidak bertanggungjawab ini akan menghancurkan diri individu itu sendiri tanpa ada sebarang tolak ansur. Orang yang boleh mengubah situasi ini adalah individu itu sendiri namun sejauh mana keinginan individu itu untuk berubah ? jelaslah sudah bahawa sikap bertanggungjawab hanya akan membawa keburukan kepada individu.
http://mikepjeduworld.blogspot.com/2012/11/kkp-elm-3104.html

Anda mungkin juga menyukai