Anda di halaman 1dari 5

011106-12-0304

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, metodologi dapat ditakrifkan sebagai satu sistem
yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau
disiplin. Metodologi kajian merupakan salah satu cara untuk mengumpul dan menstruktur
setiap maklumat yang diperoleh mengikut ketetapan yang telah ditetapkan. Metodologi
juga dapat didefinisikan sebagai satu kaedah jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan
sistem. Kaedah kajian ini berfungsi sebagai panduan dalam membantu pengkaji dalam
usaha proses memungut, menganalisis, dan membuat pentafsiran hasil daripada
penyelidikan yang dijalankan. Kaedah kajian yang dilakukan umumnya menggunakan
kaedah penyelidikan deskriptif, iaitu kaedah yang sesuai digunakan untuk mengkaji
peristiwa yang sedang berlaku.

4.1 Kaedah Persampelan


Sampel merupakan kumpulan yang merangkumi orang, institusi, tempat atau
fenomena yang menjadi sumber maklumat yang diperlukan oleh pengkaji bagi
menjalankan sesuatu kajian. Sampel kajian pula ialah responden-responden yang
dipilih bagi mewakili sesuatu populasi. Matlamat kaedah persampelan adalah untuk
memperoleh sampel yang mencerminkan populasi dari segi pemboleh ubah yang
menjadi tumpuan pengkaji. Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara
bertujuan yang melibatkan 30 orang responden dari kalangan penduduk Kampung
Merotai Kecil, Tawau. Prosedur persampelan secara bertujuan adalah sinonim
dengan penyelidikan jenis kuantitatif. Persampelan jenis ini dilaksanakan dengan
memilih subjek sampel secara bertujuan, iaitu subjek dalam sampel tersebut
mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat dalam kehendak kajian. Bilangan sampel
yang diambil adalah besar untuk mewakili populasi yang dikaji.

4.2 Pengumpulan Data


Pengumpulan data merupakan satu proses mengumpulkan data, membuat
pemerhatian terhadap sesuatu perkara yang sedang berlangsung, merekod,

8
011106-12-0304

mengumpul dan memilih maklumat untuk kegunaan sesuatu penyelidikan. Tujuan


pengumpulan data adalah bagi memudahkan lagi pengkaji untuk mendapatkan
maklumat penting mengenai kajian yang dilakukan sepanjang menjalankan proses
kajian. Data yang dikumpulkan sangat penting bagi memperoleh maklumat yang
berkenaan dengan kajian. Data yang dikumpul dapat menjadi bukti terhadap kajian
yang dijalankan. Maklumat-maklumat yang telah dikumpulkan dapat membantu
pengkaji untuk menyelesaikan tugasan yang diberi dengan mudah.

4.2.1 Data Primer


Data primer merupakan sumber yang diperoleh secara langsung dari sumber asli
seperti dari lapangan melalui kajian dan pemerhatian. Metod yang digunakan
untuk mendapatkan data primer adalah borang soal selidik dan pemerhatian.

4.2.1.1 Borang Soal Selidik


Pengkaji menjalankan kajian dengan menggunakan borang soal selidik.
Soal selidik merupakan satu set soalan atau kumpulan item yang direka
khusus untuk sesuatu kajian. Borang yang berisi soalan berkaitan kajian
yang sedang dijalankan oleh pengkaji ini diedarkan kepada responden yang
dipilih bagi memudahkan lagi proses kajian.

Jawapan yang diberikan oleh responden dalam borang soal selidik ini
dapat membantu pengkaji untuk memperoleh maklumat yang dikehendaki
untuk kegunaan dalam sesuatu kajian yang dijalankan. Pengkaji telah
memilih menjalankan kaedah soal selidik dalam kajian kerana kaedah ini
dapat membantu memudahkan pengkaji untuk mengumpul maklumat dan
data-data secara langsung daripada responden.

Borang soal selidik mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A yang


mengandungi latar belakang responden, bahagian B mengenai punca-punca
penyebab penyakit hipertensi manakala bahagian C berkenaan tentang
kaedah rawatan bagi penyakit hipertensi dalam kalangan penduduk

9
011106-12-0304

setempat. Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji akan mengedarkan


borang soal selidik kepada 30 responden yang terdiri daripada penduduk
setempat di Kampung Merotai Kecil, Tawau. Antara aspek yang terkandung
dalam Bahagian A ialah jantina, umur, bangsa dan agama. Hal ini kerana
jantina, umur, bangsa dan agama responden dapat membantu pengkaji bagi
mendapatkan maklumat yang tepat.

Bahagian B dan C pada kajian ini menggunakan skala pemarkahan likert


lima mata yang mengandungi lima aras iaitu 1 = sangat tidak setuju, 2 =
tidak setuju, 3 = kurang setuju, 4 = setuju dan 5 = sangat setuju. Kajian soal
selidik yang tertutup ini memudahkan pengkaji untuk mengumpul dan
menganalisis data dengan lebih cepat dan berkesan. Selain itu, data juga
dapat dipersembahkan dengan lebih jelas dan mudah difahami serta semua
responden juga memberi kerjasama yang baik.

4.2.1.2 Kaedah Pemerhatian


Kaedah pemerhatian merupakan satu proses meneliti, melihat berdasarkan
objektif yang dibina dan mengukur pemboleh ubah penyelidikan.
Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji adalah dengan membuat lawatan
ke lokasi kajian, iaitu Kampung Merotai Kecil, Tawau. Dalam proses
pemerhatian, gambar-gambar yang relevan dan bersesuaian telah diambil
bagi memudahkan lagi proses kajian yang sedang dijalankan. Gambar
yang diambil juga secara tidak langsung boleh dijadikan bukti dalam kajian
pengkaji.

4.2.2 Data Sekunder


Data sekunder merupakan sumber data penelitian yang diperoleh melalui media
perantara secara tidak langsung yang berupa buku, catatan dan bukti yang telah
ada. Pengkaji telah menggunakan kaedah rujukan juga sebagai data sokongan.

10
011106-12-0304

Pengkaji dapat meminimumkan kos dan masa serta mengklasifikasikan masalah


menggunakan data yang telah terkumpul.

4.2.2.1 Kaedah Kepustakaan


Pengkaji juga menggunakan kaedah kepustakaan dalam menjalankan
tugasan yang diberi. Pengkaji memperoleh maklumat daripada aktiviti
menganalisis bahan-bahan bercetak seperti buku, majalah, kamus dan
ensiklopedia. Rujukan yang telah dilakukan oleh pengkaji adalah di
Perpustakaan Wilayah Daerah Tawau. Selain itu, kajian dengan cara
mengakses internet atau melayari laman sesawang bagi mencari maklumat
yang lebih terperinci juga turut dilakukan. Pengkaji memilih menggunakan
kaedah rujukan kerana kaedah ini merupakan satu kaedah yang termudah
bagi pengkaji ekoran daripada kemajuan teknologi yang membolehkan
seseorang untuk memperoleh maklumat yang lengkap di hujung jari.

4.2.2.2 Kaedah Laman Sesawang


Selain itu, pengkaji juga menjalankan kajian dengan mengakses internet
atau laman sesawang. Kaedah ini dipilih oleh pengkaji ekoran daripada
kehidupan pengkaji yang lebih mudah untuk mengakses internet di rumah
dan dapat memperoleh maklumat yang lebih lengkap melalui kaedah ini
berbanding kaedah yang lain. Pengkaji melayari laman sesawang yang
berkaitan dengan tajuk kajian bagi memudahkan kajian yang dijalankan.
Maklumat yang secukupnya adalah penting dalam menghasilkan kajian
yang lengkap berkaitan dengan tajuk kajian pengkaji.

4.3 Teknik Penganalisian Data


Terdapat dua jenis teknik penganalisian data iaitu teknik penganalisian data secara
kuantitatif dan teknik penganalisian data secara kualitatif. Namun, pengkaji hanya
menggunakan teknik penganalisian secara kuantitatif .

11
011106-12-0304

4.3.1 Data Penganalisian Kuantitatif


Data dianalisis oleh pengkaji menggunakan kaedah deskriptif dalam bentuk
peratusan dan kekerapan daripada maklumat yang diperoleh hasil daripada
borang soal selidik yang telah diedar kepada 30 orang responden iaitu responden
dalam kalangan penduduk setempat di Kampung Merotai Kecil. Tahap analisis
ini dicapai apabila data yang diperolehi disunting dan telah ditukar kepada
bentuk angka. Setelah itu, data tersebut akan dipersembahkan dalam bentuk
jadual bagi memudahkan pengkaji. Dalam borang soal selidik, jawapan sangat
tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju dan sangat setuju digunakan bagi
mendapatkan respon dari kalangan penduduk setempat di Kampung Merotai
Kecil berkaitan dengan punca-punca penyebab penyakit hipertensi dan kaedah
rawatan bagi penyakit hipertensi dalam kalangan penduduk setempat di
Kampung Merotai Kecil, Tawau, Sabah.

12

Anda mungkin juga menyukai