Anda di halaman 1dari 2

MOTIVASI PEMANTAPAN SAHSIAH

SAHSIAH UNGGUL PEMANGKIN KECEMERLANGAN

1. PENDAHULUAN
Sek Men Ren Agama Ulu Jempol berhasrat melahirkan pelajar yang berkualiti dari
segi sahsiah dan akademik. Demi memperkasakan keunggulan warga SMRA Ulu
Jempol bagi menghadapi cabaran masa depan maka sekolah mengambil inisiatif
dengan mengadakan program ini. Sesungguhnya dengan kejayaan program ini
diharapkan dapat memberi impak yang besar kepada pelajar SMRA Ulu Jempol
khususnya.

2. OBJEKTIF
2.1 Memupuk semangat positif dalam diri pelajar-pelajar.
2.2 Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan
pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan,
kesihatan dan keselamatan.
2.3 Murid dapat menjalani ibadah dengan lebih sempurna dan teratur.
2.4 Mempertingkatkan semangat belajar demi menghadapi cabaran masa akan
datang.
2.5 Mengeratkan dan memperkukuhkan silaturrahim dalam kalangan warga sekolah.

3. SASARAN

Pelajar : 62 orang
Semua Ibu bapa / penjaga

4. TARIKH & MASA


Tarikh : 22 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi

PENCERAMAH JEMPUTAN :
USTAZAH NIK NORSAHA BT NIK MOHAMAD

5. JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat : Pn. Hjh Suriyah binti Ghazali
Pengerusi : Cik Siti Fatimah binti Hj. Ali
Penyelaras Program : Pn. Faradila binti Zainal Abidin
Pengacara Majlis : Pelajar
Bacaan Doa : Pelajar
Buku Program : Pn. Wan Shifilillah bt M.Shahar
Jamuan : Pn. Muslimah bt Mat Taib
: Pn. Rokhaiza bt Abd Razali
: AJK PIBG
Persiapan Tempat : En. Muhammad Zakwan b Zainal Abidin
: En. Mohd Nasrul Shafiq b Mohd Noor
P.A Sistem : En. Husny Zaim b Ibrahim
: En. Syed Mohd Salim b Syed Akil
6. TENTATIF PROGRAM

MASA ATURCARA
8.00 pagi Kehadiran dan Pendaftaran pelajar ibu bapa / penjaga
Sarapan pagi
8.20 pagi Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
8.25 pagi Bacaan Doa
8.30 pagi Motivasi
10.30 pagi Rehat
11.00 pagi Aktiviti Pelajar bersama Ibu Bapa / Penjaga
1.00 petang Makan tengahari & bersurai

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bi Perkara Jumlah (RM)


l
1 Jamuan Ringan ( RM8.00 X 130 orang ) 1040.00
2 Saguhati Penceramah ( 2 slot x RM 250.00) 500.00
3 Bahan Percetakan & Dokumentasi 300.00

JUMLAH 1840.00

8. PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat memberikan input dan semangat yang positif kepada
pelajar-pelajar dan dapat membakar semangat mereka. Diharapkan pelajar-pelajar
mendapat manfaat daripada program ini dan program seperti ini dapat diteruskan pada
masa akan datang.

Disediakan oleh :

..
(FARADILA BINTI ZAINAL ABIDIN)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sek Men Ren Agama Ulu Jempol

Anda mungkin juga menyukai