Anda di halaman 1dari 4

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

KPP 60704

PEMBELAJARAN DAN KOGNISI

TUGASAN INDIVIDU
PENULISAN KRITIKAL 2

NAMA SATHIAH DEVI A/P VADIVELU


ID PELAJAR M20202001414
PROGRAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH
KUMPULAN A
SEMESTER DUA
TARIKH SERAH 10 JANUARI 2021

NAMA PENSYARAH
PROFESOR DR.SUPPIAH A/L NACHIAPPAN
TAJUK: BINCANGKAN CARA-CARA BUKU INI BOLEH MEMBANTU DALAM
PENGAJIAN DI PERINGKAT PhD DI UNIVERSITI.

Buku Proses Informasi dalam Peningkatan Kognisi memberi pengetahuan tentang konsep
yang hadir Ketika pelajar menulis karangan, bagaimana kaedah Hermeneutik membantu
dalam menginterprestasi teks karangan dari segi kehadiran kategori karangan dan kekerapan
kehadiran melalui pengalaman, daya kreativiti pelajar dalam penulisan karangan. Buku ini
menyediakan suatu koleksi yang bermakna dalam bidang Bahasa dan Psikologi Pendidikan
oleh itu, ia membantu para pengkaji untuk menghasilkan penulisan yang baik dalam
penyelidikan PhD.

Teori Hermeneutik digunakan oleh pemyelidik untuk menginterpretasi teks,


pembacaan dan penelitian keseluruhan dilakukan terhadap sesebuah teks. Teori ini
mengutamakan interpretif kualitatif dan menghuraikan makna (lumensa-lumensa) atau
kebenaran-kebenaran yang tersurat dan tersirat dalam sesebuah teks. Interprestasi makna
melalui teks dilakukan melalui proses ontoprestasi iaitu pergerakan daripada struktur luaran
(bacaan dan penakulan) ke struktur dalaman untuk membongkarkan makna tersirat dalam
sesebuah teks (Suppiah, 2016). Teori Hermeneutik mampu membantu pengkaji untuk menilai
dan mengkaji keadaan psikologi seseoarang responden. Teori ini dapat membantu pengkaji
memahami dan mengetahui keadaan mental responden dengan lebih mendalam.
Pengalalaman adalah bersifat fenomenogikal. Pengalaman yang dialami oleh responden
adalah berbeza-beza mengikut persekitaran. Maka melalui aplikasi analisis Hermeneutik
pengalaman responden dapat dibongkarkan dan pengetahuan ini membantu pengkaji
memahami masalah responden dan mencari penyelesaian yang efektif bagi masalah yang
dihadapi (Suppiah, 2016).

Ciri Hermeneutik yang bersifat fenomenologikal membolehkan pengkaji mendalami


hasrat yang ingin disampaikan oleh responden yang ditemu bual. Ciri Hermeneutik juga
menggambarkan sikap serta persepsi responden terhadap dunia dan masyarakat. Setiap
individu berbeza secara bandingan dengan yang lain. Jika digunakan teori-teori tertentu untuk
melihat tahap pemikiran responden adalah dirasakan tidak sesuai dari segi tahap umur,
persekitaran, budaya dan sikap responden itu sendiri. Dari itu ,ciri fenomenologikal
mempunyai kelebihan kepada para pengkaji untuk mengupas dan menilai tahap pemikiran
pra responden dalam sesuatu kajian.

1
Analisis Hermeneutik yang bersifat fenomenologikal merupakan satu alternatif untuk
diaplikasikan di dalam bidang penulisan bahasa terutamamya penulisan bersifat ekspresif dan
reflektif. Hasil yang bersifat begini adalah sesuai dilihat kacamata hermeneutik. Biasanya apa
yang kita sebutkan bukannya apa yang kita maksudkan dsan semua ini perlu
diinterpretasikan. Interpretasi dalam mengambil kira ciri-ciri fenomenologikal iaitu situasi
semula jadi atau maksud asal dalam mengesan niat pelatih (Suppiah, 2016)

Kaedah Hermeneutik sebenarnya mempunyai banyak kelebihan kepada


pengkaji yang berminat dalam bidang kajian kualitatif, terutamanya kepada mereka yang
berminat dalam kajian berbentuk teks dan interpretif. Namun, menulis dalam kaedah ini
kerap kali dilihat sebagai sesuatu yang sangat berat dan sukar serta tidak dapat ditembusi
terutamanya kepada mereka yang kurang kemahiran dalam penulisan serta kurang minat
mengkaji aspek tradisi dalam pelbagai dimensi epistemologi dan falsafah. Justeru, untuk
memudahkan menghubung dan mengintergraskan kaedah hermeneutik dalam kajian bidang
pengurusan, pengkaji perlu membangunkan kerangka yang jelas dalam supaya proses kajian
selanjutnya tidak tersasar dari objektif dan skop penyelidikan. Kaedah hermeneutik
digunakan secara lebih meluas lagi yang mengandungi interpretasi sama ada secara bertulis,
lisan atau bukan lisan. Kaedah ini merupakan satu proses interpretasi yang mempunyai
beberapa gabungan pelbagai disiplin ilmu serta mempunyai perspektif dari pelbagai sumber
sama ada dari perspektif falsafah, sains, sastera, sains sosial, antropologi, kesenian, sosiologi
dan sebagainya.

Pengkaji boleh menggunakan Kaedah Hermeneutik untuk menganalisis teks bukan


lisan iaitu transkrip temua bual dengan responden yang dipilih boleh mengupas secara
mendalam pandangan dan perasaan tentang masalah PdP dalam kajian berdasarkan enam
tunjang dan cara-cara mengatasinya. Data yang diperolehi melalui temu bual akan dianalisis
dengan menggunakan Kaedah Hermeneutik yang mampu menyalurkan makna tentang
internal dan psikologikal untuk memahami keinginan yang tersembunyi di dalam teks yang
dikaji (Suppiah Nachiappan, 2012).

Sebagai rumusannya, buku ini adalah buku yang amat bermanfaat dan berguna
sebagai Kaedah Hermeneutik dan Interpretasi untuk pelajar-pelajar Sarjana Muda dan Doktor
Falsafah (PhD). Merujuk kepada penulis, buku ini bertujuan memberikan asas kukuh dan
terperinci berhubung dengan kajian-kajian kualitatif. Buku ini dapat menyedari dan
memahami betapa penting Kaedah Hermeneutik dalam bidang psikolinguistik, guru-guru

2
Bahasa, Psikologi Pendidikan (proses kognisi). Buku ini diharap menjadi satu akar tunjang
kepada para pengkaji untuk menginterpretasikan teks karangan responden dalam kinreks
Kaedah Hermeneutik sebagai kaedah kualitatif yang yang berkesan dalam
menginterpretasikan teks karangan.

RUJUKAN

Loganathan, K. (1992). Hermeneutic analysis of discourse. International School of Dravidian


Linguistics, India.

Suppiah, N. (2004a). Konsep Kata Kunci (Key Words) Dalam Penulisan Karangan Melalui
Analisis Hermeneutik. Dalam Prosiding Persidangan Antarabangsa Pertama UPSI-
UPI. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Suppiah, N. (2013). Proses Kognisi dan Afeksi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan
Intrepetasi. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Suppiah, N. (2014). Gaya Bahasa dan Proses Kognisi: Kaedah Pedagogi Hermeneutik dan
Interpretasi. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Suppiah N. (2016). Kaedah hermeneutik: kaedah interprestasi teks secara kualitatif. Tanjung
Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai