Anda di halaman 1dari 14

SKOP KERJA : PERKHIDMATAN MENGURUS TEMPAT LETAK KERETA PUSAT PERDAGANGAN

LORONG BUNUS (PT80) SEKSYEN 40 KUALA LUMPUR

Penender-penender adalah dipelawa untuk mengemukakan tawaran bagi penyewaan


tapak tempat letak kereta terkawal di Tempat Letak Kereta Bertingkat Di Pusat
Perdagangan Lorong Bunus (PT80) Seksyen 40 Kuala Lumpur sebanyak 286 petak.
Tempoh bagi kontrak ini adalah selama dua (2) tahun dengan waktu operasi adalah
selama 24 jam , tujuh hari seminggu. Bidang kontrak ini bertujuan untuk menyewakan
tapak tempat letak kereta terkawal/bertingkat kepada syarikat berdaftar sebagai
operator untuk mengurus, menjaga dan mengutip bayaran tempat letak kereta
tertakluk kepada keperluan-keperluan dan syarat-syarat Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur.

Petender juga adalah dimaklumkan bahawa dalam kontrak ini PIHAK PETENDER WAJIB
MENYEDIAKAN KONTRAK PENYELENGGARAAN SISTEM PARKIR SEDIADA DI TAPAK
dengan pembekal sistem tersebut sepanjang tempoh kontrak berjalan dan pihak
petender juga diwajibkan untuk menggunakan sepenuhnya sistem parkir sediada di
tapak pada sepanjang tempoh beroperasi di tapak.

Setiap penender yang berjaya dilantik adalah bergantung kepada kadar sewa bulanan
setiap tapak yang ditawarkan dan juga lengkap dalam semua keperluan tender ini .
Sebagai balasan, penender itu akan dilantik sebagai operator untuk mengurus dan
mengoperasikan tapak tempat letak kereta terkawal/bertingkat itu dan dibenarkan
mengutip caj bayaran daripada pengguna.

1.0 BIDANG KERJA DAN TANGGUNGJAWAB OPERATOR


1.1 Penggunaan tapak dan larangan-larangan
(a) Tapak tersebut hendaklah digunakan khusus untuk tempat letak kereta
sahaja;
(b) Penyewa dilarang menggunakan tapak tersebut bagi sebarang tujuan
haram dan/atau tidak bermoral yang melanggar mana-mana undang-
undang, peraturan-peraturan, undang-undang kecil atau perintah-
perintah yang sedang berkuatkuasa di Malaysia.
(c) Penyewa dilarang membawa masuk atau membenar dibawa masuk
pelacur, pejudi, penghisap dadah, penjenayah atau sesiapa juga yang
berkelakuan tidak senonoh di dalam tapak tersebut.
SK/1
(d) Penyewa dilarang melakukan atau membenar dilakukan perkara-
perkara yang boleh menyebabkan kacauganggu atau memberi sebab
munasabah untuk mana-mana orang yang berada di persekitaran
kawasan tapak tersebut atau bangunan-bangunan yang berhampiran
dengan tapak tersebut untuk membuat aduan.

(e) Penyewa dilarang mendirikan apa-apa struktur di atas tapak tersebut


tanpa kebenaran Datuk Bandar.

2.0 Kadar caj bayaran tempat letak kereta


2.1 Pemungutan wang dari sistem tempat letak kereta adalah tanggungjawab
operator. Walaubagaimanapun, kadar caj tempat letak kereta yang
dikenakan telah ditetapkan oleh pihak DBKL seperti berikut :-

(i) Kadar jam pertama @ Sebahagian daripadanya : RM 3.00


(ii) Kadar jam berikutnya @ Sebahagian daripadanya : RM 1.00
(iii) Kadar Maksimum sehari : RM 10.00

2.2 Mengendalikan, menyelenggara dan mengoperasikan sistem tempat


letak kereta

Penyewa diwajibkan untuk menguruskan tempat letak kereta bertingkat


di dalam bangunan ini dengan sistem tempat letak kereta yang telah
disediakan. Penyewa juga perlu mengoperasikan dan menyelenggara
tempat letak kereta dengan menggunakan sistem tempat letak kereta
jenis “Autopay” jenama AMANO secara keseluruhan termasuk
menanggung sewa kos bahan-bahan consumeable yang akan ditanggung
oleh penyewa. Penyewa juga perlu memastikan kesemua bagi sistem
letak kereta ti tapak berfungsi dan diselenggara dengan baik. Segala kos
selenggara adalah di bawah tanggungjawab penyewa.

2.3 Memelihara, menjaga kebersihan dan menyelenggara tapak


Penyewa hendaklah sentiasa memelihara dan menjaga kebersihan tapak
tersebut agar sentiasa berada dalam keadaan baik dan memuaskan.
Segala kos pemeliharaan penjagaan kebersihan tapak tersebut adalah
ditanggung oleh penyewa sepenuhnya.

SK/2
2.4 Kawalan dan keselamatan tapak

Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga keselamatan


peralatan sistem tempat letak kereta dan sentiasa memastikan agar
keselamatan kenderaan-kenderaan di tapak tersebut sentiasa
terjamin daripada sebarang tindakan vandalisme, kecurian, rompakan
kehilangan dan pencerobohan. Sekiranya Penyewa diarahkan oleh
Datuk Bandar untuk memasang apa-apa perkakasan keselamatan
ditapak tersebut, penyewa bersetuju untuk mematuhi arahan
tersebut dan menanggung semua kos yang berkaitan dengannya.

2.5 Larangan barangan berbahaya dan mudah terbakar

Penyewa dilarang menyimpan atau membawa masuk atau


membenarkan disimpan atau dibawa masuk sebarang benda atau
bahan yang mudah terbakar atau membahayakan atau membenarkan
dilakukan sebarang kelakuan yang akan meninggikan kadar premium
insuran tapak tersebut, lebih dari yang ditetapkan atau menjadi
insuran tersebut tidak sah

2.6 Larangan menyerah hak sewa tapak

(a) Penyewa dilarang menyewa, melepaskan atau menyerah hak


samada sebahagian atu sepenuhnya tapak tersebut samada
dalam bentuk sewaan, sewaan kecil, pajakan atau surat kuassa
apa-apa kepentingan, obligasi atau tanggungan di bawah
perjanjian ini kepada mana-mana pihak ketiga kecuali dengan
kebenaran bertulis Datuk Bandar.

(b) Kebenaran bertulis yang diberikan oleh Datuk Bandar tidak akan
melepaskan tanggungjawab dan obligasi Penewa di bawah
Perjanjian ini.

(c) Sekiranya Datuk Bandar memberikan kebenaran yang sedemikian,


Datuk Bandar berhak mengenakan apa-apa syarat tambahan
kepada Penyewa dan Penyewa adalah bertanggungan penuh
untuk mematuhi semua syarat yang diberikan dan menanggung
semua kos yang berkaitan dengannya.

SK/3
3.0 Tanggung rugi
Penyewa hendaklah sentiasa menanggung rugi dan melindungi Datuk Bandar dari dan
terhadap tanggunggan, liabiliti, tindakan, prosiding, writ, saman, penghakiman,
perintah, tuntutan, permintaan, kos, gantirugi dan perbelanjaan yang disabitkan
terhadap Datuk Bandar di bawah mana-mana undang-undang di Malaysia bagi sebarang
kecederaan diri atau kematian atau sebarang kerosakan pada harta benda atau
seseorang atau syarikat melalui apa cara sekalipun semasa menjalankan Operasi tapak
di tapak tersebut.

4.0 Pampasan pekerja, kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) dan pertubuhan
keselamatan pekerja (Perkeso)

Penyewa hendaklah menanggung kos dan dengan sendiri menginsurankan pekerja-


pekerja penyewa dengan insuran pampasan pekerja dan membayar caruman yang telah
ditetapkan kepada KWSP dan Perkeso.

5.0 Kecederaan Individu

Penyewa hendaklah bertanggungjawab dan menanggung rugi Datuk Bandar terhadap


apa-apa ganti rugi, perbelanjaan, liabiliti, kehilangan, tuntutan atau lain-lain prosiding
samada dari berdasarkan common law dan/atau status yang berhubung dengan
kecederaan diri atau kematian seseorang, akibat dari atau suasana kerja yang
deilakukan berhubung dengan operasi tapak tersebut.

6.0 Kerosakan hartabenda

Penyewa hendaklah bertanggungjawab dan menanggung rugi Datuk Bandar terhadap


apa-apa bentuk kerosakan terhadap apa-apa harta, hartatanah atau harta alih yang
mana kerosakan sedemikian timbul akibat dari atau dalam suasana atau atas alasan
kerja yang dilakukan berhubung dengan pengendalian Operasi tapak di tapak tersebut
dan perkara-perkara yang terjadi disebabkan kecuaian atau keingkaran penyewa,
pekerja-pekerja penyewa dan /atau ejen penyewa.

7.0 Insuran Tanggungan Awam

Tanpa menghadkan obligasi dan liabiliti dibawah peruntukan lain di dalam Perjanjian ini
dan tertakluk kepada klausa 3.0 perjanjian ini, penyewa hendaklah pada kos dan
perbelanjaan sendiri mengambil polisi tanggungan awam di atas nama penyewa bagi
sebarang kecederaan diri atau kematian yang berlaku terhadap mana-mana pihak ketiga
atau sebarang kerosakan pad harta benda termasuk harta alih dan tak alih, mana-mana

SK/4
pihak ketiga atas alasan kecurian, pelanggaran kewajipan, keingkaran atau perbuatan
salah penyewa, pekerja-pekerja penyewa dan/atau ejen Penyewa semasa menjalankan
Operasi tapak tersebut di tapak tersebut. Polisi insuran tanggungan awam hendaklah
berkuatkuasa dan sah pada setiap masa sepanjang tempoh penyewaan perjanjian ini.
Salinan polisi insuran yang sah hendaklah dikemukakan kepada Datuk \bandar pada
atau sebelum tarikh perjanjian ini.

8.0 Bayaran bagi bekalan air, elektrik dan lain-lain

Penyewa hendaklah menjelaskan segala bayaran-bayaran dan tunggakan-tunggakan


bagi bekalan kuasa elektrik, bekalan air, caj perkhidmatan atau apa-apa bekalan lain
yang digunakan untuk menjalankan operasi tapak di tapak tersebut kepada pohak
berkuasa yang berkenaan.

9.0 Pembinaan, perubahan atau pengubahsuaian di tapak

(a) Penyewa dilarang membuat atau membenarkan dibuat apa-apa pembinaan,


perubahan atau pengubahsuaian ke atas tapak tersebut seperti struktur bangunan,
kelengkapan atau pemasangan-pemasangan peralatan atau perhiasan kecuali
setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Datuk Bandar. Pelan-pelan dan
spesifikasi bagi tujuan perubahan atau pengubahsuaian tersebut hendaklah terlebih
dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Datuk Bandar sebelum kerja-kerja
dimulakan, pada tarikh tamat tempoh penyewaan menurut klausa-klausa perjanjian
ini, penyewa hendaklah membuka, mengalih, memusnahkan atau menanggalkan
semua struktur bangunan atau pengubahsuaian dalam tempoh empat belas (14) hari
dari tarikh tamat tempoh penyewaan atau dari tarikh notis penamatan, mana-mana
yang terdahulu.

(b) Sekiranya penyewa gagal untuk membuka, mengalih, memusnahkan atau


menanggalkan semua struktur bangunan atau pengubahsuaian dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan, maka Datuk Bandar berhak memasuki tapak tersebut dan
mengambil tindakan untuk membuka, mengalih, memusnahkan atau menanggalkan
semua struktur bangunan atau pengubahsuaian pada tapak tersebut dan segala kos
dan perbelanjaan bagi kerja-kerja tersebut adalah ditanggung sepenuhnya oleh
penyewa.

10.0 Pemeriksaan tapak

Penyewa adalah bertanggungan penuh untuk memberikan sepenuh akses kepada Datuk
Bandar atau mana-mana wakil-wakilnya yang diberi kuasa untuk memasuki tapak
tersebut pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis pemberitahuan kepada
SK/5
penyewa bagi tujuan melakukan pemeriksaan ke atas tapak tersebut, memeriksa
aturcara pengendalian operasi tapak di tapak tersebut dan menjalankan pemeriksaan
terhadap kerja-kerja pembaikan yang dijalankan oleh penyewa serta urusan-urusan lain
yang diarahkan oleh Datuk Bandar.

11.0 Waktu Operasi

(a) Penyewa hendaklah menjalankan operasi tapak di antara pukul 6.00 pagi sehingga
12.00 malam pada setiap hari isnin hingga hari Ahad dengan mengenakan kadar caj
yang telah ditetapkan dan tidak melebihi RM10.00 (Ringgit Malaysia:Sepuluh Ringgit
Sahaja) untuk bayaran masuk seharian bagi setiap kenderaan sepertimana
dinyatakan dalam klausa di atas.

(b) Sekiranya penyewa ingin melanjutkan waktu operasi tapak, penyewa hendaklah
membuat permohonan secara bertulis kepada Datuk Bandar dengan
mengemukakan alasan-alasan untuk melanjutkan tempoh operasi tapak. Datuk
Bandar juga berhak menetapkan apa-apa syarat tambahan terhadap kebenaran
pelanjutan masa operasi yang diberikan.

12.0 Pematuhan kepada undang-undang bertulis

Penyewa hendaklah mematuhi semua peruntukan undang-undang bertulis yang


berkaitan dengan operasi penyewa diu tapak tersebut dan tidak akan melakukan atau
meninggalkan mana-mana perbuatan atau kerja dalam tapak tersebut yang akan
melanggar mana-mana peruntukan undang-undang bertulis yang terpakai dan
berkuatkuasa di malaysia. Penyewa hendaklah pada setiap masa menanggungrugi Datuk
Bandar terhadap kos, perbelanjaan, denda, penalti atau kerugian yang perlu ditanggung
oleh Datuk Bandar disebabkan apa-apa pelanggaran terhadap peruntukan mana-mana
undang-undang bertulis oleh penyewa.

13.0 Pematuhan kepada arahan-arahan Datuk Bandar

Tertakluk kepada klausa, Penyewa memberikan akujanji untuk mematuhi semua arahan
yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar dari masa ke semasa.

(a) Sebarang tuntutan kos atas kesilapan pihak petender tidak


menyediakan kontrak penyelenggaraan tersebut tidak akan dilayan dan
pihak operator dikehendaki menanggung kos tersebut sepenuhnya.
SK/6
(b) Kegagalan pihak operator mengoperasikan tapak dengan menggunakan
sistem tempat letak kereta sediada ditapak boleh menyebabkan
kontrak pihak operator ditamatkan.

14.0 Penggunaan Tapak Dan Larangan-Larangan

(a) Tapak tersebut hendaklah digunakan khusus untuk tempat letak kereta sahaja ;

(b) Operator dilarang menggunakan Tapak tersebut bagi sebarang tujuan haram dan/atau
tidak bermoral yang melanggar mana-mana undang-undang, peraturan-peraturan,
undang-undang kecil atau perintah-perintah yang sedangberkuatkuasa di Malaysia.

15.0 Mencuci, Menjaga Kebersihan Dan Menyelenggara Tapak

1. Operator hendaklah sentiasa memelihara, menjaga kebersihan


dan menjalankan kerja-kerja penyelengaraan Tapak Tersebut agar
ia sentiasa berada dalam keadaan baik dan memuaskan. Segala
kos pemeliharaan, penjagaan kebersihan dan penyelenggaraan
Tapak tersebut adalah ditanggung oleh Operator sepenuhnya.

2. Operator perlu memastikan Tapak Tersebut meliputi tempat letak


kereta, pejabat pengurusan, dan lain-lain yang berkaitan. Ianya
bertanggungjawab untuk mengendalikan kerja-kerja berkaitan
dengan pencucian dan pembersihan serta pembuangan sampah. Ia
perlu dilakukan pada setiap hari bagi memastikan agar bangunan
tersebut dalam keadaan bersih.

3. Ringkasan kerja-kerja yang termasuk dalam tawaran ini adalah:


a) Definasi Sampah
Ini adalah bermaksud apa-apa bahan carian atau barang
yang dianggap sebagai sampah yang terdapat samada di
hadapan, di belakang Tapak Tersebut atau mana-mana
tempat lapang termasuk kotak-kotak, bakul-bakul, tin-tin,
putung rokok, sisa makanan serta lain-lain.

SK/7
b) Kutipan Sampah
Ini bermaksud kutipan sampah dari kawasan lapang dalam
Tapak Tersebut ke tempat buang sampah yang ditetapkan,
juga mengosongkan dan mencuci tong-tong sampah.

16.0. Operator perlu mengambil langkah keselamatan terhadap kerja – kerja pencucian dengan
mempamirkan papantanda pemberitahuan tentang kerja-kerja pembersihan yang sedang
dijalankan dan lantai yang basah serta licin dan sebagainya. Meletakkan penghalang yang
dibenarkan oleh jabatan di sekeliling kawasan kerja. Mempastikan percikan air tidak terkena
kepada orang awam atau harta benda yang berdekatan.

17.0. Operator juga perlu mempastikan bahan-bahan kimia yang akan digunakan mestilah tidak
`corrosive' dan tidak mengakibatkan kesan sampingan kepada pekerja dan orang awam.

18.0. Operator hendaklah mengambil pekerja-pekerja mengikut undang-undang buruh yang


berkuatkuasa. Operator hendaklah menyediakan polisi Insurans Pampasan Pekerja dan
Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ke atas pekerjanya. Para pekerja
hendaklah warganegara Malaysia.

19.0 Operator perlu melantik seorang wakil yang berkelayakan membuat pemeriksaan dan
penyeliaan sepenuh masa. Wakil tersebut mestilah seorang warganegara Malaysia.
Operator atau wakilnya, apabila dikehendaki hendaklah hadir di Pejabat Pengurusan untuk
memberi laporan kemajuan kerja dan menerima arahan Datuk Bandar mengenai kerja.

SK/8
20.0 Operator adalah tertakluk kepada arahan untuk membuat
pemeriksaan bersama untuk menilai mutu kerja. Selain itu, denda
juga akan dikenakan jika didapati Operator tidak mengikut atau
menjalankan kerja-kerja yang dinyatakan didalam Skop Kerja dan
Spesifikasi / Penentuan Kerja. Denda ini akan ditolak daripada
Jumlah Harga Kontrak dan Datuk Bandar berhak untuk menuntut
daripada kontraktor.

21.0 Operator tidak dibenarkan untuk menjadikan stor untuk


menyimpan barang-barang dijadikan tempat tinggal kepada
pekerja-pekerjanya.

22.0 Operator adalah dikehendaki bersedia pada bila-bila masa yang


tertentu untuk menjalankan kerja-kerja kecemasan seperti terdapat
acara rasmi, lawatan pihak pengurusan tertinggi dan seumpamanya.
Perkara ini adalah tertakluk kepada arahan pegawai penguasa dan
kakitangan di tapak. Sehubungan itu, Operator dikehendaki
menyediakan dua (2) alat kemudahan komunikasi pintar berserta
dengan peralatan komputer untuk kemudahan komunikasi dua
hala.

22.1.1 Kawalan Dan Keselamatan Tapak

Operator hendaklah sentiasa menyediakan perkhidmatan kawalan


keselamatan bagi Tapak tersebut dan sentiasa memastikan agar
keselamatan kenderaan-kenderaan di Tapak tersebut sentiasa terjamin
daripada sebarang tindakan vandalisme, kecurian, rompakan kehilangan
dan pencerobohan.

SK/9
22.1.2 Larangan Barangan Berbahaya Dan Mudah
Terbakar

Operator dilarang menyimpan atau membawa masuk atau membenarkan


disimpan atau dibawa masuk sebarang benda atau membahayakan atau
bahan yang mudah terbakar atau membahayakan atau membenarkan
dilakukan sebarang kelakuan yang akan meninggikan kadar premium
insuran Tapak tersebut, lebih dari yang ditetapkan atau menjadi insuran
tersebut tidak sah.

22.1.3 Larangan Menyerah Hak Sewa Tapak

Operator dilarang menyewa, melepaskan atau menyerah hak samada


sebahagian atau sepenuhnya Tapak tersebut samada dalam bentuk
sewaan, sewaan kecil, pajakan atau surat kuasa apa-apa kepentingan,
obligasi atau tanggungan di bawah Kontrak Penyewaan ini kepada mana-
mana pihak ketiga kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Datuk
Bandar.

22.1.4 Kerosakan Hartabenda

Operator hendaklah bertanggungjawab dan menanggung rugi Datuk


Bandar terhadap apa-apa bentuk kerosakan terhadap apa-apa harta,
hartanah atau harta alih yang mana kerosakan sedemikian timbul akibat
dari atau dalam suasana atas alasan kerja yang dilakukan berhubung
dengan pengendalian Operasi Tapak tersebut dan perkara-perkara yang
terjadi disebabkan kecuaian atau keingkaran Operator, pekerja-pekerja
Penyewa dan/atau ejen Penyewa.

22.1.5 Pembinaan, Perubahan Atau Pengubahsuaian Di


Tapak

Operator dilarang membuat atau membenarkan dibuat apa-apa


pembinaan, perubahan atau pengubahsuaian ke atas Tapak tersebut

SK/10
seperti struktur bangunan, kelengkapan atau pemasangan-pemasangan
peralatan atau perhiasan kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis
daripada Datuk Bandar. Pelan-pelan dan spesifikasi bagi tujuan
perubahan atau pengubahsuaian tersebut hendaklah terlebih dahulu
mendapat kebenaran bertulis daripada Datuk Bandar.

22.1.6 Risiko Tanggungan Awam

Operator adalah bertanggungjawab ke atas semua tuntutan tanggungan


awam yang timbul semasa melaksanakan kontrak ini dan akan juga
bertanggungjawab untuk memastikan bahawa perlindungan insurans
yang mencukupi bagi meliputi risiko berkenaan termasuk ‘Workmen’s
Compensation’ dan lain-lain bagi melindungi kepentingan Datuk Bandar
Kuala Lumpur.

22.1.7 Penyediaan Bekalan Elektrik/Bekalan Air

Operator adalah bertanggungjawab untuk menguruskan sendiri urusan


permohonan kemasukan/penyediaan bekalan air dan elektrik di tapak
tersebut. Bagi tujuan tersebut, pihak Operator diwajibkan untuk
mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Datuk Bandar Kuala
Lumpur sebelum sesuatu kelulusan dikeluarkan. Pihak Operator adalah
bertanggungjawab ke atas semua tuntutan tanggungan awam yang
timbul semasa melaksanakan kerja-kerja kemasukan bekalan air/elektrik
di kawasan tersebut.

22.1.8 Tempoh Kontrak

Tempoh kontrak ialah selama dua ( 2 ) tahun sahaja tertakluk kepada


syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.

22.1.9 Wang Cengkeram

Penender dikehendaki mengemukakan wang cengkeram sebanyak (2)


dua bulan sewa dari jumlah sewa bulanan yang dicadangkan oleh pihak
SK/11
penender semasa proses tender. Wang cengkeram ini hendaklah dibuat
dalam bentuk bank draf dan diserahkan bersama dokumen tawaran yang
dikemukakan kepada DBKL.

Wang cengkeram ini akan dikembalikan kepada penender yang tidak


berjaya. Manakala, bagi penender yang berjaya wang cengkeram
tersebut akan menjadi sebahgian daripada wang cagaran seperti yang di
syaratkan dalam klausa 2.4.3 di bawah.

22.1.10 Wang Cagaran

Penender yang berjaya dilantik sebagai operator akan dikehendaki


mengemukakan wang cagaran sebanyak 3 bulan sewa kepada Datuk
Bandar Kuala Lumpur sebaik sahaja tawarannya diterima dan sebelum
menandatangani kontrak.
Wang cagaran ini hendaklah dalam bentuk Bank Draf atau Wang Tunai
dengan nilai berjumlah sewa tiga bulan

22.1.11 Sewa Bulanan Pertama

Petender yang berjaya dilantik sebagai operator akan juga dikehendaki


mengemukakan satu (1) bulan sewa operasi kepada Datuk Bandar sebaik
sahaja tawaran diterima dan sebelum menandatangani kontrak.

22.1.12 Surat Aku Janji

Penender yang berjaya dilantik akan dikehendaki menandatangani satu


surat aku janji kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur. Melalui aku janji
tersebut, penender tidak dibenarkan untuk membuat rayuan atas apa-
apa alasan untuk meminda/mengurangkan harga sewa yang telah
dipersetujui. Datuk Bandar Kuala Lumpur berhak untuk tidak
membenarkan penender masuk ke tapak sekiranya penender gagal
menandatangani surat aku janji tersebut.

SK/12
23 TAWARAN KERJA

23.1 Penender-penender adalah dikehendaki mengemukakan tawaran


mereka dengan mengisikan butir-butir seperti di Jadual Kadar Sewa
(muka surat JKS/2). Adalah menjadi tanggungjawab penender untuk
memahami bidang kerja tawaran ini dan juga mengadakan lawatan ke
kawasan tapak tempat letak kereta yang disenaraikan untuk
mendapatkan maklumat mengenai perkara-perkara lain yang ada
kaitan dengan tawaran ini sebelum mengemukakan tawaran.

23.2 Semua perkara-perkara berikut adalah penting dan mesti disertakan


oleh para penender di dalam dokumen tawaran. Kegagalan
menyertakan perkara-perkara berikut akan menyebabkan tawaran ini
dibatalkan :

i) Penyata bank syarikat bagi ( 3 ) bulan berturut-turut kebelakangan mulai


tarikh tawaran dipanggil ; dan

ii) Cadangan carta organisasi terperinci Syarikat ( merangkumi semua


kakitangan bagi setiap unit/bahagian dalam syarikat ) untuk
menguruskan tawaran kontrak pengurusan dan operasi tapak tempat
letak kereta yang berminat ; dan

iii) Bagi setiap tapak tempat letak kereta terkawal yang ingin disewa itu
penender perlu kemukakan satu laporan analisa menunjukkan kos
peralatan dan kos operasi secara terperinci serta justifikasi cadangan
bayaran sewa bulanan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kegagalan mengemukakan mana-mana satu perkara atau maklumat di atas akan


menyebabkan tawaran penender tidak dipertimbangkan.

23.3 Penender mesti menjelaskan segala hutang sekira ada atau sebarang
tunggakan
SK/13
bayaran kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Penender yang didapati masih
berhutang atau belum menjelaskan sebarang tunggakan pada tarikh tawarannya
diterima tidak akan dipertimbangkan.

24 PERJANJIAN

Penender yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Datuk Bandar


Kuala Lumpur seperti contoh perjanjian kontrak di ‘Syarat-syarat Perjanjian’. Perjanjian
Kontrak ini adalah contoh sahaja dan tertakluk kepada perubahan oleh Datuk Bandar
Kuala Lumpur.

SK/14

Anda mungkin juga menyukai