Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN KECIL 2018

TERIMA KASIH SAUDARI PENGACARA MAJLIS.


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, ALHAMDULLILAHI RABBIL ALAMIN
WASSOLATU WASSOLAMU ALA ASHRAFIL ANBIYAR IWAR MURSOLIN
WAALA ALIHI WASIBIHI AJ’MAIN.

YANG DIHORMATI SARJAN MUHAMMAD HAIQAL DANIEL BIN ABDULLAH,


PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH, YANG DIHORMATI PN SHARIFAH
ZAMZAMI GPK TADBIR DAN KURIKULUM, GURU PENOLONG KANAN KO-
KURIKULUM, ENCIK MOHAMAD RASUL BIN SALLEHUDDIN,

YANG DIHORMATI GURU-GURU, BARISAN PENGAWAS SEKOLAH, PENGAWAS


PUSAT SUMBER SEKOLAH, PENGAWAS SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
DAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SEKOLAH (PRS), BRIDGED BESTARI,
KETUA DAN PENOLONG KELAS SERTA MURID-MURID YANG DIKASIHI
SEKALIAN. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN
SALAM SATU MALAYSIA.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan seribu kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana
dengan limpah hinayah-Nya, maka kita semua dapat berkumpul meraikan majlis nan
berbahagia pada pagi ini.

Hadirin yang dihormati,

Saya mengucapkan syabas kepada semua pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber
Sekolah (PSS), pengawas SPBT dan PRS, Bridget Bestari,Ketua dan penolong kelas
yang bakal menerima watikah pelantikan sebentar sahaja lagi. Saya yakin, setiap
antara mereka yang terpilih ini sudah melalui satu proses pemilihan yang rapi agar
mereka yang terpilih ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan komitmen tinggi bagi
membimbing rakan-rakan yang lain. Selain itu, dapat berganding bahu bersama-sama
guru melunaskan tugas dan tanggungjawab dalam segenap perkara yang dijalankan.
Justeru, saya menyeru supaya memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan dan sentiasa
mengingatinya semasa memikul tugas dan tanggungjawab itu nanti. Amanah, jujur,
ikhlas dan bertanggungjawab perlulah sebati dalam sanubari. Itulah resepi pemimpin
kecil yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bagi murid-murid lain pula, saya ingin menyampaikan amanat, sentiasalah memberi
kerjasama kepada semua pengawas yang dilantik. Patuhilah segala peraturan dan
pesanan guru agar tumpuan penuh dapat diberikan kepada usaha membangunkan
infrastruktur dan fasilitas sekolah serta peningkatan akademik bagi meletakkan
kecemerlangan sekolah pada platform yang lebih tinggi.

Hadirin sekalian,

Saya juga mengambil kesempatan ini menasihatkan semua murid sekolah ini
mengutamakan pelajaran. Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dan sahsiah yang
terpuji sahajalah kehidupan masa akan datang akan terjamin. Sesungguhnya
‘pengetahuan itu kuasa’ (knowledge is power).

Selaras dengan Hala tuju Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri ini adalah
kemenjadian murid secara holistik adalah matlamat utama dalam usaha semua guru
bagi menghasilkan murid selaras dengan aspirasi murid yang digariskan oleh KPM.
Pengetahuan sedia ada boleh memudahkan kita membezakan perkara yang baik dan
buruk. Berdisipin ketika belajar harus dijadikan amalan.

Saya berdoa semoga SKTBM ini sentiasa mendapat kerahmatan dan diberi
perlindungan agar sentiasa berpotensi melahirkan insan-insan berguna yang boleh
dibanggakan pada masa akan datang. Saya berharap juga, para pentadbir dan guru-
guru tidak jemu meneropong ikhtiar melipatgandakan usaha menbetuk nilai-nilai
insan dalam diri setiap murid. Kepada murid-murid juga saya mendoakan supaya
berjaya dalam setiap peperiksaan yang dijalani.

Sebagai akhir bicara, bersama-samalah berdoa agar sekolah ini cemerlang dalam
segala aktiviti akademik, kokurikulum dan mungkin menjadi sekolah contoh.

Jadi, dengan lafaz Bismillahirrahmaniirahim, saya merasmikan Majlis Pelantikan


Pemimpin Kecil SKTBM bagi tahun 2018.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai