Anda di halaman 1dari 6

SULIT

FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN WARISAN

KUIZ

KURSUS : PENGANTAR ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI


KOD : CFT1043

PROGRAM : SCK/SCW
BULAN : DISEMBER 2021
JANGKA MASA : 60 MINIT

ARAHAN KEPADA CALON:

1. Soalan ini berbentuk OBJEKTIF dan SUBJEKTIF sebanyak 20 SOALAN


sahaja.
2. Jawab SEMUA soalan
3. Sila tandakan JAWAPAN diruangan yang disediakan di bawah setiap soalan.

NO. MATRIK :C20A1144


PROGRAM :SCW (PENGAJIAN WARISAN)
NAMA PENSYARAH : DR MOHD FIRDAUS BIN CHE YAACOB

JANGAN BUKA BUKU SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

©Hak Cipta Terpelihara UMK


Jawab semua soalan di bawah:

Soalan pilihan jawapan

1. Perkembangan diri merupakan sesuatu yang kompleks meliputi faktor interaksi,


pemerolehan bahasa dan kebolehan menggunakan simbol. Antara berikut yang
manakah bentuk dimensi perkembangan manusia?
A. Perkembangan Moral
B. Perkembangan Pemikiran
C. Perkembangan Fizikal
D. Perkembangan Sosialisasi
JAWAPAN: A

2. Satu bentuk kaedah tentang andaian dan intipati dalam mengkaji setiap
perhubungan dalam kalangan masyarakat serta melihat tindak balas mereka
terhadap persekitarannya. Antara berikut, yang manakah merujuk kepada
penyataan tersebut.
A. Pendekatan Fungsionalisme
B. Pendekatan Konflik
C. Teori Sosiologi
D. Teori Sosiologi Penyimpangan
JAWAPAN: C

3. Teori sosiologi terbahagi kepada enam cabang teori yang digagaskan oleh
beberapa sarjana Barat. Antara berikut yang manakah menjurus kepada enam
teori yang digagskan bawah teori sosiologi?
i. Teori Anomie
ii. Teori Fungsionalisme
iii. Teori Tranmisi Budaya
iv. Teori Kawalan
A. i, ii dan iii
B. i, iii dan iv
C. ii, iii dan iv
D. ii dan iii
JAWAPAN: B

4. Proses ini melibatkan keadaan seseorang yang berusaha untuk menyesuaikan diri
dengan persekitaran dan budaya baharu. Melalui penyataan ini, yang manakah
merujuk kepada situasi berkenaan?
A. Asimilasi
B. Etnosentrisme
C. Tingkah laku yang menyimpang
D. Kejutan Budaya
JAWAPAN: D

5. Menurut Jean Piagent, kanak-kanak berkembang melalui sentuhan, rasa,


menghidu, melihat dan mendengar. Berdasarkan penyataan tersebut, peringkat
manakah yang sesuai dengan kenyataan tersebut?
A. Praoperasi
B. Formal dan Pemikiran Logik
C. Sensorimotor
D. Operasi
JAWAPAN: C

6. Berdasarkan penyataan di bawah, yang manakah penyataan yang dikeluarkan oleh


Auguste Comre mengenai sosiologi?
A. Sosiologi dianggap sebagai satu alat untuk membantu golongan tertindas
akibat aktiviti kapitalisme yang dieksploitasi oleh para kapitalis bagi
memperkayakan diri sendiri.
B. Sosiologi merupakan ilmu sains yang signifikan dan kompleks bagi
mendedahkan ilmu kemasyarakatan secara bersistematik.
C. Sosiologi ialah bidang sains yang berdiri sendiri dan memiliki objeknya
melalui peradaban sosial dan manusia.
D. Sosiologi adalah satu bentuk interaksi simbolik tentang bagaimana seseorang
individu mampu membentuk interaksi dengan orang lain.
JAWAPAN: B
7. Satu bentuk tingkah laku yang gagal mematuhi norma yang ditentukan oleh
masyarakat. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh siapa?
A. Emile Durkheim
B. Cesare Lombroso
C. James Q. Wilson dan Richard Herrnstein
D. Ernest Renan
JAWAPAN: A

8. Antropologi terbahagi kepada empat bidang utama yang mengkaji tentang


kejadian manusia. Antara berikut yang manakah bukan bidang antropologi?
i. Budaya
ii. Ekonomi
iii. Arkeologi
iv. Falsafah
A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iii
D. ii dan iv
JAWAPAN: D

9. Teori ini menekankan tentang interaksi simbolik berdasarkan bentuk-bentuk


perlakuan, perkataan, bahasa dan objek sewaktu berinteraksi dengan orang lain.
Antara berikut, yang manakah bersesuaian dengan penyataan teori ini?
A. Teori Interaksionalisme
B. Teori Konflik
C. Teori Fungsionalisme
D. Teori Perkembangan
JAWAPAN: A

10. Bidang ini melibatkan proses di mana ahli antropologi mampu menentukan
jantina, umur, pertalian populasi dan dan kedudukan bagi sesuatu rangka anatomi.
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang bidang ini?
A. Fizikal
B. Forensik
C. Budaya
D. Arkeologi
JAWAPAN: B

Soalan Betul atau Salah.

Jawab semua soalan di bawah:

1. Zooarkeologi merupakan kajian arkeologi tinggalan manusia yang menekankan


pemeliharaan proses budaya dan sosial dalam rangka. (BETUL/SALAH)
2. Bidang antropologi telah menjadi satu bentuk disiplin transnasional kerana
pengamalnya memiliki kebudayaan yang sama. (BETUL/SALAH)
3. Bidang antropologi mengambil kira tentang evolusi manusia, kepelbagaian etnik
dan adat sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat. (BETUL/SALAH)
4. Radar penembusan tanah menggunakan gelombang radio bagi memetakan striktur
dan ciri yang tertimbus dalam tanah. (BETUL/SALAH)
5. Asimilasi adalah proses di mana seseorang yang mengamalkan budaya yang sama
dan berbeza. (BETUL/SALAH)

SOALAN PADANKAN

Jawab semua soalan di bawah:

a. Etnosentrime b. Prasangka c. Pengasingan d. Antropologi Budaya


e. Relativisme

1. C.Pengasingan merupakan satu bentuk penaklukan yang diperlihatkan


menerusi perlakuan, proses atau keadaan yang dipisahkan dalam sesebuah
komuniti.
2. B.Prasangka suatu sikap negatif yang tidak rasional atau kadang-kala
positif terhadap kumpulan tertentu atau anggota mereka.
3. E.Relativisme ialah satu konsep bagi mengiktiraf dan mengesahkan hubungan
antara struktur sosial dan kehidupan seharian seseorang individu.
4. A.Etnosentrime merupakan seseorang yang membuat pertimbangan
tentang budaya lain mengikut adat dan penilaian mereka sendiri.
5. D.Antropologi budaya ialah satu bentuk kajian mengenai pola tingkah laku,
perasaan dan pemikiran seseorang manusia.

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai