Anda di halaman 1dari 1

MEMOHON SOKONGAN PENUH PENGLIBATAN SECARA LANGSUNG OLEH

KEMENTERIAN
PELANCONGAN
DAN
KEBUDAYAAN
MALAYSIA
DAN
KEMENTERIAN YANG BERKAITAN BAGI PROGRAM ARNOLD SPORT FESTIVAL
2015
Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan pihak kami sedang berusaha untuk membawa Arnold Sport
Festival 2015 ke Malaysia sebagai salah satu usaha membangunkan kualiti sukan dan industri
pelancongan negara
3.
Festival yang bakal pertama kali diadakan di Asia ini dijangkakan akan berlangsung pada
23 Oktober 2015 sehingga 25 Oktober 2015, bertempat di beberapa lokasi di Malaysia. Beberapa
sukan Malaysia seperti sepak takraw dan pencak silat akan digandingkan dengan beberapa sukan
yang lain yang sesuai dengan budaya serta imej negara. Kami yakin festival ini akan memberi
manfaat besar kepada negara terutama sekali dari segi impak sosio ekonomi, pelancongan dan
perhotelan. Ia juga boleh diletak dalam kalender pelancongan selari dengan Tahun Festival
Malaysia 2015.
4.
Sehubungan dengan itu juga, kami memohon jasa baik YAB Datuk memberi sokongan
penuh dari sudut perasmian, promosi, kemudahan logistik dan yang berkaitan dengannya.
Dengan berlangsungnya International Event yang berprestij tinggi ini, kami mengharapkan juga
agar usaha ini boleh diikut serta dengan penglibatan daripada kementerian yang berkaitan.
Bersama-sama ini dilampirkan dokumen sokongan untuk rujukan YAB Datuk.
Segala kerjasama dan sokongan YAB Datuk amat kami hargai dan didahului dengan jutaan
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai