Anda di halaman 1dari 5

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENDAHULUAN

Dalam bab ini, menerangkan berkaitan penggunaan metodologi dalam mengumpul


data untuk penyelidikan. Data yang diperolehi daripada pendekatan metodologi akan
membentangkan jenis falsafah peyelidikan dan jenis pendekatan penyelidikan yang
digunakan untuk melengkapkan kajian penyelidikan. Selain itu, bahagian ini akan
membincangkan maklumat responden yang terlibat dalam penyelidikan ini dan kaedah
bagaimana data mentah diproses untuk penyelidikan ini. Perkara yang dibincangkan meliputi
reka bentuk kajian, instrument kajian, lokasi kajian, persampelan kajian, prosedur kajian,
kajian rintis dan kaedah menganalisis data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Metode kajian yang digunakan adalah bersifat deskriptif. Berdasarkan Tuckmen


(1985), kajian deskriptif menjelaskan fenomena menganalisis data deskriptif yang diperolehi
daripada soal selidik atau media-media lain. Kajian ini berbentuk tinjauan adalah paling
sesuai diaplikasikan dalam setiap penyelidikan yang mana objektifnya adalah untuk
pengumpulan data atau maklumat berkaitan sesuatu insiden yang sedang berlaku. Tinjauan
merupakan satu metode bagi para pengkaji memperlihatkan persekitaran kajian yang akan
digunakan keatas sampel kajian. Oleh itu, reka bentuk kajian berbentuk tinjauan telah
digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan elemen-elemen yang mendorong pelajar
untuk tercebur dalam masalah gejala sosial. Sehubungan itu, elemen kuantitatif digunakan
bagi tujuan kajian ini iaitu dengan menggunakan instrument soal selidik yang diedarkan
kepada pelajar-pelajar berkenaan.

3.3 TEMPAT KAJIAN

Penyelidikan ini telah dilaksanakan keatas pelajar-pelajar di salah sebuah


Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Institusi yang dimaksudkan adalah di Politeknik
Merlimau, Melaka. Pemilihan tempat ini adalah disebabkan oleh pihak Politeknik ini
memperlihatkan pusat pengajian tersebut menempatkan mahasiswa dan mahasiswi
yang tinggal di asrama pelajar, rumah sewa dan rumah keluarga. Kajian yang
dijalankan adalah untuk mengkaji tentang gejala sosial dalam kalangan pelajar di
institusi pengajian tinggi Politeknik Merlimau Melaka.

3.4 SAMPEL KAJIAN

Sampel sasaran kajian ini merupakan pelajar yang menetap di institut lingkaran luar
penempatan pelajar. Seperti dinyatakan di dalam tempat kajian, terdapat seramai 5,363 orang
pelajar ditempatkan di pusat pengajian ini. Pemilihan responden dipilih secara rawak
kelompok berikutan populasi yang besar dan tergolong daripada kepelbagaian agama, bangsa
serta jantina. Saiz sampel untuk kajian ini telah dikenalpasti. Berdasarkan jadual Krejcie dan
Morgan’s (1970), saiz sampel yang sempurna dan paling sesuai untuk populasi 5,363 adalah
357. Oleh kerana populasi sebenar kajian ini adalah lebih daripada 5,000, maka saiz sampel
telah dibundarkan kepada 360. Ini menunjukkan seramai 360 pelajar akan dikaji.

3.5 INSTRUMENSI KAJIAN

Kumpulan instrument kajian yang diaplikasikan dalam kajian ini adalah


menggunakan borang soal selidik. Menurut Tuckman (1988), kaedah soal selidik ini mudah
untuk mendaptkan maklumbalas daripada responden dan menurut Majid (1994), soal selidik
adalah kayu pengukur yang digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Sebagai penyelidik
memutuskan untuk menggunakan kaedah ini, untuk menjamin responden supaya tidak berasa
takut atau tidak selesa untuk memberikan jawapannya. Dengan menggunakan soal selidik,
nama responden tidak perlu dipamerkan atau dikemukan dan jawapan mereka dirahsiakan.
Justeru itu, menggunakan instrumen soal selidik ini memberi kebebasan kepada responden
untuk memberi maklumbalas dan menjimatkan masa selain pengkaji tidak perlu menganggu
responden dalam tugasan hariannya. Set borang soal selidik ini dibahagikan kepada empat
bahagian, iaitu

3.5.1 SOAL SELIDIK

3.5.1.1 BAHAGIAN A
Maklumat am adalah mengandungi soalan berkaitan umur, jantina, bangsa dan tahun
pengajian. Perkara ini merupakan soalan asas yang akan diajukan kepada responden.
Bertujuan untuk melancarkan proses pengelasan dan menentu sahkan subjek semasa proses
analisa dijalankan.

3.5.1.2 BAHAGIAN B

Pada bahagian ini, soalan yang diajukan kepada responden adalah berbentuk objektif
kajian yang mempunyai kaitan dengan Bab 1. Soalan yang bercirikan tentang pengetahuan
am pelajar terhadap gejala sosial. Dalam set soal selidik yang lengkap ini, Skala Likert
diaplikasikan bagi tujuan sebagai alat pengukur darjah persetujuan dan pandangan responden
terhadap suatu kenyataan. Penilaian responden dalam bahagian ini diukur dengan
menggunakan Skala Likert yang terdiri dari lima peringkat seperti

1 – Sangat Tidak Setuju (STS)

2 – Tidak Pasti (TP)

3 – Tidak Setuju (TS)

4 – Setuju (S)

5 – Sangat Setuju (SS)

3.5.1.3 BAHAGIAN C

Pada bahagian C ini, kumpulan soalan adalah berbentuk soalan berunsur hubungan
ibubapa dan rakan sebaya dengan pelajar, unsur internet dan kebolehan pengunaan
mengakses internet, unsur tahap pendidikan agama dan berunsur masa lapang. Skala Likert
yang digunakan adalah bertujuan sebagai pengukur darjah persetujuan dan pandangan
responden terhadap kenyataan yang diberikan.

3.5.1.4 BAHAGIAN D

Soalan yang diajukan pada bahagian ini adalah berbentuk saranan dalam membanteras
gejala sosial dikalangan pelajar IPT. Saranan yang diusulkan adalah berteraskan aktiviti yang
pernah diadakan dan mencuba untuk mengadakan aktiviti yang baru. Skala Likert digunakan
bagi tujuan mengukur darjah persetujuan dan pandangan responden keatas sesuatu saranan.
3.6 PROSEDUR KAJIAN

Dalam proses menjalani kajian ini, terdapat beberapa prosedur yang dilakukan oleh
pengkaji. Prosedur yang dinyatakan adalah seperti:

1. Perbincangan bersama penyelia berkaitan tajuk dan permasalahan


2. Explorasi sumber-sumber yang akan diaplikasikan dalam kajian ini
3. Penyediaan kertas kerja atau kertas cadangan
4. Mendapatkan kelulusan pihak penyelia setelah kertas cadangan diterima
5. Melakukan kajian rintis untuk menguji kesahihan dan kebolehpercayaan soal
selidik
6. Menjalani kajian sebenar
7. Mengumpul keseluruhan set soal selidik lengkap dengan maklumbalas dan
analisis data yang diterima.

3.7 ANALISIS DATA

Proses analisis data adalah bahagian yang penting dalam sesuatu penyelidikan yang
dijalankan, Maklumbalas yang diterima adalah dalam bentuk data yang akan dianalisis serta
diproses dengan menggunakan komputer. Statistical Pakage For Social Science (SPSS) for
Windows adalah perisian computer yang akan digunakan bagi tujuan tersebut. Perisian ini
mampu memanipulasikan data dalam jumlah sampel yang banyak data dianalisis dengan
tepat. Program SPSS ini ternyata merupakan perisian yang memudahkan kerja-kerja
penganalisaan data dijalankan. Setiap data yang diperolehi dapat dianalisis data mentah
kepada bentuk kekerapan, peratusan, sisihan piawai dan min.

3.8 KAJIAN RINTIS

Dalam proses ini dinamakan kajian rintis, dimana ia dilaksanakan bertujuan untuk
menguji kesahihan dan kebolehpercayaan perkara-perkara dalam soal selidik yang dipilih
sebelum kajian sebenar dilaksanakan. Kajian rintis turut digunakan untuk mengkaji
permasalahan yang timbul semasa proses soal selidik dijalankan. Kajian rintis yang telah
dijalankan keatas 50 orang responden tidak terlibat dalam sampel kajian. Soal selidik telah
disemak terlebih dahulu untuk menentukan kesahihan item. Ujian kebolehpercayaan atau
reliability analysis dilaksanakan dengan menggunakan Program SPSS dan Alpha Cronbach.
3.9 KESIMPULAN

Soalan kajian ini berbentuk permasalahan berkaitan gejala sosial dikalangan pelajar
IPT yang dilaksanakan di Politeknik Merlimau, Melaka. Peralatan kajian telah disahkan
kandungan oleh yang lebih berkemahiran dan ujian perintis turut dilaksanakan. Hasil ujian
rintis mendapati set soal selidik tersebut mendapat kelulusan dan boleh digunapakai dalam
kajian ini. Selanjutnya, ke peringkat kutipan data yang diterima daripada responden
dibincangkan. Pada bab ini, telah lengkap menerangkan berkaitan format data, analisa data
dan validasi hasil kajian. Dalam bab seterusnya, keputusan kajian akan dibincangkan
bersama.

Anda mungkin juga menyukai