Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN KEM JATI DIRI

SK LA SALLE 2 JINJANG TAHUN 2022

Bismilllahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum .......................salam sejahtera, salam Sekolahku Sejahtera dan


Salam Keluarga Malaysia

Terima kasih saudari pengacara majlis,

Yang Berusaha, Encik Eu Teng Huat, Guru Besar SK La Salle 2 Jinjang,

Yang Berbahagia Puan Asmatul Iza Azreena binti Mat Adzin, Penolong Pengarah
Program Murid Rendah, Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur,

Yang Berusaha, Pn. Najihah binti Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Ridhauddin bin Hasbullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Nik Zuraidee bin Nik Mohamed, Penolong Kanan Kokurikulum,


Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan


kurnia-Nya dapatlah kita semua berhimpun dalam Majlis Penutupan Rasmi Kem Jati
Diri Peringkat SK La Salle 2 Jinjang tahun 2022 pada kali ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama warga SK La
Salle 2 Jinjang dan pihak Pusat Kokurikulum dalam menjayakan perkhemahan ini yang
telah berlangsung selama 3 hari bermula sejak hari Jumaat yang lalu. Setelah lebih 2
tahun negara kita dilanda pandemik COVID-19, akhirnya kita dapat kembali
melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti ini. Secara peribadinya, saya amat berpuas hati
dan bangga dengan komitmen semua pihak yang bersama-sama menjayakan
perkhemahan tahun ini sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam
memastikan perkhemahan ini berjalan dengan lancar.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kem Jati Diri ini diatur dan dijadikan sebagai acara tahunan bagi SK La Salle 2 Jinjang.
Antara tujuan perkhemahan ini diadakan adalah sebagai memberi pendedahan kepada
murid tentang pengalaman perkhemahan secara holistik, mencungkil bakat dan potensi
dalam memimpin serta mengembangkan bakat sedia ada murid.

Hadirin sekalian,

Kita hendaklah sentiasa cemerlang dalam apa juga bidang yang diceburi. Jika kita
kurang ilmu, mempunyai nilai peribadi yang rendah, dan sering melanggar disiplin
sekolah, ia akan membawa kepada keruntuhan negara pada masa hadapan. Oleh itu,
peliharalah akhlak dan disiplin anda sepanjang masa bagi menjamin keutuhan dan
kecemerlangan anda sebagai pelajar. Saya juga berharap murid-murid dapat
memanfaatkan ilmu yang dipelajari daripada perkhemahan ini. Segala pengalaman
yang anda lalui selama tiga hari di sini adalah untuk tujuan pendidikan dan
pembangunan kerjaya sebagai seorang pelajar. Saya mengucapkan selamat maju jaya
dalam bidang yang diceburi. Saya percaya, anda telah didedahkan dengan pelbagai
ilmu secara teori dan praktikal untuk membolehkan kita menjadi warga yang berguna
kepada agama, bangsa dan negara.
Hadirin yang dihormati sekalian,

Saya berasa amat gembira kerana program ini berjalan dengan lancar tanpa banyak
masalah serta terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Saya percaya,
kejayaan ini disumbangkan berkat kerjasama daripada semua pihak sehingga dapat
memastikan perkhemahan ini berjalan dengan baik dan sempurna. Insya-Allah, segala
bakti yang telah dicurahkan untuk sama-sama melahirkan generasi cemerlang ini akan
mendapat ganjaran yang besar daripada Allah S.W.T.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya bagi pihak


_____________________________________________________________________
mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam menjayakan program Kem Jati Diri pada tahun ini. Dengan
lafaz “bismillahhirahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Majlis
Penutupan Rasmi Kem Jati Diri Peringkat SK La Salle 2 Jinjang tahun 2022.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wasalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai