Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih pengerusi majlis.

Yang Berusaha,
En. Azman Hashim GB SK Beruas,

Pn. Noni Hanizar


Penolong Kanan Pentadbiran

En. Rusli Semail


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn. Maznah
Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan guru-guru seterusnya anak-anak yang dikasihi sekalian.


Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Pertama sekali saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah
yang menjemput saya untuk sama-sama memeriahkan majlis ini. Saya mewakili PIBG
sekolah ini mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua guru yang tidak jemu
mendidik anak-anak kami sehingga berjaya seperti hari ini. Gandingan yang baik di antara
Ibu Bapa dan semua guru serta kakitangan sekolah memungkinkan kejayaan anak-anak ini.
Semoga penghargaan ini akan meniup semangat yang lebih kepada murid-murid.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada jawatankuasa pengelola ini yang telah berganding bahu menyumbang
idea, tenaga, masa dan wang ringgit untuk menjayakan majlis pada hari ini. Dengan
perancangan yang teliti, penglibatan dan kerjasama semua pihak, InsyaAllah majlis pada hari
ini akan berjalan dan mencapai objektifnya. Majlis pada hari ini bukan sahaja meraikan
murid-murid tahun 6 tetapi juga sebagai penghargaan kepada semua warga SK Beruas di atas
usaha dan komitmen yang tidak berbelah bagi yang ditunjukkan selama ini.

PIBG sangat komited untuk membantu pihak sekolah dalam segenap segi. Selain kemajuan
akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan
pembangunan sahsiah murid agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan mereka
dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran.. Mudah-mudahan impian kita
sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang dapat dicapai.
Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan
oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar.
Sidang hadirin,
Saya tidak mahu berucap lebih panjang kerana kita tidak mahu melengahkan masa dalam
keadaan SOP sekarang. Justeru, dengan lafaz bismillahhirahmanirahim, saya merasmikan
Majlis Apresiasi Tahun 6 sesi 2021/2022.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai