Anda di halaman 1dari 6

PERJANJIAN FRANCAIS VAPESTRY

Yang bertandatangan di bawah ini:

Norazman Zabidi beralamat di …., dalam hal ini bertindak untuk dan atas nama
Vapestry dalam perjanjian ini selanjutnya disebut Pemberi Francais
Zul beralamat di ….., dalam hal ini bertindak untuk dan atas nama diri sendiri selaku
penerima Franchise yang selanjutnya disebut Pemegang Francais
Pada … haribulan ….. 2023, bertempat di pejabat Vapestry di alamat tersebut di atas
Pemberi Francais dan Pemegang Francais sepakat untuk mengikatkan diri dalam
perjanjian kerja sama Franchise dengan menerangkan lebih dahulu hal-hal sebagai
berikut :

• Bahawa Pemberi Francais adalah premis yang menyediakan perkhidmatan jualan


produk rokok elektronik yang dikenal dengan nama Vapestry.
• Bahawa Pemberi Francais setuju memberikan izin dan membantu Pemegang
Francais untuk menyediakan produk atau stok untuk cawangan di Pulau Pinang.
Bahawa Pemegang Francais berjanji akan mengawasi, menjaga dan mengendalikan
mutu produk serta memberikan layanan terbaik bagi setiap pelanggan sesuai dengan
piawai yang ditetapkan oleh Pemberi Francais.
• Bahawa Pemberi Francais memberikan hak eksklusif kepada Pemegang Francais
untuk membuka kedai yang menjual produk atau stok yang disediakan Pemberi
Francais.
• Pemberi Francais memberikan kebenaran kepada Pemegang Francais
menggunakan penjenamaan Vapestry
• Pemegang Francais setuju membeli dan menjalankan serta mematuhi semua
ketetapan dan persyaratan-persyaratan yang ditetapkan oleh Pemberi Francais.

Bahawa berdasarkan hal-hal yang telah ditetapkan di atas dengan ini Pemberi
Francais dan Pemegang Francais sepakat untukmelaksanakan Perjanjian ini dalam
bentuk kerjasama yang untuk selanjutnya disebut sebagai "Perjanjian" dengan
syarat-syarat dan ketentuan sebagai berikut:

FASAL. 1
SYARAT-SYARAT

Pemegang Francais menyatakan bersedia untuk memenuhi seluruh persyaratan yang


ditetapkan oleh Pemberi Francais antara berikut;
1. Memiliki tempat perniagaan milik sendiri atau sewa minimal 2 (dua) tahun dengan
rekabentuk sebagaimana dicadang oleh Pemberi Francais.
3. Menyediakan modal awal perniagaan sebanyak RM50,000.00 yang mesti
dimasukkan ke dalam akaun Pemberi Francais dalam tempoh 14 hari dari perjanjian
ini ditandatangani.
4. Tidak dibenarkan mengambil produk lain selain produk yang ditetapkan oleh
Pemberi Francais.
FASAL. 2
FRANCHISE Fi DAN YURAN

1. Pemegang Francais setuju membayar Franchise Fi sebanyak RM50,000.00;


bayaran dibuat apabila perjanjian ini ditandatangani.
2 Pemberi Francais berhak mendapat yuran sebanyak RM4,000.00 bagi setiap dua
tahun perniagaan Fanchisee dijalankan.
3.Untuk keperluan promosi produk, Pemegang Francais bersedia membayar
marketing Fi sebanyak 1% (satu persen) dari perolehan penjualan kepada Pemberi
Francais.
4. Marketing Fi sebagaimana diatur dalam ayat 3 Fasal. ini semata-semata hanya
dipergunakan oleh Pemberi Francais untuk mempromosikan produk secara nasional.

FASAL. 3
SENGKETA DENGAN PIHAK KETIGA

Pemegang Francais tidak akan melibatkan sama ada secara langsung atau tidak
langsung Pemberi Francais jika Pemegang Francais terlibat dalam tuntutan undang-
undang dan/atau bukan undang-undang yang dilakukan oleh pihak lain berkenaan
perniagaan yang mereka uruskan.
.
FASAL. 4
TEMPOH PEMBUKAAN PERNIAGAAN

1. Dalam tempoh satu bulan pertama selepas perjanjian ini ditandatangani,


pemegang francais akan membuka dan mengendalikan perniagaan di
2. Pemegang Francais tidak dibenarkan memindahkan alamat kedai ke tempat lain
tanpa kelulusan bertulis daripada Pemberi Francais.
3. Sekiranya Pemberi Francais memberikan kebenaran untuk memindahkan lokasi
kedai, semua kos, termasuk pengubahsuaian, permit, cukai dan sebarang kos yang
timbul akibat pemindahan lokasi, ditanggung oleh pemegang francais sendiri.

FASAL. 5
KEWAJIPAN PEMBERI FRANCAIS

Selama perjanjian in berlaku Pemberi Francais berkewajiban untuk:


1. Menyediakan panduan operasi untuk pengurusan kedai kepada Pemegang
Francais dan memberikan pengetahuan percuma tentang pengurusan dan strategi
jualan produk.
2. Menyediakan reka bentuk dalaman, jurulatih dan latihan untuk pekerja kedai
Pemegang Francais.
3. Mengadakan program latihan kepada Pemegang Francais secara berterusan dan
berkala sekurang-kurangnya 2 (dua) kali setahun.
4. Memberi perundingan percuma kepada Pemegang Francais jika perniagaan
Pemegang Francais berada dalam keadaan krisis yang boleh mengakibatkan
penutupan atau pemberhentian perniagaan Pemegang Francais.
FASAL. 6
KEWAJIPAN PEMEGANG FRANCAIS

1. Segala kos pentadbiran serta kos lain seperti mendapatkan permit membuka dan
mengendalikan perniagaan adalah tanggungjawab Pemegang Francais sendiri.
2. Pemegang Francais diwajibkan untuk menjalankan perniagaan bagi tempoh 2 (dua)
tahun sepanjang perjanjian ini berkuatkuasa.
3. Pemegang Francais tidak dibenarkan untuk mengambil produk atau stok berkaitan
rokok elektronik selain dari pihak Pemberi Francais sahaja.
4. Pemegang Francais bersetuju bahawa menyediakan brosur, kad perniagaan,
borang, resit, bahan/atau alatan promosi dan barangan lain yang diperlukan untuk
menyokong perniagaan adalah atas perbelanjaan Pemegang Francais sendiri.
5. Pemegang Francais atau pekerja yang diambil bekerja oleh Pemegang Francais di
kedai seperti yang dimaksudkan dalam perjanjian ini dikehendaki mengambil
bahagian dalam program latihan dan kerja amali yang dianjurkan oleh Pemberi
Francais atas perbelanjaan Pemegang Francais.

FASAL. 7
BIAYA-BIAYA

1. Pemegang Francais bersetuju untuk membayar Francais semua kos dan yuran
mengikut perjanjian ini termasuk kos tambahan atau caj untuk semua produk atau
perkhidmatan yang disediakan atau akan diberikan oleh Pemberi Francais. Setiap
pembayaran lewat akan dikenakan denda lewat sebanyak 1% sehari selama
maksimum satu bulan.
2. Pemegang Francais bersetuju untuk menampung kos penganjuran seminar,
latihan dan mesyuarat bulanan dan/atau tahunan yang diadakan oleh Pemberi
Francais bersama-sama dengan Pemegang Francais lain.

FASAL. 8
PERUBAHAN SISTEM DAN HARGA BORONG

Pemberi francais mempunyai hak untuk menukar dan menyesuaikan sistem


pemasaran, termasuk menentukan penggunaan nama dagangan, cap dagangan,
tanda perkhidmatan baharu, produk baharu serta harga borong produk atau stok
yang dijalankan atau digunakan untuk perniagaan francais.
FASAL. 9
JANGKA WAKTU

Perjanjian ini berlaku selama 2 (dua) tahun sejak perjanjian ini ditandatangani yakni
pada …. dan berakhir pada …… dan atas kesepakatan kedua belah pihak boleh
dipanjangkan dengan syarat dan jangka waktu yang akan ditetapkan kemudian.

FASAL. 10
KUASA

1. Pemegang Francais dengan ini memberi kuasa kepada Pemberi Francais untuk
pada bila-bila masa mengikut kehendak/kepentingan Francaisor untuk memeriksa
dan/atau mengaudit semua rekod dan simpan kira Pemegang Francais tanpa
sebarang pengecualian.
2. Semua kos audit dan kos lain termasuk yuran peguam yang dibayar dalam proses
pemeriksaan dan audit seperti yang dirujuk di perenggan 1 adalah ditanggung
sepenuhnya oleh Pemegang Francais.

FASAL. 11
LAPORAN

1. Pemegang Francais setuju untuk memberikan laporan penjualan secara berkala


setiap bulan untuk laporan penjualan bulan sebelumnya.
2. Sekali setahun, Pemegang Francais bertanggungjawab untuk melaporkan semua
transaksi kewangan secara bertulis, termasuk kunci kira-kira dan senarai untung rugi
secara berterusan sepanjang tempoh perjanjian ini.
3. Laporan tahunan seperti yang dinyatakan di atas disediakan mengikut prinsip
perakaunan selewat-lewatnya 30 hari selepas akhir tahun berkenaan. Laporan
tersebut mesti ditandatangani oleh orang yang bertanggungjawab ke atas
perniagaan tersebut.

FASAL. 12
RAHSIA DAGANGAN

Pemegang Francais dikehendaki merahsiakan sistem, pengurusan dan kaedah


pengurusan perniagaan yang diperoleh daripada Pemberi Francais.
FASAL. 13
PEMBATALAN

Pemberi Francais boleh membatalkan perjanjian ini secara unilateral atas sebab-
sebab berikut:
1. Apabila Penerima Francais lalai dan/atau tidak melaksanakan kewajibannya
sebagaimana diatur dalam perjanjian ini walaupun telah diberi peringatan ketiga
oleh Pemberi Francais tetapi masih melakukan pelanggaran yang sama atau
pelanggaran yang berbeza, baik secara sengaja maupun tidak sengaja dan/ atau
membuat pelanggaran yang dianggap serius seperti yang tertulis dalam surat
amaran/teguran mengikut piawaian Francaisor.
2. Sekiranya Pemegang Francais muflis atau diisytiharkan muflis melainkan
Pemegang Francais segera memenuhi semua kewajipan yang ditetapkan dalam
perjanjian ini dengan membayar caj penalti 50% dari nilaian stok yang masih
tersimpan di kedai.
3. Sekiranya perjanjian ini ditamatkan atau dibatalkan, Pemegang Francais wajib:
a. Bayar Francaisor dengan serta-merta keseluruhan jumlah hutang sekali gus
dan sepenuhnya tidak lewat daripada 30 hari selepas tarikh perjanjian ini berakhir.
b. Jangan menuntut dan meminta pemulangan Yuran Francais dan lain-lain
kos yang telah ditanggung bersama dengan faedah.
c. Berhenti dengan serta-merta dan kekal menggunakan semua tanda/label
Francaisor.
d. Pemegang Francais tidak dibenarkan untuk mempromosikan atau
mengiklankan kedai mereka menggunakan nama dan jenama Francaisor.
e. Pemegang Francais memberi kuasa penuh kepada Francaisor untuk
menjalankan
semakan/pemeriksaan dan memasuki kedai Penerima Francais dan
mengambil papan tanda yang mengandungi jenama Francaisor.

FASAL. 14
PENYELESAIAN PERSELISIHAN

Jika timbul perselisihan antara kedua belah pihak akibat perjanjian ini, akan
diselesaikan dengan perbincangan/musyawarah dan mufakat di antara dua pihak
tersebut.
FASAL. 15
PENUTUP

Dengan demikian perjanjian ini dibuat dan ditandatangani oleh setiap pihak dalam
keadaan sihat jasmani dan rohani tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

Dibuat dan ditandatangani di ….. pada …haribulan …. 2023

Pemberi Francais Pemegang Francais

Norazman Zabidi Zul

Anda mungkin juga menyukai