Anda di halaman 1dari 2

Azrul Bin Abd Khatib No 41. Jalan Sinaran Indah, Taman Sinaran Indah, 06000 Jitra Kedah, Malaysia.

U/P: Pihak yang berkenaan

8 DISEMBER 2013

Tuan,

KEBENARAN PULANG BERCUTI BAGI PEMBANTU RUMAH


Nama Pembantu Rumah: No. Pasport: Nina Rina Wita A 4405561

Saya dengan ini memberi kebenaran untuk bercuti kepada pembantu rumah saya yang namanya dinyatakan di atas dari 8/12/2013 sehingga 30/12/2013 bersamaan 22 hari cuti. 2. Sukacita pihak tuan dapat mempermudahkan urusan beliau dalam perjalanan pulang ke kampong halaman beliau dan kembali semula ke Malaysia untuk menyambung tugas dengan selamat tanpa gangguan dan apa jua halangan. 3. Sepanjang pengetahuan saya tidak wujud undang-undang bertulis Negara Indonesia yang mewajibkan apa jua pembayaran tambahan dibuat oleh pembantu rumah yang pulang bercuti. Sekiranya ada sebarang bayaran yang dikenakan kepada pembantu rumah saya, sila pihak tuan mengemukakan dengan jelas bukti referansi kepada Undang-undang Ketenagakerjaan Indonesia atau peraturan Imigrasi yang dipraktikkan ataupun peraturan fiskal Indonesia yang menjadi sumber hukum yang jelas menyokong tindakan menuntut bayaran tambahan tersebut. 4. Sekiranya wujud undang-undang seperti itu, setiap dan tiap-tiap pembayaran mestilah disokong dengan pengeluaran karcis/resit rasmi sebagai bukti pembayaran telah dibuat dengan benar yang dikeluarkan oleh pihak tuan. Berikan karcis/resit rasmi kepada pembantu rumah saya agar saya dapat mengesahkannya di kantor Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur. 5. Segala bantuan dari pihak tuan dalam memudahkan urusan keluar masuk pembantu rumah saya, amat dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Yang Benar, ..... Azrul Bin Abd Khatib

*Salinan pendua : Kedutaan Besar Republik Indonesia, Kuala Lumpur

No 41. Jalan Sinaran Indah,

Anda mungkin juga menyukai