Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN HAL EHWAL MURID.

Hinggap minum di tepi kali,


Penat si helang membelah angkasa ,
Pelajar cemerlang sama dirai,
Agar terlaksana wawasan negara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam


sejahtera.
Yang Berusaha En Sapri Bin Paee, Guru Besar SK Anchi Miri
Yang Dihormati Pn. Sabah Binti Sahari, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Pn. Siti Sara Binti Yusof, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati Ripin Anak Ibom, Penolong Kanan Kokurikulum,
Yang Dihormati En. Mohd Nizam Bin Sarkawai, Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Jawatankuasa pengelola majlis, Rakan-rakan guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Sidang hadirin sekalian, pada pagi Selasa yang penuh barakah ini, semua warga SK Anchi
berasa amat bertuah kerana dapat kita sama-sama akan menjayakan Majlis Apresiasi
Kecemerlangan HEM SK Anchi bagi tahun 2022/2023 ini.

Majlis ini amat bersesuaian dengan misi sekolah untuk melahirkan modal insan yang
seimbang dari segala aspek sahsiah, rohani dan jasmani. Pada pagi yang mulia ini, murid-
murid SK Anchi yang menunjukkan ketokohan dalam pelbagai bidang mencakupi
kepemimpinan dan keperibadian akan diberikan anugerah sebagai bukti penghargaan pihak
sekolah.

Sidang hadirin sekalian, tanpa melengahkan masa, kini tibalah saat yang dinantikan,
Penyampaian Apresiasi Kecemerlangan HEM SK Anchi Tahun 2022/2023 akan dimulakan. Bagi
menyempurnakannya, pihak majlis dengan berbesar hati menjemput Puan Siti Sara Binti
Yusof, PK Pentadbiran untuk naik ke pentas bagi menyampaikan anugerah. Penyampaian
anugerah dimulakan dengan Sijil Penghargaan Perkhidmatan.

Penyampaian sijil ini kita mulakan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Ketua dan
penolong ketua kelas.

Mendahului senarai, dijemput ketua dan penolong kelas 1 Amanah,


Seterusnya dijemput,
Akhir sekali, dijemput ketua dan penolong bagi kelas 5 Harmoni

Majlis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Siti Sara Binti Yusof atas
kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

Kita teruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada pengawas sekolah,
Pertama sekali, dijemput Puan Sabah Binti Sahari, PK HEM untuk naik ke atas pentas untuk
menyampaikan sijil tersebut.

Mendahului senarai, dijemput Ketua Exco Pengawas Sekolah Sesi 2022/2023,


Seterusnya dijemput,
Akhir sekali, dijemput,

Majlis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Sabah Binti Sahari atas
kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

Kita teruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Pembimbing Rakan Sebaya,.
Sebelum itu, dijemput Encik Ripin Anak Ibom, PK Kokurikulum untuk naik ke atas pentas untuk
menyampaikan sijil tersebut.

Mendahului senarai,
Seterusnya dijemput,
Akhir sekali, dijemput,

Majlis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Ripin Anak Ibom atas
kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

Kita teruskan lagi dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Pengawas Pusat Sumber dan
Pengawas SPBT. Sebelum itu, dijemput Encik Mohd Nizam Bin Sarkawai, PK Pendidikan Khas
untuk naik ke atas pentas untuk menyampaikan sijil tersebut.

Mendahului senarai,
Seterusnya dijemput,
Akhir sekali, dijemput,

Kita teruskan dengan Pengawas SPBT pula,

Mendahului senarai,
Seterusnya dijemput,
Akhir sekali, dijemput,

Majlis mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Mohd Nizam Bin
Sarkawai atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Kini kita tiba ke kemuncak majlis kita pada hari ini iaitu penyampaian anugerah Amalan Baik
Terpuji untuk murid dan Anugerah Rekod Pengisian Amalan Baik untuk guru.

Bagi menyempurnakannya, pihak majlis dengan berbesar hati menjemput En Sapri Bin Paee,
Guru Besar SK Anchi diiringi oleh Puan Sabah Binti Sahari, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
untuk ke pentas utama bagi menyampaikan anugerah.

Mendahului senarai Amalan Baik Terpuji, dijemput adik


Seterusnya dijemput,
Akhir sekali, dijemput,
Baiklah, sekarang kita akan menjemput murid yang mendapat jumlah rekod amalan baik
terbanyak bagi sesi 2022/2023.

Pertama sekali, anugerah ini jatuh kepada adik dengan rekod amalan baik sebanyak…,
Tahniah diucapkan.
Seterusnya, dijemput adik … yang telah mendapat rekod sebanyak…
Tahniah diucapkan.
Akhir sekali, dengan rekod amalan baik berjumlah …, dijemput adik… untuk naik ke pentas.
Tahniah diucapkan.

Kita beralih pula ke anugerah untuk guru.

Sekarang, majlis menjemput guru yang telah membuat pengisian rekod amalan baik
terbanyak bagi sesi 2022/2023.

Pertama sekali, anugerah ini jatuh kepada cikgu dengan rekod pengisian amalan baik
sebanyak…,
Tahniah diucapkan.
Seterusnya, dijemput cikgu … yang telah membuat pengisian rekod amalan baik sebanyak…
Tahniah diucapkan.
Akhir sekali, dengan jumlah pengisian amalan baik berjumlah …, dijemput cikgu… untuk naik
ke pentas.
Tahniah diucapkan.

Begitulah tadi penyampaian sijil yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar sebentar
tadi.
Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Sapri Bin Paee atas kesudian
menyampaikan sijil dan anugerah sebentar tadi.

Sekali lagi ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucapan penghargaan kepada semua yang
menerima sijil pada pagi ini. Diharap dengan penghargaan dan anugerah ini, lebih ramai
daripada kita akan berusaha untuk turut mencapai dan mengekalkan sahsiah diri yang
dihormati dan disanjungi. Inshaallah.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, itu adat
itu lumrah kehidupan, begitulah rentetan perjalanan, walau sukar untuk ditelan, tapi kaki
tetap mengorak jalan, selagi hayat dikandung badan.

Majlis Apresiasi Kecemerlangan HEM sesi 2022/2023 hampir sampai ke penghujungnya.


Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua warga kerja yang
terlibat dalam menjayakan majlis ini. Bagi pihak ahli jawatankuasa pengelola dan seluruh
warga SK Anchi, saya memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang majlis
ini berlangsung.

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi.

Sekian sahaja, salam hormat, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

Saya serahkan semula majlis kepada pengacara majlis perhimpunan.


Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai