Anda di halaman 1dari 12

TEKS UCAPAN

TIMBALAN KETUA POLIS KELANTAN


YDH SAC ABDULLAH BIN MOHAMAD PIAH

PROGRAM JOM KE SEKOLAH


PERINGKAT NEGERI KELANTAN
TAHUN 2020

PADA :
17 FEB. 2020 @ 7.00 PAGI

TEMPAT :
SMK MACHANG, MACHANG, KELANTAN.
1
Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.

YANG BERUSAHA SAUDARA/SAUDARI PENGACARA MAJLIS

YANG BERUSAHA
TUAN HJ MASHADI BIN DATO‟ HJ MUSAFA
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN,SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

YANG BERUSAHA
TUAN KAMAL RUZAMAN BIN HASSAN
KETUA PENOLONG PENGARAH HAL EHWAL MURID,
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

2
YANG BERUSAHA
TUAN HJ. ARAZMI BIN SEMAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MACHANG

YANG BERUSAHA
TUAN HJ HARIS BIN MUHAMAD
PENGETUA SMK MACHANG

YANG DIHORMATI
DSP GANTI BIN JIMMY
KETUA POLIS DAERAH MACHANG

KETUA-KETUA JABATAN PDRM IPK KELANTAN, GURU-GURU PENOLONG KANAN


SMK MACHANG, PEGAWAI-PEGAWAI KANAN, PARA IBU BAPA, TUAN-TUAN DAN
PUAN-PUAN SETERUSNYA PARA PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN.

(* SALUTATION TERBARU AKAN DISEDIAKAN)

3
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan
rahmat-Nya, dapat kita bersama-sama berhimpun di pagi yang indah dan ceria ini
bersempena „PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN
BAGI TAHUN 2020’ yang penuh bermakna buat kita semua. Saya juga ingin
mengalu-alukan kehadiran dif-dif jemputan, serta semua hadirin pada majlis ini.
Semoga dengan program yang dianjurkan ini akan dapat memberi manfaat kepada
kita semua.

Sebelum saya meneruskan ucapan, saya ingin menyampaikan salam daripada Ketua
Polis Kelantan kepada semua yang terlibat dalam program pada hari ini. Beliau tidak
dapat bersama-sama kita pada hari ini disebabkan kekangan tugas dan kesihatan
yang tidak mengizinkan. Saya sebagai wakil PDRM sangat berbesar hati kerana diberi
kepercayaan untuk terus berkolaboratif dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dalam menangani isu salah laku dikalangan pelajar.
4
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN.

Izinkan saya untuk membacakan perutusan Ketua Polis Negara bersempena Program
Jom Ke Sekolah Bagi Tahun 2020 Bil. 04/2020 yang bertarikh 14 Februari 2020.

PERINTAH PASUKAN KHAS


PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA PROGRAM JOM KE SEKOLAH
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2020

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan
izin dan inayah-Nya jua, program “Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan” dapat
direalisasikan lagi pada tahun ini.

5
Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat menghargai dan berbesar hati, kerana diberikan
kepercayaan untuk terus berkolaboratif dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM), bagi menangani permasalahan disiplin, serta salah laku murid, melalui
peranan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS). Inisiatif yang dilaksanakan sejak tahun
1974 ini, sentiasa ditambah baik mengikut keadaan dan keperluan semasa, serta
amat relevan dan signifikan, dalam proses pembentukan sahsiah serta jati diri insan
di peringkat awal persekolahan lagi.

PDRM amat prihatin tentang permasalahan sosial dan salah laku jenayah dalam
kalangan generasi muda, khususnya murid-murid sekolah. Dalam hal ini, kerjasama
yang tersusun dan bersistematik di antara pihak sekolah, ibu bapa dan PDRM, dilihat
mampu membendung isu salah laku sosial, dadah dan perlakuan jenayah daripada
terus menular. PPS yang dilantik bagi setiap sekolah, perlu mewujudkan suasana

6
sekolah yang aman dan selamat dengan membuat rondaan, lawatan, ceramah atau
sesi dialog, berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah. PPS juga hendaklah
sentiasa bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, serta memberikan
khidmat nasihat kepada pihak sekolah, berhubung dengan tindakan yang wajar
diambil, sekiranya berlaku sebarang kejadian jenayah melibatkan para pelajar.

Selain itu, PPS turut bertanggungjawab untuk memberikan pendedahan dan


kesedaran tentang undang-undang kepada guru-guru, murid-murid dan ibu bapa.
Mekanisme ini diyakini dapat melahirkan komuniti sekolah yang celik undang-undang,
dan mempunyai pengetahuan tentang langkahlangkah pencegahan jenayah, bagi
mengekang kes-kes salah laku dalam kalangan pelajar. Malah, melengkapkan diri
dengan pengetahuan victimology juga, akan memudahkan PPS untuk berkongsi
pengetahuan dengan para guru, murid-murid dan ibu bapa, mengenai cara-cara

7
membantu mangsa yang mengalami trauma atau “psychological impact” akibat
sesuatu perlakuan jenayah.

Dalam mendepani ancaman jenayah siber yang menggunakan pelbagai modus


operandi seperti love scam, black money, macau scam, penipuan e-kewangan dan
pewarisan harta, PPS perlulah memberikan pendedahan dan menyuntik kesedaran
kepada komuniti, termasuk para pelajar, agar tidak mudah terjebak atau menjadi
mangsa jenayah tersebut.

Selain itu, kita juga perlu mengekang penularan ideologi atau dakyah ajaran sesat,
radikalisme, ekstremisme dan terrorism dari menyerap masuk ke dalam sekolah.
Tanggungjawab kita adalah untuk memastikan murid-murid tidak dimanipulasi oleh
golongan-golongan tertentu dalam memperjuangkan agenda subversif mereka. Dalam
masa yang sama, saya berharap agar komuniti sekolah dan pihak yang berkaitan,
8
dapat bekerjasama untuk terus membimbing generasi muda, agar mereka tidak
mudah terpesong, dan sebaliknya menjadi modal insan yang cemerlang dan
disanjung tinggi.

Saya difahamkan, bahawa KPM, PDRM dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan


Kebangsaan, telah menerbitkan Buku Panduan Pegawai Perhubungan Sekolah
(BPPPS) sebagai garis panduan kepada PPS, dan semua pihak yang berkaitan dalam
melaksana program atau aktiviti yang telah ditetapkan. Buku ini akan dilancarkan
semasa sambutan Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2020, yang
akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman, Bentong, Pahang, pada
17 Februari 2020.

9
Adalah diharapkan Buku Panduan PPS dapat memberi pemahaman dan pengetahuan
yang komprehensif kepada PPS serta seluruh warga sekolah, agar dapat bertindak
secara holistik dalam menangani masalah disiplin dan salah laku jenayah dalam
kalangan pelajar. Kepada semua ahli jawatankuasa kerja yang telah berpadu usaha
dan tenaga, dalam menerbitkan Buku Panduan PPS, saya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan tahniah.

Akhir kalam, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada KPM, para
pengetua, guru-guru, ibu bapa dan PPS serta semua pihak yang sentiasa memberikan
sokongan dan kerjasama kepada setiap program atau aktiviti yang dijalankan oleh
PDRM. Ibarat terendam sama basah, terampai sama kering, diharapkan kerjasama
dan kesepakatan yang wujud antara KPM, ibu bapa dengan PDRM, akan terus dierat

10
kukuhkan lagi, demi memastikan usaha yang kita lakukan selama ini tidak sia-sia.
Insya-Allah.

Sekian, terima kasih.

(TAN SRI DATO’ SERI ABDUL HAMID BIN BADOR) IG


Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN.

Dengan bacaan utusan daripada Ketua Polis Negara itu tadi, saya sebagai pucuk
pimpinan PDRM Kontinjen Kelantan berharap agar koloboratif KPM dan PDRM ini
dapat membantu pihak sekolah dalam usaha pencegahan jenayah dan salah laku
murid dan diharapkan dapat membentuk kemenjadian murid secara holistic bagi
melahirkan insan yang cemerlang pada masa hadapan. Setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih sekali lagi kepada Jabatan Pendidkan Negeri Kelantan, pengetua,
11
guru-guru, serta semua pelajar kerana telah berjaya menganjurkan program ini. Saya
mendoakan agar para pelajar yang merupakan pelapis generasi negara ini dilindungi
dan dijauhi daripada segala keburukan dan kelakuan jenayah yang akan merosakkan
masa depan sendiri. Semoga semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Machang
akan sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang dalam aktiviti akademik dan ko-
kurikulum dan menjadi sekolah contoh di Kelantan ini. Insya Allah
“DENGAN LAFAZ KALIMAH

SAYA DENGAN SUKACITANYA MERASMIKAN


“PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2020
DAN
PELANCARAN BUKU PANDUAN PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH’

Sekian, Wabillahitaufiq walhidayah.Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

12

Anda mungkin juga menyukai