Anda di halaman 1dari 3

Teks Ucapan Guru Besar sempena majlis Perasmian

Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah Kebangsaan SK


Sungai Kertas Bagi Tahun 2017

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam


sejahtera

Terlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran ke hadrat


Allah SWT kerana atas izin-Nya jua kita warga sekolah pada hari
ini dapat bersama-sama menyempurnakan Majlis Pelancaran
Minggu Pendidikan dan Pencegahan Dadah pada tahun 2017
ini.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, tanggal 19 Februari


setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Anti Dadah
Kebangsaan. Ini menunjukkan negara kita amat komited untuk
memerangi musuh nombor 1 negara ke arah mencapai sasaran
Malaysia Bebas Dadah.

Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Menurut Kamus Dewan,dadah ditakrifkan sebagai ubat-ubatan.


Sememangnya ubat itu adalah dadah tetapi digunakan dalam
dos yang terkawal.

Dadah juga terbahagi kepada beberapa jenis contohnya


morfin,heroin,kokain,syabu,ganja dan banyak lagi. Kesan dadah
juga berbeza-beza bergantung kepada dos dan cara
pengambilan. Ada yang muntah-muntah,badan menggeletar
dan boleh membawa kepada kematian.

Bagi pelajar pula, antara tanda awal yang boleh dikesan jika
terlibat dengan dadah ialah; sering ponteng sekolah, datang
sekolah pada hari-hari tertentu sahaja, prestasi akademik
merosot dengan mendadak, mata merah, sering mengantuk di
dalam kelas dan sering ke tandas.

Pelajar-pelajar yang dikasihi, jika anak-anak pelajar tidak mahu


terlibat dengan najis dadah, jauhilah dahulu rokok kerana
bermula dengan rokoklah pelajar-pelajar akan terlibat dengan
dadah pula. Ingatlah,dadah,sekali mencuba,deritanya akan
ditanggung seumur hidup pelajar.

Banyak masalah sosial lain yang akan timbul akibat terlibat


dengan najis dadah. Mula-mula pelajar akan membohongi ibu
bapa, mencuri wang untuk mendapatkan bekalan dadah dan
jika tidak mendapat apa yang diinginkan, tidak mustahil pelajar
sanggup membunuh asalkan hajat dapat dipenuhi.

Banyak kisah teladan yang telah dipaparkan sama ada dalam


drama-drama ataupun berita-berita dalam akhbar. Tidak lupa
juga kisah tentang keldai dadah. Tahukah pelajar-pelajar siapa
itu keldai dadah?

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah merangka


pelbagai aktiviti untuk memberi kesedaran kepada pelajar
tentang bahaya dadah. Sertailah segala aktiviti yang akan
diadakan sama ada ceramah, pameran, kuiz dan pertandingan-
pertandingan lain.

Akhir kata, pihak sekolah akan terus berusaha untuk


membendung masalah dadah ini hingga ke akar umbi dengan
melibatkan semua agensi sesuai dengan tema 1 Malaysia
Membanteras Dadah .
Dengan ini, saya dengan lafaz Bismillahirrahmanrrahim
merasmikan Pelancaran Minggu Pendidikan dan Pencegahan
Dadah Peringkat Sekolah 2017.

Sekian.

Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalammualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh

Pesan Guru Besar

Pelajar-pelajar yang dikasihi, jika anak-anak pelajar tidak mahu


terlibat dengan najis dadah, jauhilah dahulu rokok kerana
bermula dengan rokoklah pelajar-pelajar akan terlibat dengan
dadah pula.

Ingatlah,dadah,sekali mencuba,deritanya akan ditanggung


seumur hidup pelajar.

Anda mungkin juga menyukai