Kemahiran Mengeksperimen
Takrif
menyiasat iaitu merancang, memanipulasi pembolehubah dan menguji
hipotesis untuk membuat keputusan
Mengeksperimen adalah aktiviti yang menggabungkan semua kemahiran proses sains.
Anda mengeksperimen dengan merancang penyiasatan, bermula dengan membina
hipotesis dan menyatakan pembolehubah yang dimanipulasi, bergerak balas dan malar.
Seterusnya anda merekabentuk kaedah mengumpul data, diikuti dengan pelaksanaan
mengumpul data, mentafsir maklumat, menerangkan hasil eksperimen dan membuat
kesimpulan atau keputusan.
Mengeksperimen tidak sama dengan menjalankan eksperimen kerana menjalankan
eksperimen bererti anda hanya melaksanakan langkah-langkah penyiasatan yang telah
disediakan kepada anda.
Hasil eksperimen disebarkan kepada umum melalui penulisan laporan amali. Maklumat
yang perlu ada ialah
1.Penyataan masalah atau soalan kajian yang dikaji
2.Penyataan hipotesis yang diuji
3.Penyataan tentang pembolehubah
4.Penerangan tentang langkah-langkah penyiasatan yang dijalankan
5.Jadual untuk merekod bacaan termasuk bilangan penyiasatan yang dijalankan
6.Graf jika berkaitan
7.Penyataan yang menghubungkait pembolehubah-pembolehubah
8.Perbandingan di antara dapatan eksperimen dan hipotesis untuk mengenalpasti samada
hipotesis diterima atau disangkal.
Aktiviti
1.
2. Dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah (seperti di dalam gambar rajah)
seperti tuala, plastik,pembaris panjang, bekas bulu tangkis dan guli,
Jalankan eksperimen untuk menentukan rintangan pada permukaan yang berbeza.
Nyatakan kemahiran proses yang terdapat dalam eksperimen secara terperinci.
elektromagnet paku juga bertambah. Hipotesis yang dapat dibina berdasarkan inferens
ialah,
"Semakin banyak lilitan gegelung semakin kuat medan elektromagnet terhasil pada paku."
Seterusnya hipotesis ini diuji untuk mendapatkan data yang akan menyokong atau
menyangkal hipotesis tersebut.
Bagaimana menilai hipotesis anda?
Bandingkan hasil eksperimen dengan hipotesis yang dibina.Jika dapatan eksperimen
menyokong hipotesis, maka hipotesis itu boleh diterima. Jika sebaliknya hipotesis
tersebut perlu diubahsuai atau diganti dengan yang baru.
Aktiviti
Anda dikehendaki menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi masa untuk memasak
kentang. Beri empat faktor dan bagi setiap faktor bina hipotesis yang boleh anda uji.
atau
2.Bilangan daun pada anak pokok. Anda perlu mengira jumlah daun yang terdapat pada
pokok itu selepas setiap dua minggu. Penambahan bilangan daun menunjukkan terdapat
pertumbuhan pada anak pokok.
atau
3.Ukurlilit batang pokok. Anda perlu menandakan batang pokok yang hendak diukur.
Dengan menggunakan pita pengukur atau benang dan pembaris, anda boleh
mendapatkan ukurlilit batang pada bahagian yang bertanda selepas dua minggu.
Anak pokok mengalami pertumbuhan jika ukurlilit bertambah.
atau
4.Jisim anak pokok dan pasu. Anda boleh menggunakan neraca alur tigaan atau
penimbang elektronik untuk menimbang anak pokok dan pasu pada masa
awal eksperimen. Selepas sebulan anak pokok dan pasu ditimbang semula. Jika
terdapat perbezaan jisim ini bermakna anak pokok telah mengalami proses
pertumbuhan.
Aktiviti
Anda dikehendaki memberi definisi secara operasi kepada
1. kadar penyejatan air
2. bahan yang larut dalam air
Posted by FRC at 11:46 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Pembolehubah malar
Aktiviti
Anda dikehendaki mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air.
Berikan empat pembolehubah yang dimanipulasi dan terangkan bagaimana ia
mempengaruhi pembolehubah yang bergerak balas
Takrif
Jadual 1
Huraikan hubungan antara suhu dengan masa. Buat kesimpulan berdasarkan keputusan.
Kemahiran Berkomunikasi
6. Kemahiran Berkomunikasi
Takrif
memindahkan maklumat atau idea kepada orang lain melalui lisan dan tulisan
seperti teks, gambar rajah, peta, graf, persamaan matematik, jadual dan lain-lain.
Jika anda mendapati diri anda sedang menerima maklumat atau menyebarkan maklumat, atau berkongsi maklumat
maka anda sedang berkomunikasi.
Anda juga berkomunikasi apabila anda dapati berada dalam suasana.......
berkata-kata, mendengar atau menulis untuk menyampai idea atau sesuatu maksud.
merekod hasil dapatan sesuatu penyelidikan.
melukis dan mengambil nota.
menjelaskan sesuatu dengan menggunakan simbol.
menggunakan carta ,graf dan jadual untuk menyampai maklumat.
menyoal dengan jelas.
menggunakan rujukan.
menulis laporan eksperimen supaya orang lain dapat membaca dan mencubanya.
Alat-alat komunikasi yang boleh anda guna untuk menjelaskan atau menghuraikan sesuatu tindakan, objek atau
peristiwa ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1
Contoh
Aktiviti.
Anda cuba menenggelamkan satu objek ke dalam air seperti ditunjukkan dalam
gambar di bawah. Apakah yang akan berlaku jika anda menarik tangan keluar. Ulang
langkah ini dengan menggunakan objek seperti dalam senarai. Rekod pemerhatian
menggunakan grafik yang sesuai. Objek yang disenarai seperti span(sponge), duit
syiling, belon, kain towel dan botol plastik kosong bertutup.