Anda di halaman 1dari 9

Metodologi Kajian

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, metodologi bermaksud ilmu tentang metode
atau sistem yang merangkumi kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip yang digunakan
di dalam sesuatu kegiatan atau kajian yang dijalankan. Perkataan metode pula
memberi maksud cara melakukan sesuatu atau sistem. Kajian pula bererti kegiatan
iaitu usaha dan proses mengkaji tentang sesuatu isu berdasarkan data dan
maklumat secara terperinci yang dikumpulkan dalam suatu jangka masa tertentu
(Kamus Dewan Edisi Keempat). Kaedah kajian biasanya mengambil kira aspek
pemilihan kaedah kajian, teori pembelajaran bahasa, prosedur pengumpulan data
dan prosedur analisis data.
Penyelidikan atau kajian adalah sebagai satu kegiatan pengumpulan, pengolahan
dan analisis data yang dilakukan secara sistematik dan cekap untuk memecahkan
sesuatu persoalan. Dengan itu, tujuan menjalankan kajian ialah untuk memperoleh
jawapan melalui penggunaan suatu langkah ilmiah yang sistematik dan saintifik
(Azhar, 2006:139).
Bagi pelaksanaan kajian ini, penulis akan memastikan teknik-teknik kajian yang
dipilih dapat menjamin kajian dapat dilakukan secara lebih teratur dan teliti dalam
semua aspek. Secara umum, kajian ini menggabungkan dua bentuk asas kajian bagi
menghasilkan dapatan yang lebih berkualiti. Bentuk kajian yang dimaksudkan ialah
kajian perpustakaan (library resarch) dan kajian lapangan (field research).
Gabungan kedua-dua bentuk kajian ini amat sesuai dengan kaedah kajian masa kini
yang mementingkan kedua-dua elemen tersebut.
Berdasarkan

kepadabentukpersoalan

kajian,

penulis

lebih

memfokuskan

pendekatan kaedah kajian ini kepada pendekatan kaedah yang bersifat kuantitatif,
walaubagaimanapun, penulis juga turut memilih pendekatan kaedah yangbersifat
kualitatif bagi menyokong dan menguatkan lagi kajian dapatan. Justeru kajian ini
menggunakan pendekatan kaedah kajian campuran yang bersifat kuantitatif dan
kualitatif. Penulis menetapkan pemilihan ini berasaskan kepada tajuk dan persoalan
kajian ini yang lebih memerlukan kepada kedua-dua bentuk pendekatan ini.

Pendekatan Kuantitatif
Menurut Rohana yusof (2003:146) ialah satu usaha membentuk prinsip dan
peraturan umum yang mengandaikan realiti sosial sebagai objektif dan terpisah
atau tidak berkaitan dengan individu.

Pendekatan Kualitatif
Pendekatan kualitatif pula menekankan kepentingan pengalaman subjektif individu
yang perlu dianalisis secara kualitatif dan realitisosial mempunyai makna tertentu
yang bersifat subjektif dan personal. Rohana yusof (2003:181). Sebenarnya kajian
bersifat kuantitatif dan kualitatif adalah dua pendekatan dalam kaedah penyelidikan
yang berbeza ataubertentangan antara satu sama lain. Sungguhpun demikian,
pertentangan atau perbezaan tersebut tidak menghalang penyelidik menggunakan
kedua-dua pendekatan dalam masa yang sama yang dikenali dengan kaedah
campuran. Perbincangan dalam bab ini juga merangkumi perkara-perkara berkaitan
metodologi yang terdiri daripada reka bentuk kajian, respondan kajian, tempat dan
lokasi, instrumen kajian, kaedah pengumpulan data dan lain-lain yang berkaitan.

Pemilihan Sampel
Menurut Mohd Sheffie Abu Bakar (1991) persampelan merupakan satu proses di
mana sebilangan kecil daripada keseluruhan populasi dipilih dan dikaji untuk
membolehkan kita membuat generalisasi mengenai populasi itu. Syed Arabi Idid
(1992) menyatakan bahawa persampelan merupakan satu usaha yang dijalankan
oleh pengkaji untuk memperoleh maklumat daripada sampel yang dapat mewakili
keseluruhan populasi manakala enurut Gordon F. Fielding (1974) dalam bukunya
Geography as Social Science, beliau menyatakan bahawa, the unbiased selection of
the test population is called sampling. Ringkasnya, persampelan melibatkan
penyelidikan terhadap sampel kajian bagi mewakili keseluruhan populasi kajian.

Kaedah ini biasa digunakan oleh penyelidik tidak kira sainstulen atau sains sosial
dalam penyelidikan mereka.

Dalam penyelidikan sains sosial, persampelan dapat dibahagikan kepada dua iaitu
persampelan kebarangkalian dan bukan kebarangkalian. Prosedur persampelan
kebarangkalian digunakan untuk penyelidikan kuantitatif manakala persampelan
bukan kebarangkalian sinonim digunakan dalam penyelidikan bersifat kualitatif.
Jenis

persampelan

kebarangkalian

yang

digunakan

oleh

penyelidik

ialah

persampelan rantaian yang mana prosedur ini digunakan kerana pengkaji sukar
untuk bertemu dengan populasi yang hendak dikaji sebagai contoh penagih dadah.
Melalui kaedah ini pengkaji dapat mengumpul maklumat dan data secara rantaian
iaitu meminta responden menamakan atau menyatakan maklumat yang diperlukan
bagi mengenalpasti responden yang berikutnya

Kaedah Pengumpulan Data


Menurut Sabitha Marican (2005), data ialah pengiraan ke atas ciri-ciri, kejadian,
fakta atau ukuran ke atas sesuatu peristiwa yang boleh dikira. Satu set data (data
yang telah dikumpulkan) boleh merangkumi ribuan pemerhatian (Burning & Kintz
1987). Secara umumnya, data boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu data
primer (raw data) dan data sekunder (secondary data).

Data Premier
Menurut Rohana Yusof (2004), data yang berasal dari sumberasli atau pertama
dikumpul

secara

khususnya

untuk

menjawab

persoalan

kajian.

Data

yang

dikumpulkan sendiri oleh penyelidik untuk menguji hipotesis dalam kajiannya


sumber-sumber maklumat selalunya dikumpul melalui eksperimen atau kajian
lapangan contohnya soal selidik, pemerhatian dan temu bual.
Soal Selidik

kami juga menggunakan kaedah soal selidik untuk menjalankan tugasan kami. Soal selidik
merupakan senarai soalan yang dicetak dan diisi oleh orang lain. Dengan ini, barulah akan
mendapat maklumat yang tepat mengikut objektif kajian. Kami telah mengedarkan borang soal
selidik kepada 50 orang responden, borang soal selidik diserah semula kepada penyelidik untuk
menjalankan tafsiran terhadap tugasan ini. Hal ini demikian kerana soal selidik yang diedarkan
dapat menjelaskan kepada responden mengenai maklumat dan data responden. Bantuan juga
diberikan sekiranya responden tidak memahami terhadap soalan-soalan yang disediakan.
Temu Bual
Kaedah temu bual juga digunakan semasa menjalankan kajian di kawasan kampung
Bawan Membakut, Sabah. Data-data juga boleh diperolehi dengan menggunakan
kaedah temubual secara terus dengan responden. Berdasarkan kaedah temubual,
kita dapat memperolehi maklumat berkaitan latar belakang peserta kajian dan
maklumat-maklumat lain yang diperlukan. Kaedah ini dijalankan kepada individu
yang tidak mempunyai masa atau kurang faham untuk menjawab soalan-soalan
yang

dikemukakan

dalam

borang

soal

selidik.

Temubual

bersemuka

berkemungkinan adalah kaedah pengumpulan data yang sangat bermakna kerana


ia mengambil masa yang lama serta dapat beramah mesra dengan responden.
Temubual berstruktur adalah kaedah yang terbaik bagi soalan terbuka dan
mendapatkan

maklumat

peserta

kajian

secara

terperinci.

Merriam

(1998)

menyatakan bahawa terdapat tiga jenis temubual yang bolehdigunakan dalam


pengumpulan data iaitu (i) temubual berstruktur, (ii) temubual separa berstruktur,
dan (iii) temubual tidak berstruktur. Sesi temu bual memerlukan suasana yang
mengizinkan dan berdasarkan kod-kod etika tertentu. Syarat ini perludipatuhi bagi
menentukan pihak ditemubual dapat menyumbangkan maklumat yangikhlas dan
fakta yang tepat.

Data Sekunder
Data sekunder merupakan sumber data yang diperolehi secara penelitian secara
tidak langsung melalui media perantara. Data sekunder pada umumnya berupa
bukti, catatan, atau laporan yang telah tersusun dalam skrip, iaitu diterbitkan atau
tidak diterbitkan. Kaedah pengumpulan data ini ini terbahagi kepada dua iaitu

secara tulisan atau pandang dengar sebagai contoh dapat sekunder dapat
diperolehi dengan melayari internet dan kaedah perpustakaan.

Kaedah Perpustakaan
Kaedah ini juga digunakan oleh pengkaji semasa menjalankan kajian di kampung
Bawan Membakut, Sabah. Kaedah ini digunakan bertujuan untuk mengulas isi ilmu
termasuklah penemuan hasil kajian secara teori dan kaedah sumbangan mengenai
objektif kajian daripada buku ilmiah, jurnal keratin akhbar dan tesis. Data berkaitan
dengan objektif kajian digunakan bagi menghuraikan hasil kajian yang diperolehi.
Maklumat yang diperolehi melalui kaedah ini dapat menyeragamkan data yang
diperolehi secara premier.
Kaedah Melayari Internet
Pengkaji juga menggunakan kaedah melayari internet bagi mendapatkan maklumat
dan data data yang berkaitan bagi mengukuhkan lagi data yang diperlehi semasa
menjalankan kajian. Pengkaji melayari laman sesawang yang berkaitan seperti
portal rasmi sesuatu agensi atau badan yang berkaitan dengan tajuk dan objektif
pengkaji. Di samping itu, maklmat yang diperolehi melalui kaedah melayari internet
juga dapat membantu pengkaji mengnalpasti kajian terdahulu yang berkaitan
dengan tajuk yang dipilih oleh pengkaji secara atas talian. Hal ini sedikit sebanyak
dalam membantu memudahkan pengkaji menjalankan proses pengumpulan data.

Teknik Analisis Data


Menurut Biklen dan Bogdan, pengertian analisis adalah proses pencarian dan
penyusunan data yang sistematik melalui transkip wawancara dan catatan
lapangan, serta dokumentasi yang secara terhimpun menambah pemahaman
peneliti terhadap yang ditemukan manakala Menurut Nasution, pengertian analisis
data adalah proses penyusunan data agar dapat ditafsirkan dengan mudah.
Menyusun data bererti menggolongkannya di dalam pola atau tema. Tafsiran atau
interprestasi ertinya memberikan makna terhadap analisis, menjelaskan kategori
atau pola, serta mencari hubungan antara berbagai konsep. Dari definisi analisis

data yang diungkapkan para ahli di atas, dapat disimpulkan bahwa pengertian
analisis data adalah kegiatan analisis dan menkategorikan data untuk mendaparkan
pola hubungan, tema, menafsirkan apa yang bermakna, serta menyampaikan atau
melaporkannya kepada orang lain yang berminat.
Tujuan analisis data ialah untuk mengungkapkan data apa yang masih perlu dicari,
hipotesis apa yang perlu diuji, pertanyaan apa yang perlu dijawab, metode apa
yang harus digunakan untuk mendapatkan informasi baru dan kesalahan apa yang
harus segera diperbaiki. Analisis kandungan digunakan untuk mengenalpasti tema,
konsep, dan makna apabila pengkaji menerima maklumat melalui kaedah kajian
yang telah dinyatakan. Dengan menyusun dan menghuraikan data-data yang
diperolehi secara sismatik pengkaji tidak mudah keliru dengan dapatan kajian yang
diperolehi. Untk memudahkan pengkaji dengan mengkategorikan data dalam
kumpulan yang sama pengkaji dapat melakukan klasifikasikan istilah-istilah yang
digunakan ketika proses pengumpulan maklumat dalam bentuk graf atau nombor.
Data yang telah diterjemah perlu dirujuk sama ada telah mencapai objektif dan
tema kajian.
Definisi Konsep
Terdapat beberapa istilah yang digunakan semasa menjalankan kajian ini, istilah
tersebut digunakan bagi memudahkan pemahaman umum tentang makna dan
konsep yang perlu diterjamahkan dari kajian dilakukan.
i) Pemimpin
Ahmad Rusli dalam kertas kerjanya Pemimpin Dalam Kepimpinan Pendidikan (1999)
Menyatakan pemimpin adalah individu manusia yang diamanahkan memimpin
subordinat (pengikutnya) ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Pemimpin
merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di
dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah
kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang
tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai
kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu organisasi memerlukan
langkah-langkah

atau

aktiviti-aktiviti

yang

di

rancang

oleh

pemimpin

bagi

mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan

organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi
bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin.

ii) Komuniti
Menurut kamus dewan dan bahasa edisi ke-4 kumuniti ialah sekumpulan orang
yang tinggal dalam sesebuah kawasan dalam erti kata lain Sebuah masyarakat
adalah kumpulan orang-orang yang hidup bersatu padu, bekerjasama dan bersosial
bersama-sama.

iii) Kepimpinan
Definisi kepimpinan ditafsirkan di dalam pelbagai maksud menurut Kamus Dewan,
kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Pemimpin adalah model kepada
orang yang dipimpinnya. Segala perbuatan dan tindakannya menjadi perhatian
masyarakat.

Misalnya,

proses

pengaruh

kumpulan

dan

sosial,

pertukaran

perhubungan, ciri-ciri personaliti, bentuk-bentuk perlakuan dan sebagai makna


kepadapencapaian matlamat. Istilah kepimpinan turut juga digunakan dalam istilahistilah lain sebagai kuasa, autoriti, pengurusan, pentadbiran, kawalan

dan

pemantauan.
Kerangka Teori
Teori yang digunakan untuk kajian ini ialah Teori kepelbagaian kerangka kepimpinan
yang diperkenalkan oleh Bolman dan Deal (1991; 2003). Pengkaji memilih model ini
adalah kerana mendapati bahawa model ini dapat memberikan gambaran yang
lebih menyeluruh tentang kepelbagaian bentuk amalan kepimpinan oleh ketua
kampung. Hal ini demikian kerana berdasarkan model ini, Bolman dan Deal
menyatakan bahawa kepimpinan sesebuah organisasi memerlukan sebuah model
kepimpinan yang lebih menyeluruh dan relevan dengan keperluan organisasi pada
era global ini yang semakin kompleks. Model ini adalah lanjutan daripada model dua
dimensi iaitu dimensi struktur tugas dan timbang rasa yang telah diperkenalkan
oleh beberapa orang pengkaji sarjana kepimpinan seperti Fiedler, Hersey dan
Blanchard serta Blake dan Mouton (dalam Lokman 2007). Bolman dan Deal (1991),

berpendapat bahawa model kepimpinan dua dimensi kurang relevan kerana model
tersebut tidak menerapkan dimensi politik dan simbolik dalam kerangka kepimpinan
mereka. Bolman dan Deal (1991) berpendapat bahawa amalan kepimpinan multi
dimensi

dapat

membantu

seseorang

pemimpin

untuk

memahami

menyelesaikan masalah organisasi dengan lebih jelas dan terperinci.

dan

Anda mungkin juga menyukai