Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN YDP PIBG SMA REPAH 

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-22 TAHUN 2021

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara.
Pemanis kalam "Selamat Datang",
Lafaz mulia pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim, ALLAHUMMASOLLIALA MUHAMMAD WA’ALA


ALI MUHAMMAD, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera

Yang berhormat,
DATO’ MOHAMAD ISAM BIN HAJI MOHAMAD ISA
Adun Kawasan Gemencheh

Yang berusaha,
TUAN HAJI SOLAHUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
Pengetua Sma Repah

Yang berusaha,
TUAN HAJI SUHAIMI B MOHD ISA
Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMA Repah

Yang berusaha,
TUAN HAJI MAZLAN BIN JIDIN
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMA Repah

Yang berusaha,
PUAN NORSHUHADA BT RAMLI
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum SMA Repah
Yang berusaha ...SEMUA AHLI JAWATAN KUASA YG TERLIBAT
SECARA LANGSUNG @ TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN
MESYUARAT AGUNG KE-22 SMA REPAH PD TAHUN 2021 INI.
Seterusnya ibu bapa dan guru-guru yang dihormati sekalian.

Selamat Datang ke Mesyuarat Agung PIBG Ke-22 SMA Repah 2021….

1.Sebelum sy meneruskan ucapan saya. Saya bagi pihak IBUBAPA ingin


merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih sebagai penghargaan di
atas kesudian Yang Berhormat Dato untuk meluangkan masa dan sudi
hadir ke Majlis kita pada pagi ini yang diadakan secara dalam talian bagi
mematuhi arahan kerajaan dalam usaha kita untuk sama-sama menangani
Wabak COVID-19 yang masih belum reda sekarang ini. Tidak lupa juga
terima kasih atas segala usaha guru-guru SMA Repah khasnya dalam
menyediakan semua persiapan bagi merealisasikan hasrat kita untuk
mengadakan juga Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2021 ini.

2. Tuan Puan yang dihormati sekalian…Pada saat negara kita dan seluruh
dunia masih berjuang menentang Wabak covid 19 ini, saya ingin
mengambil peluang untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada
Pihak pentadbir dan guru-guru SMA Repah diatas semua kegigihan, usaha
dan komitmen guru-guru sepanjang tempoh PKP tahun lalu dalam
memastikan anak-anak kita semua tidak ketinggalan dalam pelajaran
mereka. Walaupun pelbagai cabaran dan masalah yang dihadapi tetapi
mereka tetap cuba melaksanakan yang terbaik kerana di bahu guru-guru
terletaknya harapan kita semua untuk melihat anak-anak kita berjaya dan
prestasi sekolah terus berada di tahap yang terbaik. Jadi, TAHNIAH
GURU2 semua! Diatas kerja buat anda sepanjang tahun 2020 yang lalu.

3. Walaupun telah banyak pencapaian yang dihasilkan dalam bidang


pendidikan, masih banyak lagi yang perlu dilakukan oleh kita semua
untuk memastikan supaya proses pemantapan kualiti pendidikan
SEKOLAH dapat berlaku secara berterusan. Atas kesedaran inilah, saya
selaku YDP PIBG SMA Repah ingin menyeru semua ibu bapa dan penjaga
disini untuk memberikan sokongan 200 peratus kepada setiap program
yang telah dirancang oleh KPM bagi memajukan sistem pendidikan Negara
kita sekarang ini.
Yang berhormat, tuan2 dan puan2 sekalian…

4. Selain itu, dalam usaha kita untuk menjayakan agenda pendidikan


negara, peranan ibubapa adalah sangat penting. Malah, ibubapa adalah
insan yang paling penting dalam menentukan kecemerlangan pendidikan
dan kokurikulum anak-anak baik dirumah maupun disekolah. Justeru, saya
juga ingin mengajak ibubapa supaya menjadikan sekolah sebagai milik
masyarakat. Ibubapa boleh memberikan sumbangan secara langsung
kepada sekolah melalui pelbagai kegiatan sukarela yang dapat membantu
melonjakkan prestasi sekolah. Dalam hubungan ini, Persatuan Ibubapa
dan Guru boleh memainkan peranan yang proaktif dalam menggalakkan
ibubapa untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan
sekolah, yang pastinya akan membantu anak-anak untuk meningkatkan
pencapaian dalam pendidikan dan kesukanan.

Saya percaya di bawah kepimpinan Tuan pengetua, GURU2 DAN barisan 


PIBG YANG DEDIKASI , kita boleh mencapai prestasi yang lebih
cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya. Akhir kata, saya
mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat,
tuan/puan yang sudi bersama-sama pada hari ini. Saya menyusun jari
memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap dalam tutur kata saya.
Apa yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi
melihat kemajuan anak-anak kita.

Bunga dedap di atas para


Anak dusun pasang pelita.
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Wabillahi_taufiq_walhidayah
Assalamualaikum_warahmatullahiwabarakatuh
Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai