Anda di halaman 1dari 21

TEORI PERKEMBANGAN

SOSIAL, EMOSI DAN MORAL


(BRONFEBRENNER DAN
ERIKSON)
Nurulhuda binti Md Hassan
nurulhuda.mh@fpm.upsi.edu.my
012-3477066 / 015-48797271
Teori Perkembangan Sosial,
Teori Ekologi

Emosi dan Moral


Bronfenbrenner

Teori Psikososial
Erikson

Teori Penaakulan
Moral Kohlberg
▫ TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

Sistem Krono

Sistem Makro

Sistem Ekso

Sistem Meso

Sistem Mikro

Individu

3
TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER
▫ Sistem mikro adalah konteks di mana individu menghabiskan banyak masa
seperti keluarga, rakan sebaya, sekolah, dan kawasan kejiranan pelajar.

▫ Dalam mikrosistem ini, individu tersebut mempunyai interaksi langsung dengan


ibu bapa, guru, rakan sebaya, dan lain-lain.

▫ Menurut Bronfenbrenner, pelajar bukan penerima pengalaman yang pasif, tetapi


merupakan seseorang yang saling berinteraksi dengan orang lain dan membantu
membina system mikro.

4
TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER
Teori ekologi yang diperkenalkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917–2005) memberi fokus
terhadap konteks sosial dan agen-agen sosial dalam mempengaruhi perkembangan
individu.

▫ Lima Sistem Persekitaran

▫ Teori ekologi Bronfenbrenner mengenal pasti lima sistem persekitaran yang terdiri
daripada interaksi interpersonal yang rapat hingga pengaruh budaya yang luas.

▫ Lima sistem tersebut adalah system mikro, system meso, system ekso, system makro,
dan system krono.

5
TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER
▫ Jenis-jenis Gaya Asuhan Ibubapa (Baumrind, 1960s)
▫ Gaya autoritatif
- ibu bapa mengamalkan ketegasan yang diimbangi dengan kesediaan
mendengar pandangan anak-anak, bertoleransi, setiakawan, serta sentiasa
melibatkan diri bersama dengan anak-anak.

▫ Gaya authoritarian
- ibu bapa meletakkan jangkaan tinggi terhadap anak-anak dengan
mempraktikkan pendekatan kawalan, hukuman, dan peraturan yang ketat
yang tidak membenarkan anak-anak mempertikaikannya.

6
TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

▫ Gaya permisif
- ibu bapa mesra, terlalu berlembut dan
memenuhi kehendak anak-anak tanpa kawalan.

▫ Gaya pengabaian
- ibubapa meletakkan kawalan yang rendah
terhadap tingkahlaku anak-anak dan tidak
melibatkan diri dengan anak-anak.

7
▫ TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

▫ Sistem meso melibatkan hubungan antara mikrosistem.

▫ Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi


interaksi dengan mikrosistem yang lain.

▫ Contohnya adalah hubungan antara pengalaman keluarga dan pengalaman sekolah


dan antara keluarga dan rakan sebaya.

8
▫ TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

▫ Sistem ekso merupakan pengalaman dalam suasana lain (di mana individu tidak
mempunyai peranan aktif) mempengaruhi apa yang dialami oleh individu dalam
konteks langsung.

▫ Sebagai contoh, sekolah dan persatuan pengawasan taman dalam komuniti, di mana
kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam menentukan kualiti sekolah,
taman, kemudahan rekreasi, dan perpustakaan, yang dapat membantu atau
menghalang perkembangan individu.

9
▫ TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

▫ Sistem makro melibatkan budaya yang lebih luas.

▫ Budaya adalah istilah yang sangat luas yang merangkumi peranan etnik dan faktor
sosioekonomi dalam mempengaruhi perkembangan individu.

▫ Ini adalah konteks yang paling luas yang dialami oleh individu dan merangkumi nilai
dan adat masyarakat.

10
▫ TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

▫ Sistem krono merangkumi konteks sosio-sejarah perkembangan individu.

▫ Sebagai contoh, kehidupan anak-anak pada masa kini berbeza dalam pelbagai cara
daripada apa yang dialami oleh ibu bapa dan datuk nenek mereka ketika kanak-kanak.

▫ Anak-anak masa kini lebih cenderung berada dalam penjagaan anak, menggunakan
komputer, dan membesar di kawasan-kawasan bandar.

11
Kepercayaan lawan Ketidakpercayaan

Autonomi lawan Rasa Malu / Ragu-ragu

TEORI PSIKOSOSIAL Inisiatif lawan Rasa Bersalah


ERIKSON
Industri lawan Rasa Rendah Diri

Identiti lawan Kekeliruan Identiti

Keintiman lawan Pengasingan

Generativiti lawan Stagnasi (Kekakuan)

Integriti lawan Putus Asa


TEORI PSIKOSOSIAL ERIKSON
▫ Lapan peringkat perkembangan sepanjang jangka hayat
manusia.
▫ Setiap peringkat mempunyai tugas perkembangan yang
memerlukan individu berhadapan dengan krisis.
▫ Setiap krisis merupakan titik perubahan peningkatan potensi
individu.
▫ Kesejahteraan psikologi individu ditentukan berdasarkan
kejayaan individu dalam menyelesaikan setiap krisis.
▫ Setiap peringkat mempunyai aspek positif dan negatif.

13
TEORI PSIKOSOSIAL ERIKSON

▫ Peringkat psikososial pertama - Kepercayaan lawan


Ketidakpercayaan.

⬝ Berlaku dari lahir sehingga sekitar 18 bulan.


⬝ Kepercayaan - memerlukan penjagaan dan pengasuhan yang
mesra.
⬝ Ketidakpercayaan wujud apabila bayi diperlakukan secara
negatif atau diabaikan.

14
TEORI PSIKOSOSIAL ERIKSON

▫ Peringkat psikososial kedua - Autonomi lawan Rasa Malu / Ragu-ragu

⬝ Berlaku dari usia 18 bulan sehingga sekitar 3 tahun.


⬝ Mula mengetahui bahawa tingkah laku mereka adalah untuk diri
mereka sendiri.
⬝ Kekangan atau hukuman terhadap tingkahlaku menimbulkan rasa
malu dan ragu.

15
TEORI PSIKOSOSIAL ERIKSON
▫ Peringkat psikososial ketiga - Inisiatif lawan Rasa Bersalah.

⬝ Berlaku sekitar usia 3 hingga 6 tahun.


⬝ Mengalami cabaran yang lebih banyak berdasarkan konteks sosial yang
lebih luas.
⬝ Terlibat dalam tingkah laku aktif dan bertujuan yang melibatkan inisiatif.
⬝ Membentuk perasaan bersalah sekiranya inisiatif yang dilakukan tidak
disokong oleh konteks sosial.

16
TEORI PSIKOSOSIAL ERIKSON
▫ Peringkat psikososial kelima - Identiti lawan Kekeliruan Identiti
⬝ Berlaku ketika usia remaja.
⬝ Cuba mencari identiti diri.
⬝ Berhadapan dengan banyak peranan baru dan status orang dewasa.
⬝ Perlu dibenarkan meneroka pelbagai bidang untuk mencapai identiti
yang sihat.
⬝ Membentuk kecelaruan identiti sekiranya tidak dapat meneroka
peranan yang berbeza.

17
TEORI PSIKOSOSIAL ERIKSON
▫ Peringkat psikososial keenam - Keintiman lawan
Pengasingan
⬝ Berlaku pada usia awal dewasa (20-an dan 30-an).
⬝ Membentuk hubungan rapat yang positif dengan
orang lain.
⬝ Membentuk rasa terasing sekiranya gagal
menjalin hubungan intim dengan pasangan.

18
TEORI PSIKOSOSIAL ERIKSON
▫ Peringkat psikososial ketujuh - Generativiti lawan Stagnasi
(Kekakuan).

▫ Berlaku pada usia pertengahan dewasa (40-an dan 50-an).


▫ Generativiti - menyebarkan sesuatu yang positif kepada
generasi seterusnya.
▫ Melibatkan peranan seperti keibubapaan dan pengajaran, di
mana orang dewasa membantu generasi seterusnya dalam
melalui kehidupan yang berguna.

19
TEORI PSIKOSOSIAL ERIKSON
▫ Peringkat psikososial kelapan dan terakhir - Integriti lawan Putus Asa
⬝ Berlaku pada usia akhir dewasa (60-an hingga kematian).
⬝ Merenung kehidupan lampau dan perkara yang dilakukan sepanjang
kehidupan.
⬝ Membentuk rasa integriti sekiranya memiliki pandangan yang positif
terhadap kehidupan lampau.
⬝ Membentuk rasa putus asa sekiranya memiliki pandangan yang
negatif terhadap kehidupan lampau.

20
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai