Anda di halaman 1dari 4

Analisis Tahap dalam Ujian Statistik

Deskriptif
Posted on May 10, 2020 by rosmawati

Analisis data dalam kajian kuantitatif secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu analisis secara
deskriptif dan inferensi. Namun, analisis inferensi sebenarnya mempunyai cabang dan jenis
analisis yang terlalu banyak.

Jangan keliru juga dengan istilah univariat, bivariat dan multivariat. Istilah ini menggambarkan
pemboleh ubah yang kita gunakan. Bagi analisis deskriptif sebenarnya analisis secara ujian
statistik deksriptif yang menggunakan 1 pemboleh ubah sahaja ketika menganalisis data.

Posting kali ini cuba untuk membincangkan mengenai cara mengira bagi analisis tahap yang
kerap disalah faham dan melakukan kiraan dengan cara yang tidak tepat.

Cara mengira tahap terutama dalam kalangan pelajar post graduate kerap berlaku kefahaman yang
tidak tepat. Analisis tahap boleh dilakukan kepada konstruk yang menggunakan skala likert dalam
soal selidik. Apa yang biasa kita lihat, penyelidik melaporkan intepretasi skor min setiap item dan
membuat keputusan sama ada item tersebut berada pada tahap rendah, sederhana atau tinggi. Cara
pengiraan tahap sebegini sebenarnya tidak tepat. Apa yang diintepretasi hanya skor nilai min
daripada skala yang digunakan, bukan analisis tahap yang sebenarnya.

Jadi, bagaimana cara pengiraan tahap yang sebenar?

Saya kongsikan formula cara mengira tahap dalam kajian kuantitatif.


Jadi daripada skala Likert 5 poin yang kita guna, kita perlu recode kepada 3 tahap yang telah
diperolehi daripada pengiraan tersebut. Kenapa 3? Kerana biasanya kita letakkan tahap rendah,
sederhana dan tinggi bagi mengukur sesuatu, sama ada tahap kefahaman, tahap kecenderungan
ataupun tahap kemahiran.

Dalam contoh ini, bagaimana nilai sela diperolehi? Bergantung kepada skor minimum dan skor
maksimum (penggunaan skala Likert berapa poin) dalam soal selidik masing-masing dan juga
berapa banyak item yang digunakan dalam setiap konstruk.
Apabila dah recode skala baru iaitu 3 tahap baru kita dapat menulis laporan dan analisis dengan
baik.

Jadi perbincangan intepretasi skor min dan analisis tahap sebenarnya sangat berbeza. Jika sebagai
contohnya penyelidik menggunakan skala Likert 5 poin, intepretasi skor min adalah kita mengira
purata skala bagi setiap item;

1.00 hingga 2.00


2.01 hingga 3.00
3.01 hingga 4.00
4.01 hingga 5.00

Pengiraan ini boleh mendapatkan intepretasi;

 Rendah
 Sederhana Rendah
 Sederhana Tinggi
 Tinggi

Intepretasi ini hanya pada setiap item sahaja bukan keseluruhan konstruk. Ini yang sering disalah
faham oleh sesetengah penyelidik. Jadi, mana mungkin mengira intepretasi skor min boleh
menghasilkan analisis tahap…dapatan tersebut hanya menunjukkan purata nilai skala setiap item.
Jika item mendapat nilai min 3.25, ini menunjukkan item pernyataan tersebut berada pada skor
min sederhana tinggi. Apa maksudnya? Maksudnya responden kurang setuju dengan item
tersebut.

Skala Likert 5 Poin;

1 – Sangat Tidak Setuju

2 – Tidak Setuju

3 – Kurang Setuju

4 – Setuju

5 – Sangat Setuju
Kenapa? Kerana 3.5 berada di antara skala 3 dan skala 4. Jadi intepretasi skor min adalah
sederhana tinggi kerana mungkin item pernyataan tersebut kurang dipersetujui oleh responden.
Jika dibundarkan nilai min 3.25 adalah berada pada skala Likert 3.

Jadi, jika objektif kajian kita adalah untuk menganalisis tahap, tidak memadai untuk kita
bincangkan intepretasi skor min sahaja tanpa menerokai formula analisis tahap yang sebenar
melalui skor minimum dan skor maksimum.

Jom…mulakan tindakan yang tepat dan betul supaya ia dapat menjadi rujukan yang baik kepada
penyelidik lain pula.

Rate this:

 
 
 

Anda mungkin juga menyukai