Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PESURUHJAYA DAERAH

Assalamualaikum w.b.t, Selamat Sejahtera dan Salam Pandu Puteri.


Terima kasih Pengacara Majlis Adik Noor Madihah Rufaidah binti Tuah

Yang dikasihi Pn Nooridah binti Sani - Mantan PJD


Pn Hasnaliza bt Kasnan - Penolong PJD
Pn Maslina binti Mohamed Soa’aid - Setiausaha
Pn Siti Soleha binti Yunus - Bendahari
Ahli-ahli Lembaga Eksekutif Daerah Alor Gajah/Masjid Tanah
Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri
Malaysia Daerah Alor Gajah/Masjid Tanah Kali Ke-9.
Pemimpin-pemimpin Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja dan
Pandu Puteri Renjer serta guru-guru pemimpin yang dikasihi sekalian.

Yang Dipertua Datin Wira Noraziah binti Abdullah tidak dapat hadir
untuk merasmikan MAT kita pada petang ini kerana beliau ada urusan
keluarga. Beliau baru sahaja kehilangan ayahanda tercinta pada 23 Januari
2023 yang lalu. Marilah kita sama2 sedekahkan Al Fatihah.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul bagi menjayakan
Mesyuarat Agung Tahunan Daerah Alor Gajah/Masjid Tanah kali ke-9 pada hari
ini di Bilik Gerakan SMK Lubok China.
Sebagai Pesuruhjaya Daerah, saya sangat berbesar hati dan
mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran puan-puan. Saya ingin
merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Ahli Lembaga

1
Eksekutif Daerah Alor Gajah/Masjid Tanah yang telah berjaya melaksanakan
kesemua program dan aktiviti sepanjang pada tahun 2022.
Saya selaku PJD, saya berbangga kerana mempunyai jawatankuasa yang
sentiasa memberi kerjasama yang baik antara satu sama lain serta memberi
komitmen cemerlang dalam tugas yang telah diamanahkan dan
dipertanggungjawabkan. Syabas diucapkan kepada guru pemimpin yang
bergiat aktif dan bersemangat tinggi walaupun ada kekangan dengan tugasan
hakiki di sekolah masing-masing.
Ucapan terima kasih juga kepada pemimpin-pemimpin yang telah
dipertanggungjawabkan untuk memimpin dan membimbing pelajar-pelajar
tanpa mengira masa dan tenaga malah juga wang ringgit bagi membantu
pelajar terus mendapat peluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti Pandu Puteri
di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Para pemimpin sekalian,
Merujuk juga tema World Thinking Day kita pada tahun ini iaitu “Our
World, Our Peaceful Future”, para pemimpin di sini, kita adalah pendidik yang
tidak lari dari menerapkan sikap nilai disiplin dan moral yang tinggi kepada
pelajar kita serta secara tidak langsung dapat melahirkan insan yang seimbang
dari segi jasmani, rohani, emosi, dan intelek.
Program pandu puteri yang mereka sertai inilah memberikan peluang
kepada mereka untuk meningkatkan keupayaan, kemahiran, ilmu dan
pengalaman yang sangat berharga dalam meneruskan pendidikan, pekerjaan
dan kehidupan secara amnya. Maka dengan itu, wujudlah keberhasilan murid
cemerlang dan terbilang dalam pelbagai aspek.
Akhir sekali, saya mendoakan agar semua pemimpin yang ada hari ini
akan terus cemerlang dalam mendidik pelajar menjadi insan yang cemerlang
dalam segala aspek, insyaallah.

2
Para pemimpin sekalian,
Sebelum saya mengundur diri, saya mengucapkan sekali lagi terima
kasih kepada Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu
Puteri Malaysia Daerah Alor Gajah/Masjid Tanah Kali Ke-9, syabas diucapkan.
Semoga untuk tahun 2023 ini akan mendapat kejayaan yang lebih cemerlang
lagi, dan memberi manfaat kepada semua.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai