Disediakan Oleh:
En. Osfarizal bin Othman
Pegawai Psikologi
Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu
PENGENALAN
• Kelulusan akademik bukanlah satu-satunya
faktor penentu seseorang calon itu berjaya di
dalam temuduga. Sebaliknya ada banyak
faktor yang boleh mempengaruhi sama ada
faktor dalaman @ luaran. Antara faktor
dalaman ialah seperti keyakinan diri,
kebolehan berinteraksi dan sebagainya.
Manakala, faktor luaran pula seperti
tatakelakuan, adab sopan, kekemasan diri
dan sebagainya.
Ada Beberapa Perkara Penting Yang
Perlu Anda Lakukan Sebelum Menghadiri
Sesuatu Sesi Temuduga
1. Kenalpasti sebanyak mungkin berkenaan
kehendak majikan.
2. Selidik profil syarikat dan panel temuduga.
3. Buat persediaan berhubung dengan soalan-soalan
yang berkemungkinan ditanya dengan jawatan
yang dipohon.
4. Latihan tubi soalan-soalan tersebut dengan
jawapan yang tepat dan munasabah.
5. Jika anda mempunyai masa untuk melakukan
latihan temuduga, lakukannya.
6. Jika anda ada peluang untuk dirakamkan, lakukannya.
• Jangan lewat…!!!
- Kajian: calon yang hadir 5 minit lewat akan
dikira gagal untuk sesi temuduga tersebut.
BERTATOO
RAMBUT BERWARNA
PAKAIAN LELAKI
JANGAN
SESEKALI …..
• Jawab secara bersahaja seperti “a ah”.
• Bercakap secara terlalu lembut dan terlalu
perlahan.
• Memegang muka, mulut dan mengeliatkan
kepala.
• Berpeluh secara berlebihan.
• Merokok.
• Mengunyah gula-gula getah (chewing gum).
• Menggoyangkan kaki @ bersilang kaki.
• Bermain-main dengan pensil @ pen sambil
mengaju-ajukan tangan.
• Bersiul.
• Menjegilkan mata.
• Membersihkan kuku.
• Menggunakan slang ketika menjawab
soalan.
• Menggunakan nama penemuduga
tanpa menggunakan gelaran yang
sepatutnya.
• Memegang dan bermain dengan
barang-barang yang ada di meja panel
penemuduga.
• Mengusik-usik rambut.
• Memotong percakapan panel
penemuduga.
SOALAN YANG BIASA DITANYA …
1. Penguasaan bahasa ke-2
2. Perkara yang terbaik pernah dilakukan @
dicapai
3. Kemahiran-kemahiran teknikal yang ada
pada calon
4. Pengetahuan am
5. Kekuatan atau kelebihan anda
6. Kelemahan diri yang dimiliki
7. Pernah menghadapi apa-apa konflik
bersama majikan terdahulu @ pensyarah
8. Mengapa syarikat ini perlu mengambil anda
bekerja?
9. Bagaimanakah anda menerangkan tentang
jawatan yang dipohon adalah bersesuaian
dengan diri anda
10.Bagaimana status pendidikan anda dapat membantu
kerjaya anda di dalam syarikat ini?
TIPS MENJAWAB
SOALAN
• Cara terbaik untuk mempamerkan atau
menunjukkan keinginan anda terhadap
jawatan yang dipohon semasa
ditemuduga ialah mesra dan sentiasa
tersenyum.