Anda di halaman 1dari 3

Salam Sejahtera saya ucapkan kepada

Yang berusaha Pn Hajah Ros Binti Lizan,


Pengetua Cemerlang SMK Bandar Utama Damansara (3)

Yang berusaha En Azmi Bin Arshad


Penolong Kanan SMKBUD(3)

Yang berusaha Pn Ong Soon Moi


Penolong Kanan HEM

Yang berusaha Pn Haniza Bt Abd Rahman


Penolong Kanan Kokurikulum,

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, AJK PIBG, guru-guru dan para
hadirin sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran kepada tuhan


kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 ini. Saya juga ingin mengambil
kesempatan untuk mengucapkan selamat datang kepada Pn Hajah Ros
Bt Lizan , sebagai pengetua yang baharu di sekolah ini. Semoga
kehadiran beliau yang merupakan pengetua cemerlang dapat
meneruskan kecemerlangan SMKBUD(3) dengan idea-idea dan corak
pentadbiran yang lebih baik.
Terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja
dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program. Saya
mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan murid. Saya
juga berharap dalam pertemuan seperti ini kita dapat bersama-sama
menyumbang idea untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti PIBG sekolah
ini. Kami AJK PIBG sesi 2019/2020 telah cuba untuk menjalankan tugas
kami dengan cara yang terbaik dan kami sentiasa memikirkan
kepentingan dan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini khasnya.
Sumbangan tuan/puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk
membantu program-program sekolah bertujuan meningkatkan
pencapaian pendidikan dan membentuk sahsiah anak-anak kita di
sekolah ini. Tuan/puan bolehlah melihat buku aturcara mesyuarat agung
kali ini ada dinyatakan aktivit-aktiviti dan juga sumbangan PIBG kepada
sekolah. Pada sesi 2019 / 2020 ini, PIBG membantu memberi
sumbangan kepada pihak sekolah melanksanakan Program
Peningkatan Prestasi untuk semua murid di sekolah ini khususnya untuk
calon PT3 dan SPM .
PIBG juga telah cuba mencari dana untuk membaik pulih pagar sekolah
demi keselamatan anak-anak kita di sekolah ini. Sehubungan dengan
itu, saya mengambil kesempatan ini menyeru ibu bapa yang dermawan
atau yang berkemahiran dalam bidang-bidang tertentu tampil memberi
sumbangan membantu pihak sekolah dalam menentukan penerusan
kecemerlangan pendidikan anak-anak kita.
Menyentuh tentang sumbangan tidak kira dari segi kewangan dan
kepakaran saya ingin menyampaikan usul dan harapan PIBG untuk
merealisasikan projek iaitu menaik taraf padang sekolah untuk
kemudahan anak-anak kita dan juga pihak sekolah boleh menjalankan
pelbagai aktiviti termasuk sukan tahunan. Saya percaya usul ini akan
diterima bagi membolehkan PIBG mengerakkan jentera mengumpul
dana dan keperluan-keperluan lain seperti keperluan teknikal
umpamanya. Saya percaya ramai dalam kalangan ibu bapa yang sudi
menyumbang. Dalam kalangan ibu bapa berkerjaya bolehlah
menyumbang kepakaran disini, jadi PIBG amat mengalu-alukan
sokongan ibu bapa yang hadir pada dari ini untuk menyumbang idea
dan sumbangan kepakaran.
Di samping membantu meningkatkan prestasi akademik, PIBG juga
sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memastikan
pembangunan sahsiah murid agar anak-anak kita bersedia mengharungi
kehidupan mereka dalam era kecanggihan teknologi yang penuh
dengan cabaran. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk
melihat anak kita berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras
dengan visi dan misi SMK BUD(3). Saya berharap agar Ahli
Jawatankuasa PIBG baharu yang akan dilantik kelak dapat meneruskan
usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan
SMKBUD(3)
Saya percaya di bawah kepimpinan Pn. Pengetua , guru-guru dan
barisan PIBG yang dedikasi , SMKBUD(3) boleh mencapai prestasi
yang lebih cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya. Akhir kata,
saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada tuan/puan
yang sudi bersama-sama pada hari ini. Saya menyusun jari memohon
maaf sekiranya terdapat salah dan silap dalam tutur kata saya. Apa
yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat
kemajuan anak-anak kita.
sekian.

Anda mungkin juga menyukai