Anda di halaman 1dari 2

KPP60404: MOTIVASI DAN EFIKASI KENDIRI 2

Arahan: Jawab SEMUA soalan (40 markah).

1. Situasi Pandemik Covid-19 telah menimbulkan cabaran dalam meningkatkan kepuasan


kerja dan menyebabkan hubungan interaksi di antara individu semakin berkurangan.

a. Bincangkan kepentingan motivasi intrinsik dan keperluan kehidupan yang perlu


dipenuhi dalam menghadapi cabaran kerja semasa Pandemik Covid-19.
(6 markah)

b. Berasaskan Teori Dua Faktor Herzberg, bincangkan peranan majikan dalam


meningkatkan produktiviti melalui aplikasi teknologi bagi memenuhi kepuasan
kerja seseorang guru.

(7 markah)

c. Bincangkan bagaimana majikan dapat meningkatkan aktiviti kolaboratif melalui


kerjasama dengan rakan sekerja dalam meningkatkan kualiti kerja dan interaksi
guru semasa Pandemik Covid-19.

(7 markah)

2. Manusia perlu menetapkan matlamat hidup dalam mencapai sesuatu kejayaan dan bagi
mengelakkan kegagalan.

a. Bincangkan bagaimana matlamat hidup dapat memberi kekuatan dan semangat


kepada seseorang dalam memenuhi keperluan kehidupan.
(6 markah)

b. Berasaskan Teori McClelland, jelaskan keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi


oleh seseorang untuk meningkatkan konsep kendiri dan mencapai matlamat yang
diinginkan.

(7 markah)

c. Bincangkan peranan guru dalam memenuhi keperluan pelajar berasaskan Teori


Hierarki Keperluan Maslow dan jelaskan bagaimana guru dapat meningkatkan
efikasi pelajar melalui aktiviti sosial dan kemasyarakatan.

(7 markah)

SOALAN TAMAT


KPP60404: MOTIVASI DAN EFIKASI KENDIRI 3

Anda mungkin juga menyukai