Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG

SK SULTAN AHMAD TAJUDDIN, JITRA, KEDAH.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamulaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Terima kasih Pengacara Majlis,


Yang berbahagia, ............................................................................................................................,
Yang berusaha En. Basri bin Yusof, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin,
Guru-guru penolong kanan,
Ahli jawatankuasa PIBG,
para ibu bapa, guru-guru, dan para hadirin yang dihormati sekalian.

Bersyukur saya kehadrat Ilahi dengan rahmat dan izinNya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi ini
untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49. Saya amat berbesar hati dan berterima
kasih atas kesudian ibu bapa hadir dalam mesyuarat PIBG pada kali ini.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada __________________________________________________________ yang sudi hadir
untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini.
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah terutama kepada Guru
Besar, Encik Basri bin Yusof yang merupakan penasihat PIBG serta para guru dan AJK PIBG yang telah
bertungkus lumus untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini walaupun sibuk dengan
pelbagai tugas yang lain. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua
ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi
kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum.
Tuan-tuan dan puan-puan Sekalian,
Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas
yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan, kami sentiasa
memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin sentiasa memberikan yang terbaik
walaupun kadang kala berdepan dengan kesukaran terutamanya masalah kewangan. Sumbangan PIBG
yang telah diberikan oleh tuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai
program-program sekolah untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di
sekolah ini.
Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program bersesuaian yang dianjurkan
oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini
kita dapat bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini.
Kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini khasnya. Sumbangan
tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu program-program sekolah bertujuan
meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini. Tuan / puan bolehlah
melihat buku atur cara mesyuarat agung kali ini di mana terdapat di dalamnya tentang aktiviti PIBG dan
juga sumbangan PIBG kepada pihak sekolah.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Alhamdulillah, banyak kecemerlangan dan kejayaan yang telah pihak sekolah cipta sama ada
dalam bidang akademik mahupun dalam bidang kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini
menggambarkan kesungguhan dan kegigihan guru-guru di sekolah ini yang tidak pernah berputus asa
dalam mendidik anak-anak kita walaupun kelas diadakan secara dalam talian. Kejayaan ini juga
menggambarkan usaha dan doa kita serta kerjasama yang terjalin kukuh antara guru dan ibu bapa selama
ini diberkati oleh Allah s.w.t.

Saya juga ingin menyeru kepada para ibu bapa agar mengambil kesempatan dan juga ruang,
malahan jangan sesekali melepaskan peluang sekiranya dihubungi oleh pihak sekolah untuk berbincang
tentang perkembangan pelajaran dan permasalahan anak-anak tuan- tuan dan puan- puan.

Hadirin yang saya hormati,


Saya juga amat berharap agar ibu bapa yang hadir dapat menyumbang buah fikiran atau idea
untuk memantapkan lagi program yang akan dilaksanakan pada tahun ini. Walaupun PIBG beroperasi
atas dasar sukarela, namun konsep permuafakatan akan membolehkan kita melaksanakan apa-apa sahaja
yang terbaik untuk kecemerlangan anak-anak kita. Oleh itu, saya menyeru agar setiap ahli sama-sama
memberi komitmen dan bersatu hati menjadi penggerak dalam memacu persatuan ini menjadi lebih
dinamik. Kita juga harus mengelakkan sikap menuding jari sesama kita, tetapi patut mengambil jalan
penyelesaian secara bersama untuk kebaikan kita bersama juga.

Tuan-tuan dan puan-puan,


Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama guru-guru dan
ibu bapa atas kerjasama yang padu dan komitmen yang tinggi untuk melihat anak-anak kita
mencapai kejayaan yang cemerlang. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan tahniah atas kejayaan demi kejayaan yang dicapai dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum. Semoga pada tahun ini lebih banyak lagi kejayaan yang akan kita peroleh.
Harapan kami sebagai ibu bapa agar pihak sekolah akan terus berusaha melahirkan generasi yang
lebih terbilang sebagai pemangkin ke arah kejayaan masa hadapan. Sekali lagi saya menyeru
kepada semua ibu bapa yang hadir pada hari ini agar tampil untuk menyalurkan idea-idea yang
bernas mahupun tenaga untuk digembleng supaya sentiasa bertindak atas landasan yang
cemerlang dan memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini dan kecemerlangan anak-
anak kita.

Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah
dalam memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita dapat meneruskan
kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Memang kita
semua berada dalam situasi yang meletihkan, merimaskan dan menguji kesabaran untuk mematuhi
pelbagai SOP namun ‘jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’. Mudah-mudahan
impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai
selaras dengan visi dan misi SK Sultan Ahmad Tajuddin.

Akhir kata, saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar.

“Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai