Anda di halaman 1dari 1

Analisis data – statistik inferensi

Posted on April 26, 2011 by rosmawati

Statistik inferensi digunakan jika kita ingin menghuraikan hubungan di antara variabel-
variabel kajian dan juga mengaitkannya dengan ciri-ciri sampel kepada populasi kajian. Sebab
itulah jika kita mahukan generalisasi keputusan kajian, maka kena fikirkan agar kita
menggunakan analisis data melalui statistik inferensi dalam kajian kita. Dengan kata lain, di
antara prosedur untuk membuat generalisasi mengenai populasi yang dikaji adalah dengan
menggunakan analisis data secara statistik inferensi.

Walaubagaimanapun, untuk menggunakan statistik inferensi dalam kajian, kita perlu


memenuhi andaian statistikal (statistical assumptions) yang telah ditetapkan terlebih dahulu.
Ini merupakan syarat wajib dalam perbincangan statistik inferensi. Maksudnya dalam setiap
apa yang kita pilih dan kita gunakan mesti mempunyai justification, kenapa kita boleh
menggunakannya dan memilih untuk menggunakannya. Oleh itu melalui andaian statistikal
ini kita dapat menjawab persoalan – kenapa kita memilih dan boleh menggunakan statistik
inferensi dalam kajian kita.

Terdapat empat andaian statistikal yang perlu dipenuhi;

a) Data-data mesti dalam bentuk persampelan rawak (random sampling)

b) Skala pengukuran mesti dalam bentuk interval atau ratio

c) Variabel dalam bentuk taburan normal (normal distribution)

d) Karakteristik sampel menggambarkan ciri-ciri populasi yang sebenar

Statistik inferensi melibatkan analisis bivariat dan multivariat. Analisis bivariat hanya
melibatkan dua variabel kajian untuk tujuan menentukan hubungan ataupun
perbezaan/perbandingan di antara kedua-duanya. Antara jenis analisis bivariat yang popular
dalam kalangan pengkaji kajian kuantitatif ini ialah analisis korelasi, ANOVA, regression dan
juga t-test. Sebagai contohnya objektif kajian ialah untuk menentukan perkaitan dan juga
hubungan di antara umur dan tahap kemahiran berkomunikasi. Oleh itu terdapat dua variabel
utama yang dibincangkan iaitu umur dan tahap kemahiran berkomunikasi (kedua-dua variabel
adalah data ratio/score). Analisis yang sesuai ialah dengan menggunakan analisis korelasi
untuk menentukan umur mempunyai perkaitan dan hubungan dengan tahap kemahiran
berkomunikasi iaitu sama ada responden yang mempunyai tahap umur yang muda/rendah
lebih tinggi tahap kemahiran komunikasinya atau sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai