Anda di halaman 1dari 76

MASALAH TEKANAN KERJA DAN CARA PENYELESAIANNYA DALAM

KALANGAN GURU SJKT DAERAH TANGKAK

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Bab ini akan membincangkan tentang latar belakang kajian dan pernyataan masalah

kajian untuk membantu pengkaji memahami dengan lebih mendalam tentang topik

kajian. Pengkaji juga akan mengutarakan objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan

kajian, kerangka konseptual dan definisi kajian juga akan dibincangkan dalam bab ini.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Guru merupakan insan terpenting dalam kehidupan setiap pelajar. Dalam sesebuah sekolah, guru

dipandang sebagai insan yang menjadi penggerak kepada sesebuah organisasi. Menurut Ibrahim

(2012), guru dapat didefinisikan sebagai tenaga pengajar yang telah mengikuti sijil perguruan,

diploma atau ijazah sarjana muda dalam bidang perguruan. Guru diamanahkan untuk mendidik,

mengajar dan mengasuh anak murid di sekolah sama ada di peringkat rendah mahupun peringkat

menengah.
1
Menurut Shafinaz (2013), gelaran guru dipandang mulia oleh setiap insan dan bagi

menghargai jasa dan pengorbanan mereka, sambutan Hari Guru diadakan di setiap negara.

Profesion perguruan dilihat sebagai satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar di

seluruh negara. Guru pada masa kini haruslah peka terhadap perubahan yang berlaku dalam

sistem pendidikan negara. Hal ini kerana sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami

perubahan mengikut keadaan dan pelbagai polisi atau dasar pendidikan diwartakan bagi

mencapai matlamat utama pendidikan.

Tekanan merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh setiap orang berdasarkan

kepada pengalaman pahit yang berlaku dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, peristiwa

kehilangan insan tersayang, beban kerja, masalah kewangan, masalah rumah tangga dan

sebagainya. Kesan tekanan terhadap seseorang itu bergantung sepenuhnya kepada sikap dan ciri-

ciri istimewa individu itu. Tekanan juga dapat dinyatakan sebagai suatu medium yang

menyebabkan diri seseorang itu mengalami kesengsaraan dari segi fizikal, sosial dan psikologi.

Tekanan akan wujud apabila seseorang itu dapat memenuhi sesuatu permintaan terhadap sesuatu

perkara dengan cara yang baik (Mat Ali, 1998).

Selain itu, tekanan menjadi satu isu yang perlu dipandang serius dalam profesion

perguruan. Hal ini kerana seseorang guru perlu memainkan pelbagai peranan, seperti sebagai

seorang individu profesional, guru kepada pelajar, ahli dalam hierarki staf, individu yang

berhubung dengan ibu bapa atau waris pelajar dan masyarakat, rakan sejawat kepada lain-lain

pendidik profesional, ahli dalam sesebuah persatuan profesional dan sebagainya.

Bagi mencapai prestasi negara maju, sektor pendidikan memainkan peranan penting

dalam sesebuah negara. Maka, guru menjadi kayu pengukur yang menentukan kualiti sistem

pendidikan negara. Peranan guru amat penting dalam membentuk generasi muda yang peka

terhadap kemajuan negara mengikut keadaan semasa. Pada masa kini, setiap guru perlu sentiasa

kreatif dan inovatif untuk mewujudkan sistem teknologi pengajaran menjadi lebih efektif,
2
efisien, dan menyeronokkan. Hal ini dapat membantu menambah kualiti penyampaian guru dan

menarik minat para pelajar.

Menurut Ramlee Mustapha (2017), guru-guru di seluruh dunia menjadi tulang belakang

dalam dunia pendidikan. Para pendidik diamanahkan tanggungjawab dalam proses penerapan

dan penyampaian ilmu kepada pelajar. Tugas guru menjadi lebih berat dan mencabar dari hari ke

hari kerana terpaksa menyediakan diri mereka bagi menghadapi pelbagai bentuk pembaharuan

yang berlaku dari masa ke semasa. Guru yang dianggap sebagai pengasuh bukan sahaja harus

melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengajar di dalam kelas, bahkan perlu juga

menguruskan aktiviti kokurikulum, hal ehwal murid, pentadbiran serta kerja-kerja tambahan lain

yang perlu dibuat mengikut keperluan semasa.

Tambahan pula, arus pendidikan pada hari kini amat mendesak para profesional

pendidikan untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi pendidikan

tersebut. Hal ini menyebabkan unsur tekanan mengelilingi para guru sehingga mengganggu

proses kemajuan sistem pendidikan negara. Guru mudah terdedah kepada tekanan dalaman

mahupun luaran bagi menghadapi cabaran dan ancaman. Tekanan yang dihadapi oleh guru dapat

didefinisikan sebagai emosi negatif yang dialami semasa menjalankan kewajipan mereka. Emosi

negatif berkenaan umpamanya kemarahan, keresahan, ketegangan, kekecewaan dan kemurungan

yang dialami oleh seseorang guru itu (Mohd Fadzli et al., 2005).

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Berdasarkan kepada Norashid dan Hamzah (2014), guru dianggap sebagai insan yang

bertungkus-lumus menyediakan diri mereka untuk melaksanakan kewajipan mereka dengan

sempurna. Seseorang guru mendapat tekanan mental mahupun fizikal kerana bebanan tugas yang

banyak, tidak menyempurnakan tugas, dimarahi oleh pengetua atau orang yang mempunyai
3
jawatan yang lebih tinggi gelaran dalam organisasi sekolah. Situasi ketegangan yang berterusan

dapat mempengaruhi tahap psikologi seseorang. Sebagai contoh, seseorang guru akan menjadi

agresif, hilang daya penumpuan, hilang keyakinan diri dan fikiran menjadi celaru. Hal ini akan

menyebabkan seseorang guru menjadi kurang bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab

mereka.

Selain itu, di Malaysia, tekanan kerja berlaku terhadap guru apabila guru tidak dapat

menyesuaikan diri dengan kehendak semasa di mana terpaksa menghadapi pelbagai lambakan

kerja bukan sahaja dari segi pengurusan bilik darjah malah tugas-tugas lain di sesebuah sekolah.

Pengajaran dan pembelajaran yang efektif bukan sahaja terletak pada guru dan strategi

pengajaran malahan bergantung kepada bahan bantu mengajar yang digunakan. Kekurangan atau

kesukaran bagi mendapatkan bahan bantu mengajar telah dikenal pasti menjadi salah satu faktor

yang meningkatkan tekanan guru. Kewujudan tekanan kerja dalam kalangan para guru atas sebab

beban tugas yang melambak memberi impak negatif terhadap komitmen guru dalam

menjalankan tanggungjawab mereka (Fazura, 2011).

Di samping itu, berdasarkan kepada kajian ini, persoalan yang wujud menerusi kajian ini

ialah adakah tekanan kerja seseorang guru meningkat kerana beban tugas yang disandang?

Maka, dapat disimpulkan bahawa memang tugasan yang disandang oleh guru yang semakin

mencabar dan telah menjadi satu bebanan kepada diri guru sendiri pada masa kini. Penyataan ini

disokong menerusi kajian yang dilaksanakan oleh Noraini pada tahun 2015 yang menyatakan

bahawa guru bukan sahaja mengajar malah terpaksa melakukan kerja menyemak, kerja di

bahagian pentadbiran dan pengisian data online selaras dengan perkembangan sistem pendidikan

Malaysia.

4
1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya kajian ini adalah untuk:

(i) Mengenal pasti tahap tekanan kerja guru.

(ii) Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan tekanan kerja dalam kalangan guru.

(iii) Mengenal pasti langkah-langkah mengatasi tekanan kerja dalam kalangan guru.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian di atas, beberapa persoalan kajian telah dikemukakan:

(i) Apakah tahap tekanan kerja yang dihadapi oleh guru?

(ii) Apakah pasti faktor-faktor yang menyebabkan tekanan kerja dalam kalangan guru?

(ii) Adakah langkah-langkah mengatasi tekanan kerja dalam kalangan guru?

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Isu beban tugas guru telah menjadi isu yang perlu dipandang serius oleh setiap pihak bagi

menjamin kemajuan dalam sistem pendidikan negara Malaysia. Menerusi kajian ini, dapat

dipaparkan bahawa terdapat pelbagai masalah, kerumitan, dan ketidakpuasan hati dihadapi oleh

setiap guru lelaki mahupun wanita dalam melaksanakan kewajipan mereka untuk membimbing,

mengasuh dan mendidik anak pelajar. Hasil dapatan kajian ini juga boleh dijadikan panduan

kepada pihak sekolah di daerah Tangkak, Johor dalam membuat perancangan serta pengagihan

tugas guru secara lebih adil. Pihak sekolah perlu mengutamakan tugas guru mengajar di dalam

kelas berbanding tugas-tugas yang lainnya. Kajian ini juga dapat menjadi sumber rujukan kepada

para pengkaji yang akan datang bagi mengetahui hubungan antara beban tugas dengan tekanan

kerja guru.

1.7 BATASAN KAJIAN

Kajian ini melibatkan hanya guru lelaki dan wanita di Bandar Tangkak, Johor. Dapatan yang

terhasil daripada kajian ini hanyalah hasil daripada analisis daripada bilangan yang terhad iaitu
5
lima orang guru sahaja. Responden yang dipilih dalam kajian ini adalah guru yang mempunyai

pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 10 tahun. Hanya guru sekolah menengah sahaja dipilih

bagi kajian ini.

1.8 KERANGKA KAJIAN

Tujuan kerangka konsep ini adalah untuk menjelaskan secara grafik mengenai kajian yang akan

dijalankan. Ianya merupakan hubungan perkaitan antara beban tugas guru dengan tahap tekanan

kerja.

BEBAN TUGAS GURU

 Mengajar dalam kelas


 Mengurus hal ehwal pentadbiran TAHAP TEKANAN
 Mengawal disiplin pelajar KERJA
 Mengendalikan perisian online

GURU

Rajah 1.1 : Kerangka kajian bagi hubungan antara beban tugas dengan tekanan kerja
guru.

6
1.9 DEFINISI ISTILAH KAJIAN

Beberapa perkataan atau istilah yang diguna pakai dalam kajian ini dinyatakan definisi nya

seperti berikut:

(a) Guru

Guru merupakan insan yang dipilih oleh Tuhan untuk mendidik anak murid di sesebuah sekolah.

Guru adalah diibaratkan sebagai sumber tenaga manusia terpenting dan diibaratkan sebagai agen

pelaksana di peringkat sekolah yang menjadi elemen terpenting dalam pedagogi untuk

menghasilkan pendidikan yang berkualiti (Syed Kamaruzaman et al, 2017).

(b) Beban tugas

Beban tugas membawa maksud pemberian banyak tugasan atau kewajipan kepada seseorang itu

oleh orang yang mempunyai jawatan yang tinggi sehingga membebankan diri mereka. Hal ini

tidak dapat membuahkan hasil kerja yang bermutu tinggi.

(c) Beban Tugas Guru

Berdasarkan kepada Siti Hajar (2013), beban tugas guru dilihat sebagai pengagihan tugas yang

tidak seimbang antara guru-guru dalam setahun, pilih kasih berlaku dalam sesebuah sekolah di

mana pentadbir tidak bersikap adil terhadap guru-guru tertentu, tugas sampingan yang berat

diletakkan di bahu guru-guru oleh pihak atasan dan tugas sampingan yang diberikan adalah

secara mendadak kepada guru amat membebankan. Beban tugas guru juga didefinisikan sebagai

tanggungjawab rasmi yang telah diberikan oleh pihak sekolah kepada guru untuk dilaksanakan

sepanjang masa sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah.


7
(d) Tekanan kerja guru

Berdasarkan kepada Arzizu & Norizah (2018), tekanan kerja guru ditakrifkan sebagai

pengalaman kurang disenangi oleh seorang guru dari segi emosi, seperti tension, tertekan,

kebimbangan, kemarahan, dan segala sesuatu yang berkaitan dengan aspek pekerjaan sebagai

seorang guru. merangsang potensi perubahan fisiologi seseorang guru seperti peningkatan kadar

degupan jantung dan perembesan hormon tertentu ke dalam salur darah. Seterusnya ia memberi

kesan terhadap aspek tugas perguruan yang merangkumi kesungguhan menjalankan tugas,

keyakinan diri dan kerasionalan tindakan.

(e) Analisis Hermeneutik

N. Suppiah (2016) mendefinisikan analilis hermeneutic sebagai analisis berdasarkan interpertasi

teks secara terperinci. Beliau turut menyatakan bahawa analisis hermeneutic cenderung kepada

pengkajian dan pemahaman secara mendalam dan terperinci ke atas sesuatu fenomena. Istilah

hermeneutik banyak berkembang di dunia Barat iaitu sebagai ilmu dan falsafah yang menyelidiki

syarat-syarat dan metodologi yang diperlukan untuk memahami makna atau pentafsiran teks

(Burhanuddin, 2006). Ricard E. Palmer (1969), pula menyatakan bahawa kaedah analisis

hermeneutic mula berkembang pada abad ke-17, sebagai aktiviti pentafsiran kitab suci yang

terdiri dari dua aspek iaitu aspek teori dan praktikal.

Kaedah Hermeneutik digunakan sebagai suatu percubaan ke arah mencari makna dalam

perkataan yang ditulis atau merekodkan dapatan semasa mengkaji apa yang dikehendakinya.

Kaedah Hermeneutik adalah satu daripada kaedah menganalisis teks (hasil penulisan) yang tertua

digunakan oleh para penyelidik untuk menginterprestasi Kitab Injil dalam kajian Greek lama.

Heidegger seorang ahli falsafah German menggunakan kaedah ini untuk cuba memahami dan

mentafsir ayat-ayat daripada Kitab Injil.


8
Perkataan Hermenuetik berasal dari dua perkataan Greek yang bermaksud “interpret

tation”. Kaedah ini adalah kualitatif yang menekankan pengaruh sosiobudaya dan sejarah dalam

mencungkil atau mendedahkan makna tersirat dalam membuat karya. Weinsheimer (1991)

menyatakan Hermenuetik bermaksud suatu teori dan praktis bagi interprestasi. Skopnya

menjangkau selagi mana seseorang itu ingin mendalami aspek maknanya. Menurut Ricoeur

(1978) mengatakan bahawa, hermenuetik adalah satu operasi pemahaman dalam hubungannya

dengan interprestasi teks.

Menurut Loganathan (1992/1996) menganggap Hermeneutik mengutamakan teks-teks

sebagai bahan kajian tertentu dan cuba menginterprestasi dan memahami ciri-ciri rasionaliti

pemikiran manusia dan maksud yang terkandung di dalamnya. Ia merupakan sains yang

membicarakan tingkah laku manusia melalui metadologi yang sesuai dalam konteks dunia kini.

Hermenuetik juga adalah sebahagian daripada seni pemikiran dan berlatarkan falsafah.

1.10 RUMUSAN

Secara kesimpulannya dapat dinyatakan bahawa guru memainkan peranan penting dalam

membentuk akhlak, sahsiah dan psikologi seseorang pelajar. Memang terbukti bahawa ramai

guru bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh negara menghadapi ancaman dari segi beban

tugas. Beban tugas ini mengakibatkan ramai guru menghadapi tekanan dari segi mental dan

fizikal. Hal ini menjejaskan kualiti profesion perguruan dan guru-guru tidak dapat menjalankan

tugas mereka dengan bersungguh-sungguh.

Maka, pihak sekolah haruslah mengagihkan tugasan secara sama rata kepada semua guru

bagi mengelakkan masalah tekanan mengelilingi kehidupan guru-guru pada masa kini. Guru-

9
guru juga haruslah melaksanakan tugasan mereka pada tepat pada masa bagi mengelakkan

lambakan kerja. Oleh itu, guru-guru harus diberi tugasan tambahan selain mengajar di dalam

bilik darjah bersesuaian dengan kemampuan guru tersebut bagi melahirkan sistem pendidikan

negara yang berkualiti.

10
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan tekanan kerja yang

dibentangkan dan dibincangkan dalam kajian literatur. Bab ini bermula dengan

menerangkan definisi tekanan kerja. Bab ini menerangkan mengenai beberapa kajian

lepas yang telah dijalankan di dalam negara mahu pun di luar negara. Kemudian, bab 2

ini juga akan mengkaji penemuan daripada kajian lepas mengenai faktor-faktor yang

mempengaruhi tekanan kerja dalam kalangan guru.

2.2 TEORI YANG BERKAITAN

2.2.1 Definisi Tekanan


Perkataan tekanan mula diperkenalkan dalam dunia perubatan oleh Hans Selye

pada tahun 1949. Menurut Park (2007) , menyatakan tekanan merupakan tindak balas

fizikal dan emosi yang tidak stabil berlaku apabila keperluan tidak berpadanan dengan

sumber, keperluan dan keupayaan pekerja.

11
2.2.2 Tekanan Dalam Bidang Pendidikan

Tekanan guru ditakrifkan sebagai pengalaman kurang disenangi oleh seorang

guru dari segi emosi, seperti kebimbangan, tertekan, kemurungan, kemarahan, dan

segala sesuatu yang berkaitan dengan aspek pekerjaan sebagai seorang guru. (Sutclifee

& Kyriacou ,1978).

Selain itu, Lazarus (2009) pula mendefinisikan tekanan kerja sabagai satu

bentuk keadaan yang wujud apabila seseorang individu menganggap permintaan yang

diterima tidak mampu dipenuhi dan begitu tinggi atas kekangan sumber sosial, peribadi

dan lain-lain. Hal ini berlaku kerana individu tersebut tidak mampu lagi untuk

mengawal sesuatu situasi ataupun keadaan yang mereka hadapi.

Manakala, Kyriacou (2010) menyatakan tekanan kerja dalam kalangan guru

pula merujuk kepada emosi negatif seperti kemarahan, kekecewaan, kebimbangan,

kemurungan dan cemas akibat daripada beberapa aspek kerja mereka sebagai guru.

Mokhtar (1998) pula memberikan definisi tekanan kerja guru sebagai

pengalaman yang dialami oleh guru berhubung dengan emosi yang tidak

menyenangkan. Kesimpulannya, tekanan kerja guru boleh didefinisikan sebagai

keadaan fizikal dan mental guru yang diakibatkan oleh gangguan peristiwa atau

keadaan persekitaran pekerjaan mereka.

Zaidatol (2011) menyatakan pada masa kini, terdapat pelbagai punca mengapa

guru menjadi lebih tertekan dengan bidang perguruan. Guru pada masa kini perlu

12
berdepan dengan begitu banyak tuntutan yang berbeza, samaada daripada pihak

pengurusan sekolah atau dari ibu bapa serta masyarakat.

2.3 Jenis Tekanan

Gmelch (1982) telah menyatakan dalam dapatan kajiannya tentang beberapa

jenis tekanan yang boleh menyebabkan berlakunya tekanan kepada manusia. Jenis

tekanan tersebut adalah tekanan emosi dan mental dimana seseorang individu merasa

takut dan gementar untuk mengatasi masalah atau ancaman yang dihadapi. Individu

tersebut turut mengalami kebuntuan dalam mengatasi masalah yang dialami tersebut.

Selain itu, jenis tekanan persekitaran bermaksud tekanan yang berpunca daripada

persekitaran yang tidak kondusif seperti pengurusan persekitaran kerja yang tidak

cekap dan keadaan kerja yang tidak sesuai menyebabkan menjadi faktor tekanan

kepada pekerja yang tidak selesa dan mengganggu suasana kerja dalam organisasi

(Soucek, 2004). Di samping itu, jenis tekanan yang berlaku adalah tekanan dalam diri

seseorang individu yang terlalu menginginkan kesempurnaan dalam semua kerja,

terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang terlalu tinggi (Vlackhakis,

2006). Jenis tekanan ini akan melanda jika seseorang individu tersebut tidak dapat

mencapai tahap yang diinginkan.

2.4 Kesan Tekanan Guru

Statt (2004), menerangkan bahawa tekanan kerja mempunyai dua kesan yang

berbeza terhadap individu, iaitu dari segi kesan positif dan kesan negatif. Hal ini

kerana, tahap tekanan yang sederhana dan boleh diterima oleh individu akan membantu

seseorang individu untuk meningkatkan prestasi dalam melakukan tugasan manakala


13
tahap tekanan yang terlampau tinggi pula akan menyebabkan penurunan prestasi

seseorang dan menyebabkan wujudnya masalah lain seperti kemurungan, penyakit

mental dan fizikal (Guthrie,2006).

2.5 Faktor Tekanan Kerja Guru

Kyriacou (2001) menyenaraikan sumber utama tekanan yang dihadapi oleh

guru-guru adalah mengajar pelajar yang kurang bermotivasi, pelajar yang mempunyai

masalah disiplin, tekanan masa dan bebanan kerja, menghadapi kepuasan kerja dan

tekanan kerja terhadap perubahan yang berlaku dalam organisasi.

Abel dan Sewell (1999) telah menyatakan faktor utama tekanan kerja guru di

sekolah menengah adalah masalah disiplin pelajar, hubungan dengan rakan sekerja,

bebanan tugas guru dan persekitaran tempat kerja yang menyebabkan guru lebih

tertekan.

Skaalvik (2007) meneliti hubungan yang menyebabkan tekanan dalam kalangan

guru adalah tekanan dan pengurusan masa, kurang sokongan daripada pihak atasan dan

tekanan yang berkaitan dengan hubungan guru dan pelajar, hubungan guru dengan ibu

bapa dan hubungan guru dengan pihak pengurusan. Pencapaian pelajar juga akan

memberi faktor tekanan terhadap guru kerana guru perlu mencapai sasaran untuk

meningkatkan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa.

Smirth (1994) menyatakan terdapat empat aspek tekanan guru berdasarkan

kajian yang dilakukan di Australia iaitu aspek ketegangan dalam perhubungan rakan
14
sekerja, tekanan pengurusan masa kerja, bebanan kerja, kekurangan penghargaan dan

pengiktirafan serta masalah guru yang mengajar pelajar yang kurang bermotivasi serta

mempunyai masalah disiplin.

Menurut Kyriacou dan Sutchlliff (1978), punca tekanan yang kerap dialami oleh

guru adalah suasana kerja yang tidak kondusif, bebanan tugas bukan mengajar,

kekurangan sumber untuk mengajar dan sikap pelajar terhadap pelajaran. Disamping itu

juga, tekanan kerja dalam kalangan guru juga merujuk kepada perubahan emosi yang

tidak menyenangkan seperti kekecewaan, ketegangan serta kemarahan berpunca dari

masalah kerja yang boleh menimbulkan tekanan.

Dapatan yang hampir sama oleh Tan (2002) menyatakan terdapat sepuluh faktor

utama yang menyumbang kepada tekanan kerja guru. Faktor-faktor berkenaan adalah

seperti terpaksa mengajar kelas yang besar, gaji yang kurang, sikap buruk

pelajarterhadap kerja, kurang peluang untuk maju dalam kerjayanya, terpaksa

mengendalikan pelajar yang mempunyai masalah disiplin dan pelajar kurang

bermotivasi, terpaksa menggantikan tugas guru yang tidak hadir, banyak kerja

perkeranian, kurang kerjasama dari ibu bapa dan kekurangan masa kerana jadual waktu

yang padat.

Kesimpulannya, tekanan kerja juga merupakan keadaan fizikal dan mental guru

yang diakibatkan oleh gangguan peristiwa atau keadaan persekitaran pekerjaan. Oleh

itu, dalam perbincangan yang berikut terdapat lima punca utama berlakunya tekanan

dalam kalangan guru yang akan dibincangkan dengan lebih mendalam iaitu faktor

15
pengurusan masa, tekanan berkaitan kerja, kesukaran dalam perkembangan kerjaya,

motivasi dan disiplin dan autoriti dalam profesion yang perlu dihadapi oleh guru.

2.5.1 Faktor Tekanan dalam Pengurusan Masa

Salvo dan Lewis (2003) menyatakan pengurusan masa adalah penting dalam

memastikan keseimbangan antara semua peranan dan tugas guru seperti pengurusan

masa untuk berehat, masa untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dan pengurusan

masa untuk penyediaan dalam proses pengajaran.

Fun (2008) turut menyatakan walaupun profesion seorang guru terikat kepada

bidang-bidang tertentu, guru juga turut dibebani dengan tugas-tugas yang perlu dicapai

dalam tempoh masa tertentu. Hal ini turut menyumbang kepada masalah tekanan

dikalangan guru kerana guru perlu menyiapkan tugasan yang ditetapkan mengikut

tempoh yang dikehendaki oleh pihak pentadbiran serta terpaksa melakukan pelbagai

tugasan yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan pentadbiran. Mereka bukan

sahaja perlu untuk menyiapkan tugasan masing-masing di sekolah mengikut jadual

yang ditetapkan tetapi mereka juga perlu memastikan tugas-tugas di rumah dan tugas-

tugas sosial juga berjalan lancar terutamanya bagi yang sudah mempunyai ahli keluarga

(Sunbul,2003). Hal ini akan menyebabkan masa mereka lebih banyak dihabiskan di

tempat kerja berbanding di rumah. Masalah yang akan timbul apabila guru banyak

menghabiskan masa untuk menumpu tugasan di tempat kerja ialah tugas-tugas di rumah

dan di luar rumah tidak dapat berjalan dengan lancar akibat kekangan tadi (Potocan,

16
2005). Seterusnya, akan memberi kesan tekanan terhadap guru kerana tidak dapat

menjalankan tanggungjawab dengan baik serta tidak terurus.

Valerie, Lavery dan Thomas (2003) menjelaskan dalam kajian mereka bahawa

faktor masa merupakan punca utama yang meneybabkan tekanan berlaku dalam

kalangan guru. Guru terpaksa mengajar lima hingga enam kelas. Mereka juga terpaksa

membuat persediaan mengajar, menyemak buku latihan dan kerja yang berkaitan

dengan pengajaran dan pembelajaran. Statt (2004) pula menyatakan guru juga perlu

menjalankan kerja-kerja perkeranian seperti menaip surat, menyediakan minit

mesyuarat, mengisi borang serta menjadi penasihat kelab, sukan dan persatuan. Guru

juga terpaksa menghadiri mesyuarat mingguan, bengkel, kursus serta perjumpaan yang

terlalu kerap akan menyebabkan pengurusan masa guru tidak teratur kerana terdapat

pelbagai perkara yang perlu diselesaikan (Ramaiah, 2009). Hal ini akan memberikan

tekanan terhadap guru di sekolah menengah.

Beech dalam Ahmad Azhari (2004), menyatakan bahawa seseorang yang

melakukan lebihan tugas dalam satu-satu masa dengan suasana kerja yang tidak selesa

serta pengurusan masa yang tidak sesuai akan memberi kesan tekanan yang tinggi

kepada seseorang individu tersebut. Beliau turut menyatakan seseorang individu

memerlukan tempoh masa yang tertentu dalam menyiapkan tugasan yang diberikan

bagi membolehkan mereka menguruskan masa mereka dengan lebih baik.

Hasnah Ibrahim (2004) merumuskan beberapa faktor yang boleh menimbulkan

tekanan dalam kalangan guru-guru iaitu dengan bebanan tugas yang berat serta memerlukan

banyak masa untuk menyelesaikan perkara tersebut. Hal ini kerana tempoh masa yang

17
singkat dalam menyelesaikan sesuatu perkara menyebabkan guru terpaksa mengabaikan

hal-hal lain yang berkaitan dan akan memberi kesan kepada urusan-urusan lain.

Chaplain (2008) menyatakan bahawa lebihan bebanan tugas berlaku apabila

terlalu banyak tugas yang perlu disiapkan dalam tempoh masa yang singkat. Hal ini

menyebabkan guru menjadi tertekan kerana mereka mempunyai terlalu banyak tugasan

selain mengajar pelajar di dalam kelas.

Kajian Gold (2003) menunjukkan bahawa beban kerja yang berat dialami oleh

guru adalah berkait rapat dengan faktor masa. Kajian beliau menunjukkan guru

terpaksa melakukan banyak kerja dengan masa yang kurang. Permintaan tuntutan kerja

yang tinggi menyebabkan guru semakin tertekan dan memberi kesan terhadap prestasi

kerja dalam bidang pengajaran.

Kesimpulannya, Murphy (2002) percaya bahawa jika guru tidak mempunyai

masa yang cukup untuk menjalani hubungan sosial dengan masyarakat, ahli keluarga,

rakan-rakan, dan jiran-jiran, mereka akan membawa masalah luar tugasan ke tempat

kerja. Hal ini akan mempengaruhi komitmen pengajaran guru-guru di tempat kerja

2.5.2 Faktor Tekanan Berkaitan Kerja

Spector (2004) menyatakan mengenai faktor tekanan berkaitan kerja yang

dilakukan oleh guru adalah termasuk pelbagai perkara yang perlu dilakukan seperti

penyediaan dalam tugasan, beban kerja, kelas yang besar, pentadbiran kerja dan

tanggungjawab di sekolah.

18
Walts (2003) menyatakan maksud tekanan berkaitan kerja adalah jumlah

kegiatan yang harus diselesaikan oleh seseorang ataupun kelompok dalam tempoh yang

telah ditetapkan. Bebanan tugas yang banyak dan melampau dalam sesuatu bidang

pekerjaan yang dihadapi oleh seseorang individu sesebuah organisasi mampu memberi

kesan yang negatif terhadap pekerja serta terhadap organisasi itu sendiri.

Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Sparks dan Cooper (1999)

menyatakan terdapat pelbagai aspek yang boleh mewujudkan tekanan terhadap pekerja

dan aspek tersebut juga dikenali sebagai bebanan tugas yang dihadapi oleh pekerja

dalam sesebuah organisasi.

Menurut kajian yang dibuat Muhammad (2007) menyatakan terdapat sesetengah

guru yang memegang jawatan tertentu seperti guru penasihat, guru persatuan, guru

disiplin dan sebagainya. Hal ini menunjukkan tugasan sampingan ini akan memberi

bebanan dan tekanan kepada guru untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut

disamping menjalankan tugas mengajar di sekolah. Blaya (2003) menyatakan guru juga

perlu menjalankan tugasan pada musim cuti sekolah dengan mengadakan kelas

tambahan, aktiviti kokurikulum, kem kecemerlangan dan sebagainya. Situasi tersebut

akan memberi tekanan yang tinggi dengan bebanan tugas yang banyak dan terpaksa

dilaksanakan sehingga guru terpaksa mengorbankan waktu cuti mereka demi

menjalankan tanggungjwab yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah.

19
Dapatan kajian yang dilakukan oleh Aziz (2004), menerangkan sekolah

merupakan sebuah organisasi yang dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan

tanggungjawab yang tinggi yang perlu dilaksanakan oleh guru di sekolah. Jika suasana

ini dibiarkan berterusan akan menyebabkan suasana pengajaran dan pembelajaran tidak

dapat mencapai matlamat dan objektif dalam organisasi. Hal ini kerana guru terpaksa

menfokuskan kepada pelbagai tugas yang diberikan dan ini akan memberi kesan

tekanan yang tinggi akibat daripada bebanan tugas yang diterima oleh para guru.

2.5.3 Faktor Kesukaran Dalam Perkembangan Kerjaya

Adam (2003) menyatakan kesukaran dalam perkembangan kerjaya adalah

termasuk aspek seperti kesukaran dalam kenaikan pangkat, kemajuan dalam kerjaya

serta kenaikan gaji dalam bidang pendidikan.

Definisi kesukaran dalam perkembangan kerjaya adalah merujuk kepada

kesukaran perkembangan guru dalam bidang pendidikan seperti struktur kerjaya,

peluang naik pangkat, mempunyai suara dalam membuat keputusan dan persepsi guru

terhadap gaji yang diterima berbanding dengan tugas yang dipikul (Kamus Dewan,

1997).

Disamping itu, peluang kenaikan pangkat dalam dunia bidang pendidikan

adalah terlalu kecil. Mengikut kajian kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pendidikan

hanya lapan peratus iaitu 19,200 daripada 240,000 orang guru dinaikkan pangkat pada
tahun 2000 (EPRD, 2000). Ini bermakna hampir 220,000 orang guru iaitu 92 peratus

guru tidak diberi perhatian. (Berita Harian, 2011)

Menurut Raja Maria (2011) menyatakan kesukaran perkembangan dalam

kerjaya terhadap guru adalah berkait rapat dengan kesukaran dalam struktur kerjaya

peluang kenaikan pangkat dan gaji yang seimbang dengan tugasan yang ditanggung

oleh seseorang guru. Faktor kesukaran dalam perkembangan kerjaya ini juga turut

memberi tekanan terhadap guru di sekolah menengah. Hal ini kerana perkembangan

kerjaya adalah penting untuk meningkatkan motivasi seseorang individu dalam

organisasi serta meningkatkan prestasi kerja.

Choy (2005) menyatakan kesukaran dalam perkembangan kerjaya boleh

mewujudkan tekanan terhadap guru sekiranya terdapat guru yang memberi komitmen

yang tinggi dan mempunyai pengalaman kerja yang lama dalam bidang pendidikan

tetapi tidak mendapat sebarang peluang dalam bidang pendidikan yang sepatutnya

diberikan kepada mereka. Hal ini akan memberi tekanan kepada guru kerana mereka

menganggap seolah-olah diri mereka tidak dihargai dan diberi peluang serta mereka

adalah sama sperti individu yang tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam

organisasi. Perkara tersebut juga akan menyebabkan guru tersinggung dan kecewa

sehingga menyebabkan guru kurang bermotivasi dan proaktif dalam organisasi seiring

dengan tekanan perasaan yang dialami.

Disamping itu, menurut Joseph (2000) menyatakan guru yang tidak mempunyai

peluang untuk kenaikan pangkat dan pengalamannya tidak diiktiraf untuk memegang
sesuatu jawatan dalam organisasi menjadi faktor tekanan terhadap seseorang guru. Hal

ini akan memberi tekanan perasaan terhadap guru-guru yang sepatutnya layak dalam

kenaikan pangkat tersebut tetapi tidak diendah oleh pihak pengurusan. Hal ini

menunjukkan kesukran dalam perkembangan kerjaya turut membuatkan guru terasa

disisih dan kurang motivasi untuk meningkatkan prestasi mereka.

Menurut Kloska (2005), terdapat guru yang diberikan gaji yang tidak seimbang

dengan bebanan tugas yang ditanggung dan mereka mengharapkan gaji yang yang

setimpal dengan tugasan yang dilakukan. Hal ini kerana terdapat guru-guru yang

memegang sesuatu jawatan sampingan seperti guru disiplin, kaunseling, akademik dan

sebagainya. Oleh itu, pihak pengurusan perlulah peka terhadap guru yang mempunyai

bebanan kerja yang banyak haruslah setimpal dengan gaji yang diberikan supaya dapat

mengelakkan ketidakpuasan hati serta tekanan terhadap guru disekolah. Masalah-

masalah ini kadangkala boleh membawa kepada sindrom kemurungan di kalangan guru

disekolah serta meyebabkan mereka kurang bersemangat semasa berada di sekolah.

Finlayson (2003) turut menyokong bahawa kenaikan pangkat yang terhad serta

kadar gaji yang tidak seimbang dengan tugasan yang ditanggung akan menyumbang

kepada tekanan perasaan yang seterusnya menjadi pencetus berlakunya tekanan kepada

seseorang guru di sekolah.


2.454 Faktor Disiplin dan motivasi Pelajar

Definisi disiplin adalah kawalan diri dan mematuhi peraturan serta arahan yang

telah ditetapkan. Dalam konteks disiplin di sekolah adalah terdapat kalangan pelajar

yang melanggar displin dan peraturan sekolah menyebabkan guru diberikan

tanggungjawab untuk mengawal dan mendidik pelajar untuk mematuhi peraturan-

peraturan yang telah ditetapkan. Manakala motivasi pelajar adalah berkait rapat dengan

tekanan guru kerana guru akan berasa tertekan jika pelajar menunjukkan rasa tidak

berminat dengan pengajaran yang diberikan oleh guru (Rosemaria, 2009).

Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin

(dipetik daripada Berita Harian Jun 2013) menyatakan sebanyak 108,650 daripada 5.3

juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terlibat dengan masalah

disiplin di sekolah tahun lalu. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

berkata, daripada jumlah tersebut, isu ponteng sekolah merupakan penyumbang

terbesar masalah disiplin pelajar iaitu sebanyak 18,550 pelajar. Hal ini menunjukkan

masalah disiplin pelajar di sekolah pada hari ini berada pada tahap yang agak serius

walaupun kadangkala kenyataan ini telah ditolak oleh pihak-pihak tertentu. Disamping

itu, masalah disiplin juga merupakan faktor utama yang menjadi punca tekanan

terhadap guru di sekolah. Hal ini kerana sikap tidak menghormati guru dan tidak

menghargai guru ketika guru sedang mengajar seperti berbual-bual, tidak membuat

latihan yang diberikan dan sebagainya akan memberi tekanan yang tinggi kepada guru.
Menurut Faridah dan Zubaidah (1999) turut menyatakan guru terpaksa

menghadapi pelbagai masalah yang boleh mewujudkan tekanan di kalangan guru

kerana berhadapan dengan pelbagai karenah dan ragam pelajar semasa berada di dalam

kelas seperti tidak menghormati guru, berbuat bising semasa proses pembelajaran dan

ini akan menyebabkan kesukaran kepada guru untuk menjalani proses pengajaran

dalam bilik darjah. Hal ini juga akan mendorong kepada faktor berlakunya tekanan

dalam kalangan guru di sekolah kerana tidak dapat menyampaikan proses pengajaran

dengan baik disebabkan gangguan oleh pelajar yang bermasalah dalam bilik darjah.

Selain itu, menurut Cormarks (2000) menyatakan guru-guru juga akan

berhadapan dengan pelbagai masalah disiplin pelajar serta akan berurusan dengan

sejumlah bilangan besar pelajar-pelajar dengan keperluan dan masalah yang berbeza.

Hal ini turut memberi tekanan yang tinggi kepada guru dalam menyelesaikan dan

berhadapan dengan masalah disiplin pelajar di sekolah.

Dapatan kajian mengenai faktor disiplin merupakan faktor utama yang memberi

tekanan kerja kepada para guru adalah konsisten dengan dapatan pengkaji luar negara

iaitu Murdock dan Scutte (2004) menyatakan bahawa faktor disiplin pelajar merupakan

faktor utama tekanan kerja terhadap guru-guru di sekolah. Hal sedemikian kerana

faktor disiplin juga adalah faktor utama yang menyebabkan guru menghadapi tekanan

di sekolah disebabkan sikap biadap yang ditonjolkan oleh pelajar dan menyakiti hati

guru dengan tingkahlaku yang tidak baik.


Byrne (2006) turut menyatakan faktor yang memberi tekanan kerja kepada guru

adalah disebabkan oleh pelajar itu sendiri dengan ponteng kelas bagi mata pelajaran

yang diajar oleh guru itu dan tidak ada motivasi untuk belajar dalam kelas tersebut. Ini

adalah kerana sikap pelajar tersebut telah menyebabkan prestasi sesuatu mata pelajaran

yang di ajar oleh seseorang guru itu merosot dan telah memberi satu tekanan kepada

guru-guru di sekolah.

2.5.5 Faktor Autoriti Dalam Profesion

Faktor autoriti dalam profesion adalah merujuk kepada penglibatan guru dalam

meningkatkan pencapaian dan keupayaan dalam bidang pendidikan. Autoriti yang

dimaksudkan adalah mengenai hak untuk menyuarakan pendapat dan kuasa dalam

membuat keputusan. (Glazer, 2000)

Menurut Jaafar (2007), pekerja lebih menghargai kerja yang menarik minat dan

berpeluang untuk membentuk kebolehan seseorang inidividu serta berpeluang dalam

menyuarakan pendapat mereka dalam memberikan cadangan terhadap organisasi.

Faktor yang memberi tekanan terhadap guru juga adalah berkaitan pandangan,

pendapat dan suara guru-guru terhadap kebaikan sekolah tidak dihargai atau kurang

mendapat perhatian yang baik dari pihak pentadbiran sekolah. Ini juga boleh

menimbulkan perasaan tersinggung dan kecewa sehingga menyebabkan guru-guru itu

menjadi kurang proaktif dalam organisasi pendidikan (Cooper,1999)


Zakiah (2003) menyatakan tekanan dan perubahan organisasi sememangnya

berkait rapat. Perubahan organisasi dari segi dasar organisasi boleh memecah belahkan

aliran kerja dan perhubungan antara pekerja. Tekanan akan timbul akibat sesuatu

perubahan kerana setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza.

Tekanan ini menjadi lebih serius apabila perubahan itu dibuat tanpa persetujuan pekerja

yang terlibat. Oleh itu setiap perubahan atau keputusan dalam oragnisasi mestilah

mendapat persetujuan dari ahli organisasi.

2.2.1 Model Punca Tekanan Kerja

Model ini adalah model yang digunakan untuk mengenalpasti tiga kumpulan faktor yang

berpotensi untuk mewujudkan tekanan. Ketiga-tiga faktor ini ialah persekitaran, faktor organisasi

dan faktor individu (Jaafar Muhamad, 2003).

Rajah 2.1: Model Punca Tekanan Kerja

(Jaafar Muhammad, 2003. Kelakuan Organisasi)


2.2.1.1 Faktor Persekitaran

Ketidaktentuan persekitaran akan memberi kesan terhadap rekabentuk struktur organisasi, ia

turut memberi kesan terhadap tingkat tekanan dalam kalangan pekerja di dalam organisasi

tersebut. Faktor persekitaran terdiri daripada ketidakpastian ekonomi, ketidakpastian politik dan

ketidakpastian teknologi. Ketidakpastian ekonomi adalah perubahan di dalam arena perniagaan.

Apabila ekonomi meleset, masyarakat menjadi bertambah bimbang terhadap kehidupan mereka.

Kadangkala kemerosotan atau kemelesetan yang kecil sahaja boleh meningkatkan tahap tekanan.

Mengikut kebiasaannya apabila ekonomi meleset akan berlaku pembuangan tenaga kerja ataupun

sekurang-kurangnya berlaku penurunan gaji dan ganjaran.

Ketidakpastian politik tidak bekecenderungan untuk mewujudkan tekanan di kalangan

pekerja di Malaysia berbanding di negara-negara lain seperti di Iran, Nicaragua dan India.

Malaysia mempunyai sistem politik yang stabil, namun apa yang menjadi ancaman adalah sistem

politik dan perubahan dalam struktur pemerintahan negara boleh menjadi rangsangan kepada

tekanan. Keadaan politik yang tidak menentu akan menyebabkan pekerja berasa bimbang dan

tidak selamat. Ketidakpastian teknologi pula merujuk kepada inovasi yang baharu serta

menjadikan kaedah dan pengalaman para pekerja ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan

zaman kini. Perkembangan sistem komputer, robotik, automasi dan sistem maklumat dan

telekomunikasi mempercepatkan inovasi ini berlaku dan seterusnya menjadi ancaman kepada

pekerja kerana ia boleh meningkatkan lagi tekanan pada diri mereka.

Faktor berikutnya adalah faktor organisasi di mana tidak ada pengecualian terhadap

faktor-faktor yang boleh menyebabkan tekanan di dalam organisasi. Antara faktor-faktor dalam
organisasi yang menjadi punca tekanan adalah struktur organisasi, perubahan organisasi, politik

organisasi, kekaburan peranan, berlebihan beban kerja, kebosanan kerja dan kekurangan

sokongan kumpulan.

Struktur organisasi merujuk kepada penyusunan dan perhubungan yang sistematik antara

jabatan dan kedudukan seseorang dalam organisasi. Individu pada peringkat pengurusan

mungkin akan tertekan dengan persaingan yang hebat, perebutan syer pasaran baru, permintaan

pengguna yang menurun, peraturan baru oleh kerajaan yang mengikat jualan keluaran firma dan

sebagainya. Begitu juga bagi individu peringkat pertengahan mungkin tertekan oleh arahan dan

pihak atasan, oleh aduan-aduan peringkat bawahan, mempunyai kakitangan yang kurang mahir

dan cekap. Kekurangan kuasa dalam perbuatan keputusan organisasi turut menyebabkan

seseorang merasa kurang berkesan dalam menjalankan sesuatu tugas. Jika individu berada di

peringkat bawahan pula mungkin tertekan oleh dasar dan peraturan organisasi yang terlalu

banyak dan mengelirukan.

Tekanan dan perubahan organisasi pula sememangnya berkait rapat. Perubahan

organisasi dari segi kebudayaan, tekanan dan dasar organisasi boleh memecah belahkan aliran

kerja dan perhubungan antara pekerja. Tekanan akan timbul akibat sesuatu perubahan kerana

setiap individu mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza. Tekanan ini menjadi lebih

serius apabila perubahan itu dibuat tanpa persetujuan pekerja yang terlibat.

Kebolehan seseorang memainkan politik akan menentukan kedudukan hieraki

pengurusan. Tindakan ini mungkin bercanggah dengan moral dan pegangan individu dan

sekiranya keadaan ini berlanjutan, individu berkenaan akan menghadapi tekanan dari semasa ke

semasa.
Kekaburan peranan wujud apabila seseorang itu lambat dan tidak menerima sebarang

maklum balas tentang prestasi kerjanya atau tidak pasti akan ganjaran yang diterima terhadap

prestasi kerjanya (Beech, 1982). Orang yang mengalami kekaburan peranan akan mengalami

kepuasan kerja yang rendah, tekanan kerja yang tinggi dan mempunyai perasaan bahawa dirinya

tidak berguna secara tidak langsung keyakinan dirinya turut merosot (Jaafar Muhamad, 2003).

Beban kerja yang berlebihan boleh menyebabkan pekerja menjadi resah dan bingung

kerana mereka khuatir atau ragu sekiranya kerja yang diarahkan tidak dapat disiapkan mengikut

masa atau kualiti yang diharapkan. Seringkali kerja yang berlebihan juga boleh membawa

kepada kesilapan. Jika ianya berlaku dan berlarutan, pekerja berkenaan akan merasa tertekan,

mudah marah dan merempan. Beban kerja dalam sesuatu bidang pekerjaan yang ditanggung oleh

sesuatu pekerja yang bersifat keterlaluan boleh membawa kepada kesan negatif sama ada kepada

individu sebagai pekerja itu sendiri mahupun kepada organisasi di mana mereka bekerja

(Sanders, 1992).

Pekerja yang melaporkan kebosanan dan ketidakpuasan yang paling tinggi terhadap

beban kerja mereka adalah pekerja barisan pengeluaran. Tanda-tanda kelakuan kerja yang

ditunjukkan ialah peningkatan diri dari segi kebimbangan, kemurungan dan ketidakselesaan.

Pekerja-pekerja yang menunjukkan darjah kebosanan yang tinggi dalam pekerjaan, besar

kemungkinan mereka akan merasakan bahawa kemahuan dan keupayaan mereka tidak

digunakan dengan sepenuhnya dan menganggap kerja mereka sebagai kurang kompleks atau

rutin yang tidak mencabar.

Sokongan sosial wujud apabila seseorang itu mempunyai perhubungan dengan satu atau

lebih dengan orang lain. Perhubungan ini merupakan satu interaksi berperasaan positif, saling

memahami dan sering menasihat dan menggalakkan antara satu sama lain. Ini menandakan
sokongan orang lain terhadapnya sama ada secara individu atau kumpulan. Tanpa sokongan dan

kawan-kawan atau kumpulan seseorang itu merasa terasing dan rendah hati dan seterusnya boleh

membawa kepada kekecewaan dan tekanan dalam diri mereka.

2.2.1.2 Faktor Personel

Kebanyakan individu hanya bekerja 45 jam seminggu. Masa selebihnya (123 jam) dihabiskan

untuk berhubungan dengan masyarakat sekitar. Segala masalah yang dialami pada waktu itu

berkemungkinan akan dibawa ke tempat kerja (Jaafar Muhamad, 2003). Antara faktor invidu

utama yang dianggap personal meliputi faktor bentuk kelakuan, perubahan dalam kehidupan dan

konflik peranan.

Terdapat dua jenis bentuk kelakuan individu iaitu kelakuan jenis bentuk A dan kelakuan

bentuk jenis B. Kelakuan bentuk atau jenis A mula dikaji dalam tahun 1970 an dan 1980 an. Ia

adalah satu penilaian tahap yang paling kerap digunakan. Kelakuan individu jenis A biasanya

amat dikuasai oleh keupayaan menguasai masa. Mereka cuba menyiapkan tugas yang banyak

dalam masa yang singkat. Antara kelakuan jenis A ialah mempunyai cirri-ciri mencuba

melakukan dalam masa secepat yang boleh terutamanya bagi kerja yang rutin, tidak sabar untuk

menunggu sesuatu kerja hingga selesai, biasanya ia akan bertanya dari masa ke masa sama ada

kerja itu sudah selesai atau tidak, sentiasa berfikir atau cuba menyelesaikan dua atau lebih

perkara serentak, tidak dapat memanfaatkan masa lapang dan menilai sesuatu kejayaan dari segi

kualiti.
Individu jenis B pula tidak menjadikan masa yang singkat sebagai pengukur kejayaan

mereka. Antara kelakuan jenis B yang agak ketara ialah tidak tergopoh gapah menyelesaikan

sesuatu perkara atau masalah, tidak merasa perlu menonjolkan pencapaian yang diperoleh

melainkan ia benar-benar perlu dilakukan, suka bersukan dan bersantai untuk merehatkan badan

dan boleh berehat tanpa rasa bersalah.

Pelbagai peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang mungkin membawa tekanan

kerja. Keadaan ini mempengaruhi prestasi dalam kerja dan selanjutnya menjejaskan prestasi

organisasi. Semakin seseorang itu meningkat usia, kemampuannya untuk bertindakbalas

terhadap stres akan menjadi lebih sukar. Proses ketuaan boleh melemahkan sistem otak yang

bertindak balas terhadap stres dan menjadi kurang berkesan (Hatta Sidi, Ruzanna Zam Zam dan

Muhamed Hatta Shaharom, 2003).

Konflik peranan timbul apabila seseorang pekerja diberi arahan yang bertentangan

dengan pihak atasan. Konflik boleh wujud apabila norma kumpulan yang tidak rasmi bercanggah

dengan kehendak rasmi organisasi. Keadaan ini boleh menjadi satu tekanan kepada individu

kerana mereka berhadapan dengan situasi yang mengelirukan.

2.2.2 Model Tekanan Guru

Model ini dibentuk oleh Boyle, Borg, Falzon dan Baglioni pada tahun 1995. Model ini dibina

berpandukan kepada lima sumber yang mempengaruhi tekanan di kalangan guru. Lima sumber

yang dimaksudkan ialah beban kerja, karenah pelajar, pengiktirafan professional, sumber

pengajaran dan perhubungan dengan rakan sekerja yang kurang baik.


Rajah 2.4 : Model Tekanan Guru
(Boyle, Borg, Falzon & Baglioni, 1995)

Berdasarkan Model Tekanan Guru, kelima-lima faktor iaitu bebanan kerja, karenah pelajar,

pengiktirafan profesional, sumber pengajaran, dan perhubungan yang kurang baik dengan rakan

sekerja merupakan faktor utama yang menyebabkan tekanan kepada guru. Walau bagaimanapun,

dalam kajian ini mereka berpendapat di antara lima faktor utama ini, bebanan kerja dan salah

laku pelajar menjadi penyumbang utama terhadap tekanan yang dialami oleh guru berkenaan dan

diikuti faktor-faktor lain.

2.3 KAJIAN TENTANG BEBAN TUGAS DENGAN TEKANAN KERJA


Bagi mencapai matlamat pendidikan negara Malaysia iaitu untuk melahirkan graduan sebagai

sumber tenaga yang berkualiti, kepuasan kerja pendidik memainkan peranan penting oleh semua

pihak. Para guru yang memiliki efikasi diri yang tinggi menunjukkan sikap keterbukaan,

mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik, keinginan bekerjasama, serta berusaha

sehabis baik dalam kerjaya. Peningkatan beban tugas dalam tempoh waktu yang terbatas dan

kekurangan sumber menyebabkan ramai guru di sesebuah sekolah menjadi mangsa kepada

masalah tekanan kerja (Ramlee Mustapa, 2017).

Selain itu, menurut Siti Hajar (2013), guru yang dianggap sebagai sumber utama ilmu

pengetahuan kepada pelajar telah bertukar peranan kepada guru sebagai pemudah cara dalam

proses pengajaran dan pembelajaran, agen perubahan dan sumber maklumat kepada pelajar.

Ramai guru dibebani dengan tugas yang tidak berbentuk akademik atau mengajar terlalu banyak

subjek yang berbeza sehingga mempengaruhi sikap, kemahiran dan komitmen guru pada masa

kini. Kemajuan dari segi bidang pendidikan telah menyebabkan guru-guru menjadi mangsa

dalam ruang lingkup tekanan sehingga menjejaskan prestasi kerja mereka.

2.4 KAJIAN BEBAN TUGAS DENGAN TEKANAN KERJA GURU DI MALAYSIA

Secara umumnya, memang terbukti bahawa beban tugas mempengaruhi tahap tekanan yang

dihadapi seseorang guru. Semakin bertambah beban kerja, semakin bertambah tekanan yang

dihadapi oleh guru sehingga mempengaruhi prestasi pekerjaan mereka.


Abdull Sukor telah menjalankan kajian tentang Beban Tugas Guru Di Sekolah Rendah

pada tahun 2006 bagi mengetahui beban tugas yang dihadapi oleh guru-guru di sekolah rendah.

Objektif kajian ini ialah membuat perbandingan antara jumlah masa yang digunakan oleh guru

bagi melaksanakan tugasan akademik dan tugasan bukan akademik serta mengetahui tahap

beban tugas yang ditanggung oleh guru. Sebanyak 274 guru daripada 15 buah sekolah rendah di

kawasan Pusat Kegiatan Guru (F'KG) Langgar di Daerah Kota Star Kedah telah terlibat sebagai

sampel dalam kajian ini.

Kaedah tinjauan melalui soal selidik telah digunakan oleh pengkaji. Data dianalisis secara

deskriptif dengan menggunakan SPSS Versi 13.0. Kajian mendapati bahawa ketiga-tiga aspek

perlakuan mengajar guru iaitu Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian belum mencapai tahap

sebenar tugas guru. Namun, perlakuan mengajar guru tidak terjejas walaupun bebannya

meningkat. Guru-guru didapati menggunakan sebanyak 84.26 % jam seminggu untuk

menjalankan tugas rutin dan bermusim, iaitu sebanyak 52.40 jam (62.19 %) bagi tugas akademik

dan 31.86 jam (37.81 %) bag tugas bukan akademik. Persepsi guru juga mendapati keempat-

empat kategori beban tugas adalah berat.

Di samping itu, Norashid telah membuat kajian pada tahun 2014 yang bertajuk Beban

Tugas Dan Motivasi Pengajaran Guru Di Sekolah Menengah Daerah Ranau. Objektif kajian ini

adalah untuk mengenal pasti tahap beban tugas dan motivasi pengajaran dalam kalangan guru di

sekolah menengah daerah Ranau dan hubungan antara kedua-duanya. Beban tugas guru

dikategorikan kepada dua, iaitu beban tugas akademik dan beban tugas bukan akademik.

Populasi kajian ini ialah 380 orang guru yang bertugas di lima buah sekolah menengah dalam

daerah Ranau. Seramai 193 orang guru daripada tiga buah sekolah dipilih secara rawak menjadi

sampel kajian.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dengan melibatkan kaedah tinjauan

deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap beban tugas akademik adalah tinggi

(M=3.79, SD=.211), tahap beban tugas bukan akademik adalah tinggi (M=4.43, SD=.174), tahap

beban tugas guru adalah tinggi (M=4.11, SD=.159) dan tahap motivasi pengajaran guru adalah

sederhana (M=3.56, SD=.538). Keperluan fisiologi pelajar dan penyediaan fizikal bilik darjah

perlu dipenuhkan terlebih dahulu. Pengurangan beban tugas berkaitan disiplin dapat

menyumbang kepada keadaan kerja yang lebih baik kepada guru.

Selain itu, Noraini (2015) telah menjalankan kajian tentang Tekanan Kerja Dalam

Kalangan Guru : Kajian Di Sebuah Sekolah Menengah Daerah Kluang Johor Darul Takzim.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada tekanan

kerja dalam profesion perguruan di Malaysia. Sebanyak 148 borang soal selidik telah diedarkan

kepada responden. Hanya 116 sahaja yang boleh digunakan untuk penganalisisan data. Tahap

tekanan kerja berada pada tahap yang sederhana. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan

menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 22 bagi mendapatkan analisis

korelasi dan regresi berganda. Kajian ini juga berjaya mengenal pasti hubungan antara pemboleh

ubah tidak bersandar dengan pemboleh ubah bersandar. Secara keseluruhannya, kajian ini telah

membuktikan bahawa faktor kekangan masa dan hubungan tidak baik guru dengan pelajar

mempunyai hubungan yang positif dan signifikan terhadap tekanan kerja guru. Manakala faktor

lebihan bebanan tugas dan sokongan pengetua tidak mempunyai hubungan yang signifikan ke

atas tekanan kerja dalam kalangan guru.


2.5 KAJIAN BEBAN KERJA DENGAN TEKANAN KERJA GURU DI LUAR

NEGARA

Zeeshan Akbar telah menjalankan kajian tentang tahap tekanan yang dihadapi oleh guru-guru di

Universiti Punjab, Pakistan pada tahun 2011. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap

tekanan yang dihadapi oleh guru-guru disebabkan oleh aspek beban tugas. Data diperoleh

menerusi 160 orang guru di lima buah fakulti di Universiti Punjab, Pakistan. Kaedah tinjauan

melalui soal selidik dijalankan bagi mendapatkan data kajian.

Data kajian ini diproses dan dianalisis menerusi SPSS. Dapatan kajian ini ialah terdapat

hubungan yang signifikan antara beban tugas guru dengan tekanan kerja yang dihadapi oleh

guru. Semakin bertambah beban tugas dari segi akademik dan bukan akademik, semakin

bertambah tekanan yang dihadapi oleh guru-guru. Hal ini menjatuhkan reputasi dan prestasi

guru-guru dalam melaksanakan tugasan mereka dengan sempurna.

Tambahan pula, Carmen, P telah menjalankan kajian tentang cabaran kerja yang dihadapi

oleh guru di dalam bilik darjah dan luar bilik darjah sehingga meningkatkan tekanan dalam diri

mereka pada tahun 2008. Seramai 16 orang guru dalam lingkungan usia 24 hingga 55 tahun telah

dipilih sebagai responden kajian dan kaedah kualitatif telah digunakan. Sampel kajian telah

ditemu bual bagi mendapatkan data kajian. Hasil kajian mendapati bahawa semua guru

menghadapi tekanan apabila berhadapan dengan beban kerja bukan setakat mengajar malah

terpaksa melibatkan diri program bukan akademik di luar bilik darjah. Hal ini memberi kesan

yang ketara bukan sahaja guru itu sendiri malah para pelajar dan seluruh warga sekolah.
2.6 Teori Hermeneutik

Hermeneutik berasal daripada bahasa Yunani iaitu ‘Hermeneuein’ yang bermaksud mentafsir.

Istilah ‘Hermeneia’ secara harfiah dapat diertikan sebagai pentafsiran atau interpretasi yang

berhubung dengan tokoh mitologi yang bernama Hermes, iaitu menterjemahkan pesanan ke

dalam behasa yanag depat difahami. Pendekatan hermeneutik ditafsirkan sebagai proses

mengubah sesuatu atau situasi yang tidak dapat difahami kepada menjadi difahami.

Pendekatan Hermeneutik berkait rapat dengan interpretasi. Biasanya apabila kita

membaca sesebuah karya seperti novel, cerpen atau puisi, kita cuba menginterpretasi makna

yang dibaca dari karya tersebut. Secara umumnya, analisis hermeneutik adalah satu kajian yang

berusaha mentafsir dan menghuraikan makna yang tersirat atau yang terselindung disebalik suatu

tingkah laku yang nyata dan tersurat. Analisis hermeneutik dapat ditafsirkan sebagai perlakuan

manusia terutamanya bagi mencapai pemahaman yang mendalam tentang proses interaksi

sesame manusia. Aspek memahami perlakuan manusia adalah merupakan suatu tugas yang

mencabar analisis hermeneutik.

Hermeneutik telah melalui proses sejarah yang panjang di dunia barat. Di barat, hermeneutik
mengalami tiga zaman iaitu Hermeneutik pra klasik, Hermeneutik klasik dan Hermeneutik
kontemporari. Pada zaman Hermeneutik pra klasik muncul pemikir Friedrich DE
Schleiermacher, zaman kedua pula Schleiermacher hingga Martin Heideggar dan zaman ketiga
pula adalah pasca Heideggar yang dikenali dengan nama Hermeneutik filosofis. Sehingga zaman
Schleiermacher, Hermeneutik hanya difungsikan sebagai media untuk interpretasi teks-teks kitab
suci agama. Ia kemudian diperluaskan untuk mentafsirkan teks-teks lain selain agama seperti
kesusasteraan dan hokum. Seterusnya, Wilhelm Dilthey mengkaji segala teks dan pemahaman
terhadap masalah-masalah yang berkaitan dengan Humaniora yang dikenali sebagai manusia
sains. Pada akhirnya, dengan perantaraan Heideggar, domain Hermeneutik menjadi sejagat yang
berbahasa teks dan bukan teks (Mohammad Adlany,2009).
Friedrich August Wolf dalam ceramahnya pada sekitar tahun 1785 hingga 1807 masihi

mendefinisikan hermeneutik sebagai “ Hermeneutik adalah ilmu tentang kaedah dan aturan yang

melalui kaedah kita akan dapat memahami makna daripada suatu pesanan dan teks” (Mohammad

Adly,2009). Tujuan ilmu ini adalah untuk memahami pemikiran daripada percakapan seseorang

dan tulisan penulis.

Friedrich Daniel Ernest Schleiermacher (1768-1834) pula memandang hermeneutik dengan

memberikan perhatian khusus terhadap pemehaman yang keliru. Hal ini disebabkan oleh interpretasi

teks sentiasa mengundang masalah dari segi salah faham maksud teks. Dengan demikian

Hermeneutik harus diletakkan sebagai sebuah metodologi yang depat memberikan penjelasan bagi

mengatasi salah faham ketika melakukan pentafsiaran teks (Mohammad Adlany,2009).

Menurut Acep Iwan Saidi (2008), Hermeneutik adalah satu teori yang berurusan dengan

tafsiran teks. Teori ini biasanya digunakan sebagai kaedah untuk memahami teks walaupun

Hermeneutik sendiri tidak jelas merumuskan langkah-langkah praktikan untuk memahami teks.

Hermeneutik mempunyai pelbagai teori sub-tafsiran. Dalam perspektif Hermeneutik, peringkat

awal tafsiran melibatkan tafsiran objektif teks sebelum penyimbolan dibuat. Mesej teks yang

kemudiannya berkaitan dengan elemen-elemen lain seperti penghantar teks, bidang-bidang lain

yang berkaitan dengan aspek sosio budaya teks. Pemahaman teks yang akhirnya akan sama

dengan peringkat kualiti diri juru bahasa sendiri. Walau bagaimanapun, dalam amalan

Hermeneutik boleh digunakan untuk menterjemah teks. Kertas kajian ini hanya akan

membincangkan tentang teks karya seni dan sastera. Kedua-dua teks yang berbeza akan

dianalisis dengan menggunakan salah satu perspektif Hermeneutik dalam penggubalan yang

mudah dan yang berkaitan.


Falsafah negara German Martin Heideggar (1889-1963), menggunakan teori

Hermeneutik dalam karyanya yang terkenal, iaitu Being and Time (1963). Heideggar ialah

pengasas kontemporari Hermeneutik kerana Schleiermacher dan Dilthey lebih terkenal dengan

pendekatan Hermeneutik lama. Heideggar menyatakan empat ciri utama menerusi pendekatan

Hermeneutik baru ini. Antaranya ialah seperti berikut:

(a) Penempatan Kaedah Ontologikal Fenemenologi sebagai asas sesuatu karya.

(b) Hubunagan kemesraan antara karya dengan pembaca sebagai landasan.

(c) Landasan sejarah, warisan, masa dan personaliti yang berlainan antara karya dengan
pembaca.

(d) Penerima karya sebagai suara masa silam yang berhasrat untuk berdialog dan berinteraksi

dengan pembaca masa kini.

Selepas teori Hermeneutik yang diperkenalkan Heideggar, muncul beberapa pengkaji barat

yang lain. Gagamer (1984) merupakan seorang pengkaji Hermeneutik yang sangat terkenal. Beliau

telah membandingkan proses interpretasi sesuatu teks dengan proses penterjemahan sesuatu teks dari

satu bahasa yang tetap mengekalkan maksud yang asal. Karya terkenalnya ialah Truth and Method

(1984). Beliau menyatakan melalui tafsiran Hermeneutik kita berusaha untuk secara beransur-ansur

dan berkesan memperluas dan memperdalamkan pemahaman kita tentang sesuatu perkara.

Seterusnya, pengkaji tempatan kita, iaitu Loganathan Mutharayan, telah banyak menulis dan

membentangkan kertas kerja di dalam negara dan juga di luar negara tentang pendekatan analisis

Hermeneutik. Beliau menulis sebuah buku yang berjudul “Hermeneutic Analysis of Discourse”.

Beliau telah memberi gambaran yang jelas tentang cara penggunaan analisis Hermeneutik khususnya
memahami interaksi guru dengan murid dalamm proses pengajaran dan pembelajaran dalam

karyanya Loganatahn dan Abdul Rahman telah Berjaya menggunakan analisis Hermeneutik

dalam kajian interaksi di dalam bilik darjah di antara guru dengan pelajar sekolah sewaktu proses

pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kajian ini berlainan sedikit dengan kajian

Loganthan(1992), dan Abdul Rahman (1993), tetapi terdapat banyak persamaan yang penting. Ini

adalah kerana kajian mereka dan kajian ini menggunakan Analisis Hermenutik yang melibatkan

guru dan pelajar. Terdapat juga beberapa perbezaan antara kedua-dua kajian ini. menurut Abdul

Rahman (1993) dalam bilik darjah wacana yang imbul seolah-olah dirancang dengan teratur.

Kita akan mengenal pasti tingkah laku semula jadi yang berlaku secara spontan. Sesuatu yang

tersirat dan di luar dari batasan kesedaran disebalik yang tersurat akan dapat dikesan.

Seterusnya berdasarkan tanggapan yang diperoleh dari penelitian terhadap rakaman secara

berulang kali dan transkrip yang disediakan. Segala fenomena yang berlaku dinilai yang tepat.

Segala kebenaran yang terdapat disebalik peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa proses

pengajaran dan pembelajaran delam bilik darjah akan tersingkat dengan jelasnay melalui proses

iluminasi yang dilakukan menerusi pemerhatian dan penganalisisan teks yang dikaji.

2.7 RUMUSAN

Dalam bab ini, penyelidik telah membincangkan mengenai beberapa kajian literatur lepas dalam

negara mahu pun kajian lepas luar negara yang telah dijalankan oleh penyelidik terdahulu.

Kajian-kajian lepas ini telah membantu penyelidik melaksanakan kajian ini dengan sebaiknya

dan memberi pendedahan awal serta idea tentang tajuk kajian.


BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan mengenai kaedah pengumpulan data, kaedah mendapatkan data

dan cara menganalisis data. Bahagian ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu:

Reka Bentuk Kajian, Deskripsi Data dan Lokasi Kajian. Turut dibincangkan juga adalah

Populasi dan Sampel Kajian, Unsur-unsur Instrumen, dan Proses interpretasi teks. Dalam pada

itu, dibincangkan juga Prosedur Analisis Kajian dan Rumusan.

3.2 DESKRIPSI KAJIAN

Kajian ini dijalankan di buah sekolah rendah di kawasan Tangkak, Johor. Responden yang

terlibat ialah lima orang guru dari sebuah sekolah rendah di kawasan tersebut iaitu, SJKT Daerah
Tangkak. Kelima-lima orang guru yang dipilh mempunyai pengalaman bekerja sebagai seorang

guru lebih dari 10 tahun. Kedudukan sekolah yang hampir dengan penyelidik juga menyebabkan

guru-guru ini dipilih oleh penyelidik.

3.3 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ialah pelan tindakan yang memperlihatkan secara terperinci bagaimana

sesuatu kajian itu dijalankan (Sabitha, 2006). Ia juga berfungsi sebagai panduan bagi membantu

penyelidik dalam proses memungut, menganalisis dan membuat pentafsiran hasil daripada

penyelidikan yang dijalankan. Reka bentuk penyelidikan juga menjadi model bagi membolehkan

penyelidik membuat inferens berkenaan pemboleh ubah yang dikaji. Kajian ini adalah

berdasarkan rekabentuk kajian yang menggunakan Analisis Hermeneutik sebagai metodologi

yang digunakan untuk menginterpretasi teks melalui temu bual dengan lima orang guru tersebut

dan menganalisis dalam mengenalpasti dan menyelesaikan masalah tekanan guru yang berlaku di

sekolah mereka.

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah temubual tidak berstruktur. Teknik ini

dipilih kerana ia merupakan aktiviti soal jawab yang lebih menjurus kepada persoalan kajian

yang hendah dijalankan. Soalan-soalan adalah bersifat terbuka dengan jangkaan pelbagai

jawapan akan diberi. Teknik ini akan mendapat membantu penyelidik dalam meneroka sesuatu

persoalan dengan lebih mendalam dan memberi kesempatan kepada responden mengambil masa

untuk berfikir, berbual-bual dan memberi interpretasi mengenai idea mereka. Responden juga

tidak didesak untuk menjawab persoalan yang dikemukakan dan berpeluang untuk menyatakan

apa sahaja pendapat mereka tanpa berasa khuatir atau ragu-ragu.


Interpretasi menggunakan
Teks kaedah Hermeneutik
Analisis Hermeneutik
Soalan temu bual Metateks
yang diberikan
Interpretasi teks Interpretasi soalan-soalan
kepada guru di SMK
temu bual yang dijawab oleh
Tun Ledang,
guru.
Tangkak.

Rajah 3.1 Reka Bentuk Kajian

3.3 Populasi dan Sampel

Menurut Mohd Yusof (2005), populasi ialah sekumpulan besar individu yang hendak dikaji. Ia

juga merupakan objek atau peristiwa yang dikaji. Perkataan populasi adalah merujuk kepada

himpunan keseluruhan subjek kajian yang tidak terhad kepada kumpulan manusia sahaja tetapi

merangkumi apa sahaja kumpulan subjek yang menjadi tumpuan kajian (Bidin Yatim &

Sharipah So’aad Syed Yahaya, 2002). Populasi merupakan keseluruhan dari objek penelitian

yang dapat berupa manusia, haiwan,tumbuh-tumbuhan, gejala, nilai, peristiwa, sikap hidup, dan

sebagainya yang menjadi pusat perhatian dan menjadi sumber data penelitian. Populasi dalam

kajian ini terdiri daripada guru-guru di sekolah rendah yang mempunyai pengalaman mengajar

sekurang-kurangnya selama 10 tahun di sekitar kawasan Tangkak, Johor.

Sampel ialah kumpulan yang akan dikaji yang diperoleh daripada populasi. Persampelan

bermaksud membolehkan maklumat diperoleh daripada sebahagian daripada kumpulan yang

lebih besar atau mendapatkan sampel daripada populasi sasaran. Pengambilan sampel dari
populasi mestilah benar-benar mewakili populasi (Mohd Yusof, 2005). Menurut Azizi et. al

(2007), beberapa teknik dapat digunakan bagi mendapatkan sampel yang mewakili populasi

dengan tepat. Bagi menjalankan kajian ini, sebuah sekolah rendah yang terletak di bandar

Tangkak, Johor iaitu SJKT Jalan Sialang telah dipilih secara rawak. Kaedah persampelan yang

digunakan untuk memilih sampel kajian ialah persampelan rawak mudah. Seramai 5 orang guru

dari sekolah tersebut telah dipilih sebagai responden kajian.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen ialah cara atau alat untuk mengumpulkan data. Komponen utama dalam instrumen

ialah item-item atau soalan yang boleh merangsang atau mendapat maklum balas. Instrumen

yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik.. Instrumen yang digunakan dalam

kajian ini ialah soalan temu bual. Maklumat yang diperlukan akan dikumpul melalui temu bual.

Soalan temu bual dibina sendiri oleh penyelidik berpandukan pembacaan daripada buku rujukan

serta kajian-kajian lepas.

3.7 Kaedah Analisis Kajian

Kajian ini menggunakan analisis berbentuk deskriptif, iaitu analisis secara dengan

menginterpretasi data kajian. Kaedah ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu melalui

interpretasi teks. Analisis Hermeneutik boleh ditakrifkan sebagai proses menginterpretasi teks,
iaitu mencari makna dalam teks jawapan soal selidik yang ditulis secara terperinci oleh para

responden. Pengkaji akan membuat pra-pemahaman apabila membaca teks yang dijawab oleh

guru dengan teliti dari awal ke akhir jawapan. Maka, pengkaji dapat mengetahui dan memahami

perkara yang dimaksudkan oleh guru dalam jawapannya.

Analisis Hermeneutik menginterpretasi ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang. Ciri-ciri ini

termasuklah kognitif, afektif dan psikomotor individu tersebut. Menurut Rickman (1976) dalam

Suppiah Nachiappan et al. (2016), kaedah Hermeneutik boleh digunakan untuk menganalisis dan

menginterpretasi teks untuk mengkaji pemikiran dan perasaan seseorang. Berdasarkan kajian ini,

kaedah Hermeneutik dapat digunakan untuk mengetahui punca yang menyebabkan berlakunya

tekanan kerja dikalangan guru sekolah rendah. Selain itu, perlakuan guru terhadap faktor tekanan

kerja dapat dikenalpasti. Oleh itu, pengkaji dapat mencari jalan penyelesaian terhadap masalah

tekanan kerja yang berlaku dalam kalangan guru sekolah rendah. Rajah 3.1 menerangkan kaedah

Hermeneutik yang digunakan dalam kajian ini.

Kaedah Hermeneutik

Teks soal selidik analisis faktor berlaku tekanan kerja dan cara penyelesaian

Struktur Luaran – Makna Tersurat (Jawapan yang diberikan oleh guru-guru


terhadap soal selidik)

Struktur Dalaman – Makna Tersirat (Teks yang diintepretasi melalui teks asal)

Hasil interpretasi Teks (Metateks dalam bentuk perenggan-perenggan idea


baharu)

Rumusan (Pengkaji membuat rumusan terhadap dapatan kajian secara


kesimpulan)
Rajah 3.2: Kaedah Hermeneutik
3.7.1 Teks

Berdasarkan pandangan kaedah Hermeneutik, teks mempunyai kandungan tersurat dan tersirat

yang boleh diinterpretasi (Suppiah, 2016). Teks digunakan untuk menyampaikan sesuatu makna

yang dihasratkan, iaitu perasaan dan pemikiran manusia. Semua pernyataan yang melahirkan

ekspresi perasaan dan pemikiran boleh dianggap sebagai teks dan boleh diinterpretasikan

menggunakan kaedah Hermeneutik.

Dalam kajian ini, teks responden yang diperoleh daripada soal selidik adalah bahan

kajian utama penyelidikan. Setiap teks mempunyai kebolehpercayaan jika ia diciptakan tanpa

sebarang manipulasi. Teks haruslah dihasilkan dalam keadaan spontan supaya kebolehpercayaan

teks itu boleh dipraktiskan. Menurut Suppiah (2016), teks mencerminkan ciri sosial, budaya,

pengalaman lampau dan masa kini, perasaan serta pengetahuan yang ada pada pengkaji yang

menganalisis teks. Seseorang pengkaji perlu bersifat terbuka (Openness) supaya tiada sebarang

prasangka, prejudis atau bias semasa menginterpretasikan teks.

Menurut Loganathan (1992), pengkaji akan mengalami keadaan kekaburan (ontoenigma)

tentang isi kandungan teks semasa menginterpretasi teks. Oleh itu, pengkaji akan mencari

penjelasan bagi memahami teks tersebut. Menurut Suppiah (2016), apabila membaca teks,

pengkaji dapat mengesan struktur dalaman dan struktur luaran sesebuah teks, kedua-dua struktur

ini akan membantu pengkaji melepasi keadaan kekaburan ke arah pemahaman teks yang

bermakna.
3.7.2 Metateks

Metateks adalah hasil interpretasi yang dibuat terhadap teks yang mengandungi penjelasan

terhadap apa yang dicari dalam teks (Suppiah, 2016). Metateks merupakan maklumat penting

untuk merumus dapatan kajian tentang apa yang hendak dikaji dalam sesuatu kajian. Dalam

kajian ini, metateks ialah hasil interpretasi yang dibuat terhadap soal selidik secara temu bual

yang dijalankan ke atas responden yang mengandungi penjelasan terhadap makna yang dicari di

dalam teks. Rajah 3.2 menunjukkan hubungan interpretasi teks dan hasil interpretasi metateks

menggunakan kaedah Hermeneutik.

Teks Metateks

Input Output
Kaedah Hermeneutik
Teks penulisan atau interaksi Hasil interpretasi teks
yang ditranskripkan. Interpretasi teks berdasarkan teks asal.

Rajah 3.3: Reka Bentuk Kajian Menggunakan Kaedah Hermeneutik (Suppiah, 2003)

3.8 Prosedur Analisis Kajian


Analisis kajian merujuk kepada cara menginterpretasi data yang diperoleh semasa menjalankan

kajian. Semasa menjalankan kajian ini, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada

lima orang guru dari SJKT Daerah Tangkak. Enam soalan berkaitan faktor dan cara mengatasi

tekanan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah telah diutarakan kepada mereka. Guru-guru

yang dipilih untuk menjawab terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman mengajar lebih dari

10 tahun. Guru-guru telah diberi masa selama seminggu untuk melengkapkan borang soal selidik

yang diedarkan. Kemudian, penyelidik telah pergi ke sekolah-sekolah tersebut untuk

mendapatkan semula borang soal selidik yang telah dijawab oleh guru-guru.

Kemudian, jawapan yang diberikan oleh guru telah dicatat dan diinterpretasi dalam

bentuk teks. Pengkaji telah membandingkan persamaan dan perbezaan jawapan guru-guru

tersebut semasa menganalisis data. Selain itu, penyelidik juga telah merujuk dan menganalisis

sumber sekunder lain seperti jurnal, kajian lepas, artikel dan penulisan akademik lain yang

berkaitan dengan tekanan kerja guru. Pernyataan yang didapati dalam bahan sekunder tersebut

telah digunakan untuk menyokong hasil temu bual bersama guru-guru yang ditemu bual.

3.9 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Kesahan dan kebolehpercayaan merupakan aspek yang penting dalam kaedah Hermeneutik bagi

membuktikan kebolehpercayaan instrumen dengan menggunakan data-data tertentu. Penggunaan

item yang sah dalam proses pengukuran dapat memberikan hasil dapatan yang konsisten dengan

penggunaan pengukuran dan corak respons yang sah. Tanpa corak respons yang sah, data kajian

tidak dapat ditakrifkan dengan tepat.


Semakan pakar adalah perlu untuk memastikan ketepatan konstruk serta kejelasan

instrumen kajian. Oleh itu, dalam kajian ini soalan-soalan soal selidik telah dirujuk kepada

beberapa orang pensyarah di Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris

untuk disemak bagi memastikan isi kandungannya bersesuaian dan menepati matlamat kajian ini.

Kebolehpercayaan bergantung kepada ketekalan atau kestabilan keputusan kajian. Hal ini

bermakna penulisan jawapan responden dapat diinterpretasikan melalui kaedah Hermeneutik.

Dengan itu, dianggap bahawa keputusan kajian adalah konsisten dan hasil yang diberikan adalah

tekal dan boleh percaya.

3.10 Rumusan

Bab ini membincangkan secara terperinci mengenai metodologi yang digunakan dalam kajian ini

termasuklah reka bentuk kajian, lokasi kajian, populasi kajian, sampel kajian, kaedah analisis

kajian, instrumen kajian, kaedah analisis kajian, prosedur analisis serta kesahan dan

kebolehpercayaan instrumen kajian.


BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan tahap tekanan kerja yang dialami oleh guru-guru di sekolah rendah

serta faktor yang menyebabkan tekanan kerja dalam kalangan guru-guru di kawasan Tangkak,

Johor. Selain itu langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini juga dibincangkan

dalam bab ini melalui Kaedah Hermeneutik. Penyelidik akan menunjukkan keputusan kajian

yang diperolehi setelah proses pengumpulan data dan penganalisisan data berdasarkan objektif

kajian serta soalan kajian yang dibentuk. Terdapat tiga soalan kajian yang dikemukakan iaitu

Apakah tahap tekanan kerja yang dihadapi oleh guru, Apakah pasti faktor-faktor yang

menyebabkan tekanan kerja dalam kalangan guru dan Apakah langkah-langkah mengatasi

tekanan kerja dalam kalangan guru. Responden juga dibekalkan dengan soalan tambahan bagi

menjelaskan lagi soalan kajian. Analisis data dibuat dengan menggunakan Analisis Hermeneutik.

Guru di sekolah rendah di kawasan Tangkak yang dipilih sebagai responden telah menjawab

enam soalan kajian tersebut berserta soalan tambahan. Hasil temu bual telah dicatat dalam

bentuk teks

4.2 PERSOALAN KAJIAN 1:

APAKAH TAHAP TEKANAN KERJA YANG DIHADAPI OLEH GURU?


Teks Asal Interpretasi terhadap tahap Tekanan kerja

Soalan: Secara umumnya, bolehkah guru dalam kalangan guru.

nyatakan tahap tekanan kerja yang dialami

oleh guru?
R1: Agak tinggi kerana guru mempunyai Responden 1 menyatakan bahawa tahap stress

banyak kerja. yang dialami oleh guru adalah tinggi kerana

beban kerja yang tinggi.


R2: Tahap tekanan guru adalah tinggi kerana Responden 2 menyatakan bahawa tahap stress

banyak beban kerja. yang dialami oleh guru adalah tinggi kerana

beban kerja yang tinggi.


R3: Saya berasa bahawa guru-guru pada masa Responden 3 juga menyatakan bahawa beban

ini sangat tertekan dengan pelbagai kerja. kerja yang tinggi telah menyebabkan guru-guru

mengalami tekanan yang tinggi.


R4: Tekanan yang dihadapi oleh guru-guru Responden 4 menyatakan bahawa tahap stress

sekolah rendah adalah sederhana. yang dihadapi oleh guru-guru adalah pada

tahap sederhana.
R5: Tekanan kerja yang dihadapi oleh guru- Responden 5 menyatakan bahawa tahap stress

guru adalah sangat serius. yang dihadapi oleh guru adalah pada tahap

yang serius.

Teks Asal Interpretasi terhadap tahap Tekanan kerja

Soalan: Bagaimanakah anda dapat dalam kalangan guru.

mengenal pasti yang anda menghadapi

tekanan kerja yang tinggi?


R1: Saya berasa bahawa saya menghadapi Responden 1 menyatakan bahawa beliau dapat

tekanan apabila saya berasa sangat stress. mengenal pasti bahawa beliau menghadapi
tekanan yang tinggi apabila beliau berasa

stress.
R2: Saya mengahdapi tekanan apabila Responden 2 mendapati bahawa beliau

berhadapan dengan beban kerja yang terlalu tertekan apabila tidak dapat tidur dengan

banyak sehingga tidak dapat tidur sempurna. sempurna akibat beban kerja yang tinggi.
R3: Saya berasa tertekan kerana kerja sekolah Responden 3 mendapati bahawa beliau

yang melampau sehingga saya tidak dapat tertekan apabila tidak dapat meluangkan masa

meluangkan masa untuk diri sendiri dan untuk diri sendiri dan keluarga.

keluarga serta berasa sangat stress.


R4: Saya berasa tertekan apabila tidak ada Responden 4 mengetahui bahawa beliau

masa untuk diri sendiri kerana kerja sekolah menghadapi stress apabila beliau tidak ada

yang terlalu banyak. masa untuk diri sendiri.


R5: Saya mendapati bahawa saya tertekan Responden 5 telah mendapati bahawa beliau

apabila saya kerap jatuh sakit dan tidak selera tertekan apabila beliau kerap jatuh sakit dan

untuk makan. tidak ada selera untuk makan.

Perbincangan persoalan Kajian 1

Analisis menunjukkan bahawa tahap tekanan kerja yang dihadapi oleh guru-uru adalah sangat

tinggi. Hal ini dapat dibuktikan apabila empat daripada lima orang guru-guru menyatakan

bahawa mereka mengalami tekanan kerja yang tinggi disebabkan beban kerja yang semakin

bertambah. Hanya seorang guru menyatakan bahawa tahap tekanan kerja yang dialaminya adalah

pada tahap yang sederhana. Apabila dipersoalkan bagaimana guru dapat mengenal pasti bahawa

mereka menghadapi tekanan kerja yang tinggi, guru-guru telah menyatakan beberapa tanda yang

menujukkan bahawa mereka telah menghadapi tekanan kerja yang agak serius. Responden 1
telah menyatakan bahawa beliau berasa sangat stress akibat tekanan kerja yang tinggi. Manakala

Responden 2 pula tidak dapat tidur dengan sempurna akibat tekanan dan beban kerja yang tinggi.

Hal ini harus dipandang serius kerana, apabila seseorang tidak dapat tidur dengan sempurna,

kesihatan dan emosi individu tersebut akan terganggu. Di samping itu, guru-guru juga

menyatakan bahawa mereka telah mengenal pasti yang mereka mengahadapi tekanan kerja yang

tinggi apabila mereka tidak dapat meluangkan masa untuk diri sendiri dan keluarga mereka. Hal

ini juga akan memberi kesan negatif kepada guru-guru kerana ia akan menjejaskan hubungan

kekeluargaan mereka. Responden 5 pula menyatakan bahawa beliau mendapati yang beliau

menghadapi tekanan kerja yang tinggi apabila beliau kerap jatuh sakit dan tidak ada selera untuk

makan. Secara, keseluruhannya, didapati bahawa guru-guru menghadapi tekanan kerja yang

tinggi dan telah mengenal pastinya melalui tanda-tanda yang tertentu.

4.3 PERSOALAN KAJIAN 2:

APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN TEKANAN KERJA DALAM

KALANGAN GURU?

Soalan: Apakah perkara-perkara yang Interpretasi terhadap faktor Tekanan kerja

menyebabkan guru berasa tertekan? dalam kalangan guru.


R1: Saya berasa tertekan apabila saya terpaksa Responden 1 menyatakan bahawa faktor yang

membuat kerja-kerja dokumentasi yang menyebabkan beliau tertekan adalah kerana

banyak. kerja-kerja dokumentasi yang banyak.


R2: Saya berasa tertekan kerana tugasan di Responden 2 menyatakan bahawa faktor yang

sekolah sangat banyak dan kerja-kerja menyebabkan beliau tertekan adalah kerja-
dokumentasi yang menyebabkan saya tidak kerja dokumentasi yang menghalang beliau

dapat melaksanakan perancangan pengajaran dari melaksanakan perancangan pengajaran

dengan baik. dengan baik.


R3: Saya berasa tertekan kerana guru besar Responden 3 menyatakan bahawa faktor yang

saya merupakan seorang suka memarahi guru- menyebabkan beliau tertekan adalah kerana

guru di depan orang ramai. Beliau juga agak sikap guru besar yang suka memarahi guru-

pilih kasih. guru di depan orang ramai dan bersikap pilih

kasih.
R4: Saya berasa tertekan dengan tugasan Responden 4 menyatakan bahawa faktor yang

sekolah yang memerlukan saya untuk menyebabkan beliau tertekan adalah kerana

membawa murid-murid ke luar dari sekolah tidak dapat meluangkan masa bersama ahli

pada hujung minggu. Saya tidak dapat keluarga walaupun pada hujung minggu kerana

meluangkan masa bersama keluarga. terpaksa membimbing murid-murid ke aktiviti

di luar sekolah.
R5: Saya berasa tertekan kerana kerja di Responden 5 menyatakan bahawa faktor yang

sekolah yang terlalu banyak terutamanya kerja menyebabkan beliau tertekan adalah kerana

dokumentasi yang banyak mengambil masa terlalu banyak kerja dokumentasi yang

yang banyak. mengambil masa yang lama untuk

diselesaikan.

Soalan: Selain dari kerja di sekolah, apakah Interpretasi terhadap faktor Tekanan kerja

tugas-tugas lain yang menyebabkan guru dalam kalangan guru.

berasa tertekan?
R1: Selain kerja di sekolah, melayan murid- Responden 1 menyatakan bahawa selain kerja

murid yang pelbagai karenah dan kurang di sekolah, faktor yang menyebabkan beliau
mendengar cakap membuat saya sangat tertekan adalah sikap murid-murid yang tidak

tertekan. mendengar cakap guru.


R2: Saya berasa tertekan apabila diberi kerja- Responden 2 menyatakan bahawa selain kerja

kerja tambahan yang harus dilakukan secara di sekolah, faktor yang menyebabkan beliau

atas talian kerana sistem yang sangat perlahan. tertekan adalah kerja-kerja tambahan yang

harus dilakukan atas talian kerana sistem yang

perlahan.
R3: Saya berasa tertekan apabila terpaksa Responden 3 menyatakan bahawa faktor yang

menghadiri banyak kursus yang menyebabkan menyebabkan beliau tertekan adalah kerana

kerja di sekolah tertunggak dan menjadi terpaksa menghadiri banyak kursus sehingga

semakin banyak. kerja di sekolah tertunggak dan terkumpul.


R4: Saya berasa tertekan apabila terpaksa Responden 4 menyatakan bahawa selain kerja

menggunakan media elektronik untuk di sekolah, faktor yang menyebabkan beliau

mengajar dan melakukan kerja-kerja tertekan adalah kerana sistem pendidikan yang

dokumentasi atas talian yang mengambil masa kian berubah dan mewajibkan guru-guru untuk

terlalu banyak serta sistem yang sentiasa menggunakan media elektronik sama ada

bermasalah. untuk mengajar mahupun membuat kerja

dokumentasi.
R5: Saya berasa tertekan apabila terpaksa Responden 5 menyatakan bahawa faktor yang

menghadiri kursus yang banyak pada hari menyebabkan beliau tertekan adalah kerana

sekolah dan juga hujung minggu. terpaksa menghadiri kursus sama ada pada hari

persekolahan serta hujung minggu.

Perbincangan Persoalan Kajian 2


Analisis jawapan bagi soalan kajian 2 menjelaskan tentang faktor-faktor yang telah

mengakibatkan tekanan kerja yang tinggi dalam kalangan guru-guru. Hasil temu bual

menunjukkan kerja-kerja dokumentasi yang banyak merupakan salah satu faktor utama yang

menyebabkan tekanan kerja dalam kalangan guru-guru. Seramai tiga orang responden iaitu

responden 1 dan 5 menyatakan bahawa mereka tertekan akibat kerja-kerja dokumentasi yang

banyak terutamanya yang dilakukan secara atas talian. Hal ini kerana sistem yang perlahan dan

bermasalah mengambil masa yang banyak untuk diselesaikan. Hal ini menyebabkan kerja-kerja

lain ketinggalan. Responden 2 pula menyatakan bahawa beliau tidak dapat menyesuaikan diri

dengan pengajaran menggunakan media elektronik. Selain itu, responden 3 pula menyatakan

bahawa sikap guru besar yang sentiasa memarahi guru-guru di khalayak ramai telah

menyebabkan beliau berasa tertekan. Hal ini menunjukkan bahawa seseorang pengetua atau guru

besar memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana yang kondusif untuk guru-guru

bekerja. Akhir sekali, responden 4 menyatakan bahawa beliau tertekan kerana terpaksa

membimbing murid-murid ke aktiviti di luar sekolah pada hujung minggu. Hal ini

mengakibatkan beliau kurang meluangkan masa bersama ahli keluarga.

Selain kerja-kerja sekolah yang semakin bertambah, guru juga berasa tertekan dengan

kerenah murid-murid yang tidak mendengar cakap guru-guru. Hal ini menyebabkan guru berasa

stress kerana harus menjerit untuk mengawal kelas mereka. Selain itu, guru juga menyatakan

bahawa kerja-kerja atas talian yang harus dilakukan selepas waktu persekolahan dan kursus serta

bengkel yang dijalankan sama ada pada hari persekolahan mahupun hujung minggu mengganggu

tugas-tugas rutin guru-guru. Hal ini menyebabkan banyak tugasa guru yang tertunggak dan

menjadi semakin banyak.


4.4 PERSOALAN KAJIAN 3

APAKAH LANGKAH-LANGKAH MENGATASI TEKANAN KERJA DALAM

KALANGAN GURU?

Soalan: Apakah langkah yang diambil oleh Interpretasi terhadap langkah mengatasi

anda untuk mengatasi tekanan kerja? Tekanan kerja dalam kalangan guru.
R1: Saya melakukan kerja yang penting dahulu Responden 1 menyatakan bahawa bagi

dan kemudian baru menyiapkan kerja yang mengatasi tekanan kerja, beliau menyelesaikan

kurang penting. kerja-kerja yang penting terlebih dahulu.


R2: Saya tidak tahu langkah untuk mengatasi Responden 2 menyatakan bahawa beliau tudak

tekanan kerja yang saya hadapi. tahu cara yang sesuai bagi mengatasi tekanan

kerja yang dihadapi oleh beliau.


R3: Saya cuba mengelakkan dari membuat Responden 1 menyatakan bahawa bagi

kerja-kerja tambahan yang dirasakan membazir mengatasi tekanan kerja, beliau mengelakkan

masa. diri dari melakukan kerja-kerja yang tidak

berfaedah.
R4: Saya mendahulukan kerja-kerja yang Responden 4 menyatakan bahawa bagi

penting berbanding kerja-kerja lain. mengatasi tekanan kerja, beliau menyelesaikan


kerja-kerja yang penting terlebih dahulu.
R5: Saya melakukan kerja mengikut tahap Responden 5 menyatakan bahawa bagi

kepentingan. mengatasi tekanan kerja,beliau menyelesaikan

kerja-kerja yang penting terlebih dahulu.

Soalan: Apakah cadangan langkah-langkah Interpretasi terhadap langkah mengatasi

lain yang boleh diambil oleh guru-guru lain Tekanan kerja dalam kalangan guru.

bagi mengatasi tekanan kerja yang tinggi?


R1: Guru boleh meluangkan masa dengan Responden 1 menyatakan bahawa bagi

beriadah pada hujung minggu untuk mengatasi tekanan kerja, guru boleh

mengelakkan tekanan. melakukan aktiviti riadah pada hujung minggu.


R2: Guru-guru boleh mengatasi tekanan Responden 2 menyatakan bahawa bagi

dengan bersenam atau beriadah bersama mengatasi tekanan kerja, guru boleh

keluarga. melakukan aktiviti riadah atau bersenam

bersama ahli keluarga.


R3: Guru boleh meminta kebenaran dari guru Responden 3 menyatakan bahawa bagi

besar untuk dikecualikan dari menghadiri mengatasi tekanan kerja, guru boleh meminta

kursus pada hujung minggu. kebenaran dari pengetua untuk dikecualikan

daripada program-program hujung minggu.


R4: Tekanan dapat dielakkan dengan Responden 4 menyatakan bahawa bagi

melakukan yoga atau meditasi. mengatasi tekanan kerja, guru boleh

melakukan aktiviti Yoga atau meditasi.


R5: Guru boleh mengatasi tekanan kerja Responden 5 menyatakan bahawa bagi

dengan mendapatkan rehat dan tidur yang mengatasi tekanan kerja, guru harus

mencukupi. mendapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.


Perbincangan Persoalan Kajian 3

Sebanyak dua soalan telah dikemukakan kepada para responden untuk mengenal pasti langkah

mengatasi tekanan kerja dalam kalangan guru. Soalan pertama berfokus pada langkah yang

diambil oleh para guru manakala soalan kedua berfokus pada cadangan responden kepada guru-

guru sebagai langkah mengatasi tekanan guru. Bagi soalan pertama, seramai tiga orang guru iaitu

responden 1, 4 dan 5 menyatakan bahawa mereka akan menyelesaikan kerja-kerja yang penting

terlebih dahulu. Hal ini menunjukkan bahawa guru merancangn tugasan mereka mengikut tahap

kepentingan. Responden kedua pula menyatakan bahawa beliau tidak pasti akan cara yang perlu

diadaptasi oleh beliau untuk mengelakkan tekanan kerja yang tinggi. Situasi ini menjelaskan

keadaan guru yang masih berada dalam kekeliruan.Responden ketiga pula menyatakan bahawa

beliau mengelakkan diri dari melakukan kerja-kerja yang kurang berfaedah dan membazir masa.

Dengan ini beliau dapat mengurangkan beban tugasan yang dihadapi.

Seterusnya, bagi soalan kedua, guru-guru mencadangkan bahawa meluangkan masa

bersama ahli keluarga dengan bersenam dan beriadah mampu mengurangkan tekanan kerja yang

dihadapi oleh para guru. Responden 1 dan 2 telah mencadangkan langkah ini supaya dapat

mengatasi masalah tekanan kerja dalam kalangan guru. Responden ketiga pula mencadangkan

agar guru meminta kebenaran dari pengetua untuk dikecualikan dari melibatkan diri dalam

program dan aktiviti pada hujung minggu. Guru juga boleh mengambil langkah untuk menhadiri
program secara bergilir dengan guru-guru lain supaya tidak membebankan seorang sahaja.

Responden keempat mencadangkan aktiviti Yoga dan meditasi sebagai langkah mengatasi

tekanan kerja manakala, responden kelima mencadangkan agar guru-guru harus berehat dan

mendapatkan tidur yang secukupnya bagi mengelakkan tekanan kerja supaya tidak

memudaratkan kesihatan mereka.

4.5 RUMUSAN

Dalam bab ini, penyelidik telah mengemukakan analisis data kajian yang telah dikumpulkan

daripada sesi temu bual yang telah dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian yang

telah dikemukakan dalam bab 1. Setiap persoalan kajian dianalisis menggunakan kaedah

hermeneutic. Pengkaji juga telah menganalis sumber sekunder seperti buku, artikel, jurnal dan

tesis untuk menyokong hasil temu bual bersama responden.


BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Pengkaji akan menghuraikan rumusan analisis data yang telah dilaksanakan berdasarkan data

yang dikumpul untuk kajian ini dalam bab ini. Bab ini juga akan merangkumi rumusan dapatan

kajian, perbincangan dapatan kajian, implikasi kajian dan cadangan lanjutan kajian. Semua data

yang telah dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan kaedah Hermeneutik turut akan

dirumuskan dalam bab ini.


5.2 Ringkasan Dapatan Kajian

Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan bagi mengetahui tahap tekanan yan dihadapi oleh

guru-guru di sekolah secara umumnya. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti faktor-faktor

yang menyebabkan tekanan kerja dalam kalangan guru serta langkah mengatasinya. Kajian ini

dilakukan melalui pendekatan kualitatif menggunakan soalan temu bual dan dianalisis melalui

kaedah Hermeneutik. Responden kajian ini terdiri daripada 5 orang guru-guru sekolah rendah

yang terletak di bandar Tangkak, Johor yang dipilih menerusi persampelan rawak mudah.

Kelima-lima orang responden merupakan guru di SJKT Daerah Tangkak dan mempunyai

pengalaman mengajar lebih dari 10 tahun.

5.3 Dapatan Kajian

5.3.1 Latar belakan responden

Berdasarkan kepada kajian ini, seramailima orang guru telah dipilih sebagai responden kajian.

Guru-guru tersebut dipilih dari sebuah sekolah iaitu SJKT yang terletak di bandar Tangkak,

Johor. Kajian ini bertumpu kepada guru-guru yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Setiap responden yang dipilih mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 10 tahun.


5.3.2 Tahap Tekanan Kerja Dalam Kalangan Guru Pada Masa Kini

Berdasarkan hasil kajian, data jelas menunjukkan bahawa tahap tekanan dalam kalangan guru-

guru adalah sangat tinggi. Hal ini dapat dibuktikan menerusi jawapan yang diberikan oleh guru-

guru semasa ditemu bual. Seramai 4 dari 5 orang responden menyatakan bahawa mereka

menghadapi tekanan kerja yang tinggi akibat beban kerja yang semakin meningkat. Hanya

seorang guru yang menyatakan bahawa tekanan kerja yang beliau hadapi adalah pada tahap yang

sederhana.

Bebanan tugas yang banyak menyebabkan guru-guru hilang kawalan emosi dan menjadi

mangsa masalah tekanan. Hal ini disokong oleh Fazura (2011) yang menyatakan bahawa guru-

guru pada masa kini terlalu dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan

pengajaran dan pembelajaran seperti, aktiviti ko-kurikulum, menghadiri mesyuarat,

mengendalikan program-program pelajar, mengurus karenah dan kebajikan pelajar serta, tugas-

tugas pengurusan sehingga menjadi mangsa tekanan mental mahupun fizikal.

Analisis hasil kajian yang dijalankan oleh Azizi Yahaya dan Nik Diana Hartika (2010)

menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor bebanan kerja

dengan pengalaman mengajar. Ini menunjukkan guru yang lebih berpengalaman dan guru baru

menghadapi stres bebanan kerja yang sama. Selain itu, kajian ini juga membuktikan bahawa

terdapat hubungan yang signifikan antara faktor bebanan kerja dengan umur. Andaian yang

dapat dibuat di sini adalah guru yang lebih berumur lebih merasa stres bebanan kerja berbanding
guru muda. Maka, dalam konteks kajian ini dapat dinyatakan bahawa tekanan kerja yang

dihadapi oleh semua guru-guru adalah sama tetapi guru yang lebih berumur mengalami stress

yang lebih tinggi kerana tidak dapat menerima tekanan yang dihadapi.

5.3.3 Faktor yang menyebabkan tekanan kerja guru

Berdasarkan kepada kajian ini, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan guru-guru

mengalami tekanan kerja yang tinggi. Berdasarkan dua soalan yang dikemukakan kepada guru-

guru, didapati bahawa kerja-kerja dokumentasi terutamanya yang melibatkan dokumentasi atas

talian memberi kesan yang lebih tinggi kepada guru-guru. Sikap pengetua dan murid-murid juga

menyebabkan guru-guru mengalami tekanan kerja yang tinggi. Responden juga telah

menyatakan bahawa kehendak untuk menghadiri kursus dan bengkel-bengkel pada hari

persekolahan serta hujung minggu menyebabkan guru-guru tertekan kerana tidak dapat

meluangkan masa sama ada untuk diri sendiri mahupun bersama keluarga. Hal ini telah

mengakibatkan gangguan terhadap kesihatan dan emosi guru-guru.

Selain itu, kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa tahap tekanan kerja yang tinggi yang

dihadapi oleh guru-guru didorong oleh pelbagai faktor seperti pemberian kerja-kerja tambahan di

luar bidang kuasa, kurang mendapat penghargaan daripada pihak atasan, terpaksa berhadapan

dengan pelbagai kerenah atau tingkah laku para pelajar. Hal ini disokong oleh Ibrahim (2012) di

mana terdapat pembolehubah tak bersandar iaitu, bebanan tugas, karenah pelajar, kekangan

masa, penghargaan dan sokongan dari pentadbir, kekurangan sumber, hubungan sesama rakan
sekerja, dan hubungan dengan ibu bapa pelajar yang menyumbang kepada tekanan dalam

kalangan guru-guru di sekolah.

Hasil dapatan kajian yang diperoleh menerusi temu bual menunjukkan bahawa guru-guru

pada masa kini tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan suasana pendidikan yang banyak

mengalami arus perubahan. Penggunaan bahan media elektronik di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran membebankan guru lagi kerana mereka perlu memahirkan diri dan celik dalam

bidang teknologi dan maklumat. Tekanan yang dihadapi oleh guru terutamanya dalam organisasi

sekolah, konflik yang dialami dalam pembahagian tugas, dan keadaan tempat kerja. Selain itu,

komunikasi dalam kalangan guru semakin kurang berkesan dan guru memilih untuk

mendiamkan diri. Guru yang memiliki personaliti yang baik berubah sama sekali kepada

seseorang yang langsung tidak dikenali dan kepuasan kerja yang rendah apabila menjadi mangsa

tekanan (Mohd Fadzli, 2005).

5.3.4 Langkah mengatasi tekanan kerja guru

Berpandukan kepada analisis yang telah dilaksanakan dalam bab 4, beberapa langkah yang

sesuai untuk mengatasi tekanan kerja telah dikemukakan oleh guru-guru. antaranya ialah untuk

beriadah dan bersenam di samping meluangkan masa bersam ahli keluarga. Zaki Marosha,

(2010) juga meyokong pernyataan ini dengan menyatakan bahawa seseorang guru yang

mengalami tekanan emosi akibat beban kerja boleh mempelajari kemahiran relaksasi yang dapat

membantu meredakan reaksi fizikal terhadap tekanan. Sebagai contoh, guru boleh boleh

menjalankan relaksasi seperti aktiviti yoga yang mengutamakan cara menarik dan menghembus
nafas dengan perlahan-lahan yang boleh menangani stres. Bukan sahaja begitu, seseorang guru

patut mengekalkan cara hidup yang sihat dan seimbang dengan bersenam, makan makanan yang

sihat, mempunyai tidur yang cukup dan tidak meminum air beralkohol kerana badan yang sihat

dapat meningkatkan prestasi kerja. Untuk memperolehi cara hidup yang seimbang, seseorang

guru perlu meluangkan masa dengan melakukan hobi atau aktiviti rekreasi. Dengan membuat

demikian, mereka dapat mengalih fikiran mereka terhadap kerisauan dan kebimbangan mengenai

tugas serta mendapat persepsi yang baru untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.

Selain itu, guru-guru juga mencadangkan bahawa kerja-kerja yang lebih penting harus

dilakukan terlebih dahulu. Guru boleh merancang tugasan mereka dengan menyusun mengikut

tarikh penghantaran mahupun tahap kepentingan untuk menyelesaikannya. Kebanyakan guru-

guru muda yang baru diserapkan di sekolah kebanyakan tidak pandai menguruskan masa sendiri

sehinggakan mereka cenderung untuk mencampurkan tugas rasmi dengan aktiviti-aktiviti yang

lain. Kebanyakan guru yang bekerja menghabiskan masa ke atas tugasan yang kurang penting

telah mengabaikan tanggungjawab yang lain sehingga mereka berasa tugas mereka tidak dapat

diselesaikan. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi guru mengalami masalah tekanan

emosi akibat beban kerja. Oleh itu, kemahiran pengurusan masa dapat membantu seseorang guru

menumpukan kepada kerja-kerja yang penting dahulu dan melakukannya dengan lebih bijak.

Contohnya, seseorang guru perlu merancang jadual bekerja dan meluangkan masa lapang

individu yang secukupnya untuk kegunaan diri.


Selain daripada itu, guru sepatutnya diberi pengkhususan tugas iaitu memberikan

tumpuan kepada pengajaran sahaja. Didapati tugas guru di sekolah bukan sahaja mengajar

sebaliknya melakukan tugas-tugas pengurusan yang lain, di mana tugas-tugas tersebuts epatutnya

dijalankan oleh individu lain. Umpamanya, pengurusan data-data murid dan sekolah

menggunakan aplikasi atas talian yang baru sahaja diperkenalkan baru-baru ini. Menurut Jaafar

Muhammad (2003), kebanyakan individu bekerja selama 45 jam dalam masa seminggu dan masa

selebihnya harus diluangkan untuk diri sendiri dan ahli keluarga.

5.4 Implikasi Kajian

Terdapat beberapa implikasi yang dapat diketengahkan yang mencakupi implikasi kepada murid-

murid, guru-guru, pihak sekolah dan pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Kajian ini memberikan petunjuk yang jelas bahawa ramai guru di Tangkak, Johor tanpa

mengira agama dan bangsa mengalami masalah dari segi tekanan kerja akibat daripada beban

tugas yang ditanggung. Terdapat pelbagai faktor dalaman dan luaran yang dikenal pasti menerusi

kajian ini yang meningkatkan tekanan dalam kalangan guru. Guru-guru pada masa kini terpaksa

menyesuaikan diri mereka dengan setiap perubahan dalam bidang pendidikan yang berlaku di

negara ini. Hal ini menyebabkan guru-guru senang mendapat tekanan dan menjadi mangsa sakit

jiwa jika tidak dapat menghadapi masalah ini pada paras berbahaya.
Tambahan pula, kajian ini turut menjadi panduan kepada kepada pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia bagi mengorak langkah dalam menangani masalah tekanan guru dengan

melihat dan mengkaji aspek kebajikan guru-guru di sekolah. Kebajikan guru-guru yang tidak

terurus akan menimbulkan masalah kepada guru dan implikasi seterusnya sudah tentulah kepada

murid-murid. Sebaik-baiknya apa juga kemudahan dan keistimewaan yang dinikmati oleh

penjawat-penjawat awam yang lain dinikmati juga oleh golongan guru.

Di samping itu, menerusi kajian ini, pihak sekolah dapat dipaparkan dengan masalah

yang dihadapi oleh guru di setiap sekolah apabila diberikan pelbagai kerja di luar bidang kuasa

guru dan terlibat dengan pengurusan luar bilik darjah. Maka, kajian ini dapat menjadi laluan

kepada pihak sekolah bagi mengorak langkah dalam pembahagian tugas guru yang adil dan tidak

memberi penekanan kerja yang tinggi terhadap guru-guru di sekolah baik guru lelaki mahupun

guru perempuan.

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian tentang beban tugas guru dengan tekanan kerja guru memerlukan perubahan dari segi

konsepnya.Kajian yang berbentuk perbandingan antara sekolah menengah dengan guru sekolah

rendah boleh dijalankan. Perbandingan tekanan kerja guru antara guru sekolah menengah dan

sekolah rendah dapat mengukuhkan lagi pemahaman pengkaji tentang kajian ini. Analisis

daripada kajian sebegini boleh disampaikan dalam bentuk yang jelas dan menarik kepada

pembaca.

Selain itu, kajian ini hanya menumpukan kepada populasi sekolah menengah kebangsaan
tertentu di kawasan bandar Tangkak, Johor sahaja. Oleh itu, kajian ini tidak dapat dijadikan

kajian secara umum atau digeneralisasikan untuk semua sekolah menengah kebangsaan di negeri

Johor.Penyelidik ingin mencadangkan bagi kajian pada masa akan datang, ianya akan

merangkumi ke seluruh negeri Johor bagi melihat punca yang lebih berkait dengan responden

dalam penyelidikan. Jenis sekolah yang ingin dikaji boleh ditambah daripada hanya berfokuskan

kepada sekolah menengah kebangsaan semata-mata. Jenis-jenis sekolah yang lain seperti sekolah

menengah agama, sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah pendidikan khas dan sekolah

menengah Vokasional dapat dijadikan sebagai sampel kajian.

Tambahan pula, dapatan kajian ini hanya melibatkan 5 orang responden yang menjawab

soal selidik. Hasil kajian ini lebih tepat dan bernas boleh diperoleh sekiranya pengkaji akan

datang menambah bilangan responden serta memperluaskan lokasi kajiannya. Penyelidik juga

mencadangkan supaya lebih banyak persoalan kajian yang melibatkan faktor jantina, bangsa,

lokasi sekolah, dan taraf sekolah. Pendekatan kajian yang berbentuk kuantitatif dengan

menggunakan kaedah soal selidik juga boleh dilaksanakan bagi memperoleh pendapat dan

pandangan yang lebih telus.

Dilihat dari sudut yang lain pula, kajian ini dapat dijalankan berdasarkan kepada konsep

perbezaan jenis tekanan kerja antara guru –guru di bandar dan guru-guru di luar bandar. Hal ini

dapat memaparkan kepada pembaca tentang emosi kerja yang dihadapi oleh guru-guru di bandar

dan luar bandar. Guru-guru di bandar yang memiliki segala kemudahan teknologi dan alat bantu

mengajar yang canggih dapat dibandingkan beban tugas dengan guru-guru di luar bandar yang

serba kekurangan dari segi alat bantu mengajar yang canggih.


Kesimpulannya, kajian ini dapat dijalankan dengan pelbagai aspek bagi menarik lagi

minat pembaca dan mendapatkan maklumat yang lebih kukuh tentang kajian ini.

5.6 Rumusan

Secara keseluruhannya, peranan guru bukan sahaja mengajar dan mendidik, bahkan turut

dibebani dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Walau bagaimanapun, guru terpaksa menerima hakikat bahawa bidang pendidikan akan kerap

berubah seiringan dengan perkembangan global. Tanggungjawab dan peranan yang dimainkan

oleh guru sangat mencabar dan berat. Beban tugas yang dirasakan oleh guru dalam bekerja akan

meningkat seiringan dengan pertambahan tugas yang diberikan kepadanya. Maka, guru

seharusnya menjadikan beban tugas yang dipikul itu sebagai satu cabaran dalam melahirkan

generasi pelajar yang berkualiti tinggi dan memenuhi matlamat pendidikan negara.
BIBLIOGRAFI

Arzizul & Norizah. (2018). Pengaruh beban tugas dan motivasi terhadap keefisienan kerja guru
sekolah menengah di Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 3(2):
77-84.

Azizi Yahaya & Nik Diana Hartika. (2010). Tahap Stres Dan Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhinya Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Negeri Johor, Melaka,
Negeri Sembilan Dan Selangor. Skudai: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.

Bidin Yatim & Sharipah So‟aad Syed Yahaya. (2002). Statistik Gunaan (2nd Ed). Sintok:
Universiti Utara Malaysia.

Carmen, P,. (2008). Challenges in the classroom and teacher stress. Provincial Health Services
Authority of British Colombia.

Fazura. (2011). Faktor-faktor penentu stres dalam kalangan guru-guru: kajian di sekolah
rendah mubaligh di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Ibrahim. (2012). Senario pendidikan di Malaysia masa kini. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mat Ali. (1998). Strategi Menangani Tekanan di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Zon A
di bahagian Kuching, Sarawak. Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak.

Mohd Fadzli, Janet Ho, Irdiana Syeriza & Nazrah. (2005). Tekanan guru dalam pendidikan dan
resolusi penyelesaiannya. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Yusof Hj. Othman. (2005). Pembinaan Konseptual dalam Pembelajaran di IPT dalam
Mahasiswa Abad ke 21. Selangor: Fakulti Pendidikan, UKM, Yayasan Istana Abdul
Aziz dan Projek Manara Gading.

Noraini. (2015). Tekanan kerja dalam kalangan guru : kajian di sebuah sekolah menengah
daerah Kluang Johor Darul Takzim. Kedah: Universiti Utara Malaysia.
Ramlee Mustapa. (2017). Hubungan Antara Beban Tugas Dengan Efikasi Diri dan Kepuasan
Kerja Pensyarah di Kolej Vokasional. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan
Idris.

Rosnah & Siti Nur Fatihah. (2018). Prestasi Kerja Guru Dan Hubungannya Dengan Faktor
Beban Tugas, Persekitaran Kerja Dan Personal: Kajian Kes Di Sebuah Sekolah Di
Sabah, Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(1): 1-15.

Sabitha Marican. (2006). Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya: Prentice Hall.
Shafinaz. (2013). Menentusahkan faktor tekanan kerja guru sekolah menengah gred A daerah
Batu Pahat. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Suppiah, N. (2016). Kaedah Hermenneutik: Kaedah Interpretasi Teks Secara Kualitatif.


Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
LAMPIRAN A

SOALAN TEMU BUAL

Arahan Umum:

Sila jawab semua soalan dalam Bahagian A,B, C dan D. Sila tanda (/) pada ruang berkenaan

yang anda fikirkan paling sesuai.

BAHAGIAN A

1. Jantina : Lelaki ( ) Perempuan ( )

2. Umur : 25 hingga 34 tahun ( ) 35 hingga 44 tahun ( )

45 hingga 54 tahun ( ) 55 tahun ke atas ( )

3. Mata pelajaran yang diajar : _______________________________

BAHAGIAN B:

TAHAP TEKANAN KERJA YANG DIALAMI OLEH GURU

1. Secara umumnya, bolehkah guru nyatakan tahap tekanan kerja yang dialami oleh guru?
______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

2. Bagaimanakah anda dapat mengenal pasti yang anda menghadapi tekanan kerja yang tinggi?

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

BAHAGIAN C:

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN TEKANAN KERJA DALAM

KALANGAN GURU

1. Apakah perkara-perkara yang menyebabkan guru berasa tertekan?

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

2. Selain dari kerja di sekolah, apakah tugas-tugas lain yang menyebabkan guru berasa tertekan?

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________
BAHAGIAN D:

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI TEKANAN KERJA DALAM KALANGAN

GURU

1. Apakah langkah yang diambil oleh anda untuk mengatasi tekanan kerja?

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

2. Apakah cadangan langkah-langkah lain yang boleh diambil oleh guru-guru lain bagi

mengatasi tekanan kerja yang tinggi?

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai