Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis,

Yang berbahagia,

Puan Hajah Foziah binti Buang, Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran negeri
Selangor,

Yang berusaha,

Pn Hajah Lasiah bt Yeop Tasin, Pengetua SMK(P) Raja Zarina,

Yang dihormati,

Puan Hajah Noraini binti Tahir,

Mantan PPD merangkap Mantan Pengetua SMK (P) Raja Zarina,

Puan Hajah Salbiah binti Omar,

Puan Hajah Hamsah binti Sarani,

Mantan Pengetua SMK (P) Raja Zarina,

Encik Mokhtar bin Manaf,

Yang Dipertua PIBG,

AJK PIBG,

Puan Noor Siah binti Othman, Penolong Kanan Kurikulum,

Puan Rahimah binti Haji Abdul Jalil Penolong Kanan HEM,

Puan Noraizah binti Mohd Noor,Penolong Kanan Kurikulum,

Puan Siti Anom binti Hoslin, Penolong Kanan Petang,

Guru-guru kanan bidang,

1
Guru-guru seterusnya rakan seperjuangan sekalian,

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Alhamdulillah, setinggi-tinggi


kesyukuran dirafakkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah, rahmat, kurnia dan izinNya maka
kita semua telah berpeluang bertemu dalam majlis Graduasi Tingkatan 5, 2013 yang indah ini.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada tenaga penggerak majlis graduasi SPM 2013 dan pihak
sekolah SMK (P) Raja Zarina kerana tanpa susah payah mereka tidaklah kita dapat bersama-
sama di sini dalam usaha mengeratkan silaturrahim antara kita dan mencipta memori terindah
dalam kehidupan. Kesempatan pada hari ini juga merupakan suatu detik bersejarah yang tidak
saya lupakan kepada pihak pihak sekolah kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya
untuk menyampaikan ucapan dalam majlis ‘keramat’selaku Ketua Pelajar SMK (P) Raja Zarina
bagi tahun 2013.

Hadirin dan rakan seperjuangan sekalian,

Meskipun saban tahun majlis seumpama ini diadakan, namun setiap penganjuran majlis tersebut
mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bagi kami, majlis graduasi seumpama ini merupakan
pengalaman menarik kami sepanjang sejarah persekolahan kami setakat ini. Sungguh teruja
kerana majlis kali ini sangat meriah, namun motif dan matlamatnya tetap sama, iaitu upacara
atau istiadat merelah, merestui segala ilmu dan pengalaman yang para guru curahkan kepada
kami, para pelajar. Dalam pada itu, majlis graduasi ini juga merupakan bukti keikhlasan dan
komitmen para guru dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai jentera pendidikan
dalam menyampaikan ilmu dan pengajaran demi masa hadapan anak bangsa.

Guru-guru yang kami sanjungi,


Kami sedar bahawa dalam usaha untuk memanusiakan manusia seperti kami, guru-guru sering
kali berhadapan dengan pelbagai karenah dan cabaran; ada yang menyakitkan hati; ada yang
menghampakan harapan; ada yang menggembirakan; ada yang melucukan; dan ada yang
menyeronokkan. Segala pengalaman pahit manis ditelan dengan penuh sabar; sehingga kami
dapat merasakan bahawa guru-guru di sekolah ini bukan sekadar guru biasa, malah adakalanya
berperanan sebagai ibu dan bapa kepada kami; sakit pening kami dan kebajikan kami sentiasa
diambil berat; kemajuan akademik kami dan keterampilan sahsiah kami sentiasa diberi perhatian;
2
kerja rumah, modul,folio, kerja kursus, latihan pengukuhan dan pelbagai tugasan kami akan
diperiksa. Pendek kata, soal masa depan kami sering merunsingkan guru-guru sekalian. Selain
tunjuk ajar, guru-guru turut menjadi tempat rujukan kami untuk meleraikan kekusutan dan segala
perkara, termasuklah perkara-perkara yang bersifat peribadi. Guru-guru adalah segala-galanya
buat kami. Terima kasih cikgu!

Guru-guru yang kami sayangi,


Sesungguhnya, kesediaan guru-guru untuk membantu kami amatlah kami hargai dan sanjungi.

Tenang-tenang air di laut,


          Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
          Budi guru-guru rasa nak junjung.  
                  
Terima kasih cikgu! Halalkan segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan. Restuilah kami
dan doakanlah kejayaan kami dalam peperiksaan SPM yang akan menjelang tidak lama lagi iaitu
pada 6 November 2013.

Akhirulkalam, sebelum saya menyerahkan majlis ini kepada Tuan Pengerusi Majlis, saya selaku
wakil pelajar sekalian ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima
kasih kepada para guru yang telah sudi menabur bakti demi kecemerlangan hidup kami di hari
muka. Segala jasa dan pengorbanan guru-guru tidak dapat kami balas, justeru kami serahkan
kepada Allah jua untuk membalasnya.

Dirunduk hanyalah padi


        Diendang sigadis desa;
Yang baik hanyalah budi,
        Dikenang hanyalah jasa.

Budi bahasa tak jual beli,

3
,      Orang berbudi kita berbahasa;
Pekerti mulia pakaian diri,
       Orang memberi kita merasa

Sedikit tanda ingat, banyak tanda ada, kasih kepada yang sudi, meminta kepada yang ada dan
bertanya kepada yang tahu.

Saya dengan rendah hati mohon diri. Sekian, waillahitaufiq wal hidayah, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai