Anda di halaman 1dari 14

9 PRINSIP ART DRAWING -HTP

• TIADA KETEPATAN 100% DALAM AD- HTP. Tidak semua tafsiran


bertepatan dengan diri anda dan klien anda. Tidak mungkin 100%. Ini
kerana tidak mungkin ada alatan atau kaedah di dalam dunia nin yang
boleh memerihalkan keadaan diri seseorang manusia dengan tepat
dalam sebarang bidang kilinikal, psikologi, kaunseling, pengukuran
dan penilaian.
• KAEDAH HTP BERASAL DARI KLINIKAL PSIKOLOGI. Ini bermaksud ia
sesuai dan berkesan bagi indivdu bermasalah kilinikal, sukar
meluahkan permasalahan, bersifat menentang dan enggan dalam sesi
menolong. Ini bermaksud ketepatan dan kesesuaian AD-HTP adalah
tinggi bagi golongan ini.
• KAEDAH HTP BOLEH DIGUNAKAN KEPADA INDIVIDU YANG
BERMASALAH SEDERHANA DAN INDIVIDU SIHAT. Namun, kaedah
interpretasi symbol Bahasa sub-conscious mind boleh diaplikasikan
kepada individu bermasalah sederhana dan sihat. Oleh itu,
interpretasinya perlu kepada individu bermasalah sederhana dan
sihat. Oleh itu, interpretasinya perlu pertimbangan dan kebijaksanaan
pengamal AD-HTP.
• JANGAN MENGHUKUM KLIEN berdasarkan andaian interpretasi yang
kita tafsirkan terhadap lukisan AD-HTP klien.
• PENGAMAL AD-HTP TIDAK BOLEH MELETAKKAN NILAI dirinya
ataupun dapatan interpretasi orang lain kepada semua klien. Setiap
individu unik dan berbeza pengalaman dan dunia kehidupannya.
• INTERPRETASI AD-HTP YANG PALING TEPAT IALAH PENGESAHAN,
PENGAKUAN DAN PERKONGSIAN OLEH KLIEN SENDIRI. AD-HTP
hanyasebagai alat atau symbol untuk memecahkan tembok keegoan,
keenganan dan memasuki emosi yang mendalam klien.
• AD-HTP ADALAH TERAPI MENGIKUT GERAK HATI. Jika gerak hati
anda mengatakan YA atau begini, maka ikutlah proses dan aliran ini
dan terokai untuk mendapat pendedahan klien. Ini sangat berkesan
untuk menembusi emosi mendalam kilen untuk kesedaran dan
perubahan diri yang positif.
• ANDA PENENTU PILIHAN DAN TAKDIR ANDA. Anda sendiri yang
menentukan pilihan dan takdir anda. Andalah yang menguasai minda
anda bukan orang lain. Andalah orangnya yang memilih tingkah laku
keseluruhan anda, pemikiran, tindakan, perasaan dan fisiologi anda.
• FAHAMI INTERPRETASI AD-HTP DAN INTERVENSI PSIKOLOGI CBT.
Pentafsiran AD-HTP akan menemukan bakat, potensi, halangan
permasalahan dan trauma dalam aspek impian, konsep diri,
perhubungan dan kekeluargaan. Maka, Modul AD-HTP ini
menyediakan intervensi psikologi bagi menangani semua aspek utama
ini berdasarkan pendekatan Cognitive-Behavioral Therapy (CBT).
Fahami AD-HTP dan Kuasai CBT.
Pengenalan Umum HTP
Definisi,Istilah dan Konsep Teknik Lukisan Projektif
• Pendekatan gerak hati atau intiusi dalam penafsiran lukisan
mempunyai sejarah yang panjang dan telah wujud berabad lamanya,,
namun kaedah ini telah dikaji dengan lebih lebih mendalam secara
sistematik sejak awal lingkungan 30 dan 4 tahun dahulu.
• Pendekatan lukisan projektif semakin terkenal sekitar tahun 1950 an
dan 1960 an apabila psikoanalisis mendominasi kaian tentang tingkah
laku manusia.
• Teori Psikoanalisis yang di pelopori oleh singmund frued mendapati
bahawa aspek-aspek penting dalam personality tidak berupaya diukur
secara mendalam dengan hanya mengunakan laporan daripada
inventori personality semata-mata kerana mempunyai nilai-nilai yang
terhad
• Teori ini berpendapat bahawa untuk memahami tentang dunia
dalaman manusia yang sebenar, seseorang ahli terapi itu perlu mahir
memahami bagaimana minda bawah sedar manusiaitu berfungsi dan
perkara-perkara yang cuba disembunyikan dalam dunia realitinya.
• Oleh demikian perspektif psikoanalisis berpandangan bahawa,
pendekatan yang tidak langsung seperti lakaran lukisan adalah suatu
unjuran keluar aspek-aspek personality seseorang yang disebut
sebagai teknik projektif
• Melalui lukisan projektif, symbol-symbol yang dilakarkan seperti
gambar rumah, pokok, rumah dan lain-lain elemen menjadi tema-
tema utama yang dapat menjelaskan tentang sikap, perasaan,
kebimbangan dan konflik yang dialami oleh seseorang secara dinamik
dan kesinambungan.
• Lukisan Projektif adalah suatu teknik yang menunjukkan perasaan dan
fikiran seseorang melalui symbol-symbol dalam bentuk lukisan.
• Lukisan projektif Rumah, Pokok dan Orang telah di perkenalkan oleh
John Buck (1984) dan dibangunkan oleh john buck dan Emanual
Hammer (1969) dengan lebih sistematik dan terperinci. Aplikasi
Lukisan Projektif Rumah, Pokok dan Orang banyak digunakan dalam
situasi psikologi klinikal namun dikembangkan penggunaannya kerana
teknik lukisan projetif ini bukan hanyamelihat keupayaan mental dan
kepetahan berbahasa seseorang tetapi lukisan projektif juga dapat
menggambarkan aspek-aspek personality seseorang.
• Penafsiran Lukisan Projektif ini menggunakan elemen gambar rumah,
pokok dan orang yang mana begitu dekat dan signifikan dengan
kehidupan manusia seharian.
• Gambar Pokok mengambarkan proses perkembangan manusia yang
meliputi aspek impian, keazaman dan pandangan masa hadapan
seseorang
• Gambar orang adalah pandangan balas tentang konsep diri seseorang
• Rumah mewakili interaksi balas tentang interaksi dan hubungan
kekeluargaan.
Kaedah Teknik Lukisan Projektif – Rumah,
Pokok dan Orang
• Arahan yang jelas hendak diberikan kepada peserta, iaitu lukis
gambar Rumah , Pokok dan Orang sebaik atau secantik yang boleh
anda lakukan mengikut imaginasi anda dan elakkan dari melukis
gambar orang lidi, orang salji dan orang kartun.
• Ahli terapi atau kaunselor hanya perlu menyediakan kertas kosong
berukuran 8 ½” X 11” atau boleh juga menggunakan kertas bersaiz
A4, pensel dan pemadam kepada peserta.
• Peserta tidak terikat dengan masa dan ajli terapi dan kaunselor juga
tidak menghalang sebarang penambahan dalam lukisan seperti
matahari, awan, buah dan sebagainya.
• Ini kerana setiap lukisan mewakili symbol-symbol atau makna-makna
tertentu. Sebagai contih matahari menggambarkan peserta yang
menginginkan lebih kemesraan dan keceriaan manakala awan
berkaitan kemurungan dan kerisauan.
Pentafsiran Asas Simbolik RUMAH
SEROMBONG
ASAP
Kemesraan,
kuasa, kelakian &
kewanitaan

BUMBUNG
Imaginasi &
kreativiti
PINTU
Perhubungan
dengan dunia luar

DINDING
Jati diri seseorang
LALUAN PEJALAN KAKI
Perhubungan dengan
TINGKAP
dunia luar
Interaksi dengan
persekitaran
Pentafsiran Asas Simbolik POKOK
DAUN BUAH
Rasa Sokongan &
kebergantungan galakan

DAHAN
BATANG POKOK Tenaga utk
Konsep kendiri mencapai impian

AKAR
Pengalaman lalu
Pentafsiran Asas Simbolik ORANG
TELINGA KEPALA
Daya intelektual RAMBUT @ BULU
Rangsangan emosi
Kematangan seksual
DAGU
Ketegasan diri RAUT WAJAH
Pusat komunikasi
MISAI & JANGGUT
Daya intelektual MATA
Tingkap emosi
LEHER @ TENGKUK
Kawalan diri BULU KENING @
MATA
BAHU & BUAH DADA Penampilan diri
Tenaga fizikal HIDUNG
Penampilan & symbol seks
BENTUK BADAN
Persepsi realiti MULUT
Komunikasi & kematangan
KELANGKANG
Perhubungan seks
PINGGANG
LENGAN Kawalan rasional
Pembangunan diri
KAKI
Autonomi dan keseimbangan

Anda mungkin juga menyukai