Anda di halaman 1dari 2

Abstrak

Banjir secara umum adalah kuantiti air yang tidak dikehendaki.Di Malaysia, banjir kerap berlaku disebabkan kombinasi semula jadi dan tindakan manusia. Secara tradisional, masyarakat Malaysia merupakan masyarakat yang berasal dari sisi sungai yang memang mudah terdedah kepada bencana banjir. Faktor ini digandingkan lagi dengan faktor semula jadi seperti intensiti hujan yang tinggi, lembangan saliran yang diganggu oleh aktiviti pembangunan serta sikap masyarakat yang kurang mengambil perhatian mengenai kesejahteraan sungai menyebabkan fenomena banjir kilat ini menjadi lazim di Malaysia. Selain dari manusia sebagai mangsa, kerugian daripada segi harta benda individu dan awam juga merupakan impak bencana banjir yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat dan kerajaan. Fenomena banjir kilat yang melanda negara ini khususnya di Changlun, Kedah menuntut agar isu ini diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pihak-pihak yang berkaitan. Ini kerana masyarakat sudah mulai bosan dengan permasalahan banjir kilat yang kerap melanda dan tiada kesudahannya. Terdapat beberapa langkah yang telah, sedang dan akan dilaksanakan dalam usaha mengatasi permasalahan banjir kilat di Changlun. Langkahlangkah tersebut merangkumi tindakan jangka panjang oleh individu dan juga kerajaan untuk mengatasi masalah banjir kilat kilat ini di kawasan tersebut.

Abstract

Generally flood is the unwanted quantity of water and had to be flown to a ricver . In Malaysia, flood often occurs due to a combination of natural and human

actions. Traditionally Malaysian society is a society which originated from the river which is highly vulnerable to flood disaster. These factors combined with natural factors such as highintensity rainfall, drainage basins disturbed by development activities, and community attitudes about taking note of the well-being of the river that caused the phenomenon of flash floods has become common in Malaysia. Apart from humans as prey, loss in individual and public property is the impact of the flooding that had to be borne by the society and the government.. The phenomenon of flash floods that hit the country particularly in Changlun, Kedah, insisting that this issue be given due attention by the relevant parties. This is because the society are beginning to get bored with the problem of flash floods that frequently hit and no end. There are several steps that have been, are and will be implemented in an effort to overcome the problem of flash floods in Changlun. These measures include long-term action by individuals and governments to overcome flash flood in the area.

Anda mungkin juga menyukai