Anda di halaman 1dari 1

Subramaniam a/l.

Sonamuthu
433. Tmn Seri Impian,Jln Lencong Barat,
05050, Alor Setar,Kedah
013-4887494 6.10.2021

Kepada
Ketua Polis Daerah Kota Setar

Tuan / Puan

SURAT PERMOHONAN MEMASANG KHEMAH DI HALAMAN RUMAH

Merujuk kepada perkara diatas, saya Subramaniam A/L Sonnamuthu seperti maklumat diatas
ingin memohon jasa baik daripada pihak tuan/puan untuk memberikan kebenaran memasang
khemah diatas jalan raya di hadapan rumah saya.

2. Saya ingin memohon kebenaran pemasangan khemah berkenaan seperti ketetapan


yang berikut;
Tarikh : 14 Oktober 2021 – 15 Oktober 2021
Hari : Khamis – Jumaat
Masa : 4.00pm (24 jam)

3. Tujuan utama pemasangan khemah ini adalah unuk melaksanakan upacara


sembahyang bagi kakak saya yang meninggal dunia pada 30.9.2021. Bagi makluman,
dianggarkan sebanyak 20 – 30 orang bakal hadir dan disebabkan rumah saya yang tidak dapat
menampung orang ramai maka dengan pemasangan khemah ini ianya dapat memberikan
ruang yang lebih selesa untuk mereka hadir ke upacara ini. Selain itu, saya juga akur dan
akan memastikan segala SOP yang ditetapkan akan dipatuhi oleh saya serta semua hadiran
pada upacara berkenaan.

3. Diharap bahawa pihak tuan dapat meluluskan dan memberikan kebenaran kepada
pihak saya untuk memasang sebuah khemah diatas jalan dihadapan rumah saya. Segala
kerjasama dan keprihatinan tuan/puan dalam perkara ini saya akhiri dengan ucapan jutaan
terima kasih. Disini juga saya sertakan sijil kematian serta kad upacara berkenaan sebagai
bukti.

Yang Benar,

…………………………………..

Anda mungkin juga menyukai