Anda di halaman 1dari 1

Kata-kata aluan YDP PIBG di Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan-Nya,
maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 ini. 

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG
yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya
mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah
bagi memacu kecemerlangan pelajar. Saya juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat
bersama-sama menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah ini.

Kami AJK PIBG sesi 2019/2020 telah cuba untuk menjalankan tugas kami dengan cara yang terbaik.
Di dalam segala tindakan kami, kami sentiasa memikirkan kepentingan dan kebajikan anak-anak kita
di sekolah ini khasnya. Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk
membantu program-program sekolah bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah
anak-anak kita di sekolah ini. Tuan/puan bolehlah melihat buku aturcara mesyuarat agung kali ini
dimana terdapat di dalamnya mengenai laporan aktiviti PIBG dan juga sumbangan PIBG kepada
sekolah.

Sehubungan dengan itu, saya mengambil kesempatan ini menyeru ibu bapa yang dermawan atau
yang berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu tampil memberi sumbangan membantu pihak
sekolah dalam menentukan penerusan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita.

Di samping kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam
memastikan pembangunan sahsiah pelajar agar anak-anak kita selamat meneruskan kehidupan
mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita
sebagai ibu bapa untuk melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan
visi dan misi SMK Tengku Ampuan Jemaah.

Saya berharap agar Ahli Jawatankuasa PIBG baru yang akan dilantik kelak dapat meneruskan usaha
dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SMK Tengku Ampuan Jemaah.

Sekian, terima kasih. 

YDP PIBG

Anda mungkin juga menyukai