Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN PELANTIKAN PENGAWAS 2019

`.

1. Yang dihormati Pegawai Perhubungan Sekolah Sarjan Asdi Tangau daripada Ibu
Pejabat Polis cawangan Sandakan,

2. Yang berusaha Encik Rodney Tan, Penolong Kanan kurikulum,

3. Yang berusaha Puan Josephine Jumpa, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

4. Yang berusaha Encik Godfrey Chu, Penolong Kanan Kokurikulum,

5. para guru, dan seterusnya murid-murid yang dikasihi .

Terlebih dahulu, saya mengucapkan seribu kesyukuran kerana kita semua dapat berkumpul
meraikan majlis nan bersejarah pada pagi ini. Majlis pada hari ini diharap menjadi satu titik
permulaan kepada murid-murid yang akan diiktiraf sebagai pemimpin cilik.

Hadirin yang dihormati,


Saya, selaku guru besar di sekolah ini mengucapkan syabas kepada semua pengawas
sekolah, pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS), Pembimbing Rakan Sebaya, dan
pengawas PPDA yang bakal menerima watikah pelantikan sebentar sahaja lagi. Saya yakin,
setiap antara mereka yang terpilih ini sudah melalui satu proses pemilihan yang rapi agar
mereka yang terpilih ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan komitmen tinggi bagi
membimbing rakan-rakan yang lain. Selain itu, dapat berganding bahu bersama-sama guru
melunaskan tugas dan tanggungjawab dalam segenap perkara yang dijalankan. Justeru,
saya menyeru supaya barisan pemimpin cilik ini sentiasa mengingati tugas dan
tanggungjawab yang dipikul itu nanti. Amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab perlulah
sebati dalam sanubari. Itulah resepi pengawas yang cemerlang dan berwibawa.

Bagi murid-murid lain pula, saya ingin menyampaikan amanat, agar sentiasa memberi
kerjasama kepada semua pengawas yang dilantik. Patuhilah segala peraturan dan pesanan
guru agar tumpuan penuh dapat diberikan kepada usaha meningkatkan nama baik sekolah
terutama dalam peningkatan sahsiah dan akademik bagi meletakkan kecemerlangan
sekolah pada peringkat yang lebih tinggi.

Pada kesempatan ini juga, saya juga mengambil kesempatan untuk menasihatkan
semua murid sekolah ini mengutamakan pelajaran. Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan
dan sahsiah yang terpuji sahajalah kehidupan masa akan datang akan terjamin.
Sesungguhnya ‘pengetahuan itu kuasa’ (knowledge is power). Pengetahuan sedia ada
boleh memudahkan kita membezakan perkara yang baik dan buruk. Berdisipin ketika
belajar harus dijadikan amalan.
Harapan pihak sekolah agar SRK Sung Siew sentiasa berpotensi melahirkan insan-insan
berguna yang boleh dibanggakan pada masa akan datang dengan ikhtiar dan usaha
membentuk nilai-nilai insan dalam diri setiap murid. Sebagai akhir bicara, bersama-samalah
berdoa agar sekolah ini cemerlang dalam segala aktiviti akademik, kokurikulum.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai