Anda di halaman 1dari 2

MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) SMK MAK MANDIN TAHUN 2022

(TEKS PENGACARA MAJLIS)

Selamat pagi dan salam sejahtera,

KE PEKAN KUALA MEMBELI BINGKA,


SAYANG PESANAN TERLUPA SUDAH;
MAJLIS BERMULA TIRAI DIBUKA,
DENGAN ALUNAN MADAH YANG INDAH.

Yang Berbahagia Cikgu Noor Mazwin Bt Idris ,Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Mak
Mandin,

Yang Berusaha, Cikgu Choo Theam Hooi (Penolong Kanan Pentadbiran),

Yang Dihormati, Cikgu Noraini Bt Puteh (Penolong kanan Hal Ehwal Murid), Cikgu Zulkifli Bin Sulaiman
(Penolong Kanan KOKUKULUM), Cikgu Magaletchimi (Penolong Kanan Petang)

Rakan-rakan guru, warga sekolah serta semua murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan izinNya kita dapat berhimpun bersama-sama bagI
menjayakan MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022.
Tema sambutan sempena BULAN ANTI DADAH KEBANGSAAN adalah “LEBIH BAIK CEGAH”

Sebelum dimulakan majlis kita pada petang ini, semua warga dewan dipersilakan duduk.

Para hadirin sekalian,


Seterusnya, Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Cikgu Noor Mazwin Bt Idris ,
tuan pengetua SMK MAK MANDIN untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program
minggu ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH bagi Tahun 2022.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGETUA
Simpan sejadah di atas para,
Tersisip palang, terkena antan;
Hapuskan dadah musuh negara,
Belia cemerlang jadi kenyataan.

Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas ucapan serta
perasmian program oleh Tuan Pengetua.
Dengan ucapan perasmian itu tadi, sampailah kita kepada kemuncak acara.
Hadirin warga dewan yang dikasihi sekalian, Majlis diteruskan dengan Bacaan Ikrar Anti dadah dan bagi
menyempurnakan acara, Majlis mempersilakan Saudara Abishek A/L Jaganathan , Ketua Pengawas
murid sesi petang untuk mengetuai ikrar. Dipersilakan.

BACAAN IKRAR ANTI DADAH

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas bacaan ikrar tadi.


Hadirin sekalian, saya selaku penyelaras program Minggu Anti dadah ingin menyampaikan sedikit
taklimat berkenaan dengan aktiviti-aktiviti sepanjang minggu Anti dadah peringkat sekolah ini.

Ribuan Terima kasih diucapkan kepada semua, majlis akan ditutup dengan nyanyian Lagu “Kami Anti
Dadah:Dadah Durjana” diminta hadirin semua berdirI bagi sama2 menyanyikannya…..

Maka berakhirlah sudah majlis PELANCARAN DAN PERASMIAN MINGGU PENDIDIKAN PENCEGAHAN
DADAH (PPDa) PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022.

Anda mungkin juga menyukai