Anda di halaman 1dari 7

BAB 3

METADOLOGI

3.1 Pengenalan

Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, perkara-perkara yang dirangka


adalah melibatkan kaedah temubual, soal selidik, pengumpulan data dan menganalisa
data. Dengan ini, hasil akhir kajian akan selari untuk mencapai objektif dan matlamat
yang dikehendaki. Metodologi kajian penting bagi mengetahui dan memahami dengan
mendalam setiap proses bagi kajian ini.

Oleh itu, dalam bab metodologi ini membincangkan secara keseluruhan dan
terperinci mengenai kaedah-kaedah yang perlu dilaksanakan bagi menjalankan kajian
ini. Kaedah kajian ini direka bagi memudahkan kerja kajian agar berjalan lancar dan
teratur tanpa menghadapi masalah yang tidak dirancangkan.

3.2 Lokasi Kajian

Kajian ini telah dijalankan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu
Pahat, Johor.Kajian yang dibuat melibatkan responden daripada golongan
mahasiswa/mahasiswi UTHM yang terdiri daripada 60 orang.

3.3 Sampel Kajian

Sampel kajian ini melibatkan responden daripada golongan mahasiswa/mahasiswi


UTHM yang terdiri daripada 60 orang.
3.4 Carta Alir Proses Laporan

3.5 Prosedur Kajian

Setiap penyelidikan yang dijalankan,bermula dengan permasalahan yang ditemui oleh


pengkaji. Berdasarkan permasalahan tersebut,pengkaji perlu memilih pendekatan
yang sesuai untuk mengumpulkan data-data berkaitan. Sehubungan itu pendekatan
yang dipilih perlulah berdasarkan matlamat dan objektif kajian. Menerusi pendekatan
kualitatif pengkaji dapat menerangkan keadaan sebenar tentang apa yang berlaku
dala, lapangan selain ia bersifat humanistik,induktif dan holistik. Melalui
pemerhatian,hubungan pengkaji dan peserta kajian akan menjadi rapat dan dengan itu
mereka boleh menjelaskan lagi hasil pemerhatian. Kaedah temubual pula.dapat
menghasilkan data yang bersifat fleksibel kerana pengkaji boleh mengemukakan
soalan bagi mendapatkan data yang menyeluruh. Begitu juga dengan penggunaan
bukti dokumen, berupaya memperkukuhkan lagi data yang dipungut pada awal iaitu
data pemerhatian dan temubual. Paling penting menerusi gabungan data
pemerhatian,temubual dan bukti dokumen membolehkan proses triangulasi
dijalankan.

3.5.1 Kuantitatif
Kajian Kuantitatif merupakan satu kajian secara umumnya menggunakan
analisis statistik, ia lebih bersifat objektif dan berorintasikan kepada hasil.
Berdasarkan kepada istilah penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan data numerika
dan ketepatan. Ia adalah berdasarkan kaedah penyelidikan inkuri positivis dimana
penyelidikan dilakukan melalui kajian eksperimental dan data numerika yang
dipungut dianalisis dengan ujian statistik. Melalui penyelidikan kuantitatif,masalah
kajian dinyatakan dalam betuk hipotesis.

 Soal Selidik

Soal selidik merupakan satu set soalan untuk mengumpulkan maklumat bagi
tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Soal selidik ini dijalankan
secara atas talian, “ online ” menerusi “ Google Form “ yang disediakan untuk pelajar
UTHM dan diedarkan secara rawak. Borang soal selidik tersebut dilakukan di atas
talian “online” disebabkan negara Malaysia dan seluruh dunia kini dilanda ancaman
wabak COVID-19. Demi menjaga kesejahteraan semua pihak dan demi mematuhi
saranan daripada kerajaan. Data tersebut akan dia sediakan dalam dapatan kajian
setelah mendapat kelulusan daripada Pensyarah dan akan disertakan di dalam
lampiran ‘5.4 Analisis Data’ bagi menunjukkan keberhasilan dapatan tersebut.

3.5.2 Kualitatif

Kajian kualitatif dalam penyelidikan ini adalah kajian kes, adalah suatu
penyelidikan yang dilakukan terhadap suatu kesatuan sistem, sama ada yang
berbentuk program mahupun kejadian yang terikat oleh tempat, waktu atau ikatan
tertentu. Kajian kes dilaksanakan untuk menghimpun data, memperoleh makna, dan
memperoleh pemahaman daripada suatu kes. Proses pengumpulan data ialah
mengenalpasti tapak atau individu, mendapatkan akses dan membina rekod,
persampelan bertujuan, mengumpul data, merekod maklumat, menyelesaikan isu-isu
lapangan dan menyimpan data.

 Temu Bual
Kaedah ini menggunakan penemu ramah yang menjalankan temu bual yang
terperinci berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Apa-apa yang disebutkan
oleh responden merupakan data penting kajian. Tindak balas yang relevan akan
dicatatkan kata demi kata. 

Melalui kaedah ini seseorang pengkaji boleh memperoleh kefahaman yang


meluas dan sempurna dengan cara “mendalami” sesebuah topik tertentu. Pada masa
yang sama, pendekatan ini unik atas sebab yang berikut: 

(i) Sampel yang lebih kecil akan digunakan. 

(ii) Pengkaji boleh memberikan keterangan yang terperinci tentang sebab di


sebalikjawapan responden.

(iii) Ia juga mengizinkan pemerhatian yang lebih lama tentang respons.

 Hal ini kerana temubual mampu menghasilkan data yang tidak terjangkau oleh
responden kerana batasan masa. Responden terdiri daripada golongan ahli keluarga
dan orang awam.

 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian ialah satu cara pengumpulan data dengan mengkaji
secara langsung terhadap responden dan penyelidikan yang dilakukan dapat
dirahsiakan. Kaedah ini ialah satu teknik penyelidikan yang sering digunakan. Kaedah
ini juga digunakan dalam menjalankan kajian ini dari segi pemerhatian yang dapat
disertakan di dalam kajian ini melalui hasil laporan daripada pelbagai sumber berita
yang berkenaan dengan perpaduan negara seperti laporan berita di televisyen,
‘Youtube’, ‘Facebook’ dan laman sesawang (dari sumber – sumber dipercayai).

Data dari pemerhatian secara langsung iaitu melakukan pemantauan disekitar


perumahan, pasaraya, taman reakasi dan kawasan tumpuan orang ramai  yang di
lakukan oleh pengkaji tidak dapat diteruskan kerana wabak COVID-19. Dapatan
kajian tersebut akan dinilai dan disaring untuk dijadikan sumber rumusan kajian di
dalam lampiran ‘5.4 Analisis Data’

3.6 Analisis Data

Penganalisisan data untuk kajian ini adalah dalam bentuk kuantitatif iaitu
melalui maklumat yang dikumpul menerusi instrumen soal selidik “online”. Data-data
yang diperoleh daripada responden melalui soal selidik ini akan dianalisi secara
deskriptif . Statistik deskriptif yang digunakan dalam kajian ini adalah kekerapan,
peratusan, min dan sisihan piawai bagi soal selidik yang telah dilaksanakan semasa
kajian iaitu kesedaran responden terhadap perpaduan negara.

Analisis statistik inferensi juga turut digunakan dalam kajian ini untuk
mengenal pasti sama ada suatu penemuan dalam kajian adalah berlaku secara semula
jadi atau dipengaruhi oleh pemboleh ubah. Data-data yang diperoleh adalah juga
menerusi soal selidik yang telah dijawab oleh responden berkaitan kepentingan etika
dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian dalam menangani pandemik COVID-
19.
-Bahagian A: soalan berkaitan dengan latarbelakang

1. Jatina
2. Fakulti
3. Umur
4. Zon kawasan

-Bahagian B: soalan kaji selidik

1. Kepentingan etika dan adab dalam kehidupan


2. Kecuaian dalam permatuhan peraturan SOP berpunca daripada pengabaian
kepentingan etika dan abad
3. Kerjasama di anatara masyarakat kepelbagaian merupakan salah satu nilai-nilai
etika yang patut diamalakan dalam mengurangkan peningkatan nilai jangkitan.
4. Perbezaan agama dan bangsa merupakan faktor seseorang itu lebih beretika dan
beradab berbanding orang lain.
5. Adakah menjadi satu kewajipan kita sebagai rakyat untuk menggalakkan seseorang
itu lebih beretika dan beradab tidak kira bangsa dan agama.

-Bahagian C: soalan kaji selidik

1. Adab menghormati budaya bangsa lain merupakan etika yang perlu diamalkan
dalam kehidupan masyarakat yang pelbagai.
2. Etika dan peradaban yang baik akan membentuk permuafakatan dalam kalangan
masyarakat.
3. Kegagalan dalam mengamalkan adab dan etika yang baik akan meruntuhkan
institusi kemasyarakatan.
4. Kepatuhan SOP dalam kalangan masyarakat adalah etika yang perlu dipatuhi .
5. Orang dewasa merupakan golongan yang sering mengendahkan pengamalan
etika dan peradaban berbanding remaja dan orang-orang tua tidak kira bangsa
dan agama.
6. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum mampu menghapuskan rantaian
jangkitan Covid-19 dengan menerapkan nilai-nilai etika dan peradaban dalam
kehidupan seharian masing-masing.
-Bahagian D: soalan terbuka

1. Pada pendapat anda , apakah faktor-faktor yang menyebabkan hubungan antara


masyarakat semakin renggang akibat daripada pandemik Covid-19 ini?

3.7 Pengumpulan Data

Pengumpulan data melalui borang soal selidik telah disahkan oleh penyelaras subjek
kenegaraan kami- Mohd Nizam Attan, sebelum diedarkan. Pengumpulan data ini telah
dilaksanakan pada 3 minggu selepas pengedaran borang soal selidik kepada
responden kami.

RUJUKAN
https://www.researchgate.net/publication/283479198_Bab_4_Kaedah_Kajian
https://www.scribd.com/doc/59406659/Kaedah-Kajian

Anda mungkin juga menyukai