Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENGETUA SEMPENA PROGRAM JELAJAH RAKAN

SEKOLAH BERITA HARIAN (BH) 2015

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.

Terima kasih pengerusi majlis

Yang dihormati ,

Tuan Haji Khairoddin Ahmad, Timbalan Pengarah Tabung Haji Selangor,

Pegawai-pegawai Tabung Haji,

Puan Fadzlena binti Jaafar,

Encik Ridzuan Yeop,

Pengarang Berita Pendidikan ,

Wakil –wakil wartawan daripada Berita Harian,

Barisan pentadbir, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Syukur Alhamdulillah dan terima kasih kerana pada hari ini, sekolah Raja

Zarina berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran tetamu daripada

Tabung Haji dan Berita Harian yang telah memilih puteri-puteri sekolah

ini untuk Program Jelajah Rakan Sekolah Berita Harian 2015.

1
Para pelajar yang dikasihi sekalian,

Nama Berita Harian sudah tersohor sebagai akhbar perdana di negara ini

kerana pelbagai info terkini dan maklumat yang memberi manfaat

kepada seluruh rakyat Malaysia. Malah, pada kesempatan ini juga, para

pelajar boleh menimba ilmu tentang bagaimana dunia kewartawanan

dan fotografi di sekolah daripada program pada pagi ini. Untuk

pengetahuan Berita Harian juga, pelajar – pelajar sekolah ini merupakan

pembaca dan pelanggan setia setiap tahun kerana akhbar ini sarat

dengan maklumat semasa , harga yang berpatutan kepada para pelajar

dan istimewanya terdapat sisipan PT3 dan SPM untuk rujukan tambahan

para pelajar menghadapi peperiksaan pada tahun ini.

Puteri-puteri Raja Zarina sekalian,

Saya pasti para pelajar sudah mengenali tentang Tabung Haji yang

sinonim dengan tabungan simpanan wang untuk menunaikan Haji. Oleh

itu, amalan menabung merupakan amalan mulia yang perlu dipupuk

sejak kecil lagi. Persis mutiara kata, melentur buluh biarlah dari

rebungnya perlu dipraktikkan sejak di bangku sekolah lagi. Ayuh,

pelajar-pelajar Raja Zarina, rebutlah inisiatif Tabung Haji dalam

memupuk minat suka menabung dalam kalangan pelajar sekali gus

membuka peluang mengerjakan haji di usia muda.


2
Setinggi – tinggi terima terima kasih kepada Tabung Haji dan Berita

Harian kerana memilih pelajar sekolah SMK (P) Raja Zarina untuk

Program Jelajah Rakan Sekolah Berita Harian 2015.

Saya sudahi ucapan ini dengan wabillahitaufik walhidayah,

wassalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai