Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA CADANGAN UNTUK

PERMOHONAN BAJET BAGI PENGURUSAN DAN


KELENGKAPAN UNIT KESELAMATAN CALON.
Kertas Kerja Bil:……………………………………
Kelulusan

Makluman
 
 
KERTAS KERJA CADANGAN UNTUK PERMOHONAN BAJET BAGI PENGURUSAN DAN KELENGKAPAN
UNIT KESELAMATAN CALON.
 
Disemak Disahkan Diperakukan
Disediakan Oleh:
Oleh: Oleh: Oleh:

Tandatangan

Muhammad Ahnaf Bin MD


Nama
Azman
Setiausaha Unit Keselamatan
Jawatan
Calon
Tarikh 24 Oktober 2022
 
Kertas Kerja Untuk Pertimbangan
Mesyuarat Jawatankuasa PAS Kawasan Lenggong
 
Permohonan Bajet untuk pengurusan dan kelengkapan unit keselamatan calon PRU 15
KANDUNGAN

Muka
Bil Butiran
surat

1. TAJUK 1

2. TUJUAN 1

3. LATAR BELAKANG 1

4. OBJEKTIF 2

5. ANGGARAN PERBELANJAAN 3

6. FAEDAH 4

7. KESIMPULAN 4
1. TAJUK
BAJET PERBELANJAAN PENGURUSAN DAN KELENGKAPAN PETUGAS
UNIT KESELAMATAN CALON PILIHAN RAYA KE 15

2. TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon
peruntukan khas bagi pengurusan serta membeli
kelengkapan petugas Unit Keselamatan Calon yang bakal
mengawal keselamatan calon Perikatan Nasional parlimen
Lenggong dan dua DUN di bawahnya sepanjang tempoh
berkempen pada PRU ke-15 iaitu 14 hari setelah penamaan
calon.

3. LATAR BELAKANG

Setiap kali menjelang pilihan raya Unit Keselamatan Calon


akan ditubuhkan bagi menjaga, mengawasi dan melindungi
calon yang bertanding dalam pilihan raya. Unit Keselamatan
Calon sangat penting diwujudkan bagi memastikan calon yang
bertanding sentiasa dijaga keselamatannya dari sebarang
bahaya maka petugas Unit Keselamatan Calon amat penting ia
ibarat benteng pelindung bagi calon. Setiap calon akan diawasi
oleh 6 hingga 8 petugas dalam satu masa ketika calon
melakukan kerja kempen di mana-mana tempat.
Memandangkan ada petugas yang berkhidmat terpaksa
meninggalkan pekerjaan mereka untuk memberi tumpuan
kepada tugasan Unit Keselamatan Calon menyedari pekara ini
pihak Unit Keselamatan Calon merasa bertanggungjawab untuk
memohon peruntukan untuk memastikan Unit Keselamatan
Calon dapat bergerak dengan baik dalam menjaga
keselamatan calon dan menjaga kebajikan petugas.

1
4. OBJEKTIF

Pemberian dana ini akan membantu pihak Unit Keselamatan


Calon mencapai objektif seperti berikut:
i. Untuk melancarkan pergerakan petugas Unit Keselamatan
Calon.

 Beberapa orang dari petugas Unit Keselamatan Calon


akan mengikuti pergerakan calon kemana sahaja calon
pergi dengan kenderaan sendiri ini memerlukan petugas
mengisi minyak yang banyak untuk kenderaan mereka.
Jika diberi duit minyak ini bakal mengurangkan beban
petugas.
ii. Menjaga kebajikan petugas

 Ada sebahagian petugas yang terpaksa meninggalkan


kerja mereka buat sementara waktu bagi memberi
tumpuan kepada kerja-kerja mengawal keselamatan
calon andai ada sedikit imbuhan dapat sedikit membantu
mereka walaupun tidak setanding penghasilan kerja
mereka yang sedia ada.
iii. Menyelaras keperluan dan kelengkapan petugas

 Setiap petugas bakal mendapat kelengkapan yang sama


untuk setiap DUN dan parlimen yang sangat membantu
dalam menjalankan tugasan.

2
7. ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN PERBELANJAAN UNTUK KELENGKAPAN DAN


KEPERLUAN UNIT KSESELAMATAN CALON

i. Vase bercetak ‘KESELAMATAN’ di bahagian belakang


RM60 X 30 orang :RM1800
ii. Walkie-talkie
RM50 (per unit) X 10 :RM500
iii. Duit minyak :RM3000
(Untuk 14 hari)
iv. Saguhati petugas :Tergantung pada kawasan

Jumlah Keseluruhan : RM6300

3
8. FAEDAH

Lebih kurang 30 petugas Unit Keselamatan Calon akan


mendapat faedah seperti berikut:
i. Memperolehi semangat dan dapat menjalankan tugas
dengan baik.
 Kelengkapan yang diperolehi oleh petugas dapat
diguna pakai bagi memudahkan lagi kerja mengawal
keselamatan calon dan sedikit imbuhan buat mereka
dapat membantu mereka yang tidak mempunyai
kesempatan untuk bekerja semasa menjalankan
tugasan mengawal keselamatan calon.

9. KESIMPULAN
Bajet perbelanjaan untuk pengurusan dan kelengkapan Unit Keselamatan Calon
adalah bajet yang relevan untuk pengurusan dan terbaik untuk menjaga kebajikan
petugas. Diharapkan agar permohonan ini akan dapat dipertimbangkan sewajarnya
demi meningkatkan imej Unit Keselamatan Calon selaku sebuah entiti yang
diamanahkan untuk menjaga keselamatan calon PRU 15. .

Anda mungkin juga menyukai