Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMI – KOPERAL MOHD AIDIL BIN

JAMAL
SEMPENA MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS
SMKBBS 2021

Terima kasih Puan pengacara majlis.

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah rabbil alamin wassolatuwassolamu ala


ashrafil anbiyar iwar nursolin waala alihi wasibihi aj’main.

Assalamualaikum wb.t. dan selamat sejahtera.

Yang berusaha
Cg Shamsudin b. Aroff
Pengetua SMK Bandar Baru Sintok

Yang berusaha
Cg Nasriah binti Haji Abdullah
PK Pentadbiran

Yang berusaha
Cg Azwan b. Ahmad
PK HEM

Yang berusaha
Cg Hapizah bt Hussein
PK Kokurikulum

Yang berusaha
Cg Sharifah Noor Mazzian bt Saad
PK Pendidikan Khas

Ketua-ketua bidang, guru-guru, serta murid-murid bunga bangsa sekalian.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan seribu kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana
dengan limpah hinayah-Nya, maka kita semua dapat berkumpul meraikan Majlis
Watikah Pelantikan Pengawas SMKBBS pada pagi ini. Tidak lupa juga saya
mengucapkan sekalung ucapan terima kasih kepada pihak sekolah ini yang sudi
mengundang saya bagi merasmikan majlis ini.

Hadirin yang dihormati,


Saya mengucapkan syabas kepada semua pengawas sekolah yang bakal menerima
watikah pelantikan sebentar sahaja lagi. Saya yakin, setiap antara mereka yang
terpilih ini sudah melalui satu proses pemilihan yang rapi agar mereka yang terpilih
ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan komitmen tinggi bagi membimbing rakan-
rakan yang lain. Selain itu, dapat berganding bahu bersama-sama guru bagi
melunaskan tugas dan tanggungjawab dalam segenap perkara yang dijalankan.

Justeru, saya menyeru supaya memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan dan


sentiasa mengingatinya semasa memikul tugas dan tanggungjawab itu nanti.
Amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab perlulah sebati dalam sanubari. Itulah
resepi pengawas yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bagi murid-murid lain pula, saya ingin menyampaikan amanat, sentiasalah memberi
kerjasama kepada semua pengawas yang dilantik. Patuhilah segala peraturan dan
pesanan guru agar tumpuan penuh dapat diberikan kepada usaha membangunkan
infrastruktur dan fasiliti sekolah serta peningkatan akademik bagi meletakkan
kecemerlangan sekolah pada platform yang lebih tinggi.

Hadirin sekalian,

Saya juga mengambil kesempatan ini menasihatkan semua murid sekolah ini
mengutamakan pelajaran. Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dan sahsiah yang
terpuji sahajalah kehidupan masa akan datang akan terjamin. Sesungguhnya
‘pengetahuan itu kuasa’ (knowledge is power).
Pengetahuan sedia ada boleh memudahkan kita membezakan perkara yang baik
dan buruk. Berdisipin ketika belajar harus dijadikan amalan.

Saya berdoa semoga SMK Bandar Baru Sintok ini sentiasa mendapat kerahmatan
dan diberi perlindungan agar sentiasa berpotensi melahirkan insan-insan berguna
yang boleh dibanggakan pada masa akan datang. Saya berharap juga, para
pentadbir dan guru-guru tidak jemu meneropong ikhtiar melipatgandakan usaha
membentuk nilai-nilai insan dalam diri setiap murid. Kepada murid-murid juga saya
mendoakan supaya berjaya dalam setiap peperiksaan yang dijalani.

Sebagai akhir bicara, bersama-samalah berdoa agar sekolah ini cemerlang dalam
segala aktiviti akademik, kokurikulum dan boleh menjadi sekolah contoh di dalam
negeri Kedah ini. Patuhilah undang-undang dan S.O.P yang ditetapkan oleh pihak
berkuasa supaya kita terhindar dari wabak COVID 19 yang mampu mengancam
nyawa serta selamat menunaikan ibadah berpuasa bagi yang beragama islam.
Jadi, dengan lafaz Bismillahirrahmaniirahim, saya merasmikan Majlis Watikah
Pelantikan Pengawas SMK bandar Baru Sintok bagi tahun 2021. Sekian, terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai