Anda di halaman 1dari 4

SURAT PERJANJIAN KEDAI SEWA

SURAT PERJANJIAN INI DIPERBUAT PADA………………hb. June 2023

Di antara: Nur Fazreena binti Zulkepli, No. Kad Pengenalan: 970311-01-5064 yang
beralamat di No 9B, Jln Ibrahim Ali, Bt 30 Pengkalan Raja, Pekan Nanas, Johor.
Di dalam surat perjanjian ini ianya dinamakan sebagai Pihak Pertama.
DAN
Mohamad Zamri bin Aleeyah, Kad Pengenalan: 931107-11-5373 yang beralamat
di No. 338, Jalan Mersing, 86000 Kluang, Johor.
Di dalam surat perjanjian ini ianya dinamakan sebagai Pihak Kedua

SYARAT DAN PERJANJIAN SEWA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. Pihak Pertama mempunyai sebuah kedai terletak di Lot 4196, Pt Hj Zain, Api-Api,
Pontian, Johor. Pada hari ini mengaku dan bersetuju menyewakan kedai tersebut
kepada Pihak Kedua untuk selama 2 tahun. Bermula pada 1 April 2023 sehingga 30
March 2025 dengan kadar bayaran sewa sebanyak RM1,500.00 sebulan pada tahun
pertama mulai 1 April 2023 sehingga 30 March 2025.

2. Pihak Kedua dengan ini mengaku dan bersetuju untuk menyewa kedai serta
kelengkapan peralatan kedai makan milik Pihak Pertama yang tersebut di atas untuk
selama 2 tahun sahaja bermula 1 April 2023 sehingga 30 March 2025 dengan kadar
bayaran sewa sebanyak RM1,500.00 sebulan pada tahun pertama mulai 1 April
2023 sehingga 30 March 2025.

3. Sebelum Pihak Kedua dibenarkan menduduki kedai tersebut Pihak Kedua


dikehendaki membayar :-
3.1 Wang pendahuluan sewa ( deposit ) sebanyak RM1,500.00 hendaklah dijelaskan
dahulu. Pihak Kedua juga dikehendaki membayar sewa untuk bulan pertama
sebanyak RM1,500.00. Ini bermakna sebelum Pihak Kedua dibenarkan menduduki
kedai tersebut Pihak Kedua dikehendaki membayar RM3,000.00 kepada Pihak
Pertama. Wang pendahuluan sebanyak RM1,500.00 akan dikembalikan oleh Pihak
Pertama kepada Pihak Kedua setelah genap dua tahun dengan syarat semua
tunggakan sewa, kerosakan kedai diperbaiki, bil air serta bil elektrik telah dijelaskan
semuanya oleh Pihak Kedua DAN Segala kelengkapan peralatan kedai makan
didalam keadaan baik dan sempurna. Seandainya semuanya itu belum dijelaskan,
wang pendahuluan tersebut akan digunakan untuk menjelaskan semuanya.
3.2 Bayaran pendahuluan ditambah untuk:-
3.2.1 Bekalan air & elektrik RM500.00
Jumlah pendahuluan utiliti yang perlu dibayar adalah sebanyak RM500.00.
SYARAT-SYARAT TAMBAHAN SEPERTI DI BAWAH.
1. Bayaran sewa kedai hendaklah dijelaskan oleh Pihak Kedua kepada Pihak
Pertama pada setiap bulan sebelum 1 hari bulan tanpa diminta. Sekiranya pihak
Penyewa gagal menjelaskan bayaran pada tarikh tersebut di atas, Pihak Pertama
akan mengenakan denda di atas kelewatan sebanyak RM50.00 sehari.

2. Bayaran utiliti bil air (SAJ) dan elektrik (Tenaga Nasional Berhad) adalah
ditanggung sendiri oleh Pihak Kedua. Bil-bil hendaklah dijelaskan dengan kadar
yang segera bagi mengelakkan bekalan air dan elektrik dipotong. Pihak Pertama
hendaklah diberi kebenaran meneliti bil-bil berkenaan jika dikehendaki berbuat
demikian.

3. Pihak Kedua hanya dibenarkan menduduki kedai tersebut bersama ahli keluarga
atau pekerjanya sahaja dan tidak dibenarkan menyewa mana-mana bahagian kedai
itu kepada pihak lain.

4. Sewaktu kedai diserahkan kepada Pihak Kedua ianya adalah di dalam keadaan
yang baik dan jika berlaku apa-apa kerosakan ia adalah berpunca daripada Pihak
Kedua.

5. Walaubagaimanapun jika kerosakan kedai berpunca daripada bencana alam


misalnya disebabkan oleh banjir, angin ribut atau sebagainya kerosakan kedai itu
akan ditanggung sendiri oleh Pihak Pertama. Tetapi jika disebabkan oleh kecuaian
dan kelalaian Pihak Kedua, maka adalah menjadi tanggungjawab Pihak Kedua
menanggung kos kerosakan tersebut. Alat penggera dan alat pemadam api
hendaklah disediakan sendiri oleh Pihak Kedua demi keselamatan.

6. Pihak Kedua dilarang sama-sekali melakukan apa-apa kesalahan atau kegiatan


yang salah di sisi undang-undang di dalam kedai tersebut. Sekiranya Pihak Kedua
melakukan juga apa-apa pekerjaan atau kegiatan yang salah dan sekiranya
tertangkap maka Pihak Kedua bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesalahan
tersebut. Pihak Pertama tidak bertanggungjawab di atas kesalahan yang dilakukan
oleh Pihak Kedua.

7. Pihak Kedua menyewa kedai tersebut selama dua tahun sahaja. Jika setelah
genap tempoh perjanjian pihak kedua perlulah menyerahkan semula kepada pihak
pertama. Jika sekiranya Pihak Kedua masih berhajat untuk terus menyewa kedai itu
maka bolehlah Pihak Kedua berjumpa dan berunding dengan Pihak Pertama untuk
melanjutkan tempoh perjanjian dengan kadar sewa yang baru . Jika dipersetujui oleh
Pihak Pertama satu perjanjian yang baru akan diperbuat oleh Pihak Pertama.
8. Jika sekiranya Pihak Kedua ingin menamatkan perjanjian sebelum genap tempoh
yang dijanjikan maka Pihak Kedua dikehendaki menyerahkan kembali kedai itu
kepada Pihak Pertama. Pihak Kedua tidak dibenarkan memberi sewa kedai tersebut
kepada pihak lain untuk menggantikan dirinya. Pihak Kedua juga tidak boleh tuntut
kembali wang pendahuluan yang berjumlah RM1,500.00 kerana wang itu dikira
lupus dan menjadi milik Pihak Pertama.

9. Demikianlah perjanjian sewa kedai yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah
pihak. Setelah kedua-dua belah pihak membaca dan memahami isi kandungan
SURAT PERJANJIAN ini maka kedua-dua belah pihak bersetuju menurunkan
tandatangan persetujuan di bawah ini berhadapan saksi masing-masing.

10. Sebarang bentuk penambahan atau ubahsuai kedai tersebut adalah dengan
kelulusan dan kebenaran dari Pihak Pertama dan Pihak Kedua bertanggungjawab
sepenuhnya. Pihak Kedua tidak boleh meminta sebarang gantirugi atau pampasan
apabila berhajat keluar dari menyewa kelak.

11. Senarai peralatan yang terdapat didalam kedai tersebut adalah seperti di
Lampiran A.

Tandatangan Pihak Pertama;


Nama: Nur Fazreena binti Zulkepli (……………………….………………..)
No.K/P: 970311-01-5064

Saksi Pihak Pertama:


Nama: Zulkepli bin Ibrahim (…………………….…………………..)
No. KP : 580115-01-5661

Tandatangan Pihak Kedua;


Nama : Mohamad Zamri bin Aleeyah (………………………….……………..)
No. K/P : 931107-11-5373

Saksi Pihak Kedua:


Nama:……………………………………… (……………………….………………..)
No. K/P: ………………………………
LAMPIRAN A

1. Freezer 1 buah
2. Peti sejuk 2 pintu 1 buah
3. Peti sejuk 1 pintu 1 buah
4. Dapur stainlees steel 3 tungku 2 buah
5. Kerusi Plastik
6. Meja Makan Kayu
7. Meja Makan plastik
8. Pressure Cooker 16 inci 1 buah
9. Blender 1L 1 buah
10. Periuk Nasi besar 1 buah
11. Kuali
12. Pinggan dan Mangkuk
13. Sudu dan Garpu
14. Senduk dan sudip
15. Periuk besar
16. Besen Plastik
- besar
- sedang
- kecil
17. Cawan plastic
18. Cawan kaca
19. Sudu teh kecil
20. Sudu teh panjang
21. Tempat masak air
22. Lain-lain alat kelengkapan memasak

Anda mungkin juga menyukai